Friday, 19 January 2018

PRU 14 : KERUSI PARLIMEN MACHANG BERTUKAR TANGAN atau DATOK LAN KEKAL?





Kemenangan tipis, dengan majoriti 805 undi,Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan sekaligus ahli Parlimen Machang,Datok Ahmad Jazlan Yaakub, 25,660 undi keatas calon PKR,Wan Zawawi Wan Ismail, CEO PKINK, yang secara tiba-tiba "murtad politik", menjadi ahli PAS-demi menjaga kerusi CEO PKINK, meninggalkan parti PKR--bukan suatu kemenangan yang boleh dibanggakan.

Ini adalah kerana, dari segi strategi dan percaturan politik kemenangan satu satu kawasan parlimen kurang dari 1,000 undi,merupakan suatu kemenangan yang tidak selesa

dan menurut tokoh dan pengamat politik tempatan, secara tradisinya kerusi ini dalam PRU ke 14 nanti,tidak lagi akan menjadi milik BN kerana sudah menjadi amalan penggundi kawasan parlimen machang, untuk menukar ahli parliimen, setiap lima tahun sekali

dan untuk catatan penikmat dan pencandu sastera-politik kawasan ini, jumlah penggundi baru dikawasan parlimen ini dan yang akan keluar menggundi pada PRU 14, ialah 6,900

jika pembangkang berjaya, memperolehi cuma 1,000 undi dari jumlah ini, kerusi parlimen machang ini akan diduduki oleh calon bukan selain dari B-N

bagaimana pula jika berlaku pertandingan tiga penjuru ? PAS meletak calon,Parti Peribumi turut meletak calon dan BN sudah tentu meletak calon mempertahankan kerusinya--bagaimana--pula keadaan sosok tubuh pemilik kerusi parlimen machang

ada pendapat umum mengatakan, jika keadaan ini ber;laku BN atau PAS dan juga Bersatu akan mendapat faedahnya

pertandingan tiga penjuru, yang jelas akan menjadi lebih sengit dan amat menyegitkan kerana pengamat politik sulit meramalkan "kekuatan politik" parti yang bertanding

Dan mereka juga tidak dapat meramalkan cita rasa politik 6,900 penggundi baru dikawasan itu

lalu bagaimana jika BN berjaya "mengawal dan memperolei" 5,000 jumlah penggndi baru ini memberikan undi kepada calon BN, apakah BN akan dengan mudah, memenangi kerusi parlimen ini,juga merupakan suatu pertanyaan yang masih mengangga

yang jelas berdasarkan siasatan yang dilakukan, jentera pilihanraya UMNO Parlimen Machang bekerja lebih 24 jam sehari, untuk memastiakan kemenangan "Datok Lan", dalam pilihanraya yang "kekuatan politiek seimbang dengan parti lawan"
sekian, jabatku.titiek

No comments:

Post a Comment