Tuesday 11 June 2013

UMNO-PAS PERLU ADA TITIK PERTEMUAN ?



Bila PM, Datuk Seri Mohd Najib Razak, PM keenam Malaysia, sewaktu merasmikan tilawah musabaqah al-quran peringkat kebangsaan yang ke 56 diKompleks Balai Islam Lundang, malam tadi, menggesan umat Islam di negara ini mencari titik pertemuan bagi menggembalikan semula ukhhwah islamiah, perpaduan umat Islam dinegara ini, ada berfikiran, "apakah PM BN ini benar-benar jujur,ikhlas atau sekadar melemparkan tempias atau secara sengaja ingin membuat, "gurauan musim panas", dalam waktu yang semakin sudah tidak ada musim panas ini atau bagaimana

berbicara mengenai keikhlasan, BARANGKALI tidak ramai dikalangan kita yang memahami, yang bernama manusia, the thinking animals, apakah makna ikhlas,tulus,mulus,integriti atau perlu dirujuk kepada Institiut Integriti yang baru berusia setahun jagung atau bagaimana

justifikasi atau ukuran atau kayu penggukur yang bagaimanakah yang wajar digunakan untuk menilai sesebuah keikhlasan

kalau keikhlasan ini diandaikan tak ubah seperti ikan kembong, berapakah harga satu kilogram sebuah keikhlasan yang dijual dalam masyarakat kelabu kita hari ini, yang bernama 1 malaysia ini ?

Nabi Muhammad s.a.w. suatu saat suatu waktu, sudah lama dulu, membuat analogi akan makna, keikhlasan tak ubah seperti seekor semut hitam, berjalan diatas batu,pada waktu malam yang amat gelap,tentunya sukar untuk dilihat dengan mata fizikal

bottom line of the story, manusia tidak pantas dan tidak wajar untuk berbicara mengenai keikhlasan dalam masyarakat duitan, masyarakat materialistik kerana "lensa, perspetktif", matam-mata mereka-mereka ini sudah semakin kelabu dan semakin samar

Monday 10 June 2013

23 TAHUN : KINI SUARA WANITA,BUKAN AURAT LAGI




DI luar Bangunan Islam Lundang, Kota Bharu, terkelip, berkelip dan kerdipan lampu, membuatkan kawasan ini menjadi terang dan benderang.

Pada sebelah malam. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak, selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berucap, beliau akan  merasmikan majlis tilawah musabaqah al-quran kali ke 56 peringkat kebangsaan.

Majlis ini bermula hari ini dan berakhir pada 14 Jun dan majlis penutup akan dilakukan sultan Muhammad kelima di tempat yang sama

soalnya, kenapa selepas 23 tahun, majlis tilawah ini baru diadakan di dibumi bertuah Kelantan ? sewaktu mula-mula memerintah, pada awal tahun 1990an, kelantan tidak menghantar "qariah" didalam pertandingan musabaqah al-quran, alasan yang diberikan "sederhana" sahaja -: suara wanita aurat

Topi dan tapi kini, "suara wanita" tidak lagi menjadi aurat, justru "ia dibenarkan" dipertandingkan kerana "suara wanita", setelah dikaji, dikaji dan dikaji dari perspektif Islam "tidak lagi aurat", malah sosok tubuh wanita turut dibenarkan menjadi wakil rakyat dan sekaligus menjadi ahli exco kerajaan negeri

apapun, alasan yan diberikan, inilah kali pertama, perdana menteri malaysia merasmikin majlis tilawah al-quran di negeri kelantan, negeri yang suatu saat terkenal seb agai kubu kuat PAS dan sehingga kini masih kebal, menebal dan sukar dibolosi komrade-komrade UMNO

ada juga pendapat mengatakan, UMNO harus bermain "foul-play", jika ingin menawan kembali Kelantan dari tangan-tangan besi pemimpin PAS

Cara dan pendekatan bagaimana yang akan dilakukan, "itu urusan nanti,itu urusan hanya orang-orang tertentu saja yang dapat memikirkannya," bukannya urusan anak-anak muda ingusan semalam.

untuk itu, sama-sama kita lihat, bagaimana lima tahun lagi, peta politiek kelantan atau bagaimana ?

.

