Friday 19 January 2018

DR MAHATHIR,"HE IS A LONER," DR EZANEE MERICAN SEWAKTU BELAJAR PERUBATAN DIUNIVERSITI MALAYA,SINGAPORE




Barangkali generasi Y dinegara kita tidak mengenali dan mengetahui siapakah dr ezanee merican, (telah pergi kealam sana,semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya) beliau adalah anak kelantan, sewaktu belajar di Universiti Malaya,Singapura, belum lama ini,merupakan "senior" kepada Tun Mahathir Mohamed.

"He is a loner," katanya. "Dai tidak ramai mempunyai kenalan, berbanding dengan saya,ramai kawan tapi diacacing buku," katanya

aku mulai mengenali dr ezanee merican pada awal tahun 1997,klinik dia merupakan "klinik panel bagi staff tv 3".

aku sebelum itu cuma mengenali namanya saja DR Ezanee Merican, beliau seorang doktor yang terkenal dikota bharu pada awal tahun 60an dan beliau antara dr melayu,bumiputra, yang terlalu rapat, baik dan peramah dengan patient

aku pada tahun itu, tidak sihat badan da pergi ke klinik beliau untuk mendapat rawatan.

sebaik masuk kebiliknnya, aku di suruh duduk diatas kerusi,dia pada waktu itu memakai alat pendengar ditelinganya kerana beliau mengalami masalah pendengaran

Dia melihat kad perubatan aku dan bertanya,"Nik, bekerja dimana,","Di TV 3", kata ku lembut

aku nampak pada air mukanya, dia begitu "excied"dan beliau sempat berkata,"Pekerjaan menarik dan mencabar," katanya

kehebatan dr ezanee yang aku dapat rasakan sampai kedetik ini, beliau sangat friendly dengan pesakit

semasa memeriksa kesihatan badan, belai duduk dekat dengan pesakit, memegang tangan,pesakit,meletakkan teleskop pada dada dan bercakap dengan suara lembut

seolah olah,dia sudah lama mengenali kita

lantas saya bertanya dia tentang manusia bernama Mahathir Mohamed yang pada waktu menjadi Perdana Menteri Malaysia

dia menceritakan Tun Mahathir pernah datang dikediamannya di jalan Telipot, pada waktu itu pengerusi perhubungan UMNO Kelantan, dulu Datuk Annuar Musa, kini "bergelar Tan Seri Annuar"

saya bertanya apa yang dibualkan," perbualan biasa, sewaktu di kolej,singapura", katanya

cuma beliau memberitahu, Dr Mahathir Mohamed, menunjukan "ubat jantung" yang beliau gunakan kerana beliau mengalami masalah jantung.

"Saya hanya mengesahkan, itu ubat terbaik untuk merawat penyakit jantung," katanya

selepas itu, setelah selesai,dia menulis ubat demam dan aku harus mengambil ubat itu dikaunter.

setelah bersalaman aku pun keluar dari biliknya

dan aku berdialog dengan diri aku,"Jika Tun Mahathir "mati", aku akan mewawancara beliau sebagai teman se kolej di universiti Malaya,singapura

Nasib tiba tiba bersuara lain, dia yang pergi menghadap Yang Maha Esa terlebih dahulu, bukan Dr Mahathir

Dr Mahathir kini,berusia 120 tahun, sedang giat berkempen untuk bertanding  bagi kawasan Parlimen Langkawi, dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk kedua kali menggantikn "anak buahnya" Datuk Seri Najib Razak, yang dilihat bertanggungjawab terhadap kes 1MDB

"Dr Mahathir, apa yang kau cari sebegitu jauh, dalam sepotong kehidupan yang semakin carik warnanya ini," kata seekor cicak, yang melekat ekornya pada dinding-dinding kaca kristel rumah  mereka.

sekian.Jabatku.titiek

No comments:

Post a Comment