Thursday 10 January 2019

Tuesday 8 January 2019

SEJARAH ZALIM PADA BAPA SAUDARA NABI ABU TALIB : ABU TALIB SEMPAT MENGGUCAP PADA AKHIR KALAM

Barangkali, maaf bukan barangkali "sememangnya", ulama ulama berbangsa melayu, pada kurun ke 13, 14, 15,16, 17,18 dan 19,tidak berbuat banyak untuk membuat penyelidikan, kajian, dan membetulkan fakta sejarah Islam yang amat "berharga"nilainya yang mendengungkan "fakta bapa saudara Nabi Muhammad saw,Abu Talib, bukan manusia mukmin, bukan manusia Islam" ketika menghembus nafasnya yang terakhir ! suatu pembohongan sejarah, yang telah "menipu berjuta-juta umat Islam"-sehingga kehari ini ramai umat Islam, berbangsa melayu-tidak kira-apa jua bangsa--mempercayai "pembohongan sejarah"itu.

tulisan ini ditulis untuk membetulkan "penipuan sejarah" yang telah berlaku hampir 1,400 tahun dan telah ditelan oleh umat Islam diseantaro dunia bahawa bapa saudara Nabi Abu Talib, bukan seorang Islam ketika mengembuskan nafas terakhir

menurut abang sayidina Ali, Sheikh Jaafar, beliau melihat dengan matanya sendiri, bapanya sempat mengucap kalimat laillahaillawlah, bibirnya bergerak, dan mengikuti shahadat yang di ajarkan Nabi Muhammad s.a.w, kepada bapa saudaranya Abu Talib

kecelaruan riwayat mengenai kebenaran "peristiwa ini" terjadi, kerana perawi perawi riwayat pada waktu dikatakan telah telah termakan "upah" oleh kuncu Muawiyah, yang kuat berdendam kepada sayidina ali dan keturunannya

sehingga ada riwayat yang memuji anak lelaki Muawiyah, yang bernama Yazid, seorang yang baik, sedangan pada realitiya, fakta sejarah, Yazid seorang pemerintah yang kejam, peminum arak dan "womanizar"----

lalu jika ada perawi periwayat yang ada dan sanggup memutarbelitkan fakta, apakah keadaan yang sama, juga tidak berlaku kepada Bapa saudara Nabi Abu Talib ?

Menurut catatan sejarah, junjungan besar Nabi kita, dipeliahara dan tinggal bersama Abu Talib ketika berusia lapan tahun. Kecintaan beliau kepada anak saudaranya amat besar sekali, menurut riwayat, makanan yang dihidangkan tidak boleh disentuh oleh anaknya yang lain, sebelum Nabi Muhammad menyentuhnya terlebih dahulu

apabila melihat anaknya Ali solat dibelakang Nabi Muhammad, beliau telah menyuruh anaknya sheikh jaafar turut solat bersama mereka

Pernah suatu ketika beliau tidak bertemu dengan nabi muhammad dalam tempoh satu hari, beliau telah mengarahkan semua pemda Bani Hashim, mencari Nabi Muhammad saw dan apabla bertemu dengan Nabi, beliau membawa anak saudara berjalan bersama dan dilihat pembesar pembesar lain dikota Mekah

abu mutalib ketua Bani Hashim yang cukup berpegaruh dan disegani oleh pepmebesar quraish dan penduduk kota Mekah pada waktu itu

dan ketika Raja Abraham dari Habshah, datang bersama tenteranya dan sekumpulan gajah untuk meruntuhkan kaabah, Abu Talib, pergi berjumpa Raja Abraham, dan ketika ditanya tentang unta, Abu Talib, berkata untaunta dimekah ada pemiliknya, dan beliau menjelaskan kepada Raja Abraham, Kaabah juga ada penjaganya iaitu Alllah dan kisah jelas terdapat dalam al-quran dalam surah Al Fil dimana gajah-gajah itu dimatikan hanya dengan batu batu kecil yang dibawa sekumpulan burung dan menjatuhkan batu batu keatas gajah, dan gajah mati seperti daun kering---begitulah keheban dan kebesaran kuasa allah---