Sunday 9 June 2013

politiek, BUAH Khuldi terlarang ?


seperti biasa, aku tiba-tiba berada di pojok itu, menggerak-gerakkan jari jemari,diatas keyboard, tiba fikiran aku melayang kepada suatu peritistiwa 30 tahun lampau, dipekan rantau panjang, sempadan malaysi-thai, bertemu dengan mat salleh, lelaki 30an, berambut panjang, perang, dari Pulau Perhentianke Kok Samui Island

Kami bersembang, berangkat dari topik kehidupan, kebahagia, kamanusiaan dan macam-macam lagi topik. Tiba-tiba aku bertanya, apa yang beliau faham dengan makna dan perkataan politiek, dia dengan selamba menjawab, " what is going on in everyday life is politics"

lalu semudah dan sesimple itu akan makna perkataan politik, tapi dalam konteks bangsa kita, bangsa melayu.khususnya kakitangan perkataan, politik kini menjadi buah terlarang, hanya orang-orang politik yang boleh berbicara tentang politik, manusia bukan politik, tidak boleh, takut-takut kena tindakan disiplin

apabila ada pemimpin UMNO mengeluarkan pendapat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak perlu di pertandingkan pada persidangan UMNO hujung tahun ini, demi menjaga "keharmonisan dan kemanisan UMNO", aku tiba-tiba berdialog dengan sub-conscious mind, "betul ke pendapat ini, ikhlas ke pendapat ini, atau ini hanya sekadar guruan musim panas" untuk menarik perhatian dan memuaskan hati pihak tertentu

atau ianya hanya sebuah bola sebak, yang semata-mata disepak untuk membuatkan the ball keep on rolling atau dengan perkataan lain, the beginning of the beginning sudah bermula atau bagaimana ?

soal samaada, dipertandingkan atau tidak jawatan terpenting parti itu,.secara globalnya tidak penting, yang jelas dan penting dan ini perlu disemat dan disemadikan dalam dada, UMNO adalah sebuah parti politik bangsa melayu yang sudah hampir separuh abad memperjuang, membela nasib bangsa melayu di negara ini

mereka perlu melihat jauh kehadapan bagaimana dengan imej dan integrity UMNO dalam masa 100 tahun akan datang

apakah UMNO hari ini,pucuk pimpinan UMNO hari ini,.secara senyap dan diam, mempunyai long term strategik planning untuk melahirkan "kader-kader UMNO", generasi pelapis UMNO yang "jujur dan tulus" untuk memperjuangkan nasib bangsa melayu pada masa hadapan atau bagaimana

Barangkali tidak ramai yang dapat menjawab pertanyaan mudah dan sederhana ini kerana "barangkali"(maaf) tidak ramai dikalangan UMNO man hari ini yang telah berfikir seketika "bagamanakah potret, wajah UMNO" setelah 100 tahun lagi ! atau bagaimana

atau UMNO akan menjadi sebagai sebuah parti politik seperti Golkar dizaman Suharto, Indonesia atau menjadi semacam Parti Konggress of India, pimpipinan Indra Ghandi atau Labours Demokratik Parti di negara matahari terbit, ditelan zaman atau diratah detik-detik waktu

pun begitu ada pendapat mengatakan keadaan seperti itu tidak akan terjadi kerana sewaktu penubuhan UMNO tidak lama dulu, ada tok-tok imam,ulama-ulama melayu yang turut mebaca doa dan menggaminkan  keselamatan dan kesejahteraan parti UMNO. titik

fakta membuktikan UMNO banyak menggangkat martabat, maruah bangsa melayu, dari masyarakat kampung luar bandar, yang dulu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kini anak anak kampung itu sudah menetap dibanggalow., dikota-kota besar, menjadi manusia elite, tidak dapat pulang kekampung banyak lumpur, timbunan duit berjuta dalam bank, menempuh kehidupan selesa

Dan perlu diperkatakan, UMNO juga lah yang bertanggungjawab menyebabkan "manusia-manusia kampung ini, mudah lupa diri, mudah emosional ketika menggundi dan memberikan UNDI kepada mereka yang hanya baru ingin menabur janji

impak politik, timbul perlbagai pendapat, tsunami penggundi china, yang pada hakikatnya UMNO sendiri gagal melihat kedalam diri, bercermin diri, dimanakah terletak kesalahan dan kesilapan UMNO itu sendiri


