Seks, politiek, kita dan Anwar Ibrahim. apabila isu ini digeger dan digegarkan,isu video seks, ramai orang confused ? ada yang mengakan, "imej itu sama" ada yang kata tidak, ada yang kata nampak macam "dia" ada yang kata tidak nampak macam dia
dan apabila "ini" dipolitikkan, anwar ibrahim, bersahaja sahaja, tidak melakukan sumpah laknat dan tidak berbuat apa-apa untuk "membersihkan namanya"-ada kata-untuk apa dibersihkan- kerana tidak ada apa yang ingin dibersihkan-"dia" suci, bersih dan sakral-
ada juga mengatakan jika "video itu benar-benar dia" kenapa tidak saja disebarkan sebagaimana kes Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek, yang "nampak dengan jelas" sosok badan tubuh beliau, yang berbuat itu itu dan berbuat ini ini, sebagaimana lazimnya kita yang "bernama suami dan isteri", cuma kesilapan Chua Soi Lek, melakukan "illicit sexual intercouse"
anehnya komuniti china dapat menerima dan "memaafkannya" sehingga beliau membuat coming back, menjadi Presiden MCA sampai detik ini
barangkali, bukan barangkali, ahli MCA, perwakilan MCA, melihat perbuatan Chua Soi Lek itu, private matter, private affairs, tidak boleh di"campuradukkan dengan politik"
bagaimana agaknya "kita bangsa melayu" meniru perspektif itu, apakah justru kita bangsa melayu merasa hebat menjadi bangsa melayu ?
dimanakah hebatnya bangsa melayu jika "ekonomi masih dikuasai kaum china"? Untuk membeli "jarum" pun terpaksa import dari China ?
Sekian. titik
Jabatku
2 comments:
salam sdra,
pd pandangan saya, sdra telah salah prhitungan, maaflah. Jgn samakan isu Anwar dgn Chua Soi Lek. Chua mmg dah trbukti dan mengaku. Anwar tak dibukti dan tak mengaku, malah telah menafikan dgn laporan polis. Sdra kata dia tak buat apa utk bersihkan namanya, itu silap dan salah. Repot polis sudah dibuat, tak perlu sumpah kerana itu bukan cara Islam. Anwar dah minta pandangan ulama2 trkenal, trmasuk Yusuf Qardawi dan lain2, semuanya tak bagi dia sumpah. Kalau nak sumpah, itu kena arahan dari hakim mahkamah syariah. Tp puak2 UMNO takut nak masuk mahkamah syariah, sbb puak2 datuk T akan kena sebat/penjara dan pecah rahsia2 lain.
Sdra dah nak mati, nak jumpa dgn Allah, tulislah yg baik2, bukan yg blh bawa dosa. Ingat, setiap prkataan sdra akan diminta prtanggungjwban, ditulis oleh malaikat kiri dan kanan.. jgnlah terlalu gelojoh menuduh sdra2 kita, bab zina/liwat bukan blh main2, dan ia juga terpalit bab maruah dia, keluarga dia.. bnyk dosa org2 yg buat tuduhan melulu, terutama yg takde ilmu agama.
Betul bangsa Melayu msh trpinggir, jarun sebiji pun kena minta China buat. Tapi siapakah yg salah? Pada saya org2 UMNO yg memerintah lbh 50 tahun yg salah, berdosa! Selama ini apakah puak2 ni tolong org2 Melayu buat jarum, buat kilang, buat prniagaan yg kukuh, kecuali kena ada habuan mereka! Korupsi tersangat meluas, ketirisan sgt bnyk! Setiap tahun billion utk jana ekonomi bumiputra, tp kemana duit tu? Tak tolong pun buat kilang2, prniagaan yg sepatutnya menjadi kaum bumiputra/melayu hebat!
Sebab itu kerajaan skrg kena diajar, kena tukar, sbb trlalu lama mengaut kekayaan negara, merompak rakyat. Cukuplah. Insaflah.
Sebab itu sdra Anwar trpaksa terus berjuang, sekalipun puak2 UMNO melawannya habis2an, buat mcm2 video seks, menzaliminya, dll. Sdra tgklah nanti, kalau panjang umur, apa akan jadi dgn Tun Mahathir, yg sekalipun tak pernah minta maaf kpd Anwar, kpd rakyat atas kezaliman yg beliau lakukan selama 22 tahun memerinth kita..
Allah Maha Adil. Sebab tu skrg ini semakin ramai, sgt ramai org2 baik, ulama2, para profesional masuk PAS, kerana dah tak tahan dgn kezaliman UMNO. Rakyat dah tak bodoh, naif mcm dulu. Ramai yg dah sedar, informasi dah meluas, semua yg kita buat org lain blh tahu.
Harap sdra faham.
Saya mmg bnyk nak tulis, tapi ada kerja lain.
Sekian, Wslm.
salam sdr khalid, terima kasih diatas pandangan anda, maaf kerana lewat response,terima kasih, saudara juga akan mati, titik
Post a Comment