Dan berdasarkan kepada sejarah sebenar, banyak pembelaan yang dilakukan Abu Talib terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dan ketiak Nabi meulakan dakwah secara terbuka tidak ada satu pun riawayat yang menyebut Abu Talib menentangnya malah menurut satu riwayat belaiu sempat berkata kepada Nabi Muhammad saw, katakan apa yang ingin engkau katakan dan beliau tetap bersedia menyokong dan membeka Nabi Muhammad saw.

malah beliau dengan tegas dan lantang, memaklumkan kepada pembesar quraish bahwa walau apa pun terjadi, belaiu tidak akan menyerah anak saudaranya sehingga mereka sanggup melangkah mayatnya terlebih dahulu

Nabi Muhammad saw amat menyayangi bapa saudaranya yang banyak berjasa dan menyokong baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiah.

Dalam al-quran, allah jelas melarang umat Islam "mencintai, menyayangi" manusia bukan Islam tapi dalam realitas ini, disebabkan Abu Talib, bapa saudara Nabi, juga seorang Islam, pada saat akhir hidupnya, sempat menggucap syahadat, kenyataan dengan jelas menolak fitnah pihak tertentu yang mengatakan Abu Talib, tidak Islam tapi pada realitinya bapa saudara Nabi itu seorang mukmin,Islam,beriman dan bertakwa kepada allah yang maha besar

semoga tulisan kecil ini dapat dan mampu "membasuh" pembohongan intelektual terhadap bapa saudara Nab Abu Mutalib, sekian jabatku, titiek


Sunday 16 December 2018

ZAHID HAMIDI : I AM STAYING PUT : CERPEN ABSURDISME : TOLOLNYA 48 AHI PARLIMEN UMNO



SEPERTI BIASA tokoh kita, seperti hari hari kemarin yang kerap memandang kelangit, tetap juga mengamalkan perlakuan aneh, setiap saat, meskipun sedang berjalan kaki, akan berhenti seketika, berdiri memandang kelangit, meludah keatas dan air ludahd, jatuh kemukanya, menyapu air ludah dengan tapak kanan dan meneruskan perjalanan

Tapi hari itu, tokoh kita menukar habitat rutinnya, tidak lagi memandang birunya langit, tetapi memandang kebawah, memandang bumi.

tiba-tiba, kaki  tokoh kita berjalan kearah tengah jalan raya, tiba datang sebuah trailer melanggar tokoh kita.

tubuh dan badan tokoh kita melayang, setinggi pokok kelapa, sebelum terhempas kuat,ditepi perigi, terkulai layu dan mati.

"Ma rabbuka, siapa Tuhan mu," tanya suara ghaib yang entah dari mana datangnya. "Allah , tuhan mu, jawab tokoh kita selamba

"Apa agama mu," tanya suara itu lagi, \"Islam,",jawab tokoh kita ringkas."Islam itu dieja dengan huruf sanskrit, tapi jika dieja dalam huruf jawi, alif,shin,lam mim, yang bermakna Malayisa,"jawab tokoh kita, yang semakin ringkas.

"Lalu kamu tahu politik semasa, current affair, politik negara kamu," tanya suara ghaib itu lagi.

"Akulah presiden parti politik yang bergelar UMNO dantelah memerintah malaysia selama lebih 61 tahun," jawab tokoh kita yang tidak seberapa ringkas

II

"Kenapa 48 ahli perlimen UMNO, ahli UMNO yang bertanding atas tiket Barisan Nasional,B-N, dalam PRU yang ke 14, tapi ingin menyertai parti bersatu dan parti keadilan dalam waktu terdekat ini," kata suara ghaib, yang nasih tidak diketahui  arahnya.

