Sunday, 12 June 2011

Datuk Seri Anwar Ibrahim : apa yang kau cari sebegitu jauh ?



Seks, politiek, kita dan Anwar Ibrahim. apabila isu ini digeger dan digegarkan,isu video seks, ramai orang confused ? ada yang mengakan, "imej itu sama" ada yang kata tidak, ada yang kata nampak macam "dia" ada yang kata tidak nampak macam dia

dan apabila "ini" dipolitikkan, anwar ibrahim, bersahaja sahaja, tidak melakukan sumpah laknat dan tidak berbuat apa-apa untuk "membersihkan namanya"-ada kata-untuk apa dibersihkan- kerana tidak ada apa yang ingin dibersihkan-"dia" suci, bersih dan sakral-

ada juga mengatakan jika "video itu benar-benar dia" kenapa tidak saja disebarkan sebagaimana kes Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek, yang "nampak dengan jelas" sosok badan tubuh beliau, yang berbuat itu itu dan berbuat ini ini, sebagaimana lazimnya kita yang "bernama suami dan isteri", cuma kesilapan Chua Soi Lek, melakukan "illicit sexual intercouse"

anehnya komuniti china dapat menerima dan "memaafkannya" sehingga beliau membuat coming back, menjadi Presiden MCA sampai detik ini

barangkali, bukan barangkali, ahli MCA, perwakilan MCA, melihat perbuatan Chua Soi Lek itu, private matter, private affairs, tidak boleh di"campuradukkan dengan politik"

bagaimana agaknya "kita bangsa melayu" meniru perspektif itu, apakah justru kita bangsa melayu merasa hebat menjadi bangsa melayu ?

dimanakah hebatnya bangsa melayu jika "ekonomi masih dikuasai kaum china"? Untuk membeli "jarum" pun terpaksa import dari China ?
Sekian. titik
Jabatku



Final Majlis Tilawah Al-Quran Kanak2 Peringkat antarabangsa di Doha, Qatar

Adek Nurussahaah Taqiah, NurunNajmi,12 tahun, pelajar tahun 6 sekolah kebangsaan Lubuk Kawah Besut, berjaya mewakili malaysia keperingkat antarabangsa Tilawah Al-Quran yang akand diadakan di Doha, Qatar.
masalahnya, meskipun mewakili Malaysia, kerajaan negeri terengan peliganu "tidak memberi apa-apa "bantuan dan sumbangan".

itu yang aneh dan peliknya,semua perbelanjaan pelajar ini, bersama bapa ditanggung kerajaan Qatar, tetapi perbelanjaan ibunya tidak ditanggung.

adik ini, mengidap penyakit resdung dan paruparu menguncup sebelah. difahamkan, menerusi jabatan pendidikan, sudah dikemukakan permohonan,mohon bantuan menteri besar terangganu, untuk membiayai kos penerbangan ibu adik ini, tapi sehingga kini, tidak mendapat apa-apa jawapan.

adik ini akan berlepas ke Qatar pada 19 Jun ini, tapi menteri besar terengganu, datok mohd said dikatakan tidak berbuat banyak membantu. ada pendapat mengatakan, kemungkinan "berita ini" tidak sampai kepada beliau

setiausaha akhbarnya, rosli zakaria, ketika dihubungi dikatakan "tidak dimaklumkan". semoga rakan-rakan membaca berita ini, agar memaklumkan kepada MB Terengganu dengan kadar segera. adik ini "kesuntukan masa" untuk membaw ibunya bersama.

sekian. titik.

jabatku

Friday, 10 June 2011

PRU 13 : Umno nekad tawan kelantan ?-Datok Ismail Mamat

Datok Ismail Mamat,sebuah nama yang besar dalam peta politiek UMNO Bhgn Machang,dulu ketua Bahagian, kini "bersara", telah mencipta rekod,apabila membunuh karier politik Tan Seri Dollah Ahmad, bekas setiausaha Politik, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak

sebelum itu,Tan Seri Dolah Ahmad, menjawat jawatan UMNO Ketua Bahagian Kok Lanas,apabila berlaku pemecahan sempadan,Bahagian Kok Lanas dimasukkan kedalam bahagian Machang, tidak cukup kuat untuk melawan,Datok Ismail Mamat, beliau "turun tidak bertangga" dari senario politik UMNO Bahagian Machang

Datok Ismail Mamat, memang mempunyai pengaruh kuat dibahagian akar umbi,UMNO Machang.Tidak ada satu pun Ketua Bahagian UMNO yang ada dikelantan dapat menyaigi "kehebatan Datok Will". Beliau berjaya menjadikan UMNO Machang "sebagai harta pusaka", apabila beliau berjaya menjadikan isterinya sebagai Ketua Wanita UMNO Bhgn Machang, Datin Rahimah,kini Ketua Wanita UMNO Negeri dan berjaya meletakkan anak lelakinya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Machang, menggantikan bekas setiausah parlimen,Datok Sazmi Miah

beliau meramalkan dalam PRU ke 13,UMNO dibawah kepimpinan Tok Pa,mampu melakukan kerja besar, menggembalikan semula zaman kegemilangan UMNO di kelantan. "Tokpa is a silent killer", katanya.