MENTERI BESAR,DATOK MOHD NASIR,AUSTRALIA DAN PAS



Diluar kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir,di Pasir Hor, kini allahyarham, bersemadi, dibumi Kanggroo,Australia-semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya-, langit masih seperti dulu, membakar dan terus, membakar kulit, mamat-mamat malaysia, petani,buruh,penoreh getah dan sebagainya termasuk buruh am

pertemuan berlangsung di atas bangku rumahnya, waktu itu aku bertugas sebagai PRO dan wartawan majalah PERISTIWA, terbitan, Dian SDn Bhd, dibawah kelolaan, allahyarham Datuk Yussof Zaki, pengasas majalah Dian, pada awal tahun 1960an, tidak lama dulu

sebagai menteri besar kelantan, Allahyarham,entah mengapa dan kenapa "tidak sehaluan" dengan pucuk pimpinan PAS, Datuk Haji Asri Muda. Beliau lebih rapat dan dekat dengan Tengku Razaleigh Hamzah, yang pada waktu itu Menteri Kewangan

dikatakan setiap kali Ku Li pulang ke Kota Bharu, beliau akan bertemu dengan Ku Li. Dan sebagai termaktub dalam sejarah., setelah di pecat dari jawatan Menteri Besar, Kelantan, menerusi dewan undangan negeri kelantan, rakyat kelantan bangun, menyokong Mohd Nasir, impak poilitiknya berlaku Mageran, pemerintahan Mageran dan pada pilihanraya 1978, UMNO dibantu oleh parti Berjasa, yang baru ditubuhkan Mohd Nasir, berjaya "menewas, menumbang" dan membumihaguskan pemerintah Islam Pas di negeri kelantan, sejak berdekad, sejak pilihanraya pertama diadakan di malaysia

ternyata kelantan yang dulunya menjadi kubu kuat Pas akhirnya tertewas dan tersungkur dikaki UMNO dalam pilihanraya 1978.

Apa pula komen Bekas Timbalan Menteri Besar kelantan pada waktu itu, Wan Ismail Wan Ahmad,. bekas peguam, suami kepada penceramah motivasi dr Fatima dalam krisis ini

"Rakyat kelantan tidak pernah redha BN memerintah kelantan," katanya

aku terkejut mendengar kata-kata itu. Dialog itu berlaku di rumahnya di Kubang Kerian tidak lama dulu

"Kenapa Datuk berkata demikian," kata aku kepadanya

"BN menang dengan taktik kotor, BN guna cara tidak demokratik, merampas kuasa politik dari PAS, buat Mageran dan kemudian buat Pilihanraya," katanya

sampai kedetik dan saat ini, benarkah rakyat kelantan tidak redha BN memerintah kelantan sejak tahun 1978 sehingga 22 oktober 1990, masih menjadi tanya tanya

yang jelas, sampai ke PRU 13, tahun 2013, 5 mei 2013, BN gagal untuk merampas kuasa politik dari PAS, lalu "apakah ini" ada kena mengena dengan katakata hikmat, "rakyat kelantan tidak pernah redha BN memerintah kelantan, masih menjadi pertanyaan misteri dan akan terus menjadi misteri sampai ke kiamat atau bagaimana ?

DatOK ZAINUDDIN MAIDIN,ZAM,MEDIA DAN PAS


Malam itu, disekolah menengah chung hwa, kota bharu, langit seperti biasa, sama seperti malam, bila malam bertambah malam, bila hitam bertambah, aku berkesempatan membuat liputan berita kedatangan Zam,Zainuddin Maidin,yang sudah bergelar Datuk, bekas Pengarang Utusan Malaysia yang pada waktu memegang jawatan Menteri Penerangan

Zam datang kemajlis itu diatas jemputan ahli Parlimen Kota Bharu, Datok Zaid Ibrahim, kini telah (maaf) "murtad politik", keluar UMNO, masuk PKR, keluar PKR dan terbaru parti bebas, di negara ini, "murtad politik",bukan isu besar, jangan "murtad agama", itu isu besar,titik

Zam pada malam itu bicara tentang patriotisme, dia bicara kisah lama, Tuanku Abdul Rahman berusaha keras, bermuafakat dengan kaum lain, china dan India, untuk duduk satu meja, maraih kemerdekaan dari British,secara gratis dan percuma

Tidak ada titisan darah,tidak ada bamboo runcing,Malaysia dengan mudah mencapai kemerdekaan dari British, 31 Augustus 1957, kita merdeka,

"Merdeka,merdeka, nasi kerabu kena beli," teriak tok awang, kini allahyarham.dilorong che hussein, kota bharu belum lama ini.

