SINOPSIS
MUKADIMAH
1. SULTAN MUHAMMAD KELIMA
2. TAN SERI MOHAMED YAKOB
3. PM, PAK LAH
4. PM NAJIB
5. TPM MUHYIDDIN
6. NIK AZIZ
7. KU LI
8. DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
9. BEKAS KETUA POLIS NEGARA, TAN SRI
RAHIM NOOR,
10. KETUA HAKIM NEGARA, TAN SERI ARIFFIN
ZAKARIA
11. DATOK APANDI ALI, HAKIM MAHKAMAH
RAYUAN
12. DATOK DR AHMAD ZAHID HAMIDI
13. DATOK ANIZAM ABDUL RAHMAN
14. MB DATUK MOHAMED YAKOB
15. PROF DATUK DR HASSAN HARUN/WADI
SOFIA INTERNATIONAL COLLEGE
SINOPSIS
Berbicara
tentang politik di negeri Kelantan, kita sering bertanya dan tertanya-tanya
apakah sememangnya ada sebuah ketulusan, kejujuran dalam diri seseorang
pemimpin? baik UMNO, PAS,BERSATU dan PKR dalam menyelusuri kehidupan dan dibumi
yang semakin bertuah di negeri Kelantan ini. Apakah didalam rumah kaca ini
sudah wujud “ruang kosong”yang semakin kosong yang dulunya dikatakan berdebu.
Pada awal tahun 90an sudah berdebu dan kini sudah berdebu semula. Suatu
pertanyaan tajam yang semakin mengangga dan akan terus mengangga ?
Kejam
ibu tiri tapi lebih kejam kota Jakarta. Barangkali,juga suatu pernyataan dan
kenyataan untuk lebih menggebu dan menggebu-gebu akan ketidak jujuran dan
kelusuhan sebuah keremangan potret diri wajah dan sebuah harga diri kota
Jakarta,yang barangkali sudah tidak semakin bersahabat dengan penghuni kota.
Tiba-tiba
pertanyaan mendadak timbul, kenapa, kita harus ke Jakarta,tidak ke Kota Bharu ?
Belum lama ini seluruh haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin,.
Penggundi Kelantan, dikejutkan dengan “berita sensasi” bahawa dibumi Kelantan
ini ada “minyak”. Minyak dibumi ini, sama dengan minyak yang berada di Texas,
Amerika Syarikat. Apakah memang benar tuduhan dan dakwaan yang dilontarkan itu?
Masih juga menjadi tanda samaada berita itu benar atau palsu. Persoalan itu
hanya dapat dijawab oleh gergasi besi iaitu kuasa menggali minyak Negara,
PETRONAS.
Exco
Kanan Kerajaan negeri sebelum ini Datuk Husham Musa membuat kenyataan akhbar
dan disiarkan berita dalam Utusan Malaysia antara lain menyatakan di negeri ini
ada “minyak” dibawah perut bumi. Namun begitu, beliau tidak menyatakan lokasi
dan tempat dimana berlian hitam itu bersembunyi.
Bekas
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang kini sudah berada
dialam sana pernah suatu ketika memberitahu kepada pihak media di negeri ini
bahawa Husham Musa adalah seorang ilmuwan, pemikir yang kuat membaca dan akan
membuat kajian dengan lebih mendalam terhadap satu-satu isu sebelum
mengeluarkan kenyataan .
Menurut
versi cerita, samaada dongeng atau mitos, negeri Kelantan akan muncul sebagai
pengeluar minyak terbesar dirantau Asia Tenggara. Malah pengeluaran minyak di negeri ini akan
mengalahkan kuantiti pengeluaran minyak di negara Brunei. Tempoh masa pengeluaran minyak ini
selama 120 tahun dan kualitinya jauh lebih hebat dan mampu mengatasi mutu
minyak keluaran negara Brunei
Jika
benar kisah ini, apakah Kota Bharu yang kini dikenali sebagai bandar tidur
tidak akan bertukar wajah menjadi kota kejam Jakarta yang kedua dirantau asia
tenggara ini bakal di banjiri dengan manusia-manusia yang tidak siap pakai untuk berada disebuah kota kejam atau
bagaimana ?