pilihanraya 2004,Tok Pa, nyaris merampas kuasa politik dari Pas,apabila UMNO mampu menang 21 kerusi DUN dan Pas menang 24 kerusi DUN

sehingga kini, UMNO katanya sudah berjaya,dalam genggaman tangan 15 kerusi, UMNO cuma perlu 8 kerusi lagi,untuk "menewaskan PAS" dalam pilihanraya kali ini.

sejauh mana benar, ramalan politiek Datok Will ini, kita hanya perlu tunggu dan lihat.
sekian.Titik.
Jabatku

Thursday, 9 June 2011

pintu muzakarah-tertutup rapat-UMNO tidak perlu menagih dan merintih

Kemenangan Mohamed anak lelaki Sabu, Timbalan Presiden PAS,memberikan tamparan hebat kepada UMNO. Legacy Armada, Perang PAS,sudah bersiap sedia untuk bertempur dan menggembur UMNO dan komradenya dalam PRU ke 13, yang bakal menjelang belum lama lagi. Persiapan Pesta Kematian UMNO dan komradenya barangkali sudah dipersiapkan. Pesta Talkin, UMNO, pinjam istilah penulis politik,Syed Hussein Al-Attas, sudah siapsiaga dan Barisan Alternatif, B-A, sudah bersiap sedia untuk memasuki Putrajaya sedikit waktu lagi.

sebegitu "gampang dan semudahkah" itu set senario politik negara kita akan berlaku ? Yang jelas, Timbalan Presiden PAS, yang baru, yang pernah di"lesukan urat-urat kelamin politik" justru pernah dikuarantinkan dibawah ISA, bukan sosok tubuh, yang bermain "ciku-cap", main tikus dan kucing-kucingan, seperti Nasharudin Mat Isa-lakukan-dengan pemimpin UMNO--,Mohamed anak lelaki Sabu-dalam kenyataan akhbarnya hari ini, melontarkan pertanyaan kepada UMNO, kenapa parti itu pada waktu kuat enggan berbaik dengan PAS dan tidak sedikit pun "berbicara pasal perpaduan bangsa melayu"

yang jelas, mesej yang ingin disampaikan Mohamed Sabu, UMNO tidak perlu bermimpi untuk berbaik dan bermuzakarah dengan PAS, justru PAS bersama DAP dan PKR sudah siap untuk "bertempur" dalam PRU ke 13 nanti

dengan lain perkataan, Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu yakin, dalam PRU ke 13 nanti, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, selain menggekalkan kemenangan 80 kerusi Parlimen yang sedia ada, B.A mampu dan konfiden dapat menambah serta memenangi 70 lagi kerusi Parlimen dalam PRU ke 13. jika begitu sifir politiknya, Barisan Alternatif,B.A mempunyai 150 kerusi diParlimen dan ini membuka ruang seluas-luasnya kepada BA untuk menuju keputra jaya dan "memerintah malaysia", menurut acuan dan "selera seks politik" Barisan Alternatif

Kini BN mempunyai 144 kerusi di Parlimen dan dapat membentuk kerajaan dan memerintah Malaysia seada dan semaunya

Pemimpin datang, pemimpin pergi.pemimpin politik dilantik oleh "suara rakyat, kuasa rakyat", kuasa menggundi, pemimpin dilantik oleh rakyat, manakala rakyat tidak dilantik oleh pemimpin, justru "hak rakyat" kuasa rakyat yang bakal menentukan "pemimpin politik mana yang bakal tersungkur" dan pemimpin politik mana, yang bakal dinobatkan pemimpin baru

untuk itu, kita tunggu dan lihat, bukankah pada akhirnya, politiek adalah suatu permainan "sandiwara" yang enak dan asyik untuk di tonton, bukankah ?

Sekian. titik

jabatku

Wednesday, 8 June 2011

Kenapa Husham Musa tidak dapat menjadi Menteri Besar ?

menurut wartawan akhbar berbahasa China,yang sudah 20 tahun, berkhidmat dikota Bharu, yang enggan namanya disiarkan, berkata, PAS kelantan kini berada dalam keadaan tidak stabil, justru ada du golongan, golongan professional dan ulama. ada dua tokoh yang disebut-sebut akan menjadi Menteri Besar ,sekiranya Tok Guru, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak lagi menduduki kerusi itu

Nama yang disebut itu ialah Timbalan Menteri Besar, Datok Ahmad Yakob dan Exco, Nik Amar Nik Abdullah, bagaimana dengan nama Husham ? Nama beliau tidak ada dalam senarai, kerana nama beliau tidak populer dikalagan exco dan pemimpin Pas, golongan ulama

berita terbaru itu tidak mengapa, kerana Husham pada kali ini dikatakan  akan bertanding di kerusi Parlimen tidak lagi kerusi dewam undangan negeri, selaras dengan jawatan yang baru dipegang, Naib Presiden PAS