Bagi penyokong fanatik Pas, Zam,Zainuddin Maidin, meskipun kaya dan padat dengan pengalaman journalistik, "tulisannya" tidak ada harga,tidak bernilai

alasan yang diberikan, sewaktu bertugas diutusan malaysia, "banyak dosa-dosa" politik yang dilakukan zam, apabila menulis dan menghentam PAS, Zam tidak ada belas kasihan. Zam hentam dan menghentam betul-betul pemimpin dan perjuangan PAS

Dosa-dosa masa silam Zam terhadap PAS menyebabkan (barangkali) tidak ramai penyokong PAS kini memaafkan beliau.

Meskipun bergelar  veteran, wartawan senior,wartawan kanan dan pencatat, pengukir sejarah bangsa melayu, disebabkab "faktor politik", zam yang berstatus mutiara tiba-tiba menjadi "serpihan mutiara retak" bagi penyokong parti pembangkang di negara kita

soalnya, benarkah rasional pertimbangan dangkal itu, kita semua tertanya, yang jelas Zam terkenal sebagai orang kuat UMNO,lalu apakah menjadi satu dosa sebagai wartawan menyokong perjuangan UMNO, suatu pertanyaan yang barangkali perlu dijawab malaikat Jibrail atau bagaimana ?

WARTAWAN,KITA-: KIRI,KANAN PUN JUGA DITENGAH-TENGAH



sEwaktu Nongkrong belajar diIndonesia,28 tahun lampau,difakultas sains politik,Universitas Darma Agung, Jurusan Kommunikasi Massa, Medan, secara umumnya, tugas wartawan melaporkan "happening", peristiwa yang mempunyai nilai-nilai berita. itu saja dan titik, malah di seantaro dunia, tugas wartawan-: melaporkan apa jua peristiwa, happening yang mempunyai nilai berita

secara kasar "berita yang hendak dilaporkan" mesti mempunyai ciri-ciri berita seperti important, interesting,unique dan informatif manakala fuungsi media,samaada elektronik atau bercetak termasuk to educate,to inform, to entertaint dan to interprate the event,itu saja dan titik.

tugas wartawan jelas dan amat terfocus,tapi hari ini,timbul arus media baru,media sosial,diblog,bloggers tiba-tiba menjadi "jurulapor", wartawan beraliran baru, bebas dan lepas,melaporkan apa jua berita, baik dalaman maupun luaran, semuanya dilaporkan,asalkan mempunyai nilai berita,terus dilaporkan

anehnya, public lebih suka mempercayai sumber berita dari blog berbanding dengan wartawan media arus perdana, wartawan media arus perdana dikatakan "tidak melapurkan berita" yang sebenar, tidak telus dan semakin menipis nilai integriti wartawan media arus perdana.

lalu,apakah sememangnya "benar sebegitu"? lalu, wujud terminologi baru, wartawan kiri,wartawan kanan, wartawan bukan kiri,bukan kanan,wartawan ditengah-tengah, wartawan dilorong sepi dan sunyi,

keadaan ini berlaku (maaf) cakap ramai dikalangan kita dan kekitaan kita, tidak memahami dan mengerti, pengertian sebenar freedom of press, kebebasan akhbar

nak dikatakan Malaysia tidak mengamalkan kebebasan akhbar, disini ada akhbar harakah, suara keadilan, yang dikatakan akhbar aliran kiri, memuatkan berita,suara pembangkang.

Nak dikatakan, mengamalkan kebebasan akhbar,  banyak berita-berita yang dilaporkan media arus media, dipertikai kredibilitinya dan kebenarannya

lalu, apakah yang dicarikan pembaca berita berbangsa melayu yang beragama Islam dalam konteks ini. pun begitu ada seorang teman lulusan UK, pernah berkata, beliau tidak boleh membaca akhbar berbahasa melyu, sebaliknya melanggan akhbar berbahasa inggeris The News Straits Time dan The Star, alasan-nya, kejam terlalu kejam bunyinya -: semakin tidak cerdik

lalu, betulkah anggapan, tanggapan dan persepsi ini rasioanal untuk ditelan pahitnya,kita semua(barangkali) ah terlalu malas dan sudah letih untuk bertanya justru dalam konteks politik kita hari ini, banyak soalan-soalan politik yang ditanya "semakin tidak terjawab", apakah sememangnya benar begitu ?