"Mereka itu, tidak punya batu,,tidak ada harga diri, sanggup melacurkan perjuangan UMNO untuk menyelamatkan diri sendiri, tidak ada kesetiaan dan kejujuran terhadap parti, mereka semuanya patut bersabar, membaiki diri dan berjuang mengambil balik kepercayaan rakyat terhadap UMNO, bukan bertindak sebaliknya," kata tokoh kita kepada suara ghaib itu

"Mereka semua perlu sedar, mereka menang dalam PRU ke 14 kerana mereka bertandng diatas tiket Barisan Basional,B-N, jika mereka ingin keluar UMNO, letak jawatan, barulah boleh dikatakan mereka seorang pemimpin yang mempunyai prinsip bertanggung jawab dan ada harga diri, " kata tokoh kita lagi.

"Maksud kamu, kesemua ahli parlimen UMNO , ahli parlimen Barisan Nasional,B-N, itu tidak sedar diri, rubbish,tidak ada prinsip, tidak aada harga diri dan terlalu bodoh dalam bermain bola sepak politik tanah air," tanya suara ghaib itu lagi

"Bukan saja bodoh, lebih bodoh dari perkataan bodoh itu sendiri, dari segi falsafah word doesnt carry the meaning, mereka yang menggunakan perkataan bodoh itu sebenarnya yang bodoh," tegas tokoh kita lagi

"lalu bagaimana dengan tindakan mereka menggenakan political pressure kepada Presiden UMNO, manusia yang bernama zahid, meletak jawatan," tanya suara itu lagi

"Tindakan itu tidak wajar, tindakan itu tidak mempunyai sifat sifat kemanusiaan, mereka semua sepatutnya fokus kearah membaiki dan memilehkan imej UMNO, UMNO merupakan parti besar dan ramai penyokong," jawab tokoh kita,


"I am staying put," jawab datok zahid hamidi,sebagaimana yang di laporkan Joceline Tan, wartawati, senior The Star, yang masih single ,yang nama manjanya, Joicy, sebagaimana yang di unggapkan, bekas Presiden Parti Melayu semangat 46, dalam sidang media, belum lama ini, memang tepat dan patut dipuji'

III

Ditempat kejadian kemalangan itu, seorang inspektor,benggali yang datang dua jam selepas kemalangan itu, bertanya kepada sarjan polis dan ingin mengetahui lebih jauh kemalngan itu,sebab dan punca kemalangan itu,

"Sargeant,please tell me more about the victim, i mean the biodata of the victim," katanya

"Hasil siasatan yang dilakukan keatas mayat mangsa, mangsa berusia 39 tahun, pernah di masukkan ke wad psiakatrik, berek 12 di hospital kota bharu, dan pernah di menerima rawatan, "suspended animation" kerana mempunyai penyakit saraf by pola system disorder

"Apa itu rawatan suspended animation," sargeant

"Menerusi rawatan ini, pesakit disuntik dengan heroi atau morphine dengan dosage yang banyak menyebabkan pesakit tidak sedar diri untuk jangka masa yang panjang dan dimasukkan kedalam peti besi bilik mayat, dibekukan dan setelah sampai tempoh setahun, pesakitdi dibawa keluar dan hidup sepertia biasanya.

"Dalam tempoh tidak sedar, sub-conscous mind pesakit mengalami perlbagai mimpi, mimpi ngeri, mimpi separuh ngeri, mimpi politik, dan mimpi tidak berbaur politik, dan hasil siasatan kami menjumpai beberapa keping kertas dalam poket seluar yang ditulis tangan , yang berjudul sebuah cerpen absurdisme : tololnya ahli parlimen UMNO. titiek


tamat

nota : cerpen absurdisme adalah sebuah cerpen "yang mempolitik-sastrakan" pemimpin politik dan "mensastrapolitikkan pemimpin politik dan tidak kena mengena dengan sesiapapun, baik yang hidup dan yang mati "seketika". titik

