Thursday, 2 June 2011

Untold story-salsilah malaysia menggapai kemerdekaan

cerita yang bakal diperturunkan disini,adalah kisah benar,sebagaimana yang didakwa, pemuda ini,yang mendakwa salsilah keturunannya adalah salsilah Nabi Muhammad s.a.w.,dan sebagai bukti beliau menunjukkan kepada aku,salsilah keluarga beliau. nama dan tempat,dirahsiakan.

sejarah mengetahui, menteri besar kelantan yang termuda, Datok Nik Ahmad Kamil(kalau tidak silap aku), kehebatan beliau, beliau pada usia 24 tahun, telah mendapat tempat belajar di Oxford University,England. Kelantan, yang terkenal dengan guru-guru pondok dan banyak pondok, mengajar pelbagai disiplin ilmu,cabang Islam, dikatakan "menjadi tempat rujukan", Perdana Menteri Pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra

Rukun Negara yang ada dan diamalkan dan tercatat dalam perlembagaan Negara, digarap secara mesyuarah, guru-guru pondok di negeri ini. Tempat pertemuan tokguru-tok guru pondok, berlaku di dalam parlimen Ketereh di Kg Kadok. Kg Kadok diambil sempena nama Tok Kadok.Tok Kadok,pada waktu itu cukup terkenal sebagai guru pondok,yang alim dalam ilmu tasauf.disamping terkenal sebagai "keramat" dan mulut masih, beliau mempunyai ramai anak-anak murid, yang belajar dipondoknya.

 pada waktu itu, akhir tahun 1950an,ramai tok guru-tok guru pondok di kelantan menyokong parti bulan bintang,PAS, tapi disitu, ada satu-satu pondok, di negeri kelantan, pada waktu itu menyokong perjuagan parti Kapal Layar,PERIKATAN

justru itu,pemilik pondok ini, menjadi "frame of thought",tempat rujukan Presiden UMNO, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, khusunya dalam bidang membabitkan "agama Islam"

dimafhumkan, Datok Nik Ahmad Kamil, juga hadir didalam pertemuan,"tulis, tulis apa yang telah disepakati", pertemuan ulama-ulama guru pondok, pertama Tuanku Abdul Rahman di suruh mendapat kemerdekaan dari British, antara inti pati muzakarah itu, meminta kebenaran untuk menjadikan pengajaran Islam, pendidikan Islam disetiap sekolah,kita-kita pengajian agama akan diambil dari pondok-pondok di pattani,malah guru-guru pondok dari pattani akan diminta jasa baik, khidmat mereka untuk mengajar pengajian agama disekolah-sekolah kerajaan,  idea ini bagaimanapun tidak dipersetujui Tun Dr Ismail, ketika usul ini dibentangkan diatas kapal, alasan yang diberikan, kerajaan akan menghadapi masalah untuk menganggani isu ini, kerana "bahasa melayu pattani, loghat pattani, akan menjadi masalah, untuk pengajar seluruh pelajar-pelajar melayu diseluruh negara, kerana "loghat guru agama dari pondok pattani, tidak sama dengan bahasa standard bahasa melayu yang diajar disekolah-sekolah diseluruh negara

bersambung seketika nanti--nak pergi bekwoh--makan gulai---

No comments:

Post a Comment