Saturday 8 June 2013

PRU KE 14 : UMNO KELANTAN AKAN KALAH LAGI ?


Diluar bangunan UMNO,Kota Bharu, langit masih seperti dulu, cerah, terik mentari, asih seperti dulu, membakar, kulit tidak puteh, sebegelintir, penarek beca, kais pagi makan pagi, kai petang, makan petang.
Dan jam 1 tengahari nanti, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Annuar Sepian, calon BN,Parlimen Kubang Krian,yang kalah teruk, dalam PRU 13, baru baru ini, akan membuat sidang akhbar, berhubung isu,apa tidak tahu dengan jelas

yang jelas, PRU ke 12,BN cuma dapat 7 kerusi dewan undangan negeri kelantan, PRU ke 13 cuma mampu dapat 12 kerusi DUN dan PRU ke 14 (barangkali) mungkin boleh tambah 5 kerusi lagi, menjadikan 17 kerusi dan PRU ke 15, mungkin boleh tambah 5 kerusi lagi,menjadikan 22 kerusi milik BN, tapi masih  belum mampu merampas kuasa politik dari PAS, paling minimal untuk memerintah BN perlu mempunyai 23 kerusi DUN Kelantan.

Itulah barangkali skrip politik UMNO Kelantan, 20 tahun lagi,itu skrip politik, bukan skrip  filem, skrip filem boleh diubah, bila-bila masa, asalkan tambah bajet, semuanya bisa diatur.

itu skrip politik UMNO Kelantan, 20 tahun lagi, Datuk Seri Mustapha Mohamed, sudah berusia 82 tahun, sudah beruban,puteh sudah menggelilingin ubun rambut, siapa pula Ketua Pemuda UMNO Kelantan pada waktu (?) itu, ? Bagaimana pula dengan "kita dan kekitaan" kita (?) atau kita pada waktu itu,"sudah tidak lagi menjadi", sebaliknya sudah menjadi "apa adanya" atau bagaimana ?

sebenarnya, barangkali tidak ramai dikalangan kita, yang ada dan ada seadanya, menjengkuk kedalam diri kita, bercermin diri, melihat kristal diri kita, melihat kedalam diri kita, "kemanakah akhir perjalanan hidup" yang serba sementara ini.

Untuk itu, simak bait-bait puisi penyair Indonesia, Sapardi Djako Damono, "disebabkan hidup ini indah,aku menangis,sepuas-puasnnya"-because the sky is blue, i cried"

amono

Sex,politik, kita , matipucut dan ubat


Diluar langit, masih cerah, cuma ufuk barat, garis-garis kuning sudah mulai menjelmakan diri, dihadapan sekolah kebangsaan Belukar, Machang,ada dua pasang, suami isteri, menunggu, menanti dengan penuh cemas : untuk bertemu dengan pakar perubatan tradisional, bahagian "mati pucuk".

Tanpa melengahkan masa, dipendekkan cerita,sisuami, sudah tiga tahun,tidak dapat melakukan aksi sebagai kaum adam yang sepatutnya, sudah gagal untuk berfungsi sebagai lelaki tulin, meskipun parah, siisteri, masih tetap setia, menunggu dan menanti agar ada kuasa ghaib,bisa menggubati kelemahan suaminya

setelah tiga jam, menjalani urusan tradiiisional, disamping di baca mentera, ayat-ayat al-quran yang diperolehi dari neneknya, yang kini sudah berada dialam satu lagi, abang wie, 40an, berjaya melakukan sentuhan ajaib, tentunya dengan izin yang maha khalik

Urat-urat kelamin, lelaki berusia 60an tiba-tiba menjadi tegang, dan sisiteri, airmukanya tiba-tiba berubah,ceria, sebuah senyuman,mesra tiba-tiba terukir dan pada penghujung malam,sepasang suami isteri, menggelar dan menggeliar ketika subuh, mulai bersuara

Dan disebabkan terlalu gembira, sisuami menghadiahkan sebuah kereta kanci perodua kepada abang wie.dan kini jika anda kerumah abang wie, dihadapan sekolah keb belukang, machang, anda akan melihat, hadiah berharga dari mereka yang telah sembuh,penyakit mati pucuk

berdasarkan, wawancara yang dilakukan, abang wie, memang pakar urat saraf, ramai sudah yang terkena stroke, selesai berurut dengan abang wie, back to normal.

dikalangan staff hospital machang, nama abang wie, tidak asing, malah di husm kbg krian, doktor pakar saraf, mengenali dan mengetahui kehebatan abang wie sebagai pakar saraf.

