Monday 9 May 2011

Harga Gula Naik 20 sen satu kilogram-kerajaan jimat subsidi ?

Pada awal tahun 1970an,apabila harga barang keperluan asas "naik secara mendadak" bukan pengguna, orang ramai yang "bising dan bising", tapi pelajar-pelajar di kampus, disetiap "speaker corner" kampus, akan ada, pelajar yang berpidato, dan dihadiri pelajar yangberminat ingin mengetahui, punca dan sebab kenapa keadaan sedemikian terjadi

maknanya mahasiswa yang berada di negara gading peka kepada keadaan politik semasa dan mereka akan menjadi "juara" masyarakat ramai, khususnya ibu bapa dikampung, kenapa "harga barang keperluan asas" tiba-tiba mendadak naik

Isu kemiskinan di Baling, pada tahun 1974, yang menyebabkan demonstrasi beramai-ramai pelajar kampus yang dikepalai Datok Paduka Ibrahim Ali, Datok Seri Anwar Ibrahim--sekedar menyebut-- beberapa nama--membuktikan "kepekaan" masyarakat kampus,terhadap masalah rakyat amat tinggi

hari ini, warga kampus, hanya "peka" terhadap masalah pembelajaran mereka, yang penting mereka harus mendapat "segulung kertas", apabila tamat belajar. Dengan segulung kertas itu, mereka mencari pekerjaan untuk meneruskan "survival" untuk hidup. itu saja dan titiek

Berbeda dengan warga kampus dulu,masalah rakyat masalah mereka, alasan kerana mereka juga rakyat, sebagai rakyat yang mempunyai "local standy", mereka perlu dan berhak "mengetahui" apa yang dibuat kerajaan

Itu nostalgia 40 tahun lampau,dunia kampus dan kehidupan kampus berbeda dengan penghidupan dan kehidupan kampus, hari ini.

Hari ini, mahasiswa kampus untuk berbicara mengenai isu semasa politik, takut-takut Akta Universiti dan Kolej,akan "memalap dan menggelapkan masa depan mereka" jika mere terbukti melanggar akta itu

Menerusi Akta itu, jika mereka terbukti "bersalah dan didapati bersalah" pihak instituisi pengajian tinggi ada kuasa, "memecat dan menendang mereka" keluar dari instituisi berkenaan

lalu, jalan pintas, soal perjuangan untuk "membela masyarakat" diserahkan kepada "manusia-manusia politik", dan manusia "jenis ini" bebas "melakukan apa saja termasuk mencari kepentingan diri lewat jalur politik" untuk "menjadi orang kaya baru secara senyap dan diam", diam-diam ubi berisi. justru itu ramai "manusia jenis ini" menjadi kaya secara "mendadak"

implikasi politiek, kepercayaan masyarakat, "public confident" kepada manusia "jenis ini"tiba menurun dan merosot

belum lama ini sebuah NGO membuat kajian dan mendapat maklum balas dari respondence,mengenai isu "integriti", kajian itu dilakukan di Lembah Klang. Hasilnya "sudah tidak mengkagetkan", integrity manusia jenis ini, terletak paling "bawah" berbanding dengan professional lain

Menteri Penerangan pada waktu itu, awang selamat, Datuk Zainuddin Maidin, menafikan kajian itu dengan alasan ianya hanya diadakan di Klang Valley. Aku percaya jika "kajian itu"diadakan diseluruh negara, "jawapannya mungkin saja sama", "integrity politikus" akan berada diceruk yang paling bawah berbanding proffesional lain

Kenapa keadaan sedemikian berlaku ? apakah "public "buta dan bisu" tidak dapat melihat, apa yang berlaku dibelakang pentas dan disebalik tabir, "permainan politik manusia-manusia UMNO" atau bagaimana ?

Hanya dengan menjadi "ahli keluarga" pemimpin tertentu, "pemimpin pelapis, dalam usia yang masih muda tiba-tiba menjadi manusia kaya" dan mempunyai wang berjuta-juta ringgit ?
tentu saja ini menimbulkan rasa cemburu kommuniti china, kerana datuk nenek moyang mereka terpaksa berniaga berpuluh-puluh tahun untuk menggumpul kekayaan dan "harta sebanyak itu", pemimpin pelapis itu hanya mempunyai "koneksi" kekeluargaan, dalam sekelip mata, tiba-tiba menjadi "manusia kaya yang wah aduhai"

menurut, Hassan Ahmad, 55, tahun, anak seorang guru, menetap di Rantau Panjang, yang membuat kursus Diploma in Forestry, ITM Shah Alam, graduate pada tahun 1976, kemudian melanjutkan pelajaran peringkat ijazah, di Universiti Lousiana, "student power", kuasa pelajar pada waktu itu "amat ditakuti dan digeruni" pemerintah di Asian Tenggara

malah, pergerakan dan pergolakan politik dinegara-negara rantau asia tenggara pada waktu itu turut dibayangi mahasiswa-mahasiswa. mahasiswa dengan "gerakan massa" yang ramai mampu--melumpuh ekonomi negara, mampu menggugat stabilitas, politik negara- malah menumbangkan kerajaan, s ebagai yang erlaku di thailand, apabila Perdana Menterinya, Tun Thanam Kittikachorn, dihalau keluar dari bumi Thailand kerana "mengarahkan tentera m enembak mahasiswa yang berdemonsrtrasi secara aman di Bangkok".

Beliau terpaksa, "lari dengan menggunakan "helikopter" tentera, meninggalkan negara Gajah Puteh, tempat tumpah, darah, beliau sendiri.

dalan konteks, ini, "kebebasan berfikir"mahasiswa dinegara kita dikatakan di belenggukan dengan Akta Universiti dan Kolej. mahasiswa tidak dibenarkan bergerak aktif dalam mana-mana parti politik, baik pembangkang maupun parti politik pro kerajaan. Tugas, mahasiswa, hanya belajar, dapatkan segulung kertas, yang dipanggil diploma atau ijazah, kemudian bekerja, kahwin, dapat anak, dan mati. urusan politiek, urusan mentadbir dan memerintah negara diserahkan kepada "manusia politik"-biar manusia politiek-yang uruskan urusan negara

biar manusia politik, yang "uruskan itu semua",biar manusia politiek yang uruskan "harga kenaikan gula", ini urusan manusia politiek, "what is 20 cents" ? betul ! apa "makna 20 sen" ? tapi bagi penarik beca disekitar kota bharu, untuk mendapatkan RM20 satu hari, mereka terpaksa menggacuh beca berkilometer, maaf, cakap, sorry to say--"sampai menggelupas "anunya" itu-, semata-mata untuk mendapatkan "kertas yang dapat digunakan untuk membeli"-untuk mencari sesuap nasi, membela keluarga, anak-anak- 20 sen satu angka yang besar, "bernilai" bagi penarik beca dan satu angka tidak besar bagi golongan yang tidak marhain

lalu, jika "harga gula naik", maknanya harga teh o, minuman "regular"penarik beca dan golongan marhain yang lain  akan  juga naik !

kenaikan harga gula dikaitkan dengan kenaikan harga minya di pasaran dunia, ini bermakna "harga minyak dipasaran antarabangsa yang tidak menentu", akan mengakibatkan kenaikan "barangan keperluan asas" yang lain

umum mengetahui, siapalah, malaysia untuk mengawal kenaikan harga minya diperingkat antarabangsa, meskipun PETRONAS, menghasilkan "berjuta-juta tong minyak" setiap tahun.

itu persoalan lain, persoalan yang ingin di ketahui, golongan marhain, bolehkah tidak "kerajaan BN" yang memerintah, menggunakan "apa cara" agar tidak membenarkan "kenaikan barangan keperluan asas" kerana yang "terasa sentuhan panas kenaikan harga barang ini" ialah golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

berbicara mengenai Akta Kolej, dari satu sisilain,ianya memberikan kesan positif kepada kerajaan. Kerajaan dapat mentadbir dan mengurus negara dengan baik tanpa "gangguan student power" warga kampus.

bayangkan apa akan terjadi, jika tidak ada Akta Kolej, selain harus berhadapan dengan pihak pembangkang, kerajaan juga harus berhadapan dengan"student power" apabila membabitkan isu-isu penting khususnya apabila membabitkan "penyelewengan kewangan negara" dengan jumlah besar

disebabkan "tamaddun negara kita masih awal" berbanding dengan tamaddun India, di lembah Ganges, hanya baru mempunyai enam Perdana Menteri, "bangsa kita, bangsa melayu", bukanlah bangsa "hebat" sebagaimana yang dimitos, didengung dan didongengkan"

aku masih ingat, ketika mula-mula menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed, pada awal tahun 80an, pernah memberi jaminan akan membentuk kabinet yang ABC-amanah, bersih dan Cekap-- dan akan mengarahkan semua Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, "mengistiharkan harta" bagi membuktikan "kerajaan beliau, kerajaan bersih".

tapi sehingga kini, hampir 30 tahun, bangsa melayu, rakyat negara ini, china, india dan kaum-kaum lain, masih menunggu--bila pengisitharan harta "asset" menteri-menteri kabinet akan di"dedahkan" kepada rakyart

30 tahun suatu jangka masa pemeritnahan yang agak "lama", sepatutnya "masalah pengistiharan harta menteri-menteri dilakukan jauh lama sebelum ini tapi ianya tidak dilakukan

apa masalahnya. Rakyat ingin mengetahui masalah sebenar atau sememangnya bapa-bapak menteri tidak sedang "memberitahu asset" mereka takut-takut "rakyat akan kehilangan konfiden" dan mulai bertanya, " lho ok banyak sekali "wang" Bapak menteri" atau bagaimana ?

apa pun,kenaikan 20 sen harga satu kilogram gula,(barangkali) tidak memberi sejumlah makna yang besar kepada pengidap penyakit gula(kencing manis) kerana golongan ini, "sudah lama ditarik kenikmatan "manisnya gula", sebaliknya mereka mulai belajar "kenikmatan pahitnya kopi dan peritnya batang rajawali"
Sekian.titik
Jabatku
.

No comments:

Post a Comment