Wednesday 18 May 2011

Tan Seri Muhyidin Yassin lawat kelantan Mei 21,2011

Barangkali, ada pendapat mengatakan Tan Seri Muhyidin Yasin,"bernasib baik",apabila beliau berani menyatakan "sebuah kebenaran kepada PakLah", he is needed no more as a "negarawan",jika mahu melihat UMNO selamat,jika mahu melihat BN,kekal memerintah dalam PRU ke 13.dan ternyata, keberanian dan kejantanan beliau dibayar dengan harga mahal, apabila Pak Lah bersetuju untuk turun,Datok Seri Mohd Najib Razak "naik" dan beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri

tapi keadaan bersuara lain, dan nasib bersuara lain, apabila keberanian dan kejantanan Tan Seri Annuar Musa, menyatakan sebuah kebenaran kepada Tun Mahathir Mohamed, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, selepas Pru ke 10, selepas teriakan "reformasi",yang menyebabkan penggundi  bangsa melayu memilih parti pembangkang-menyebabkan undi umno semakin merosot,dikalangan penggundi berbangsa melayu--keberanian beliau menggucapkan kebenaran "tidak berbaloi"

disebabkan terlalu berani,berani mengambil risiko, Tan Seri Annuar Musa "tergelincir" dari thingking box tun mahathir mohamed

ketika bertanding merebut jawatan ketua pemuda UMNO, belau terpaksa berhadapan dengan Datok Dr Zahid Hamidi dan Rahim Thamby Chik, beliau juga tidak merujuk kepada Tun Mahathir. meskipun kalah, beliau kalah dengan "gagah"
menurut sumber, yang wajar dirahsiakan, dalam mesyuarat itu,Tan Sri Annuar Musa--menyatakan bangsa melayu bukan nya tidak menyukai UMNO, mereka sebenarnya "tidak menyukai Mahathir,tidak menyukai kepimpinan Mahathir" (mungkin mereka melihat tindakan tun mahathir memecat DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebagai suatu tindakan "sadist dan kejam",pada waktu itu)
selepas beliau berucap "keadaan dalam bilik mesyuarat menjadi hening, bening dan sunyi" seketika, ahli MKT sama sekali tidak menyangka, pemimpin berasal dari bukit marak, "berani dan sungguh berani" melakukan "kritikan terbuka kepada Tun Mahathir"yang dianggapnya sebagai bapa politik---kerana mahathir lah,meskipun kalah dalam pilihanraya--melantik beliau menjadi senator,kemudian dilantik menjadi Menteri--menteri belia dan sukan, menteri pembangunan luar bandar--

dan tun mahathir sama sekali, tidak menyangka "anak didik politiknya itu" berani,dan sanggup melakukan "kritikan terbuka" dalam mesyuarat MKT meskipun--beliau wajar dianggap "blue eyes boy" Tun Mahathir pada waktu itu

ternyata apa yang disuarakan Tan Seri Annuar Musa, ada "kebenarannya", tidak lama selepas itu Tun Mahathir menyatakan kesedian untuk berundur dan memberi "masa tepat" untuk berundur dari pentas teater politik UMNO

tapi harga sebuah kebenaran politik yang disuguhkan, Tan Seri Annuar Musa, berbeza dan bersuara lain dengan nasib Tan Seri Muhyiddin Yassain--,nasib tidak menyebelahi, Tan Seri Annuar Musa--beliau dikaitkan dengan pelbagai ...ah tidak wajar disebutkan disini--media pun menjatuhkan "hukuman",tukul diketuk,oleh hakim--ternyata--siasatan BPR--tidak mempunyai bukti kukuh--solid evidence- untuk mengheret beliau kemahkamah, "justru beliau bebas",bebas dan lepas. selamat dan titik

penulis buku faris noor, nama palsu, nama samaran dikatakan difinance "pihak tertentu"(barangkali) pembangkang sengaja untk "memalu dan memilukan" beliau


tapi karier politiknya tiba-tiba menurun,semasa zaman paklah, beliau dilantik semula Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, apabila Datok Seri Najib,menduduki kerusi Presiden UMNO, jawatan itu diserahkan semula kepada Tok Pa

moral of the story--sesiapa dikalangan ahli majlis tertinggi UMNO,ingin menjadi pahlawan disiang hari,menjadi hero, berani melakukan kritikan--mereka kena berani dan sanggup mengambil risiko--samada nasib mereka akan menjadi seperti tan sri muhyidin yassin atau tan seri annuar musa

mengambil risiko untuk menjadi manusia politik yang berani dan lantang bersuara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO--,mereka perlu bijak bersikap dan  perlu menyatakan kebenaran--

ternyata, keberanian dalam politik UMNO,perlu ada batasnya-jangan mengharung dipadang orang lain, baru selamat, jika tidak terpaksa menerima "padah" sebagaimana terjadi kepada manusia bernama Tan Seri Annuar Musa

lawatan TPM, Tan Seri Muhyidin Yasin ke kelantan bermula jam 2 petang,mei 21,2011 dan akan mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Agenda mesyuarat ? yang jelas, ia akan menjadi rahsia politik, hanya manusia-manusia politik, berjawatan Ketua Bahagian, saja yang dapat menghadiri mesyuarat itu. Apa yang akan dibincangkan "akan tetap menjadi rahsia seabad". cuma selepas itu, waktu sidang media,kemungkinan, "wartawan akan bertanya"-apa yang dibincangkan,"?

terserah TPM untuk menjawab atau tidak, jika ia "strategi politik", menawan kelantan, soalan itu tidak perlu jawab justru bukan semua soalan, perlu dijawab

sekian.titik
Jabatku

No comments:

Post a Comment