Tuesday, 9 January 2018

KERAJAAN BARU, PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH MALAYSIA, SELEPAS PRU 14 ?



Suatu waktu, tidak berjarak dulu, teman aku lulusan sebuah universiti di United Kingdom,pekerjaan jurutera, kira-kira pada awal tahun 1990an lampau didalam pejabatan agensi kerajaan negeri semasa "ngomong" secara tidak sengaja atau sengaja telah "memperkecil "membudakkecilkan editer" akhbar berbahasa melayu, berkata,"I tidak baca akhbar berbahasa melayu, semakin banyak i baca akhbar berbahasa melayu, terasa semakin bodoh,"katanya

Simamat ini pelanggan tetap akhbar The New Straits Time,kini beliau telah pencen dan menunggu masa yang tepat untuk berhijrah ke alam sana.

Meskipun kata-kata itu sudah kedengaran dicuping telinga,kanan dan kiri aku, sudah lam tapi ia masih "terasa segar dan fresh, seolah olah ianya baru "semalam berlaku"

aku tiba tiba terfikir dan berfikir "benarkah membaca akhbar berbahasa melayu, membuat kita, minda kita, kerangka berfikir, bola berfikir kita semakin "nihil", kosong dan "sebodoh-bodoh" yang jelas akhbar berbahasa melayu hari ini "memainkan isu parti AMANAH" diketepi justru mendapat agihan kerusi yang paling sedikit iaitu 27 berbanding dengan DAP mendapat 35--tidak termasuk sabah dan sarawak--PKR 51 dan Parti Bersatu mendapat 52

Dan yang lebih memalu dan memilukan isu "ramai kalangan pemimpin komponen pakatan harapan tidak bersetuju jika "Muafakat Pakatan Harapan" memerintah negara selepas PRU 14 nanti memilih Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang baru ini

semudah dan segampang itu, pakatan dapat membumi hanguskan kerajaan BN yang telah hampir 60 tahun memerintah negara dengan sukses, cuma akhir akhir ini saja isu 1MDB, menjadi "liabilities" kepada kerajaan BN


itulah barangkali antara sebab dan musabab kenapa kawan aku pernah berkata, semakin membakhbar berbahasa melayu semakin melayu menjadi bodoh

secara umum jika dilihat kepada pembahagian kerusi parlimen,kaum parti politik Bersatu dan PKR,yang mendominasi kerusi,jika "mereka menang" dan pemimpin berbangsa melayu,Tun Mahathir akan dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia ke tujuh untuk kedua kali

apakah TUN Mahathir akan menjadi "jamesbond", politiek Malaysia ? sama samalah kita tunggu dan lihat

Faktur utama yang perlu diperkatakan sebelum bergerak lebih jauh "apakah parti peribumi BERSATU mempunyau sumber keewangan yang kukuh dan kuat" untuk "bertempur" dengan jentera B-N" dalam PRU ke 14 kelak

menurut, ahli dan penyokong kelas berat parti AMANAH, mereka tidak mempunyai banyak duit, terpaksa guna duit sendiri, bagaimana dengan parti Bersatu ? Katanya Parti Bersatu akan,aku ulang akan mempunyai duit banyak kerana ramai sekali golongan korporat yang telah dibuat kaya oleh Mahathir semasa menjadi PM dulu, akan menghulurkan bantuan keewangan ?

semudah itu,golongan korporat yang dikayakan oleh Tun Mahathir dulu sanggup mengeluarkan wanf berjuta-juta ringgit untuk membantu parti Bersatu ?

atau sememang  benar unggapan orang orang tua kita, "seperti kacang lupakan kulit" juga berlaku dalam komuniti golongan korporat yang "dibuat" kayakan oleh Tun Mahathir "sayang untuk membiayai kos pilihanrauya parti bersatu

"Masa susah dulu kedekut, semakin kaya semakin kedekut," kata seorang teman terhadap senari orang kaya kedekut di negara kita ini-----maaf pun begitu--ada juga kalangan orang kaya yang tidak kedekut, dermawan dan menginfakkan wang lebihan mereka kepada golongan luka, duka dan nestapa yang memerlukan bantuan----

Bunyiny agak lucu, berdasarkan fakta ROC tidak setuju dengan cara parti bersatu kerana parti itu tidak membuat mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian--menurut pemimpin kanan parti itu enggan namanya disiarkan kerana "pusat tidak menyalurkan bantuan kewangan"---- itulah realitas politik yang dihadapi parti pribumi bersatu--

lalu jika masalah itu gagal diatasi bagaimana hendak "berperang dengan jentere BN"--yang mempunyai bajet peruntukan piliharaya yang unlimited---

kalau hendak di sandarkan kepada semangat-saja--untuk menjatuhkan BN--ketokohan Mahathir dan Muhyiddin Yassin---perlu dikatakan "itu semua tidak akan menjadi faktor besar"untuk menggoncang dan meranapakan pemerintahan kerajaan BN

melihat kepada lanskap politik negara kita, perlu ada satu gelombng politik yang besar melanda dan menimpa negara, sebagaiaman  "Gelompang Reformasi" yang dicetuskan DSAI, tapi gelombang sebesar itu, gagal untuk menjatuhkan kerajaan BN

Fakta sejarah membuktikan pengaruh DSAI cukup kuat,sehinggakan peratus penggundi melayu memberikan undi kepada calon BN tiba-tiba menurun dan merosot, tapi BN masih mampu menggekalkan kuasa politik

apalah sangat dua tokoh pemimpin ini Tun Mahathri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika  hendak dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim

apalah yang diharapkan dari "kelapa tua berbanding" dengan kelapa muda dalam arus globalisasi yang semakin mencabar,denyut nadi dan getaran otak ini ?

kedua mereka gagal "mencipta gelombang politiek", gagal mereka cipta "tsunami politik", justru itu perjuangan mereka untuk "menghancurleburkan" kuasa Barisan Nasioanal,dalam PRU ke 14, nanti, tak ubah peribahasa melayu mengunggapkan, "mimpi disiang hari" atau "angan-angan Mat Jenin"
sekian, Jabatku, titiek

No comments:

Post a Comment