Thursday 13 December 2018

STUPID LEADER : TINGGALKAN UMNO dan hawiyah

selepas solat subuh berjemaah dimasjid Yahya Putra Machang dan selepas mendengar tazkirah pagi oleh ustaz yang diimport dari Bukit Marak, Ustaz Ridhwan Hassan, imam tua Masjid Bukit Marak, alumni Pondok Modern Bachok, asal Kg Telong, aku terus ke gerai surat khabar membeli akhbar kegemaran, The Star,dan terkejut besar, melihad head line : UMNO being torn apart----mahfumnya--UMNO "being torn" dibiarkan berpecah berkecai"--

Menarik tentang tazkirah ustaz Ridhwan, diwaktu mukadimmah, beliau berkata, bukit marak terkenal dengan dua sebab, satu lagenda Puteri Saadong dan satu lagi, Tan Seri Annuar Musa, setiausaha agung UMNO, dan para hadirin, tertawa dan ada yang ketawa sinis

seterusnya, membaca The Star, UMNO leader want outs, Many waiting to get into two pakatan parties,says source----

"how can i join bersatu cos it will be them who got UMNO deregistered", MP Nazri Abdul Aziz, bekas Menteri Pelacongan dlm era Najib menjadi Perdana Menteri,berkata,"Kenapa pula saya ingin menyertai Bersatu, kerana dialah UMNO tidak boleh didaftarkan semula"

"Kenapa lah tolol dan dunggunya pemimpin UMNO yang menang dalam PRU 14, disebabkan "takutkan Mahathir, nak meninggalkan UMNO dan ingin  menyertai parti Bersatu," kata Abang Pangkal Meleret, ketua cawangan UMNO,berusia 75 tahun yang sudah 55 tahun menjadi ahli UMNO

UMNO sudah menjadi darah, daging dan "nadi kehidupannya dan sudah berpuluhkali", menghadiri persidangan UMNO yang diadakan Bangunan PWT, Kuala Lumpur

Dengan nada marah dan marah-marah beliau berkata dan menjelaskan kenapa dia mengatakan pemimpin UMNO yang ingin menyertai parti bersatu itu "tolol dan mentotolkan" kerana parti BERSATU akan "mampus dan berkubur" apabila Tun Mahathir Mohamed yang berusia 94 tahun pergi kealam barzakh tidak lama lagi

"Siapa yang akan meneruskan perjuangan parti BERSATU jika Mahathir, sudah tiada, ? Muhyidin Yassin, tidak mampu, Mukhriz juga tidak mampu, lalu siapa akan menerajui parti bersatu ?

Bersatu akan mengalami kes yang sama seperti parti melayu Semangat 46, yang dipimpin Tg Razaleigh Hamzah, dikuburkan sendiri oleh Tg Razaleih Hamzah

Abang Mat berkata, kesemua 48 ahli parlimen BN yang menang atas tiket BN krn mereka ahli UMNO, tidak perlu menyeberangi mana-mana parti komponen kerajaan Harapan, mereka hanya perlu menunggu dan melihat "agenda seterusnya permainan catur" Tun Mahathir Mohamed


Senario politik negara akan menjadi "lain dan bersuara lan dan berwajah lain",apabila Tun Mahathir, setelah tamat tempoh menjadi Perdana Menteri selama dua tahun, menyerahkan "kerusi Perdana Menteri" kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim

Dan pada ketika itu, mereka pun sedar erti dan "makna kejujuran, kesetiaan dan ketaatan" bermain politik menurut versi politik UMNO. Paling minimal, "mereka harus ingat kepada jasa bakti parti UMNO kerana "membuatkan apa yang mereka ada dan menjadikan mereka apa yang ada saat ini.

"Jikapun kesemua pemimpim UMNO, ahli parlimen BN menyertai parti bersatu atau parti keadilan apakah kesemua 3 juta ahli umno diseluruh negara akan mengikuti "jejak langkah totol iti"---kata abang mat


menurut abagmat lagi jika ada usaha menggugut dan menggancam kesemua 48 ahli parlimen BN akan diseret dan diheret ke mahkamah, mereka semua, kesemua 48 ahli parlimen, turut sama menggunakan teknik counter attack politik, meletak jawatan secara beramai ramai,kesemua 48 ahli parlimen meletak jawatan----

Dan SPRM terpaksa bertungkus lumus, mengadakan pilihanraya kecil di seluruh negara dan yang jelas keadaan ini,menjejaskan "imej negara" di peringkat antara bangsa.

