Tuesday 17 May 2011

Tengku Mahkota,Tengku Muhammad Faiz Petra, Bola Sepak-Nik Aziz dan Annuar Musa

Red Worriors Gagal "memalu dan memilukan" Selangor, apabila tidak berjaya menewaskan Selangor dalam perlawanan sengit distadium Sultan Mohamed keempat meskipun berjaya memasuki Final Piala FA

apa yang menarik dalam perlawanan malam ini, selain Tengku Mahkota datang menyaksikan perlawanan ini, Menteri Besar, Datuk Nik bdul Aziz, meskipun datang agak lewat, justru menunaikan solat isyak berjemaah, turut mengheret diri memakai "vest berwarna merah, berserban puteh" sebagai tanda menyokong pasukan red worrior, pasukan kelantan, anak buahnya juga "meskipun" beliau tidak mengetahui "fahaman politik pemain bola sepak kelantan

apapun, kerajaan negeri baru-baru ini menyumbangkan RM200,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan, K-A-F-A diatas kejayaan menjadi juara pada liga musim lalu

Tengku Mahkota Kelantan, kelihatan gembira mengangkat tangan kepada penonton selepas di perkenalkan kepada pemain pasukan kelantan dan selangor, turut memberi tabik hormat kepada pengawal keselamatan sebelum menaiki pentas

Baginda juga sempat melambai tangan kepada penonton dan penonton memberi reaksi baik kepada baginda dan barangkali penonton berterima kasih kepada baginda kerana memberi sokongan moral, sebagai anak kelantan, kepada pasukan kelantan yang tiba-tiba bersuara lain, apabila pengurusan KAFA diambil alih,dan di kepalai  Presidennya Tan Seri Annuar Musa, yang pernah "menggelarkan dirinya" sebagai Tengku Razaleigh Muda" ketika berceramah politik, menentang Parti Melayu Semangat 46, disebuah kampung di kawasan bukit  marak, pada bulan ogos, 1988.

ramai kalangan penikmat dan pencandu bola sepak, memuji beliau kerana berjaya mengangkat martabat pasukan kelantan keperingkat yang tertinggi dan digeruni pasukan lawan

Sekian.titik
Jabatku

No comments:

Post a Comment