Pemimpin seperti beliau, harus berada didalam Parlimen kerana "otal bergeliga" beliau sepatutnya membahaskan isu-isu nasiona dan internasional

menurut, ketua penerangan Pas Kelantan, ADUN Pas, Bukit Tuku,Abdul Fatah Harun, dalam sejarah politik Pas kelantan, belum pernah ada "timbalan menteri besar" menjadi Menteri Besar

jika begitulah sifir politiknya, nama Datok Ahmad Yacob akan tercicir dan kerusi MB akan menjadi milik Nik Amar Nik Abdullah

pun begitu, kalau mengikut undang-undang batang tubuh kerajaan negeri kelantan, "kuasa mutlak" melantik menteri besar, terletak ditangan "sultan"

untuk menjadi menteri besar, "mesti mendapat consent" pihak istana, jika tidak, tidak dapat menteri besar

dari satu sisi, mengikut ahli pas, untung "apanya" menjadi menteri besar ? lagi banyak soalan yang akan dijawab menteri besar di padang masyar kelak

"Menjadi menteri besar PAS, bukan seperti menjadi menteri besar BN, peluang besar untuk mencari duit dan mendapat kekayaan lewat jalur politiek,"katanya serius.

Benarkah "begitu"? Bagaimanapula dengan exco pas kelantan yang mendadak "kaya" ?
Sekian. Titik

Jabatku

impak politik, Mohamed anak lelaki Sabu dan Husham Musa : Orang kuat Pas

Barangkali ramai kalangan penikmat dan pencandu politiek UMNO, yang tidak mengetahui impak politik, kemenangan dua tokoh PAS, itu menduduki "kerusi penting pucuk pimpinan PAS". Yang jelas, "pintu muzakarah",apapun alasan yang diberikan "waima"-perpaduan bangsa melayu- "pintu muzakarah akan tetap tertutup"

Hendak juga bermuzakarah, UMNO perlu berusaha menjadikan al-quran dan hadis sebagai asas perlembangaan,pinda perlembagaan yang sedia,itu syarat yang ditetapkan Mursyidul Am, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Husham Musa akan meneruskan hasrat dan aspirasi, mentor politiknya itu. Ramai kalangan UMNO tertanya-tanya dimana terletak kehebatan Husham Musa bermain dan bersilat politiek. kehebatannya, Tun Mahathir Mohamed, pernah "mengkagumi" otak geliga Husham Musa,ketika berbahas di Parlimen.Husham Musa, berhujjah "berdasarkan "fakta dan figure", dia banyak membuat "penyelidikan" berbanding dengan ahli parlimen Pas yang lain

Datok Nik Abdul Aziz sendiri pernah memuji Husham Musa didepan aku dan media arus perdana lain, suatu waktu tidak berjarak dulu mengenai "kehebatan husham", yang katanya suka "membaca dan membuat penyelidikan"

justru itu beliau pantas menjadi "blue eyes boys" Tok Guru..

Kehebatan lain, beliau yang mengurus anak tok guru, nik adli, yang ditahan dibawah ISA, dibawa kembali, melawat Datok Nik Aziz, yang terkena serangan "sakit jantung" dulu ketika dirawat dihospital swasta, suatu waktu tidak berjarak dulu.

kehebatan lain, sewaktu aku berada di pejabatnya sebelum PRU ke 12, beliau sempat memberitahu aku, dalam Pru ke 12, nanti negeri selangor, perak, kedah dan P.Pinang akan jatuh ke"tangan pembangkang". aku hanya terkesima,dan menggangkuk kaku

hubungan aku dengan beliau harmonis,damai dan ok,justru banyak berita , yang membabitkan beliau dan dimuatkan dalam Buletin Utama TV3

malah sebelum cameraman, memulakan rakaman "kami sempat" berbincang, tentang apa yang bakal beliau ucapkan.

kini, sudah lama kami tidak berhubungan kerana aku sudah tidak lagi berkhidmat dengan TV3,apapun he is a smart politician, blue eyes boy,Tok Guru Nik Aziz dan yang mencelakakan, berdasarkan sumber dalaman Pas, ramai kalangan exco yang tidak menyukai beliau, khususnya golongan agama. apakah benar cerita politik itu aku tidak tahu persis, yang jelas menurut sumber dalaman Pas, peluang beliau untuk menduduki "kerusi MB", amat tipis kerana......ah ...apapun alasannya ....aku kurang tahu persis, yang aku tahu jelas, beliaulah pemimpin PAS, yang meneruskan perjuangan Tun Mahahtir Mohamed,mencipta dirham dan dinar emas dan kini ianya di praktiskan di kelantan.

Husham sudah dapat membaca gagasan dan pemikiran Tun Mahathir, yang "mahukan" setiap negara arab, negara Islam, yang mempunyai "emas hitam", berurusan dengan berurusniaga" dengan negara-negara barat, pembeli minyak menggunakan "emas",bukan US Dollar

bayangkan jika idea dan gagasan ini disambut negara-negara arab, pengeluar minyak, yang barangkali tidak terlalu salah untuk dikatakan "tolol dan lebih totol dari itu", sudah tentu US DOLLAR akan "crush dan crash"dan "merudum"(kini sedang merudum)  tapi yang memedihkan, pak-arab, pak arab, pengeluar minyak ini, menggunakan perkhidmatan Financial Controller,berbangsa Yahudi malah, banyak dikalangan mereka menggunakan perkhidmatan bank dan menyimpan wang mereka di bank-bank negara barat, yang secara halus turut membantu instituasi kewangan negara-negara barat dan membantu sistem perbankan dan ekonomi negara barat


Sekian. Titik
jabatku

Tuesday, 7 June 2011

syura, tabligh kelantan, passed away

Hari ini, komuniti Tabligh di kelantan, berduka berikutan "kemangkatan" ustaz Hassan, syura kelantan, yang menghembuskan nafas terakhir jam 4 pagi, tadi. Sembahyang Jenayazah dilakukan di masjid Al-Qudus, Kg Paya Rambai, Kota Bharu, semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Difahamkan Markas Seri petaling turut menghantar wakil.