"Cuma kelebihan yang ada pada kita, kita guna ayat-ayat suci al-quran,apabila menyentuh dan menggurut urat," katanya selamba

"Kita cuma berikthiar, allah menentukannya," katanya serius

"bagi mereka menghadapi masalah stroke, mati pucuk, "abang wielah", tempat menggadu", kata seorang bekas pesakit  abang wie yang enggan namanya disiarkan.

Thursday 6 June 2013

Datuk Paduka Ibrahim ali : suicide political bombers ?



Diluar langit masih cerah, yang ada cuma awan hitam, bergeligar di taman mimi, wakaf bharu,kediaman Datuk Paduka Ibrahim Ali, memang nama Ibrahim Ali, bukan sekadar sebuah nama,dalam peta politike tanah, berangkat dari zaman blues, wood stock,ITM shah Alam,awal tahun 1970an, "mukanya", sebagai Presiden Kesatuan Siswa ITM,  sudah kerap keluar muka depan akhbar-akhbar tempatan

Student power, demonstrasi jalanan, yang digerakkan bersama, teman kampus sempat menggegarkan Kabinet,dibawah kepimpinan, Tun Abdul Razak, yang pada waktu itu menjadi Menteri Pelajaran, membuatkan nama Ibrahim Ali,tiba-tiba bukan sekadar sebuah nama, tapi sebuah i-con, bagi anak muda, khususnya yang datang dari kampung, belajar di kota-kota besar. Pun begitu juga dengan nama Anwar Ibrahim, yang sama-sama dilokap dan dikuarantinkan dibawah Internal Security Act,ISA, Kemunting, suatu waktu tidak berjarak dulu

cuma yang menjadi perbedaan ketara kini, Datuk Seri Anwar Ibrahim,kini menjadi  ahli parlimen Permatang Pauh manakala bekas ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali, kalah "total" kepada Nik Abduh, anak bekas menteri besar kelantan, dikawasan parlimen Pasir Mas, belum lama ini

ada pendapat mengatakan karier politik, datok him akan berakhir di lorong sepi ini, ada juga mengatakan tidak, ini cuma, the begining, this is the begining of the new beginning bagi Datok Him.

suatu permulaan dari sekian  banyak permulaan, bagi Tok Him.dalam politik, kekalahan ini, satu permulaan baru bagi Tok Him

soalnya ramai yang confused dan tidak mengerti pertmainan polilitik datuk Ibrahim Ali, ada pendapat mengatakan dia rela menjadi kambing hitam UMNO demi survival UMNO

ada juga mengatakan UMNO perlu melahirkan 1 juta  mutan UMNO berjiwa Ibrahim Ali bagi meneruskan kesinambungan perjuangan bangsa melayu di negeri malaya ini

pertanyaan besar dan berat timbul, masih relevantkah "manusia-manusia" berjiwa Ibrahim Ali dalam konteks UMNO Najib-Muhyiddin ini, ianya masih menjadi pertanyaan misteri




Nik Aziz, UMNO dan Pas-Bersara-


apabila Mursyidul am Pas, Datok Nik Aziz Nik Mat,melepas jawatan MB Kelantan, sebaik saja,PRU ke 13selesai, Kelantan masih tetap juga berada ditangan Pas, dan tidak banyak diperkatakan tentang peristiwa besar, MB kelantan, memberi laluan kepada anak buahnya Datuk Ahmad Yakob -: menduduki kerusi Menteri Besar Kelantan

Kerusi yang pernah di idam, dan di"mimpiburukkan Exco Kanan, Datuk Husham Musa, suatu waktu tidak berjarak dulu, tapi kini realitas politik, bukan saja kerusi yang tidak dapat tapi kedudukannya sebagai exco kanan, kerusinya tiba-tiba diduduki oleh orang lain.

