Saturday, 13 January 2018
BANGSA MELAYU MODERN,SEMAKIN MODERN ?
Sekali waktu,aku duduk sendirian, menatap cermin dinding kaca rumah aku, dan melihat akhbar akhbar berbahasa melayu yang terletak disudut ruang tamu rumah, berfikir dan terfikir benarkah bangsa melayu yang menduduki tanah semenanjung tanah melayu ini "merupakan satu kelompok specises,haiwan berkaki dua, mempunyai satu alat kelamin",yang mengaku beragama Islam"benar-benar" satu bangsa yang sudah "bersyukur" dan "bersabar" ?
dari figure 65% jumlah 32 juta penduduk yang beragam Islam, apakah mereka-mereka ini "benar-benar" mengamalkan cara hidup sunnah, junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. ,memberi keutamaan solat berjemaah setiap waktu, lima kali sehari, dan menjadikan "masjid", taman-taman syurga sebgai tempat "wajib hadir" pada waktu malam atau bagaimana ?
atau mereka ini cuma mengambil jalan mudah, solat bersendirian 5 kali sehari juga merekal melakukan solaat, tidak pernah kemasjid pada waktu malam tapi solat jumaat never missed pada hari Jumaat.
tidak pernah berzikir secara rutin dan tidak pernah menghadiri majlis-majlis zikir, mendengar ceramah agama dimasjid berhampiran dan tidak pernah melakukan sedekah walaupun $1 setiap hari ,alasan yang diberikan "sibuk" justru menetap dikota-kota besar seperti diKuala Lumpur, Jakarta atau Johor Bharu"---- apakah gologan ini yg,tidak mementingkan solat berjemaah sama "qualiti jenazahnya" berbanding dengan penduduk kampung, penoreh getah, yang kerap kemasjid dari segi "kualitas dan kuantiti" ibadahnya jika diteropong dari kacamata dan teleskop ilmu tasawuf ?
berbicara mengenai tamadun bangsa melayu, bangsa kita yang selalu dan suka melebih-lebih hal yang sepele dan hal yang kecil dan paling suka "membandingkan kejayaan bangsa kita" dengan negara di eropah
satu perbandingan yang ridak adil dan tidak tepat dan siapalah bangsa kita untuk membandingkan bangsa kita dengan "bangsa-bangsa dieropah nun jauh disana" ?
Baiklah untuk itu, kita perlu bercermin diri dan melihat kedalam diri, kita bercermin diri
dan melihat dari aspek sejarah dan tamaddun bangsa melayu itu sendiri
bila dan dimana bermula sejarah bangsa melayu sehingga ke hari ini.
secara tepat sulit untuk "membuktikan bangsa melayu", merupakan generasi pertama menempati bumi bertuah satu malaysia,bumi beruntung satu 1MDM.
sejarah tanah melayu modern, bermula apabila putera hindu dari Pulau Jawa melarikan diri kePulau Temasek,(kini Singapura), dan kemudian melarikan diri sekali lagi, setelah membunuh Raja Temasik, melarikan diri ke Melaka
apabila sampai dimelaka, beliau menebas dan memotong pokok, pokok hutan, menjadikan dirinya Raja di situ setelah bertahun tahun berjaya menjadikan melaka sebagai pelabuhan dan pusat dagangan antara bangsa yang terkenal
banyak kapal pedagang dari hindustan, asia berat dan china datang berlabuh disini dan melaka berjaya muncul sebagai pusat perdaganga antara bangsa pada waktu itu sebelum ianya berjaya ditakluk bangsa yang dikenali dengan bangsa "Benggali Puteh" dibawah pimpinan Laksamana Perang, Captain Alfonso De Al Buquerque
Dan di Jerman disebuah kota bernama Sprousberg, pada tahun 1213 sudah ada akhbar bercetak, menggunakan percetakan tangan,saudah ada satu komuniti masyarakat berbangsa jerman
yang sudah "pandai membaca"
lalu jika kita menoleh kebelakang sejarah,pada tahun 1403 maaf cakap bangsa kita yang masih bercawat kote, tidak ada institusi pemerintahan,tidak ada sekolah, masyarakat masih"buta huruf", masyarakat tidak tahu membaca-----dimanakah rasional "kita" untuk membandingkan "kita" dengan bangsa eropah ?
dengan lain perkataan mereka sudah "maju 200 tahun kehadapan", dan kita belum mempunyai apa-apa, sejarah modern kita mencatat, dari aspek politik, kita hanya baru ada enam Perdana Menteri berbanding dengan Amerika Syarikat 45 Presiden
ENAM perdana menteri itu ialah Tuanku Abdu Rahman Putra Al-Haj, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn,Tun---semua sudah berada dialam sana-- Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Badawi, Datuk Seri Mohd Najib Razak--yang dikecohkan dengan kes 1MDB---
lalu siapakah kita "bangsa melayu" yang semakin "pupus" dengan nilai-nilai Islam sebenar pada akhir zaman ini ?
Sekian.Jabatku titiek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment