Sunday 9 June 2013

politiek, BUAH Khuldi terlarang ?


seperti biasa, aku tiba-tiba berada di pojok itu, menggerak-gerakkan jari jemari,diatas keyboard, tiba fikiran aku melayang kepada suatu peritistiwa 30 tahun lampau, dipekan rantau panjang, sempadan malaysi-thai, bertemu dengan mat salleh, lelaki 30an, berambut panjang, perang, dari Pulau Perhentianke Kok Samui Island

Kami bersembang, berangkat dari topik kehidupan, kebahagia, kamanusiaan dan macam-macam lagi topik. Tiba-tiba aku bertanya, apa yang beliau faham dengan makna dan perkataan politiek, dia dengan selamba menjawab, " what is going on in everyday life is politics"

lalu semudah dan sesimple itu akan makna perkataan politik, tapi dalam konteks bangsa kita, bangsa melayu.khususnya kakitangan perkataan, politik kini menjadi buah terlarang, hanya orang-orang politik yang boleh berbicara tentang politik, manusia bukan politik, tidak boleh, takut-takut kena tindakan disiplin

apabila ada pemimpin UMNO mengeluarkan pendapat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak perlu di pertandingkan pada persidangan UMNO hujung tahun ini, demi menjaga "keharmonisan dan kemanisan UMNO", aku tiba-tiba berdialog dengan sub-conscious mind, "betul ke pendapat ini, ikhlas ke pendapat ini, atau ini hanya sekadar guruan musim panas" untuk menarik perhatian dan memuaskan hati pihak tertentu

atau ianya hanya sebuah bola sebak, yang semata-mata disepak untuk membuatkan the ball keep on rolling atau dengan perkataan lain, the beginning of the beginning sudah bermula atau bagaimana ?

soal samaada, dipertandingkan atau tidak jawatan terpenting parti itu,.secara globalnya tidak penting, yang jelas dan penting dan ini perlu disemat dan disemadikan dalam dada, UMNO adalah sebuah parti politik bangsa melayu yang sudah hampir separuh abad memperjuang, membela nasib bangsa melayu di negara ini

mereka perlu melihat jauh kehadapan bagaimana dengan imej dan integrity UMNO dalam masa 100 tahun akan datang

apakah UMNO hari ini,pucuk pimpinan UMNO hari ini,.secara senyap dan diam, mempunyai long term strategik planning untuk melahirkan "kader-kader UMNO", generasi pelapis UMNO yang "jujur dan tulus" untuk memperjuangkan nasib bangsa melayu pada masa hadapan atau bagaimana

Barangkali tidak ramai yang dapat menjawab pertanyaan mudah dan sederhana ini kerana "barangkali"(maaf) tidak ramai dikalangan UMNO man hari ini yang telah berfikir seketika "bagamanakah potret, wajah UMNO" setelah 100 tahun lagi ! atau bagaimana

atau UMNO akan menjadi sebagai sebuah parti politik seperti Golkar dizaman Suharto, Indonesia atau menjadi semacam Parti Konggress of India, pimpipinan Indra Ghandi atau Labours Demokratik Parti di negara matahari terbit, ditelan zaman atau diratah detik-detik waktu

pun begitu ada pendapat mengatakan keadaan seperti itu tidak akan terjadi kerana sewaktu penubuhan UMNO tidak lama dulu, ada tok-tok imam,ulama-ulama melayu yang turut mebaca doa dan menggaminkan  keselamatan dan kesejahteraan parti UMNO. titik

fakta membuktikan UMNO banyak menggangkat martabat, maruah bangsa melayu, dari masyarakat kampung luar bandar, yang dulu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kini anak anak kampung itu sudah menetap dibanggalow., dikota-kota besar, menjadi manusia elite, tidak dapat pulang kekampung banyak lumpur, timbunan duit berjuta dalam bank, menempuh kehidupan selesa

Dan perlu diperkatakan, UMNO juga lah yang bertanggungjawab menyebabkan "manusia-manusia kampung ini, mudah lupa diri, mudah emosional ketika menggundi dan memberikan UNDI kepada mereka yang hanya baru ingin menabur janji

impak politik, timbul perlbagai pendapat, tsunami penggundi china, yang pada hakikatnya UMNO sendiri gagal melihat kedalam diri, bercermin diri, dimanakah terletak kesalahan dan kesilapan UMNO itu sendiri


No comments:

Post a Comment