Apapun
buku catatan journalistic mengenai Seks,TV3,sastera, politik dan Kelantan sebuah koleksi catatan musim panas, summers
jokes,serpihan-serpihan mutiara retak, pengalaman journalistik, seorang manusia
yang bernama wartawan yang sentiasa cuba berada di garis besar, digaris tengah
yang berada dilorong sepi dan sunyi mencari erti dari sejumlah makna, sebuah kebenaran yang semakin carik
warnanya-dijangka dapat membuka wawasan,pola dan kerangka berfikir penikmat dan
pencandu sastera dan politik tanah
air-titik
Lintasan-lintasan
idea, peristiwa yang terpahat dan bersarang diminda terus dimuntah dan
diekpressi diatas kertas tanpa
prejudice. Paparan peristiwa dalam buku itu hanyalah sebuah teater
hidup,pelakon teater,pemain politik, yang hanya menunggu saat,detik dan ketika
untuk berhenti bermain teater dan pergi tanpa kata, tanpa pesan, tanpa
kata untuk bertemu dengan Yang Khalik
dan Maha Esa.
Soalnya,
apakah manusia politik ini sudah bersedia untuk pergi kealam sana ? Satu soalan
cepumas yang hanya biasa dijawab oleh mereka yang mempunyai “kartu politik”.
Dan
pada waktu itulah, barangkali pemimpin politik yang menggunakan pelbagai cara
dan kaedah sewaktu hidup untuk mencari kekayaan peribadi. Pengaruh politik akan
mengetahui akan essensi sebuah pengertian sebenar. Apakah itu makna politik
atau barangkali sudah terlalu lambat untuk mereka mengetahui dan memahami
politik dalam sepotong kehidupan dan penghidupan yang semakin kelabu kebenarannya
ini.
Yang
jelas apabila tiba di alam sana iaitu alam barzakh, urusan solat yang pertama
akan di pertanyakan. Apakah manusia-manusia politik yang berbangsa melayu,
beragama Islam, tidak kira samaada mereka itu UMNO,PAS,PKR,PAN (Amanah)dan
Parti Bersatu menjaga dan memelihara solat mereka? Apakah mereka solat
sebagaimana yang diajarkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w? Solat
berjemaah tempat dimana azan di laungkan atau bagaimana? Suatu pertanyaan yang
hanya dapat dijawab oleh manusia yang bergelar “manusia politik”.
DATUK
DR HASSAN HARUN : BEST FRIEND TUN MAHATHIR MOHAMED
Nama
Datuk Dr Hassan Harun tiba-tiba menjadi
sebuah nama besar dalam dunia korporat tanah air, apabila Perdana Menteri
keempat iaitu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed melantiknya sebagai CEO bagi menerajui KUB suatu ketika dulu.
Dimanakah
sebenarnya terletak kehebatan dan keistimewaan manusia yang bernama Hassan
Harun sehingga mendapat kepercayaan dari Tun Dr Mahathir Mohamed? Apa yang
lebih menarik ialah kesanggupan Tun Dr Mahathir sewaktu melakukan lawatan kerja
ke Kelantan. Beliau bermalam di rumah Datuk Dr Hassan Harun di Wadi Sofia.
Mengimbas
kembali kenangan masa lampau, Datuk Dr Hassan Harun, merupakan seorang pengasas
Kolej Adabi pada awal tahun 70an dahulu. Kolej Adabi merupakan satu-satunya
kolej yang diasaskan oleh “pemikir berbangsa melayu”. Kolej ini dibina untuk
memberi peluang kedua kepada pelajar melayu yang gagal dalam peperiksaan SPM
dan STPM. Melalui kolej ini, mereka di masukkan ke bengkel pemulihan bagi
menebus kegagalan mereka suatu ketika dulu dan seterusnya dapat melayakkan diri
ke institusi pengajian tinggi.
Jika
dibuat kajian, sebilangan besar dari kalangan pegawai kerajaan atau yang
bekerja di sektor swasta pernah memasuki Kolej Adabi sebelum ke peringkat lebih
tinggi.
“Hassan,
aku tidak berduit. Aku pergi ke Amerika Syarikat dengan menaiki kapal dan berjaya membawa pulang
ijazah dari Universiti California Los Angeles,” kata bekas Setiausaha Agung
UMNO, Datok Senu Abdul Rahman kepada beliau pada awal tahun 60an.
Kata-kata
keramat itu masih kedengaran sehingga sekarang. Menurut Hassan Harun, kata-kata
itu juga membakar jiwa, memberi motivasi kepada beliau untuk bergerak lebih
jauh kehadapan dan seterusnya menjadikan impiannya satu kenyataan seperti mana
yang beliau capai pada masa sekarang.
