Tuesday 2 January 2018

DATOK ISMAIL HASSAN,REDLAND "TELAH DIKAMBINGHITAMKAN" ?

  Barangkali,ahli UMNO Kelantan telah lupa atau sengaja melupakan tokoh korporat, Datok Ismail,Redlland abang kepada Bekas Ahli Parlimen, Tanah Merah,Datok Shaari Hassan yang telah dikenakan tinda.kan disiplin oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana "kesalahan yang tidak dapat dibuktikan dengan jelas", yang pada waktu itu, pengerusi Lembaga Disiplin,bekas Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudeen
  Berita tindakan Lembaga Disiplin itu keluar muka depan akhbar Utusan Malaysia yang membabitkan kesalahan Datuk Ismail. aku selepas membaca berita itu terus menalipon Datok Ismai bertanya kan sebab dan musabat beliau dikenakan tindakan sekejam itu
 aku memulakan pertanyaan, apa sudah jadi dan terjadi pada UMNO kerana memecat manusia bernama,Datok IsmailRedland yang tidak kurang banyak berjasa kepada penduduk dikawasan parlimen Tanah Merah
 Beliau lantas menceritakan keadaan sebenar bahawa beliau telah difitnah gara-gara permainan politik individu tertentu yang tidak senang keberadaan beliau bermain politik di kawasan parlimen Tanah Merah
 Justru itu, beliau yang tidak senang dengan permainan politik yang tidak puteh, menggundur diri dan tidak ingin lagi bermain politik dan menumpukan perhatian terhadap businessnya
Kini setelah lama meninggalkan dunia politik dan memberi tumpuan terhadap perniagaannya beliau telah berjaya muncul sebagai usahawan melayu yang sukses dalam bidang aviation
Kini beliau mempunyai beberapa pesawat yang menawarkan perkhidmatan ekslusif kepada pelanggan yang mempunyai kantong yang tebal
 Dan dikalangan golongan korporat di ibu negara,nama Datok Ismail bukan sekadar sebuah nama, tapi itu "sudah sinonim" dengan "budaya korporat"- yang meletakkan wang -sebagai ultimate goal dalam pencarian kehidupan mereka
Bagi golongan ini, maaf cakap, bagi mereka yang mempunyai fahaman extreme terhadap dunia materialistik, money is everything
 apa pun yang dibicarakan, wang itu tidak dapat dibawa mati,tidak dibawa masuk kedalam kubur,yang dibawa amal soleh dan kebajikan yang dillakukan sewaktu tubuh masih bernyawa alam maya ini
 sebagai kawan,aku sekadar ingin memberi peringatan kepada diri, diri terperi diri sendiri, dalam sepotong kehidupan yang serba sementara ini, kita adalah debu yang bersembunyi dicelah celah gerimis hujan,
sekian untuk sementara, jabatku, titiek


No comments:

Post a Comment