DISebabkan penikmat dan pencandu politik di negara kita, khususnya "orang melayu" tidak tahu banyak, tidak faham banyak "akan makna" dari sebuah pengertian makna media dan fungsi media, pemikiran mereka akan terpecah kepada dua, mudah dan simple saja-: jika ada yang membeli dan membaca surat khabar arus perdana, mereka akan di kategorikan, penyokong kerajaan, jika membaca media aliran kiri, akan dikatakan menyokong pembangkang
jika membaca kedua-duanya sekali, sulit dan sukar untuk dikategorikan. apapun, berbicara tentang politik kelantan, ada juga pendapat mengatakan, hasrat BN untuk merampas kelantan, tak ubah seperti "mimpi disianghari"
bagi penyokong pas, jika PAS dapat bertahan selama 20 tahun, memerintah kelantan, kenapa pula PAS tidak mampu bertahan untuk satu penggal lagi, selepas PRU ke 13. Dan penikmat dan pencandu kelas berat PAS , golongan ini masih positif yakin PAS dibawah Tuan Guru, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, masih mampu mempertahankan kuasa politik selepas PRU ke 13 nanti
apabila calon Menteri Besar Kelantan 2008, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, mengatakan jumlah pelabur luar datang melabur ke kelantan sejak tahun 1990 0.01% dari keseluruhan jumlah pelaburan negara, golongan itu akan mengatakan Kerajaan Pusat, sengaja menyekat,pelabur luar datang kekelantan
Dan Datok Mustapha Mohamed, dalam sidang dewan undangan negeri tidak lama dulu secara terbuka, tanpa segan silu,memohon maaf kerana mengaku "berbuat dosa politik kepada rakyat kelantan" kerana menyekat beberapa projek pembangunan kerajaan pusat masuk ke kekelantan
akibat tindakan berani beliau, tidak sedikit, dikalangan adun UMNO marah secara senyap dan diam kepada beliau. Yang jelas, Tokpa seorang pemimpin with the gut, pemimpin yang baik adalah pemimpin yang berani mengaku salah apabila membuat kesilapan
dari perspektif penyokong PAS, negeri Kelantan, tidak akan berjaya dirampas, jika Datok Nik Abdul Aziz masih menduduki kerusi Menteri Besar, dan golongan ini akan memberi beberapa alasan politik, untuk mengguatkan hujjah mereka dan penyokong UMNO juga mempunyai banyak hujjah untuk mengatakan this is the end of PAS era in Kelantan
apa pun kebenarannya, ia akan terjawab selepas 830,000 penggundi kelantan, keluar menggundi pada 3 Jun ini,selamat menggundi dan selamat,Jabatku. titik
No comments:
Post a Comment