Menurut
beliau, perdana menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak, mempunyai pandangan jauh
kehadapan. Beliau telah mengenal pasti “kader-kader” pelapis UMNO pada masa
hadapan. Dan beliau antara “anak-anak muda” Kelantan termasuk Datuk Pahamin
Rejab (Air Asia) yang terpilih untuk memasuki lingkaran dalam (the inner
circle). Tambahan beliau, sewaktu masih belajar di Universiti Malaya, beliau
sudah aktif dan cergas dalam politik UMNO Negeri Kelantan.
Sebelum
berlaku peristiwa 13 Mei 1969, beliau diarahkan oleh bekas setiausaha politik
negara iaituTun Abdul Razak dan Tan Seri Dollah Ahmad untuk berucap bagi
menggantikan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua didalam satu
majlis ceramah umum di Kuala Lumpur. Hal ini kerana “untuk menjaga imej dan air
muka Tun Razak” berikutan tidak ramai hadirin yang datang berbanding dengan
perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang.
Menurutnya,
himpunan yang dianjurkan oleh UMNO pada ketika itu hanya dihadiri sekitar 20,000 hadirin sahaja berbanding perhimpunan
yang telah dianjurkan oleh pihak parti pembangkang.
Beliau
bersama Pahamin Rejab dan beberapa pemimpin lain naik kepentas untuk berucap
dan membakar emosi rakyat agar tetap setia bersama UMNO. Ini kerana UMNO adalah
satu-satu parti yang pernah ada dibumi Malaya yang berjuang untuk kepentingan
dan kejayaan bangsa melayu.
Sewaktu
bersama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie atau yang lebih di kenali
dengan nama King Ghaz (sudah berada dialam sana), beliau di ajar tentang erti
dan sejumlah makna integrity. Katanya
King Ghaz, pemimpin dimana-mana organisasi sama ada baik politik dan bukan
politik, harus menjaga integrity. Pemimpin yang tidak berintegriti tidak dapat
pergi jauh dan tidak dapat bertahan lama.
Itulah
kata-kata keramat King Ghaz yang masih segar dan tergiang-giang ditelinga
beliau. Pada tahun 1977, sewaktu insiden kebangkitan rakyat menentang kerajaan
Pas, beliau pada waktu itu memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO di Kota Bharu
turut sama dalam pakatan untuk terlibat secara senyap menggoncang stabilitas
politik negeri Kelantan sehingga wujudnya kerajaan MAGERAN di negeri Kelantan.
Selepas
pemerintahan Mageran di negeri Kelantan, pilihanraya dewan undangan negeri
Kelantan diadakan dan sejarah mencatatkan
kerajaan Pas, kubu kuat PAS Kelantan dan sarang tebuan PAS Kelantan
tidak lagi menyegat apabila BN dengan kerjasama parti Berjasa dari pimpinan
bekas Menteri Besar, Datok Mohamed Nasir (sudah pergi kealam sana, dimakamkan
di perkuburan Islam,Australia) berjaya menumbangkan dan membumi hanguska
pengaruh politik PAS di Kelantan. Selepas itu, bermulalah kerajaan BN pimpinan
Tan Seri Mohamed Yaacob (juga sudah pun berada di alam sana).
Pada
usia 32 tahun beliau bertanding di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa. Namun,
nasib masih belum menyebelahi beliau dan menyebabkan beliau kalah pada calon
Pas.
Pada
awal tahun 1990an, BN Kelantan kehilangan kuasa politik pada PAS dan PS46,
kalah semua 36 kerusi DUN yang dipertandingkan. Dari kekalahan itu,Tun Dr
Mahathir Mohamed melantik Datuk Seri Annuar Musa sebagai Menteri Belia dan
Sukan, dan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubugan UMNO Kelantan
manakala Datuk Hassan Harun dilantik memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO
bagi membantu Datuk Seri Annuar Musa memulih dan mengguatkan UMNO.
Tapi
disebabkan “masalah teknikal” dan berlaku perselisihan faham dengan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa meletak jawatan secara sukarela. Meskipun tidak
mempunyai jawatan dalam UMNO, beliau tetap bersama UMNO. Ini kerana darah UMNO
sudah sekian lama mengalir dan berdenyut dalam dirinya. Pembuluh darah menjadi
lebih tulin dari makna UMNO itu sendiri.