Apakah, "benar" opini abat Mat ini, yang jelas ramai dikalangan ahli UMNO yang masih sayangkan UMNO sebuah parti politik yang banyak berjasa selama lebih 61 tahun kepada bangsa melayu dinegara tercinta ini--bersetuju dengan pandangan abangmat,,"manusia kecil", berjiwa besar ini--

apapun kata kata keramat melayu tak akan melayu hilang di dunia , melayu mudah lupa dan tidak akan mampu menggumpul sejumlah makna apabila melayu menjadi "seumpama melutut ditepi gantang"--itu peribahasa melayu, orang orang tua kita

sebagai penutup gurauan musim dingin--winters joke--gurauan musim tengkujuh--ini--tazkirah ustaz ridhwan hassan, mempunyai sejumlah makna yang besar dan memberi kesan yang mendalam,"Debaran, denyutan jantung semakin kencang,apabila setiap kita yang bernama manusia, samaada ahli UMNO,PAS,AMANAH,,KEADILAN, BERSATU dan DAP, atau yang tidak menyertai mana-mana parti politik---ini yang saya tambah---,akan menjadi, untuk kesekian kali, denyutan jantung semakin menjadi kencang, apabla mereka mengetahui,"lembaga hitam sedang menanti dan menunggu di ruang tamu untuk mencabut nyawa mereka dan membawa mereka ke alam sana"------

sebagai titiek, al-quran surah al qariah, " Bagi orang yang berat timbangan kebaikannya,Maka mereka berada dalam kehidupan yang memuaskan(senang), Bagi orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya , Maka tempat kembali nya neraka Hawiyah, Dan tahukah kamu apa itu neraka Hawiya itu ? Ia adalah api yang sangat panas.----al-qariah 6-11, titiek Jabatku, salamku,titiek




Tuesday 11 December 2018

61 TAHUN LAGI : BANGSA MELAYU BAKAL MELUKUT DITEPI GANTANG ?

setelah sekian lama,titiek,tidak menulis,,, aku tiba tiba hari ini, kepingin untuk, menulis,lalu apa yang ingin aku tulis, politiek ? ramai ,kini dikalangan, penulis yang merasa, mereka mempunyai banyak idea, menulis tentang, politik,skop dan nuansa penulisan mereka berkisar kepada currrent politics affairs tanah air

tentu saja saat ini, siapa saja boleh menulis,menerusi media social, siapa saja boleh jadi wartawan, bloggers muncul, macam cendawan tumbuh, dan mereka menulis politik menurut kerangka berfikir mereka

tapi aku pada kali ini, ingin menulis tentang "nasib politik" bangsa melayu, bangsa yang didengungkan sebagai "bangsa yang tak akan hilang"didunia oleh pahlawan (mitos ?) Hang Tuah,suatu waktu tidak berjarak lalu

tapi tiba tiba aku teringat kepada tulisan ahli filsafat jerman,Niestze,yang terkenal dengan slogan "God Has Died"--Tuhan telah mati--dalam article,"Nothingness", beliau membicarakan secara implisit, ah aku semdiri, tidak faham, apa yang dibicarakan dalam "nothingness"--

berbaik dan berbalik kepada "suatu ras, kaum, etnik, yang di kenali sebagai "bangsa melayu"yang berdomisil di semenanjung malaysia, yang mencapai kemerdekaan dari British pada 31 Ogos 1957, ternyata suatu bangsa yang "terlalu bodoh"apabila "bermain politik"

mereka tanpa disedari atau tidak telah memberikan "kuasa politik"secara percuma kepada "bangsa china", yang datang ke tanah melayu sebagai "pendatang", kini didalam proses "mendominasi" kuasa politik di negara ini.

apa tidaknya, berdasarkan kepada fakta politik yang ada dan terbaru, bangsa melayu kini berpecah kepada lima parti politik.

