Barangkali tidak ramai yang meramalkan PAS kelantan akan tersungkur dalam PRU yang akan diadakan pada awal Jun ini,apapun, berbicara tentang politik kelantan, ada juga pendapat mengatakan PAS Kelantan, tidak akan tersungkur selagi, Datok Nik Aziz Nik Mat, berada dan ada seada-adanya di persada politik pas Kelantan.
Meskipun sudah berusia, 81 tahun, manusia Islamik,yang dari muda sampai tua, berteriak dan melaungkan Islam, never missed tahajud prayer, masih tetap segar dan bertenaga apabila berada diatas pentas, berucap memberi ceramah politik, tidak mahu mengaku kalah, beliau akan tetap bertanding, memertahankan kerusi DUN yang di menangi empat penggal berturut-turut
walaupun Mantan Perdana Menteri, Tun Mahahtir, memberikan nasihat politik, agar beliau turun dan berundur dari persada politik, beliau tetap enggan, "selagi rakyat mahukan am,bo, selagi itu ambo akan terus aktif dalam politik," katanya sinis
Itu hak Datok Nik Aziz Nik Mat, hak itu termaktub dalam Geneva Convention 1948, kebebasan untuk "berorganisasi", kebebasan untiuk, berpolitik
apa yang menarik dalam konteks politik kelantan, apabila kolombnis terkemuka The Star, Jocelyn Tan, Ku Li panggil Jocy, menulis dalam The Star, dua hari lalu, secara halus "mengatakan secara indirect"(barangkali), kini sudah "wujud" tsunami politik, gelombang politik, halus, bergerak secara perlahan, untuk menumbangkan kerajaan PAS dan memberi alternatif anak jati kelantan, Datok Mustapa Mohamed, layak menggantikan Datok Nik Aziz Nik Mat, sebagai Menteri Besar Kelantan, "ramai rakyat kelantan, baik diluar dan didalam kelantan" terbisu, terbius, tercandu dan "berfikir" apakah memang benar tulisan Jocey itu.
Apakah "manusia wartawan" Jocey itu sudah hilang pertimbangan, apakah beliau sudah membuat "bias judgement" dalam konteks politik kelantan kontemporari ini, saya tidak tahu jelas
apa yang saya tahu dan ikuti perkembangan tulisan beliau, "she is in the middle of nowhere", she speaks wuth her heart, what she wrote (maybe) nothing but the truth
saya sebagai manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin dan sudah 22 tahun bergelut dan bergulat dalam dunia kewartananan dibumi kelantan, berangkat dari Watan, Berita Harian, TV 3 dan terbaru TV-Al-Hijrah dan penrah menjadi saksi bisu (dump witness) kejatuhan kerajaan BN pada tangan PAS dan S46 pada 22 Oktober 1990, melihat politik kelantan hari ini dari sisi lain
Jika Jocey melihat dari perspektif politik, dan UMNO dan PAS melihat dari sisi lain, saya lebih selesa untuk "kedalam cermin diri rakyat Kelantan" itu sendiri,
saya melihat menerusi pengamatan saya (yang mencelakakan pengamatan tidak selalu cermant ini) kekuatan politik PAS dan UMNO dibumi kelantan sama kuat, political strength, PAS dan UMNO is on the par,
untuk penentu datang dari penggundi atas pagar dan penggundi luar
post-mortem yang dibuat badan perhubungan UMNO kelantan, dalam PRU ke 12., penggundi saluran dua dan tiga, penggundi baru, penggundi luar kelantan, yang "memenangkan calon-calon Pas"! Ini suatu fakta politik yang tidak dapat ditolak, baik UMNO maupun PAS
dan menurut penganalis politik veteran, berusian 80 tahun, pilihanraya kali ke 13 di kelantan, ini akan bersuara lain, sketsa politik Kelantan, akan berubah. alasan yang diberikan kini, UMNO sudah berjaya menarik 70 peratus penggundi diatas pagar agar memberikan undi mereka kepada UMNO
katanya, jika 50 peratus penggundi luar kelantan, yang pulang menggundi pada hari menggundi, memberikan UNDI keramat mereka kepada calon-calon PAS, BN masih mampu "membumihanguskan", mentersungkurkan PAS" pada kali ini
apakah memang benar, spekulasi politik ini, kita semua masih, samar kelabu, hitam dan lebih hitam dari "makna perkataan hitam itu sendiri"
yang jelas, PRU ke 13 kali ini, merupakan satu pilihanraya umum yang menarik di kelantan, Nik Aziz ingin mempertahankan kerusi empuk yang diduduki selama 21 tahun, manakala Datuk Sri Mustapa Mohamed, dengan segala kekuatan, batalalion tentera politik, akan "merampas kerusi itu secara sadist",tapi tentunya dengan prose demokrasi
sebagai manarik benang kesimpulan, ada pihak, to play safe, meramalkan baik PAS, maupun UMNO, pilihanraya kali 50-50.
apakah memang benar "ramalan itu", yang jelas, setiap caloin yang bertanding, baik pas maupun UMNO, akan cemas,
sejauh mana tahap kecemasan mereka itu, memang sulit untiuk diterjemahkan dengan kata-kata, yang sinikal, masing-masing pihak akan "menadah tangan" memohon kepada Yang Maha Esa, "agar kemenangan akan berpihak kepada mereka"
persoalannya, doa siapakah Yang Maha Khalik, akan perkenankan, itu memang sulit, untuk diraba oleh kita, yang bernama, manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin.
No comments:
Post a Comment