Sehubungan
itu, beliau berpendapat bahawa pergerakan pemuda UMNO Malaysia kini mendapat
dari Pimpinan UMNO, perlu lebih aggresif dan
memberi program kaderisasi, menyusun marketing dan strategi untuk “menjual UMNO” kepada
generasi baru sebagai persediaan awal untuk PRU ke 14. Pengundi baru dijangka
berjumlah 6 juta menjelang empat tahun lagi.
paling
puncak dan menarik sepanjang terbabit secara total dalam bidang broadcasting
ialah menjadi wartawan jaringan, broadcast journalist untuk TV3 dan berpeluang
bekerja dengan krew stesyen TV Al-Jazeera yang berpengkalan di Doha,Dubai.
Namun
begitu, krew Al-Jazeera yang ditugaskan membuat laporan berita ekslusif di
selatan Thai didatangkan dari base Al-Jazeera yang berpengkalan di Kuala
Lumpur. Operasi bagi liputan ini di ketuai oleh Asean Correspondent iaitu Tony
Birtly manakala jurukamera yang terlibat ialah Tom Hawkin. Disamping itu,
wartawan penyiaran dan sekali gus News Caster iaitu Davia Gopalan yang berasal
dari Kashmir tapi bermaustatin di Kanada. Beliau pernah berkhidmat dengan
British Broadcasting Corp(BBC) di London
sebelum berkhidmat dengan Al-Jazeera dan sehingga kini sering muncul didalam
slot berita Al-Jazeera.
Selain
itu, aku juga berpeluang untuk mengetuai
operasi berita sebagai fixtures dan penterjemah. Pada awal tahun 2005, apabila
bekas bos aku di TV 3 iaitu Jasbant Singh abang kepada Karam Singh Walia yang
berkhidmat dengan agensi berita asing (Reuter), dikeluarkan dari bilik Berita
TV3 kerana dikatakan menjadi tali barut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru itu, beliau banyak (barangkali) menyiarkan berita mengenai DSAI
berbanding dengan Tun Mahatahir Mohamed yang pada ketika itu masih menjadi
Perdana Menteri Malaysia Keempat.
Lantaran
dari itu, berlaku pelbagai kejadian seperti pemecatan DSAI sebagai Timbalan
Perdana Menteri, orang-orang kuat DSAI di TV3 termasuk Pengarah Operasi Bilik
Berita(Yunus Said), Wee Your Lee,dan Jasbant Singh diarahkan keluar dari Bilik
Berita TV3 kerana pihak tertentu tidak mahu unsur-unsur dan pengaruh DSAI
melekat pada imej TV3.
Sedangkan
pada realitinya, Pengarah Operasi Yunus Said berkata, mereka yang lain hanya
bertugas dan bekerja. Cuma apa yang memedihkan terlalu banyak penyiaran
berita-berita DSAI sebagai TPM. Mereka ini dengan mudah memberi alasan ini
dikatakan menjadi tali barut DSAI dan mereka sepatutnya meninggalkan tempat
mereka mencari rezeki .
Meskipun
sudah lagi tidak berkhidmat dibawah arahan Jasbant Singh, hubungan kami sebagai
kawan masih lagi akrab dan pernah suatu
ketika beliau meminta pertolongan aku untuk mendapatkan visual diNarathiwa.
Permintaan itu aku tunaikan kerana beliau adalah contoh bos yang baik. Walaupun
sudah tidak mempunyai kuasa dan tidak berjawatan tinggi, sikap yang perlu ada
pada seorang ketua iaitu yang mengenali diri sendiri dan tidak akan memandang
rendah terhadap orang bawahan menyebabkan sahabat menghormati beliau.
Berbicara
mengenai pengalaman sebagai journalis bersama dengan agensi berita antarabangsa
Al-Jazeera dibawah pengawasan Tony Birtly, wartawan berbangsa Inggeris yang
selalu berada kawasan berlainan, zon merah, kawasan bahaya, kawasan perang
memang merupakan satu pengalaman yang manis yang sukar dilupakan.
Selama
2 minggu aku bersama krew Al-Jazeera mencari gali dan membuat berita tergempar
di empat kawasan di Pattani, Yala,Weang dan Narathiwas yang teletak di selatan
thai. Antara berita yang dibuat dan ditemu ramah ialah membuat tinjaun
dijajahan patani serta mewawancara imam muda pattani dan masyarakat setempat.
Antara soalan yang dikemukakan kepada imam muda pattani di perkarangan masjid
pattani selepas solat jumaat ialah apakah penduduk pattani mahukan dari
kerajaan Thailand?