Monday, 6 June 2011

marah dan marah-marah, politik dan melayu

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda kepada Muawiyah,"Wahai Muawiyah,jauhkanlah oleh mu akan sifat amarah,kerana amarah itu dapat merosakkan iman seseorang,sbgmn jadam yang pahit merosakkan madu yang manis,".

lalu, bagaimana dengan "kita yang bernama bangsa melayu" ? apakah wajar sebagai bangsa melayu "kita saling marah dan memarahi satu sama lain justru berlainan fahaman politiek. Bila tiba PRU ke 13 nanti, penyokong parti Pas akan  memarahi, penyokong UMNO, begitu sebaliknya. dan dikalangan pemimpin Pas, khususnya Timbalan Presiden Pas yang baru, Mohamad anak lelaki Sabu, yang pernah digelarkan "ayam tambatan PAS" akan tetap meneruskan "ceramah-cermah politik" memaki hamun pemimpin UMNO dan mengeluarkan kenyataan yang pedas dan pedih-: mengkritik kerajaan BN dan memaki pemimpin-pemimpin UMNO yang menyalahgunakan kuasa", meraih kekayaan pribadi lewat platform politiek- akan tetap diteruskan seperti hari-hari kemarin, masih menjadi tanda tanya ?

yang jelas dan pasti, ceramah politiek, Mohamed anak lelaki Sabu, akan mendapat sambutan banyak dari penyokong-penyokong Pas dan ingin mendengar cerita penyelewenga pemimpin UMNO, Mohamed anak lelaki Sabu, akan memberi jawapan, apabila tiba masanya nanti-

persoalan politiek timbul, sampai kapankan PAS akan tetap memarahi UMNO dan UMNO akan tetap memarahi PAS ? sampai kiamat ? soalnya, itu semua adalah "kejayaan Barat menjahanam dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini ! Impak politieknya, ia akan melemahkan "kekuatan politiek umat Islam, bangsa melayu di negara ini

dan bagi golongan intelektual Islam, yang tidak bermain politiek, baik UMNO maupun PAS atas sebab-sebab tertentu, "melihat" perlu ada "ruang bagi kedua-dua parti politiek,mewakili bangsa melayu" di negara ini, "duduk satu meja",perbincangan secara sulit, tertutup", mencari titik natijah kearah itu

dan jika Pas melihat, pucuk pimpinan UMNO terlalu jahil dalam persoalan ini,sudah menjadi tanggungjawab mereka "mendakwah dan menang doakan" mereka jahil ini, agar di beri "hidayat" semoga mereka ini menerima "kebenaran Islam" sebagaimana yang mereka "dengungkan selama ini"Dan bagi Mohamed anak lelaki Sabu-Timbalan Presiden PAS, yang baru menduduki kerusi nombor ini-apakah beliau "mampu berbuat bukan sesuatu yang baru", bukan sesuatu yang lama, sesuatu yang "lain" untuk menggubah "imej politiek Pas", ianya masih menjadi tanda tanya

yang jelas, orang yang berada dikerusi nombor 2, khususnya, dalam bidang politieik, tidak akan selalu selesa kerana "mereka harus menjadi yesman" kepad orang nombor satu, sebagaimana tidak selesanya Tan Seri Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim--terhadap Tun Mahahtir Mohamed.

dan Mohamed Sabu, yang jelas akan tetap menjadi "yesman" kerana orang nombor dua "tidak ada kuasa banyak" jika mahu duduk lebih lama di kerusi itu, jika tidak beliau harus mencapar kerusi no 1, jika beliau ingin menjadikan PAS, sebagaimana yang ada dalam kotak dan pemikiran beliau

sekian.titik

Jabatku

Sunday, 5 June 2011

Mat SABU-pAS DAN CARCA merba,2 tahun lagi Presiden Pas

 "

PAS kini, sudah menjadi parti carca merba, apabila mohd sabu, bekas ahli parlimen, pas kubang kerian, sebelum ahli parlimen, kawasan tan seri annuar musa, nilam puri,terpilih dan dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS, menewaska penyandang, Nasharudin Mat Isa,.Nasharudin yang kalah hari ini, diramalkan akan kalah dlm pru ke 13, bertanding mempertahanakan kerusi parlimen bachok, kawasan awang adek hussein

alasan nasarudin akan kalah, kerana orang-orang pas bachok, pemimpin-pemimpin PAS Bachok, yang telah berjuang dalam Pas, juga ingin menjadi wakil rakyat