Parti BERSATU, UMNO, PAS, KEADILAN DAN AMANAH. Pecahan dan peratus penggundi melayu akan berpecah dengan jumlah yang besar dalam PRU ke 15 nanti. Diramalkan 44 kerusi parlimen dikawasan yang "bangsa melayu" berpecah akan memberikan "laluan mudah dan murah" kepada parti DAP untuk menang

apakah benar "dakwaan itu", ? kita semua tidak tahu persis, yang jelas perpecahan bangsa melayu kepada lima parti politik dalam  jangka masa panjang merugikan "bangsa melayu" dan disedari atau tidak memberi "angin segar" kepada DAP untuk melangkah lebih jauh dalam peta politik tanah air,

Jika UMNO parti melayu yang mendominasi pemerintahan negara selama lebih 61 tahun boleh terlepas "kuasa politik", oleh kuasa rakyat, "apakah 61 tahun akan datang", bangsa melayu akan menjadi suatu "bangsa umpama melukut ditepi gantang" atau bagaimana ?

yang jelas,didalam dunia demokrasi moderen hari ini, "kuasa rakyat"mampu berbuat banyak termasuk : menendang keluar pemimpin politik yang tidak jujur dan "melesukan urat urat kelamin politik pemimpin yang menggunakan agama sebagai topeng perjuangan mereka", titiek

Monday 16 April 2018

10 MEI 2018, NAJIB AKAN TETAP "DIBAPTISED" SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA UNTUK KESEKIAN KALI


Barangkali ramai dikalangan "pakar bahasa" marah, dan marah-marah kerana aku menggunakan "perkataan dibaptised"yang dalam konteks ini membawa pengertian, di"lantik",disahkan,di"legalised", sebagai Perdana Menteri, untuk kesekian kali. Tapi apa pun dalam "konteks", essaist, itu tidak penting

yang penting, lebih jauh dan lebih dalam dari itu,Najib Razak, perdana menteri, yang keenam-mampu menempuh gelombang,tsunami politik,1MDB,yang lebih besar dari akan "makna sebuah perkataan besar," dengan nada bersahaja dan berselamba, mampu "mengekalkan kuasa politiek" kerajaan Barisan Nasional, yang mempunyai tidak sedikit "jasa,budi dan "harga diri",kepada seluruh rakyat malaysia yang masih bernafas, dan mampu menghirup udara segar, di negara yang dulunya dikenal, dengan nama semenanjung Tanah Melayu, kini, bergelar Malaysia

sebuah negara yang menjadi I-CON dan model negara maju bagi negara negara Islam yang lain, yang ada dan seada adanya, dikalangan negara OIC, Organisation of Islamic Council

dan fakta ini, khususnya bagi pihak opposisi, tidak dapat ditolak dengan mudah. Persoalan samaada pemimpin kerajaan BN terlibat dengan korupsi, jentera pentadbiran, secara minority, terlibat dan terbabit dengan elemen rasuah, "itu urusan nanti", yang jelas SPRM saban hari mengheret dan mendakwa kakitangan kerajaan,yang terlibat dengan kegiatan rasuah kemahkamah

yang jelas, kerajaan BN,cuba menjadikan dan telah menjadikan kerajaan BN kelihatan bersih dan terbukti bersih, dikacamata politik, rakyat pada umumnya

soal sama ada ramai Menteri, Timbalan Menteri, ahli parlimen BN yang kaya raya, meraih kekayaan menerusi "plaform politiek", itu juga urusan lain, itu urusan nanti--yang jelas- mereka mampu memberi perkhidmatan terbaik, dan mereka di senangi, rakyat, penggundi dikawasan mereka

itu saja, dan inilah politik dalam konteks negara membangun, developing nation sebagaimana negara kita, Malaysia, yang ada dan seadanya, yang baru berusia 60 tahun, selepas meraih kemerdekaan dari Queen Elizabeth, belum lama ini