Itulah politik,inilah politik,politik bermakna, garis besarnya : ada musim, ada masa, it's time to come, it's time to go.

suatu waktu tidak berjarak dulu, nama ku li, Tengku Razaleih Hamzah, sebelum kedatangan Mahathir Mohamed, sebuah nama yang besar, nama yang disebut-sebut bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia, selepas Tun Hussein Onn(barangkali), tapi nasib bersuara lain, politik Ku li juga menjadi lain, tapi kini, meskipun mencatat rekod parlimen dalam komonwealth,sebagai ahli parlimen paling lama berkhidmat dalam kerajaan, itu semua tidak mempunyai sejumlah makna-: itu semua tak ada makna, meaningless, kosong dan nihilisme

keberadaan ku li dalam BN seolah-olah tiada, seolah-seolah manusia yang bernama Ku Li tidak pernah membuat jasa besar terhadap sumbangan ekonomi negara, ramai generasi baru, tidak mengetahui, manusia inilah yang mendirikan PETRONAS, BANK BUMIPUTRA dan banyak lagi ideanya yang diapplikasikan,dalam sektor ekonomi yang menyebabkan Malaysia kita hari ini, berada dilandasan ekonomi yang kukuh(?),untuk jangkamasa banyak tahun lagi

sumbangan ku li kepada PAS Kelantan ? cukup banyak, kekalahan total,36 kerusi dewan undangan negeri BN pada pilihanraya 22 Oktober 1990 kepada Angkatan Perpaduan Ummah,APU, Pas dan S46,-membuktikan he is somebody in Kelantan

itu cerita dulu, itu cerita panjang berusia 23 tahun, tapi kini, Ku Li, masih juga tetap Ku Li, yang masih mampu menang dan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang

soalnya ada pendapat, mengatakan sebagai orang lama dalam politik, bekas menteri kewangan, banyak berjasa kepada UMNO dan Parti Semangat 46, beliau pantas di senaraikan dalam kabinet, sebagai menteri,

pun begitu ada pendapat mengatakan Ku Li tidak perlu bermimpi untuk berada didalam Kabinet Najib Razak, selagi mantan PM, Tun Mahathir masih berdiri di lorong itu

soalnya benarkah cerita itu, ada juga pendapat mengatakan lebih baik Ku Li, ikut jejak langklah, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bersara dalam sekelip mata, menghabiskan sisa-sisa usia dengan bersahaja atau hanya menunggu masa untuk di jemput ke alam sana, suatu alam yang sukar untuk diraba.

Wednesday 5 June 2013

DATOK AHMAD YAKOB, MENTERI BESAR,GANTI DATOK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT



Sebelum pergi lebih jauh, perlu dinyatakan Datok Ahmad Yakob, bekas TMB, mempuyai nama sinnonim dengan bekas MB Kel, BN, TaN Seri Mohamed Yakob, cuma yang ini Ahmad Yakob.bukan Mohamed Yakob, yang kini sudah berada di alam sana

sosok tubuh yang baru menduduki kerusi MB ini, jest a simple man, tidak mahu publisiti murahan, kerja,mengikut aturan,dan peraturan.

paling besar kerja yang dilalukan, membuat sidang media bersama di pej mb kelantan, bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriJamil Khir, berhubung Majlis Tilawah Al-quran yang bakal berlangsung di Balai Islam Lundang, bermula 10 June sehingga 14 June

yang menarik tentang beliau, belian antara exco yang mendapat less publisiti berbanding dengan Husham Musa, Nik Amar,Takiyuddin Hassan, tapi tiba-tiba menjadi Menteri Besar

sebenarnyabeliau berjaya mencipta sejarah PAS negeri kelantan, kerana tidak pernah pun ada tim menteri besar kerajaan negeri Pas kelantan, menjadi Menteri Besar, sejak diera Datuk Asri Muda sehingga ke era Datuk Nik Abdul Nik Mat

apakah makna pemecahan tradisi ini dari segi politik, kita tidak tahu persis, yang jelas, beliau sempat berkata, "ana hanya menjalankan tugas, amanah rakyat," katanya selamba di pejabatnya belum lama ini

perlu dinyatakan, karam singh walia, wartawan jaringan tv 3, pernah mendapat sumbangan dari beliau,menerusi Tabong Serambi Mekah, sebanyat 3 juta rupiah berikutan rumahnya dinaiki pencuri tidak lama dulu

ketika ditanya, perlukah tv3 membuat laporan berita mengenai sumbangan itu, beliau berkata tidak perlu.

"sumbangan ikhlas, tidak perlu bising-bising" dan sehingga kini ianya menjadi rahsia seabad antara aku, dia dan karam singh walia


Tuesday 4 June 2013

6TH PRIME MINISTER,NAJIB RAZAK PREPARE FOR THE 14TH ELECTION ?



