Saturday 6 January 2018

RASUAH, MALAYSIA-KU, INDIA, COMMOMWEALTH, INTEGRITY DAN KITA



hARi ini,rakyat dinegara ini dikejutkan dengan berita sensasi,Bekas Pengerusi Felda,Tan Sri Mat Isa samad, ditahan utk disiasat, selama lima jam berhubung kes penjualan tanah milik Felda, bernilai ratusan juta ringgit,dibebas lepas dan akan dipanggil semula jika perlu, kata Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohd Fauzi Harun.

berbalik kepada "news breaking" ini, ada pendapat mengatakan, masalah rasuah dan integrity ini ahli politik kita perlu belajar dari negara India, untuk membasmi dan "membumihanguskan", gejala rasuah dikalangan jentera pentadbiran negara dan juga sektor korporat

sewaktu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datok Zaid Ibrahim, menjadi ahli parlimen BN Kota Bharu, aku sempat "ngomong" dengan beliau mengenai "gejala rasuah", yang menghimpit dan menghantui kakitangan kerajaan.

sabanhari ada, saja berita pegawai kerajaan, pembantu tadbir diheret dan di"seret", didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam kegiatan rasuah

persoalannya, dakwa pembangkang "hanya ikan bilis yang didakwa,ikan jerung" tidak diambil peduli ?
Benarkah begitu SPRM atau ianya sekadar tuduhan liar,yang semakin liar untuk "mendiscreditkan" kredibility SPRM?

apa pun yang dperkata dan dikatakan terhadap SPRM, mereka hanya menjalankan tugas, sebagai jentera da n kakitangan kerajaan, membasmi gejala rasuah, cukup bulan, pergi ke ,kaunter ATM bank, masukkan kad, keluarkan wang. itu saja dan titiek

soal tertuduh didakwa atau tidak itu, tugas Pegawai Pendakwaraya yang terletak dibawah Jabatan Peguam Negara

Tugas mereka sebagai SPRM, melakukan siasatan, buka kertas siasatan,hasil siasatan pada akhirnya diserahkan kepada Peguam Negara, Peguam Negara dikatakan, benar atau tidak, aku kurang tahu persis menyerahkan "kertas siasatan ke pejabat Perdana Menteri"dan Perdana Menteri, akan"membuat kata, putus samada, kes perlu didakwa atau "fail itu perlu ditutup".


keadaan itu tidak berlaku di negara India dan dinegara-negara komonwealth yang lain, hasil siasatan SPRM di negara mereka, bukan diserahkan kepada Perdana Menteri tetapi kepada Parlimen

Bila kes dan laporan itu sampai diparlimen, semua ahli parlimen tidak kira mereka penyokong kerajaan atau pembangkang,"semua dapat mengetahui secara detail dan terperinci ke rasuah itu,".

Menteri atau ahli politik yang terkena kes rasuah itu akan diseret dan diheret ke mahkamah,dan mahkamah akan membicarakan kes itu seadil adilnya

Dan bila mahkamah menjatuhkan hukuman, menteri terbabit, that's the end of opollitical career,menteri terbabit

tapi tidak b erlaku demikian di negaara kita. Hasil siasatan SPRM pada akhir akan sampai kemeja Perdana Menteri dan PM akan memberikan kata putus

Meskipun di India, kes rasuah di serahkan kepada Parlimen, gejala rasuah masih berlaku dengan seenaknya di India, lalu wajarkah kita meniru cara kerajaan India atau kita meneruskan "cara kita membasmi rasuah" atau bagaimana ?
Sekian,jabatku, titiek



No comments:

Post a Comment