Thursday 12 May 2011

Nuclear Plant, kita-: Pakistan and China

Belum lama ini, masyarakat dunia, dikaget dan dikejutkan dengan berita "panas", Osama Laden, "mati seketika" akibat terkena peluru, skuad khas,USA. Kejayaan puncak,Amerika,yang mendakwa menjadi polis antarabangsa menentang "pengganas",anehnya ia mengambil masa bertahun-tahun, meskipun mempunyai pelbagai peralatan changih,pancaran sateline tapi gagal mengesan Osama Laden.

"Mati seketika" Osama Laden, akan muncul lagi lebih "banyak dan lebih ramai" lagi, Osama Laden, yang disengaja rekacipta, pihak media barat, untuk menghalalkan cara, the end justifies the means,-Amerika Syarikat "memasuki sesebuah negara Islam " tanpa batasan, dakwa seorang pakistani yang enggan pengenalan diri di dedahkan

Beliau mendakwa Osama sama sekali tidak terbabit dengan kegiatan "pengebom berani mati"-suicide bombers", yang meletupkan diri ditempat-tempat awam, pejabat polis, barrack tentera pakistan

alasan yang diberikan, Taliban tidak bermusuh dengan kerajaan Pakistan tetapi ada agenda "pihak tertentu" untuk melemahkan kerajaan Pakistan :-menggunakan nama Taliban bagi tujuan tidak puteh dan mewujudkan "keadaan semberawut" di beberapa bandar di pakistan
dan wartawan serta mengamal media  kitaberbangsa melayu pun menulis menurut perspektif masing masing mengenai "kematian tidak sengaja manusia Islam bernama Osama Laden". Osama Laden, berbeda dengan "orang kaya Islam yang pernah wujud dan ada didunia hari ini". Dia, bukan jutawan,tapi beliau Billionaire, tapi melihat kepada cara hidupnya, beliau seorang Islam yang simple, eat simple, sleep simple and die simple

Apa yang ditulis di sedut dan diulas berdasarkan laporan wire agensi berita asing, editer kita, yang mengamalkan budaya membodek :- tidak pernah mempunyai perancangan rapi, menghantar wartawan media cetak, media elektronik dan krew kesana, melihat dengan lebih dekat keadaan sebenar berlaku disana dan melaporkan berita menurut perspektif "mereka"bukan perspektif barat

apa yang ditulis, pengamal media melayu, menurut perspektif "bangsa melayu" tapi yang akan dipaparkan ini datang dari perspektif masyarakat pakistan.

 Rata-rata di pakistan hari ini, rakyat mempersoalkan "kenapakah unit risikan pakistan" tidak mengacuhkan skuad elite amerika,"membunuh secara kejam" Osama Laden. ada pendapat mengatakan unit risikan pakistan, tidak mengetahui mengenai missi itu, tapi ada pula pendapat mengatakan unit risikan tahu, tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana pucuk pimpinan negara, yang tahu mengenai missi itu, tutup mulut dan pejam mata

Amerika Syarikat menyalahkan unit risikan pakistan kerana gagal memburu Osama Laden, selama lebih lapan tahun,Pakistan dikatakan "membisu enggan memberi response" dan tidak menjawab tohmahan itu kerana mereka merasakan Amerika Syarikat juga tidak berlaku adil "kerana tidak menjawab, siapakah bertanggungjawab terhadap insiden September 11, belum lama ini.

dalam konteks ini, negara Pakistan, dikatakan "cekap dan mahir" bermain "kad porker politiek" dengan Amerika Syarikat kerana ia mempunyai hubungan diplomatik dan ketenteraan dengan China.Malah kedua negara itu, telah mengadakan "military treaty" dalam usaha membina,membuat jet pejuang JF 17 Thunder.

In 1995 Memorandum of Understanding-MOU- was signed between Pakistan and China for joint design and development of a new jet fighter-JF 17 Thunder.

Belum pernah ada mana-mana negara Islam,OIC, ahli Organisation Islamic Council, OIC, nama sinisnya, Oh...i..see..mampu membuat jet pejuang sebagaimana yang dilakukan kerajaan Pakistan. lebih jauh dan lebih dalam dari itu, Pakistan dikatakan mempunyai "nuclear plant", yang mampu melancarkan "missiles" ke Tel Aviv, dalam masa 30 minit, jika berlaku "kejadian yang tidak diingini", sejauh mana benar, dakwaan ini, kita semua, samar dan kelabu

Pakistan juga mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi, yang juga mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Ini yang menyebabkan US, merasa serba salah, "terjepit dam tersempit" untuk bersikap keras dengan  Pakistan

Ketika Iraq menyerang kuwait, pakistan menghantar tenteranya kesempadan Arab Saudi-Kuwait bagi mempertahankan Arab Saudi dari serangan tentera Iraq. Hubungan baik itu,berkekalan sampai ke hari ini

Jika sebelum ini banyak negara negara Islam "telah diceroboh" akibat gara-gara permainan dan campurtangan amerika, termasuk Iraq, Aghanistan,Libya tapi dengan Pakistan, Amerika sedang bermain tarik tali

pengamat politik antarabangsa meramalkan Amerika Syarikat tidak akan menyerang dan menceroboh Pakistan kerana ia takut untuk berhadapan dengan tentera China, Jika paksitan diserang, tentera China
akan berbaris, membantu Pakistan kerana hubungan akrab Pakistan dan China tidak memungkina hal itu terjadi dalam tempoh terdekat.

anehnya, pakistan tidak mengenakan apa-apa tindakan kepada masyarakat Taliban kerana sempadan sepanjang 2,500 kilometer, bergunung ganang, barangkali memberi kesulitan kepada kerajaan pakistan mengawal lalu kemasukan Taliban ke Pakistan.

menurut sumber, Taliban dan juga rakyat Afganistan, bebas keluar masuk kenegara pakistan, mereka bebas untuk tinggal seberapa lama yang mereka mahu, tidak ada "boarder line" dan dateline. dianggarkan empat juta taliban, kini berada di pakistan, hubungan sejarah masa lampau, kekeluargaan sesama mereka, menyebabkan kerajaan pakistan memejamkan "mata" malah ianya bukan "isu politieks" yang besar

Pakistan, sebelum ini,dikatakan menerima pinjaman kewangan IBF, USD 20 Billion, tapi kemana "wang itu" disalurkan atau dilesapkan, rakyat tidak tahu dan tidak mahu tahu(barangkali) kerana pemimpin politiek mereka terkenal dengan label "corruption leader", sejauh mana benar dakwaan itu, kita semua pun masih samar kerana "tidak mempunyai solid evidence" untuk tidak menggeleng kepala mengenai dakwaan itu

untuk mengetahui lebih dekat dan lebih mendalam mengenai pakistan, anda perlu membaca buku, Pakistan : Islamic State.

Thum Kus Nahi Hey, May Kush nahi Hey, Allah bot Bara
terjemahan : awak tidak mempunyai apa-apa, saya juga tidak mempunyai apa-apa
Allah Maha Besar

sekian,titiek
jabatku

No comments:

Post a Comment