Antara
jawapan yang diberikan oleh penduduk pattani ialah mereka mahukan kehidupan
yang selesa, mahukan kedamaian dan keamanan. Tambahan lagi, mereka juga mahukan
kehidupan aman dan tenteram tanpa ada sebarang keganasan berlaku.
“Merka
mahukan kehidupan yang harmoni tanpa ada pembunuhan’’kata aku kepada Tony
Birtly sebaik sahaja selesai imam muda bercakap.
Selain
itu, krew Al-Jazeera juga mewawancara isteri tentera Thai dan isteri penduduk
kampung yang telah kematian suami.
Krew
tv Al-Jazeera juga membuat liputan berita yang memaparkan tentera thai beramah
mesra dengan penduduk kampung dan mengajar mereka membuat minyak urut dari
bahan dan herba tempatan tradisional.
Pada
sebelah malam diwaktu maghrib di sebuah
hotel, Tony Birtly dan Tom Hawkin berehat dalam kamar hotel sambil minum
bir.
“Nik,
do you take beer” tanya Tony pada saya.
“No,
I don’t take beer, I am a muslim, liberal muslim” kata aku padanya.
“Do
you married,” tanya lagi.
“Yes,
I am married with seven kids,” kata ku lagi.
“Ok,
lets go for dinner” kata tony dan kami semua turun ke lobby hotel dan memesan
makanan di restoren bersebelahan dengan hotel.
Setelah
selesai 2 minggu bersama krew Al-Jazeera aku dibayar USD110 untuk satu hari
manakala Wan Denial yang kini wakil tv3
di selatan thai, dibayar USD100 untuk satu hari.
SULTAN MUHAMMAD KELIMA
SULTAN MUHAMMAD KELIMA
Pertama
kali aku menemuramah Sultan Muhammad kelima ketika berlangsung kejohanan kereta
go cart di Litar, Gunung, Bachok. Ketika itu baginda berstatus Tengku Mahkota
Kelantan. Pada mulanya, aku teragak-teragak dan susah untuk membuat keputusan,
samaada untuk menemuramah baginda atau tidak kerana takut melanggar protokol
dan adat istiadat Istana Kelantan.
Tapi
berdasarkan pengalaman dan sumber yang aku dapat dari pegawai kerajaan negeri,
baginda seorang Tengku Mahkota yang mudah untuk didekati, tidak cerewet and
tidak terlalu protocol berbanding dengan ayahanda baginda
Sepanjang
pengalaman dan ingatan aku semasa bekerja sebagai wartawan jaringan, wartawan penyiaran
dan journalist TV3 sejak tahun 1996 tidak seorang pun wartawan di negeri
Kelantan yang berkesempatan untuk menemuramah baginda.
Lalu
aku berdialog dengan diri sendiri, kenapa aku tidak mencipta sejarah dan ini
merupakan kesempatan terbaik untuk melakukan kerja besar, berat dan penuh
berisiko itu.
Pada
waktu itu awan hitam sudah menampakkan dirinya dan hari sudah semakin gelap,
aku melihat jam tangan,waktu sekitar pukul 6.30 petang. Baginda pada waktu
berada ditepi padang, bersama sepupunya, Tengku Ibrahim Tengku Faisal atau
lebih dikenali dengan panggilan KuYim. Baginda berdiri, melihat perlumbaan gold
cart, aku lantas memberitahu jurukamera aku, Nik Zaidni Nik Abu Bakar untuk
bersedia, bergerak dan menemuramah Tengku Mahkota Kelantan. Apabila sampai, aku
memaklumkan kepada Ku Yim dan beliau lantas memaklumkan kepada Tengku Mahkota
Kelantan. Baginda bersetuju lalu cepat-cepat aku mengajukan mikrofon mike-flag
TV3. Baginda dengan serius memberi respon terhadap pertanyaan yang aku
lontarkan. Baginda berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh peserta
kejohanan go cart yang diadakan pada hari itu.
Dan
berdasarkan sambutan yang diberikan, baginda berharap agar pada masa hadapan
lebih ramai lagi peserta go cart menyertai kejohanan go cart yang diadakan di
litar go cart,di Gunung Bachok.
Kali
kedua aku menemuramah baginda, ketika sidang media di Hotel Grand River View.
Kali ini mengenai kejohanan go cart pada tahun seterusnya. Selepas baginda
selesai membuat sidang media mengenai kejohanan go cart dan menyatakan bentuk
hadiah yang bakal diterima oleh peserta, aku lantas menuju kearah mikrofon yang
disediakan untukpihak wartawan. Aku sengaja mengalih perhatian dengan
bertanyakan soalan mengenai pembangunan bola sepak Kelantan dan peranan KAFA
dalam pembangunan bola sepak dinegeri ini.