"tolol sangatkah pemimpin PAS Bachok sehingga terpaksa "ambil orang luar jadi wakil rakyat" ?
kata, ahli pas cawangan bachok, yang enggan namanya disiarkana

nasharudin, akan kalah kerana orang pas bacok sendiri akan kerat dia lagipun beliau tak kerja kuat membantu dan membela akyar bachok

"cuma pandai, ana anta, anta ana", kedekut, bakhil," itu membuatkan rakyat miskin tak suka dia

"gaji beribu-ribu, nak beri bantuan ke orang miskin, kedekut," kata penyokong pas sendiri

"kata nak berjuang, perjuangan Islam, Nabi ,sahabat nabi, "habis harta" tapi "mamat ni" kedekut, bakhil, padanmuka dia kalah," kata ahli pas, kawasan bacok

berdasarkan laporan diterima, "mamat" ini juga tidak mempunyai "hubungan baik" dengan orang -orang kuat Pas kawasan Bachok

"dia jadi calun pas kawasan bachok dulu, pasal tok guru, kalau orang lain,"lama dah kena beta, tapi kali ni kalau nama dia naik lagi, "Pas Bachok" akan "tolak dia", kata hali pas bachok.


Mat Sabu dulu bertanding parlimen di kelantan, setelah di"halau keluar" dari kelantan, oleh pemimpin Pas sendiri, bertanding di luar kelantan, "makan batu"-

dikalangan pucuk pimpinan Pas kelantan, amalan "membenarkan orang luar bertanding dibumi kelantan"sudah tidak digemari

"Tidak cerdikkah pemimpin Pas kelantan, sehingga memerlukan "orang luar bertanding" serga ahli pas

"bukan apa-apa mereka semua, manusia, sama seperti UMNO, "guna politik untuk cari makan,",jadi wakil rakyat dapat gaji tetap, lepas tu dapat pencen bulanan, masalah rakyat msikin Go to hell, kerjallah sendiri, Islam tak suka umatnya meminta-minta, itulah cerita politik, manusia-manusia PAS yang gunakan "agama untuk cari makan", makan gaji, duit kerajaan BN, "dulu" Hadi kata "makan gaji haram, duit bercampur cukai judi, cukai arak," tapi kini sudah "halal"---itulah tololnya pemimpin-pemimpin tertentu "tidak pandai memainkan isu"---

ketika aku membuat liputan berita utk TV3, Mat Sabu, akan berceramah di pej tanah jajahan tanah merah, sekitar tahun 1997,ketika cameraman siap pasang tripod,anak buah mat sabu datang kearah aku, dia kata YB Mat Sabu,tidak benar aku buat liputan ceramah, aku kata OK,aku beri arahan kepada kameraman, kemaskan barang, kita pulang, aku kemudian maklumkan kpd bilik berita mengenai hal itu, dan  assgment editer, kata OK

kali terakhir aku berjumpa Mat Sabu, belum lama ini, ketika itu beliau berehat dirumah Datok Ibrahim Ali, Taman Mimi, Wakaf Bharu, pada malamnya dia ada ceramah,aku bersalam dengan dia. Dia mempunyai hubungan baik dgn Ibrahim Ali

pengamat politik melihat, 2 tahun lagi,Mat Sabu, bakal menjadi Presiden Pas, kalau org kuat Hadi awang boleh tewas ditangan Mat Sabu,bukan perkara mustahil jika Mat Sabu, cabar Hadi Awang, Hadi Awang pun akan tewas

apapun, ada golongan marhain, komen pas kini sudah menjadi parti cacar marba,tolak golongan ulama, ada golongan ulama pun tak buat apa-apa tentang Islam, masjid-masjid banyak kosong, tidak ada program keagamaan, program dakwah sebaagaimana yanng dilakukan golonngan Tabligh

katanya, parti politik Pas, sebenarnya, parti politik, yang didominasi, golongan tertentu, mengejar, pangkat, jadi calon , kemudian, jadi wakil rakyat dan "makan gaji"--itu perjuangan mereka--mereka ini katanya "guna agama" perbodohkan "orang kampung"

kalau zaman pada sahabat nabi dulu, masing-masing tolak,tak mahu jadi pemimpin, takut pada amanah dan tanggungjawab, tapi hari ini, dikalangan pemimpin pas, berebut-rebut, untuk mendapat jawatan dalam parti--inilah katanya, parrti cacar marba--guna agama--utk kepe ntingan diri sendiri--

dan bila datuk abdul halim rahman, bekas, timbalan menteri, kata- Pas belum bersiap sedia hadapi pilihanraya ke 13, alasan daftar pemilih, tidak sampai 50 peratus disetiap bahagian--masing-masing pemimpin gelabah--mereka tak perlu gelabah dan gelisah

jika golongan muda undi mereka, mereka akan menang,, jika golongan itu tolak mereka, mereka akantersungkur dan tidak dapat lagi elaun wakil rakyat

bukankah, "pentas politik" mereka untuk cari makan ? cuma bezanya mereka guna dan "lacurkan agama" demi kepentingan pribadi

