Friday 6 May 2011

George Bush,Thaksin-: aku dan asia tenggara

Kita, bersyukur, setiap kita harus bersyukur kepada Yang Maha Khalik, berada dalam negara yang aman dan damai, tidak ethnic cleansing, ethnic clash, tidak ada letupan bom, bunyi tembakam M-16, semua berada dalam keadaan aman dan damai.Kommuniti china, India-dapat menjalankan perniagaan dengan baik, malah dapat mengautkan "keuntungan" berjua-juta ringgit, hasil kekayaan negara bertuah, malaysia kita, satu malaysia, malaysia serba boleh

suatu waktu tidak berjarak dulu, sekitar tahun 2004, selepas peristiwa berdarah Takbai,aku berkesempatan mewawancara Perdana Menteri, Thaksin Sinawatra, disebuah hotel, Hotel Genting, Sungai Golok.

rakan media yang turut bersama aku, Nor Jaafar RTM Kota Bharu, azman Mahmmod Berita Harian Kota Bharu. Ang dari Kuang Ming--sekedar menyebut beberapa nama--

pada hari itu, Presiden Amerika Syarikat, George Bush, mengeluarkan kenyataan dari Gedung Puteh, Amerika Syarikat, bersedia melepas dan menghantar "marine soldier", untuk memburu, menangkap, menembak "terrorist" yang dikatakan "bersarang" di empat propinsi berdarah, diselatan thai

terkejut dengan berita itu, aku berkesempatan bertemu perdana menteri Thailand, dan menanyakan soalan, apakah kerajaan thai bersedia membenarkan "us marine soldier", menjejak kaki kebumi Thailand bagi membantu kerajaan thailand, menghapuskan "gologan terorist" yang dikaitkan dengan "puak pemisah",yang didakwa "bersarang dan beranak" dikawasan itu.


Thaksin dengan jelas menjelaskan, beliau tidak pernah meminta bantuan Amerika Syarikat membantu kerajaan Thai memburu pengganas di kawasan selatan.

sebelum itu, menurut wartawan tempatan, Thaksin dilaporkan berkata kepada agensi berita asing di Bangkok dan berita itu dilepaskan menerusi wire berita antarabangsa dan ianya ditangkap Gedung Puteh dan White House, memberi response segera terhadap berita itu

"It was misquoted, we don't need foreign military assistace, we can handle internal problems our self, thai goverment can still manage to settle southern thailand choas through our ways," katanya

soalan kedua, aku tanya beliau, hasil pertemuan beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak, di Bangkok, belum lama ini

Beliau berkata, pertemuan itu memberangsangkan dan kerajaan malaysia memberi jaminan akan turut membantu kerajaan Thai, membangun dan memajukan, kawasan selatan thai bagi mengatasi masaalah kemiskinan, umat Islam di wilayah bergolak itu

dsan timbul berita, kerajaan malaysia akan menghantar pendakwah, berdakakwah dikawasan selatan thai untuk memberi kefahaman Islam supaya mereka hidup aman dan damai dan tidak menentang kerajaan thai yang sedia ada


soalan ketika, apakah insentif yang bakal diberikan kepada pelabur-pelabur asing yang ingin melabur di selatan thailand

katanya, kerajaan thai menyediakan banyak insentif kepada pelabur yang berminat melabur dikawasan bergolak itu termasuk penggurangan cukai,cukai korporat da banyak lagi kemudahan yang ditawarkan

malah beliau menggalu-alukan pelabur malaysia yang berminat melabur dikawasan bergolak dan bergelora itu . untuk soalan itu, setiauusaha akhbarnya, lepasan salah satu univerisi diamerika syarikat, gembira, dengan cara memberi signal, setuju apabila aku menanyakan soalan itu kepada perdana menterinya

selepas aku bersama kameraman, bergegas, pulang ke pekan rantau panjang, kerana pintu masuk, jambatan muhibbah, rantau panjang sg golok, ditutup jam 10.00 malam waktu tempatan. Kami sampai jam 9.50 malam, sempat keluar dari pekan sungai golok

mesej dan moral of the story, amerika syarikat sentiasa mengintai, mencari celah dan alasan munasabah untuk memasuki "mana-mana negara" diasia tenggara, jika mereka mempunyai "kepentingan tertentu".

jika mereka mampu, mengubah peta asia barat, mereka juga akan mampu "menggubah peta asia tenggara" jika amerika mempunyai kepentingan tertentu
dalam hubungan ini, bagaimana keadaannya, jika kerajaan thai membenarkan, US Marine, mencari dan "membakar terrorist net" di selatan Thai, apakah negara kita juga tidak terkena tempias ?

bagaimana keadaannya, jika "mereka" mengatakan "terrorist dikawasan itu" telah bolos dan dikatakan "memasuki negara kita", "apa yang akan kita katakan kepada "mereka"

untuk itu, meskipun suhu politik negara kita semakin panas , bertambah panas berikutan hawa, demam PRU ke 13, bakal menjelma tidak lama lagi,rakyat di negara kita 'tidak pernah disibukkan" dengan letupan bom, bunyi tembakan dan keadaan yang tidak selesa sebagaimana yang dialami 6 juta umat Islam di selatan Thai.

nasihat politik kepada pemimpin politik, baik kerajaan maupun pembangkang, jangan "over-played" jangan "over run" bila bermain politik, kerana gelagat, aksi anda diatas pentas politik tanah air sentiasa di beri perhatian dan diperhatikan oleh "mereka-mereka" bermata remang dan "biru" yang hanya menunggu peluang "untuk berbuat" sesuatu yang (barangkali) kita semua tidak setuju.


Sekian.titik
Jabatku

No comments:

Post a Comment