yang aneh dan mengkagetkan, menurut, ramalan anak murid syed kuning, bernasab kepada tokoh ulama terkenal, tokoh tarikat, dari Terengganu, Tok Ku Paloh, maramalkan kerajaan Barisan Nasional,BN, pimpinan Najib Razak, bukan saja mampu mengekalkan kuasa politik tapi kemenangan kerajaan BN, dalam PRU 14 jauh lebih besar dari PRU ke 13

alasan yang diberikan "beliau", amat mudah dan simple, majoriti rakyat ini "terkesan. tersentuh dengan budi dan jasa kerajaan BN" membina negara ini, sampai keperingkat, apa yang kita ada har ini

katanya sebagai umat Islam yang mempercayai qada dan qadar, umat Islam negara ini perlu menyikat dan bercemin diri, melihat akan "kedalaman diri sendiri", untuk mengenali diri sendiri, sebelum berbicara tentang dosa dosa politiek yang dilakukan "orang lain"--?--


mereka perlu akur dan sedar,"kuasa allah", tangan tangan ghaib yang maha besar dan maha mengetahui, akan nasib sebenar negara kita malaysia, telah memilih dan "melantik", manusia yang bernama Najib Razak, untuk menjadi pemimpin, dan Perdana Menteri sampai kedetik ini

Beliau menjangkakan  BN mampu menang paling sedikit 150 kerusi parlimen dalam PRU ke 14 ini manakala bakinya milik PAS dan Pakatan Harapan

sejauh mana benar ramalan ini, tunggu tanggal mainnya, 9 Mei,2018, pasti hebat,dong

sekian, Jabatku, titiek

Tuesday 10 April 2018

15 juta PENGGUNDI, AKAN TENTUKAN NASIB KERAJAAN BN ?



tANGGAL 9 MEI,2018, RABU KELIWON, merupakan tanggal keramat, dimana pada hari itu, penggundi,rakyat malaysia, yang berdaftar dengan SPR, akan keluar, menggundi, samaada mereka memilih kerajaan BN atau pakatan opposisi, itu urusan nanti

dan berdasarkan catatan SPR, sejak PRU pertama diadakan sehingga ke hari ini,jumlah penggundi,yang keluar membuang undi, tidak pernah mencecah angka 100 peratus, ianya berkisar antara 70 peratus sehingga 80 peratus. lalu "kemana" menghilangnya baki peratusnya itu ?

Negara kita sudah mencapai kemerdekaan hampir 60 tahun, sudah 13 kali PRU diadakan,namun setiap kali PRU diadakan,jumlah penggundi keluar menggundi, masih tidak sampai100 peratus ?

lalu bagaimana dengan 60 tahun lagi, masih "ada peratus" yang tidak keluar menggundi ? untuk menjawab pertanyaan itu, mudah dan simple saja, dari segi psikologis, kita perlu membedah, membelah, pola berfikir,kerangka berfikir secara keseluruhan rakyat malaysia

jika tahap pemikiran rakyat malaysia,penggundi malaysia masih berada di tahap hari ini, maka fenomen penggundi tidak keluar menggundi, akan menjadi masalah biasa,bukan masalah besar

lalu dengan 15 juta jumlah penggundi yg bakal keluar menggundi ini, kerajaan BN akan tumbang dengan sekelip mata sebagaimana "dakwaan" pembangkang

untuk membuat simple calculation, jika 50 peratus dari jumlah penggundi itu, memberikan undi kepada kerajaan BN, bukankah kerajaan BN akan mampu menggekalkan "kuasa politiek" dan memerntah semula negara ini atau bagaimana

apapun yang diperkatakan tentang PRU ke 14, ini adalah ramalan keputusan PRU 14,sebagaimana dilapurkan, diramalkan, seorang ahli makrifat, berusian 80 tahun, yang enggan identitinya didedahkan.


Barisan Nasional 160 kerusi manakalan Pakatan Harapan 50 kerusi dan PAS 12 kerusi

apakah benar ramalan itu, sama samalah kita lihat nanti

sekian, Jabatku, titiek