kata teman lagi, jika dibuat kajian terhadap perwakilan yang hadir pada muktamar Pas dan terhadap pemimpin Pas itu, sendiri tidak sampai 10 peratus dari kalangan mereka yang tidak ketinggalan "solat tahajud",tiap-tiap malam, sebagaimana yang di praktisakn mursyidul am Pas, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat

justru itulah sebab utama, para perwakilan, keliru, memilih Mat Sabu, lepasan ITM, jurusan business studeis, men jadi Timbalan Presiden Pas, dan katanya lagi,Mat Sabu, ayam tambatan Pas, yang sempat memanggil Anwar al Juburi,itu sendiri, katanya, tidak menjadi "amalan solat tahajud", amaln rutin

justru itulah, ceramah politiknya yang berapi-rapi, menghentam, mengkritik pemimpin UMNO, tidak mencerminkan pribadi beliau sebagai pemimpin Islam sejati

sejauh mana benar dakwaan itu, kita tidak tahu persis, yang jelas, hanya Mohamed bin sabu, anak lelaki sabu, dapat menjawab pertanyaan ini

sekian, titik
Jabatku

Saturday, 4 June 2011

sultan muhammad ke lima cipta sejarah

Hari ini, diperkarangan stadium sultan muhammad keempat, sultan muhammad ke lima, mencipta sejarah dunia,apabila berjaya memasukan event,walkathon diraja Walk With Me kedalam Buku Rekod Dunia-kerana suksek menjayakan majlis bersama rakyat-: seramai 20111 rakyat bersama baginda berjalan sejauh 3.5 kilometer, berjalana mengelilingi bandar kota bharu

baginda mengambil masa 35 minit untuk menamatkan perjalanan sejauh 3.5 meter, bersama segenap lapisan masyarakat

sepanjang perjalanan itu, sebanyak 10 badan kesenian dan kebudayaan mempersempahkan pelbagai permainan tradisi, rakyat negeri ini

kemuncak, acara ini, apabila baginda menanda tangani sijil pengesahan dari Buku Rekod dunia

happening ini, menjadi sejarah baru, kerana belum ada mana-mana raja didunia yang ada hari ini,sejarah dunia modern hari ini, mencatat, larian bersama raja dan berjaya mengumpul 20,111 penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat di negeri

tanpa mengira dan tidak menghirau serta "mempersetankan ideologi politik", mereka turut sama, menyertai larian bersejarah ini

semua perserta diberi t-shirt secara percuma, yang menarik pengerusi badan perhubungan UMNO kelantan, Datok Mstapha Mohamed dan wakil kepada menteri besar,exco abdul fatah mahmood, duduk bersebelahan, bersama tuanku, diatas pentas, sewaktu majlis pelancaran ini.

barangkali ini, satu permulaan yang baik dan percubaan berani, bagi kedua-dua pemimpin, untuk membuang fahaman politik, ketika bersama baginda.
sekian.titik
Jabatku

Thursday, 2 June 2011

Untold story-salsilah malaysia menggapai kemerdekaan

cerita yang bakal diperturunkan disini,adalah kisah benar,sebagaimana yang didakwa, pemuda ini,yang mendakwa salsilah keturunannya adalah salsilah Nabi Muhammad s.a.w.,dan sebagai bukti beliau menunjukkan kepada aku,salsilah keluarga beliau. nama dan tempat,dirahsiakan.

sejarah mengetahui, menteri besar kelantan yang termuda, Datok Nik Ahmad Kamil(kalau tidak silap aku), kehebatan beliau, beliau pada usia 24 tahun, telah mendapat tempat belajar di Oxford University,England. Kelantan, yang terkenal dengan guru-guru pondok dan banyak pondok, mengajar pelbagai disiplin ilmu,cabang Islam, dikatakan "menjadi tempat rujukan", Perdana Menteri Pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra

Rukun Negara yang ada dan diamalkan dan tercatat dalam perlembagaan Negara, digarap secara mesyuarah, guru-guru pondok di negeri ini. Tempat pertemuan tokguru-tok guru pondok, berlaku di dalam parlimen Ketereh di Kg Kadok. Kg Kadok diambil sempena nama Tok Kadok.Tok Kadok,pada waktu itu cukup terkenal sebagai guru pondok,yang alim dalam ilmu tasauf.disamping terkenal sebagai "keramat" dan mulut masih, beliau mempunyai ramai anak-anak murid, yang belajar dipondoknya.

 pada waktu itu, akhir tahun 1950an,ramai tok guru-tok guru pondok di kelantan menyokong parti bulan bintang,PAS, tapi disitu, ada satu-satu pondok, di negeri kelantan, pada waktu itu menyokong perjuagan parti Kapal Layar,PERIKATAN

justru itu,pemilik pondok ini, menjadi "frame of thought",tempat rujukan Presiden UMNO, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, khusunya dalam bidang membabitkan "agama Islam"