Bila keputusan pilihanraya umum ke13 diumumkan, belum lama ini. Barisan Nasional,B-N mendapat 133kerusi BN, mimpi Pakatan Rakyat, opposisi, hancur, berkecai dan "lumpuh", Najib beberapa selepas itu mengumumkan Barisan Kabinet Baru Kerajaan Barisan Nasional.

ada pendapat, menteri baru yang ditonjolkan, tidak "imptesive", lebih banyak pertimbangan politik dari pertimbangan proffesionalisme, mereka datang dari Sabah dan Sarawak, alasan politik kerana banyak kerusi BN, yang menang datang dari negeri bahagian sebeleh timur.

dan apabila post-mortem politik dibuat, muncul pelbagai pendapat,yang dikemukakan BN man, yang jelas tidak berpijak pada realiti semasa. Masa Pak lah BN menang 140 kerusi parlimen, masa Najib BN menang menang 133 kerusi Parliment, tujuh kerusi merosot, Pru ke 14 BN merosot 7 kerusi lagi, menjadikan BN menang 126 kerusi , Pru ke 15 merosot tujuuh kerusi lagi, bermakna BN cuma akan mampu menang 119 kerusi parlimen, dan pada Pru ke 16, BN merosot lagi kerusi, BN cuma mampu menang 112 kerusi parliment, dan pada PRU ke 17,kerusi BN merosot lagi tujuh kerusi, ini bermakna BN cuma mampu menang 105 kerusi parliment dan pada waktu itu,"kita-kita semua sudah berada dialam ghaib,sudah berada di alam barzakh, sudah berada dialam transisi, samaada akan masuk neraka atau syurga, kita pada waktu itu,sudah berada dialam alam, disuatu alam, yang kita tidak lagi berjantung, tulang belulang sudah diratah cacing-cacing dalam tanah,

dan pada waktu itu kita berada di tahun 1933 masehi, Perdana Menteri kita pada waktu itu,tidak kita ketahui, dan saya kira Datuk Seri Anwar Ibrahim,sudahpun berada dialam barzakh, jikapun masih hidup, menggunakan kerusi roda,sebagaiman Karpal Singh, hari ini

Persoalannya, beberapa hari lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, komponen BN, ahli parti BN perlu berubah, merapat keakar umbi, mendekati rakyat, mengambil berat masalah rakkyat,persoalan timbul, siapa akan melakukan kerja itu, ? Bukankah kerja parti kerja sukarela, tidak ada gaji, tidak seperti menteri,timbalan menteri, menteri,, timbalan menteri ada keistimewaann, mereka "makan gaji, setiap bulan dapat duit,

yang sebenarnya,  yang perlu dilakukan Najib, kerajaan perlu berubah, perbetulkan persepsi rakyat persepsi penggundi terhadap kerajaan BN

Tidak ada ada lagi kronisme, projek Mega hanya didapati golongan tertentu, perlu dihapuskan, open tender, tidak ada lagi direct nego projek, menelan berjuta-juta, malah berbillion wang rakyat

soalnya jika ini dilakukan bagaimana kroni kroni politik golongan tertentu untuk survive, disebabkan kitasebuah negara membangun dan akan menuju negara maju, wawasan 2020,dalam tempoh tujuh lagi, kita perlu menjadi maju, bagaimana dari segi pemikiran, mentaliti, apakah mentaliti bangsa melayu sudah pun maju ?

Jika PAS menggunakan wang untuk membeli undi, sama juga seperti UMNO,gunakan kertas legal tender,untuk membeli undi, bangsa melayu Islam di negara ini, tidak akan maju,akan berus berada di takok lama, negara kita akan maju, rakyat kita akan maju,apabila majoriti bangsamelayu diluar atau dalam bandar, memarahi pembeli undi dari golongan parti politik, menghulurkan wang kertas rm300, meminta penggundi memberikan undi kepada calon-calon parti tertentu yang bertanding dalam pilihanraya

Beliau akan berkata, "kamu ingat harga diri, nilai harga diriku,cuma rm300, go to hell with your dirty money",teriaknya sepuas hati

dan apabila senario seumpama itu berlaku, barulah bangsa melayu,beragama Islam,dinegara ini wajar dari segi pemikiran sudah memasuki fasal pertama, dan mengenali serta memahami akan erti kemajuan sebenar dalam konteks politiek malaysia


ends