Tuesday 10 May 2011

Happy Birth Day 65 tahun UMNO yang sepatutnya disebut AMNO

Sewaktu ngobrol dengan Jaafar Rawas, suatu waktu berjarak dulu, (kini allahyarham-Orang Kuat Pas Kelantan) Tok Guru, Datok Nik Abdul Aziz, knew him very well,UMNO disebut, AMNO, bukan UMNO, aku tanya kenapa, dia kata, um dalam bahasa inggeris disebut, am contoh, umbrella,- disebut "ambrella, bukan umbrella, lalu sebutan sebenar UMNO, bukan UMNO, semestinya AMNO.

apapun yang dibicarakan "tentang UMNO", what ever it is, ia merupakan sebuah parti politik yang dikatakan telah banyak berjuang, meningkat dan memertabatkan bangsa melayu dibumi, "tak kan meayu hilang didunia" kata Pahlawan Melayu, Hang Tuah

Fakta tidak dapat ditolak secara membabi buta, UMNO telah banyak berjuang memperjuangkan dan membantu agenda perjuangan bangsa melayu. Hari ini genaplah usia UMNO  65 tahun.Kalau ia seorang bayi, ia kini menjadi "bayi berukuran besar", masih di"consider" bayi meskipun berumur 65 kerana masih mengamalkan "aktivitas kebayiaan"- menyusu-,khusunya pada waktu malam, apabila hitam bertambah hitam, bila malam bertambah malam. titik

berbicara mengenai usia tua, aku teringat, pada penghujng tahun 1980an ada isu politik, yang dicetsukan pembangkang, mengatakan Perdana Menteri pada waktu, Tun Mahahtir Mohamed, berkahwin dua, praktis poligami, isteri muda dikatakan anak angkat Tan Seri Hussein Ahmad, pada waktu itu Ketua Penerangan UMNO Malaysia

Assgment pertama aku bekerja dengan akhbar Watan, dateline Rantau Panjang,aku baru tamat pelajar. selepas acara pertemuan dengan publik, tentunya penyokong UMNO, aku bertanya "benarkan dakwaan dan khabar angin Tun Mahahtir kahwi dua, dan isteri keduanya anak angkat beliau, Tan Seri Hussein Ahmad, menafikan dengan keras, dakwaan itu.

Berit itu aku tulis, keluar dalam akhbar Watan, back page, judul aku sudah lupa, tapi ada BY LINE, Marah Mahadi Hassan

berbalik kepada UMNO, parti bangsa melayu yang dikatakan PAS, perjuangan abbasiah, kebangsaan, tidak ada agenda perjuangan Islam, berbanding dengan PAS. Dalam Perlembagaan PAS, ISLAM diletakkan paling atas, asas perjuangan PAS, berdasarkan al-quran dan hadiths-, PAS meletakkan Islam diatas segala-galanya

jika kita melihat keduduan kerusi parlimen hari ini, UMNO-BN mempunyai 144 kerusi manakala PAS yang sudah lebih 65 tahun berjuang, cuma mampu mempunyai 24 kerusi parlimen, alasan georafi yang diberikan PAS cuma menang dikerusi kawasan penduduk melayu majoriti dan dibantu penggundi bukan melayu, khususnya parti pembangkang

dengan nada politiek, melihat kepada faktur dan masa perjuangan, PAS memerlukan bantuan politiek, bantuan parti politiek, bukan bangsa melayu, jika pemimpin mereka Datok Seri Haji Abdul Hadi Awang, ingin menduduki kerusi "panas" Perdana Menteri Malaysia ke tujuh, menggantikan, Datuk Seri Mohd Najib Razak (?)

UMNO telah banyak melahirkan bangsa melayu yang kaya wah aduhai. antara nama yang pantas disebut menjadi kaya kerana UMNO menerusi platform politiek ialah Tengku Razaleihg Hamzah, Tun Daim Zainuddin, Datok Zaid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim (?)--sekedar menyebut beberapa nama-(maaf jka tidak tepat)

Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, "tidak kaya", mereka mati  meninggalkan nama harum, mereka dikatakan pemimpin jujur dan jujur sejujurnya, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak menggunakan "kuasa politiek" untuk "membuat duit", untuk menjadi manusia kaya kerana mereka mereka ini yang sudah berada dialam barzakh, mempunyai jati diri, yang kuat, mereka tahu, "menjadi pemimpin besar" adalah satu amanah, amanah rakyat malaysia, mereka tidak boleh menggunakan kuasa politik untuk mengkayakan "anak atau menantu" kerana di padang masyar kelak--mereka akan disoal dan di pertanggungjawabkan-"kenapa mereka menjadi manusia "tidak amanah"--menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri dan anak beranak-

Bekas Menteri Kewangan pada masa Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Tan Siew Sing, dari MCA, mati meninggalkan "nama harum", meskipun berbangsa china. beliau dikenang sebagai Menteri Kewangan Malaysia, yang jujur dan amanah

dalam hubungan ini pendapat mengatakan menteri kewangan sekarang harus di beri kepada pemimpin-pemimpi MCA, soalnya dalam MCA sekarng, "sudah tidak ada lagi semangat, darah Tun Tan Siew Sing, MCA hari ini juga telah berubah,MCA hari ini sudah lupa amanat, Presiden mereka, untuk jujur dan terus jujur apabila bermain politik

berbalik kepada cerita UMNO hari ini, persoalan besar, UMNO hari ini sudah terpelanting, tersasar dan keluar jauh dari landasan perjuangan UMNO yang sebenar. Korupsi, kronisme, neoptisme,, menyalahgunakaan kuasa, menjadi menteri satu penggal, sudah punyai wang berjuta-juta ringgit--rakyat dapat menilai "gaya hidup, stail hidup", manusia manusia politik UMNO--menjadi kaya--dalam sekelip mata--dari mana sumber kekayaan yang di perolehi, dari tender, projek kerajaan itu bukan persoalan--yang penting "kenapa keadaan sedemikian boleh berlaku".

Persoalan ini, penyalahgunaan "kuasa politik"yang ditiup sengakala PAS, parti pembangkang, menyebabkan UMNO semakin jauh dan sukar di rangkul rakyat. Publik konfiden terhadap UMNO semakin merosot

faktur ini lah menyebkan UMNO cemas untuk berhadapan dengan rakyat dalam PRU ke 13 ini. Permasalahan ini harus dipikul oleh manusia bernama Presiden UMNO pada hari ini. Pelbagai usaha dilakukan Datuk Seri Mohd Najib Razak, untuk menagih simpati, menawan hati rakyat, bangsa melayu agar jangan lupa diri, jangan lupa tangan memberi, mengenang budi--pilihlaqh calon UMNO dan BN dalam PRU ke 13 ini

UMNO sebagai lelaki tua, berusia 65 tahun, harus bersiaga dan bersiap diri kerana PRU ke 13 akan meniadi tidak sama dengan PRU sebelumnya kerana "undi penentu" pada kali ini, datang dari penggundi baru, undi generasi kedua pasca kemerdekaan.
sekian.titik

Jabatku

No comments:

Post a Comment