dimafhumkan, Datok Nik Ahmad Kamil, juga hadir didalam pertemuan,"tulis, tulis apa yang telah disepakati", pertemuan ulama-ulama guru pondok, pertama Tuanku Abdul Rahman di suruh mendapat kemerdekaan dari British, antara inti pati muzakarah itu, meminta kebenaran untuk menjadikan pengajaran Islam, pendidikan Islam disetiap sekolah,kita-kita pengajian agama akan diambil dari pondok-pondok di pattani,malah guru-guru pondok dari pattani akan diminta jasa baik, khidmat mereka untuk mengajar pengajian agama disekolah-sekolah kerajaan,  idea ini bagaimanapun tidak dipersetujui Tun Dr Ismail, ketika usul ini dibentangkan diatas kapal, alasan yang diberikan, kerajaan akan menghadapi masalah untuk menganggani isu ini, kerana "bahasa melayu pattani, loghat pattani, akan menjadi masalah, untuk pengajar seluruh pelajar-pelajar melayu diseluruh negara, kerana "loghat guru agama dari pondok pattani, tidak sama dengan bahasa standard bahasa melayu yang diajar disekolah-sekolah diseluruh negara

bersambung seketika nanti--nak pergi bekwoh--makan gulai---

Islam, Bermuda Triangle, misteri dan Wakaf Che Yeh dan Tok Kenali

Misteri Bermuda Triangle, hari ini persis seperti sebuah gua hitam,pinjam isitilah penyair, Pyanhabib,seperti puisi juga,sulit dan sukar untuk diterjemahkan maknanya itu,--aku kira pyan masih ingat, pertemuan aku dengannya di Universitas Bung Hatta, Padang, Sumatera Barat, dan dinner dirumah Gobenor, Sumatera Barat--yang tepat memang, misteri itu, masih menjadi histeri, meskipun mempunyai peralatan teknologi canggih, saintis amerika, tidak dapat "membongkar rahsia seabad manusia tidak bertuhan"

meskipun menmpunyai pemancar satelit, yang canggih, imej-imej yang diterima, masih kelabu, tidak jelas, tidak dapat dijadikan petunjuk, petunjuk arah, untuk mencapai, dan mendapat kebenaran realitas ini

penulis amerika, manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, yang tidak sengaja ditelontar dan ditelantarkan dibumi ini,bernama Vincent Judith, mulai menulis mengenai Segi Tiga Bermuda. Tempat ini katanya merbahaya dan berbahaya kepada semua "kenderaan udara dan kenderaan laut",lokasinya--hujung tenggara puerto rico,hujung baratnya kawasan diMiami, Florida, ia meliputi keluasan 770 kilometer persegi

sepanjang kajiannya,sejak tahun 1780 sehingga 2002, sebanyak 293 "kapal laut telah "ghaib,"--tidak dapat dikesan kerangka-kerangka kapal--dan 142 kapal pesawat pejuang amerika ghaib dengan tiba-tiba, dan sehingga kini--tidak ada jawapan tepat--mengenai segi tiga ini--
dan ianya masih menjadi "sebuah misteri".

Meskipun menggunakan peralatan canggih satelite,"kerangka-kerangka kapal terbang, jet pejuang" tidak ditemui di dasar laut,pun begitu juga dengan kapal-kapal dagang yang "tiba-tiba ghaib" juga tidak ada kerangkanya didasar laut"

keadaan ini, memening dan memusingkan kepala para saintis yang tidak bertuhan itu dan yang hanya bertuhankan akal "rasional" mereka, selain dari itu, akan ditolak total, oleh mereka


Puerto Rico,istilah bahasa Kuno, bermakna "Pantai Cahaya,",lalu kalau kita kaitkan dengan Islam,asal usul kejadian jin, misteri itu lagi, menjadi misteri, tapi dari perspektif, ahli sains barat, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, "yang menolak eksistansi Yang Maha Esa" dalam kehidupan mereka, alam ghaib, alam yang satu lagi, alam jin--tidak dapat diterima "akal mereka"--

bagi mereka sebarang ilmu atau teori yang ingin dbuktikan kebenarannya, mestilah melepasi tahap tahap penyelidikan,dan hasil penyelidikan mestilah mestilah mempunyai empat ciri--sistematis,universal,metode(kaedah) dan objektif--

dalam hubungan misteri Bermuda Triangle ini, sudah tentu--kajian dan penyelidikan yang dilakukan secara metafizik ini tidak dapat memberi jawapan--justru--"misteri objek tiba-tiba ghaib--itu perlu dikaji menerusi "ilmu islam dan kaeadah-kaedah" alam satu lagi

Menurut, Datok Haji Ismail Kamus dalam kitab,Jin ,Hakikat dan pengubatan--wujud satu kerajaan jin bawah air dikawasan seluas 350 kilometer persegi-dilokasi itu--

Kerajaan Jin ini katakan mampu melumpuhkan sistem satelit changgih Amerika Syarikat, yang menyebabkan saintis amerika pusing kepala dan gagal memberikan jawapan terhadap misteri ini

menurut teman aku, yang enggan namanya disiarkan,misteri itu akan dapat diselesaikan jika beliau turun tangan. jawapannya mudah dan simple saja, mat salleh yang ingin membongkar misteri bermuda triangle itu mestilah seorang pakar "satelite,saintis, ", mesti memeluk agama Islam dan yang paling "mengeri dan menakutkan" mesti "bersunat", datang ke kelantan dibawa berjumpa dengan "pakar jin" dan mesti berjiwa kental, semangat juang tinggi,tahan mental untuk melakukan "latihan rohani", latihan berzikir, paling tidak dalam tempoh 24 jam, perlu berzikir, paling minimal 10,000 sehingga 20,000 kali setiapang  hari, perlu ber"suluk"--(jika perlu, bergantung kepada keadaan), dan berpuasa untuk satu jangka masa yang bakal ditentukan nanti---tujuan untuk menembusi alam ghaib dan sekaligus "memasuki alam jin".

aku hanya, tersenyum dan batuk-batuk kecil mendengar penjelasannya. soalnya, adakah ada kalangan saintis barat, sanggup memenuhi "syarat yang ketat" dan "sadistik itu", ia masih menjadi tanda tanya yang panjang, berliku-berliku dan mengangga.titik

Sekian. titik.

Jabatku

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Isa a.

"Wahai Huzaifah! Dalam tiap-tiap golongan umatku, terdapat serombongan yang berbaju buruk dan berdebu.Mereka ini menghendaki daku, mereka mengikuti daku, mereka ini menyiarkan isi kitab allah, mereka ini dari daku, dan sebahagian daripadanya,meskipun mereka tidak melihat akan daku.


Tatkala nabi Isa menerangkan, bahawa wali-wali Tuhan itu tidak pernah mengenal takut dan gentar, Sahabat-sahabatnya bertanya, siapakah mereka itu, Nabi Isa menjawab : mereka itu ialah Orang yang melihat pada dunia bathin, tatkala orang lain melihat kepada dunia lahir, mereka itu melihat kepada akhirnya dunia, sementara orang lain melihat kepada keabadian dunia itu, mereka menghindarkan apa yang menggangu perjalanannya, mereka meninggalkan pekerjaan, yang pada persangkaanya kelak akan ditinggalkannya,mereka itu sering bersunyi diri,sering menyesali yang salah, tidak memikirkan dunia, tidak memikirkan kerosakan rumah tangga, mati dalam hatinya,menghindarkan segala kesenangan,hidupkan ingatan akan mati,mencintai allah dengan sebenar-benarnya,bersuluh kepada nurnya,dan bercahaya kepada cuacanya. Mereka beroleh berita berita aneh, ilmu mereka adalah ilmu kitabkitabsuci, amal mereka adalah amal yang dianjurkan oleh kitab-kitab suci,mereka tidak takut dan gentar.

Petikan dari Buku Pengantar ilmu tarekat dan tasauf, garapan Prof Dr Haji Aboebakar Atjeh.

Sengaja petikan itu aku suguhkan kepada "anda" untuk berfikir dan terus berfikir, "bagaimana membunuh racun,virusvirus, isme-isme barat, yang bersarang di kepala dan minda, serta bersarang didada anda", supaya anda tidak terkeliru "melihat penghidupan dan kehidupan" dari sisi dan dimensi yang berbeza, sebagaimana yang dituntut Islam

Sekin.titik
jabatku

Jean Paul Sartre-: kita

Dan manusia ? Manusialah dengan alam fikirannya yang justru bisa menimbulkan ketiadaan itu : ia bisa menafikan hal ehwal.Ia bukan saja menyebabkan realitas jadi rapuh, tapi juga menyebabkan manusia lain jadi objek.Hubungan antara manusiapun hanya berkisar pada sadisme,masokhisme dan kebencian.maka seperti halnya,cinta tak ada bagi Sartre,Tuhan juga baginya bukan cuma telah mati,tapi tak pernah masuk hitungan. Atheisme yang sungguh radikal,juga suatu humanisme.
-Goenawan Mohamed-
April 26,1980

lalu, sudah tentu sebagai pemikir, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, kita manusia yang mendakwa beragama Islam,-: tidak dapat tidak, wajib menolak "idea, gagasan dan pemikiran" Sartre,pemikir bermata juling yang melihat dunia dari perspektif "aneh"-eksistanlist-

barang kali, ini sekedar sebuah kebarangkalian, Jean Paul Sartre, dalam Republik Kebisuan, bahasa perancisnya, Le neant hante l'etre, melihat dunia dalam keadaan paling brengsek-pinjam istilah Mas Goen-,think too much then he got too much "nothingness", justru beliau menolak "keberadaan Yang Maha Khalik, dalam kehidupan serba sementara ini. Beliau yang sempat digelar Raja Kaum Eksistianlist dikalangan pemikir perancis,sebuah monument yang sepi, yang melihat dunia dari perspektif aneh

justru terlalu kuat, memikir tentang "kematian"(barangkali),bagaimana kehidupan selepas mati,menyebabkan beliau mengambil kesimpulan mudah dan simple-: tidak ada kehidupan selepas mati.

justru idea berbahaya dan "merbahaya" dikecam semua "agama dan agamawi" yang wujud di jagatraya ini, lalu,bagaimana dengan anda- apakah anda pernah "terfikir"bagaiamana dengan kehidupan "anda" selepas roh tercabut dan dicabut dari badan anda ? bagiamana degan nasib diri anda,selepas ditimbus dan "kambus" dengan tanah ?

bagaimana ? aku kira Republik Kebisuan, garapan Sartre, pun tidak dapat menjawap pertanyaan "ngeri dan menggerikan itu. titik.

Sekian.titik
Jabatku