Soalan
ini sengaja aku cipta memandang di negeri-negeri lain Tengku Mahkota sanggup
turun padang seperti Tengku Abdullah dari Pahang yang terlibat secara aktif
dalam Persatuan Bola Sepak Pahang.
“Dear
highness, if you were given a chance to lead KAFA in order to upgrade the
development of soccer in the states of Kelantan, would you accept it?. Itu antara soalan yang aku kemukakan.
Baginda
memberi perhatian serius terhadap soalan yang aku kemukakan. Selepas itu
baginda berpaling kepada kawan disebelahnya lantas menggeleng kepala dan
berkata “no” sambil ketawa kecil dan diikuti dengan gelak kecil dari VIP yang
berada dibarisan depan bersama baginda.
Pengalaman
berikutnya aku bersama jurukamera, Mohd Zaki Mahmood, kini wakil untuk TV9, meminta komen baginda
mengenai mutu permainan bola sepak di negeri ini
Ketika
itu baginda baru selesai menyaksikan pertandingan bola sepak di Stadium Sultan
Muhammad Keempat, selesai pertandingan baginda yang berada di grand stand,terus
menuruni tangga dilaluan masuk ke grandstand, disebabkan baginda bergerak
terlalu cepat, aku dan jurukamera tertinggal ke belakang.
Apabila
sampai ditingkat bawah, baginda yang sedang berjalan menuju kearah kereta yang
diletakkan di tempat kereta dibawah stadium. Aku pada waktu itu, masih berada
diatas tangga tingkat satu. Dalam hati berkata aku harus berbuat sesuatu jika
tidak aku akan ketinggalan dan tidak sempat mewawancara baginda.
Aku
terus memberanikan diri dan memanggil baginda. Baginda terdengar suara aku
terus berpaling kearah belakang dan melihat aku memegang mikrofon berserta jurukamera
yang dah bersedia untuk merakam visual baginda. Aku bergerak pantas menuruni
anak tangga dan dalam beberapa saat aku sudah berada di depan baginda terus
mengajukan mikrofon dan mengemukakan soalan kepada baginda.
Cuma
apa yang aku dengar, sebaik sahaja berada di hadapan baginda terkeluar dari
mulut baginda ‘TV3 pulak doh”. Aku kemudiannya menjelaskan tujuan sebenar aku
ingin mewawancara baginda dan hasil temuramah ini akan disiarkan dalam slot Berita Sukan TV 3 Dimana
bosnya adalah Abu Bakar Atan dan kini masih memegang jawatan Head of Sport Desk
TV3 sehingga kini.
Setelah
selesai menemuramah aku menggucapkan terima kasih kepada baginda dan baginda
meneruskan pejalanan menuju ke kereta baginda. Dalam beberapa minit selepas
itu, aku dihampiri oleh pengawai Istana En Halim atau kini dikenali Datok Halim
meminta no telefon aku, kemudiannya aku menulis diatas buku nota, kemudian mengoyakkannya dan memberikan kertas
itu kepada beliau.
Beliau
kemudian mengucapkan terima kasih dan kami bersalaman. Beliau terus menuju ke
parking lot,tempat beliau memakir keretanya Pengalaman seterusnya, apabila aku
membuat liputan terhadap lawatan Baginda menyusur sungai Kelantan di Kuala
Krai.
Baginda
bersama rombongan menaiki bot di Tangga Krai, dan diiiringi de Pengerusi
KESEDAR dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dabong. Baginda menaiki bot,
menuju ke Kampung Mahligai dan melepaskan “benih anak ikan” yang dibekalkan
oleh Jabatan Perikanan Kelantan di sebuah pengkalan di kampung tersebut.
Selepas itu meneruskan ekspedisi kep engkalan hadapan berikutnya.
Rakaman
baginda melepaskan anak ikan itu dirakam oleh jurukamera aku sebagai back up
visual untk disiarkan dalam racangan berita pada sebelah malam itu.
Motor
bot yang aku naiki mengikuti rombongan motor bot baginda dari belakang dan
apabila sampai di pengkalan seterusnya sudah tersedia sebuah kereta yang akan
membawa baginda untuk pergi ke destinasi seterusnya.
Apabila
sampai dipengkalan aku dan jurukamera tertinggal dibelakang kerana baginda
berjalan terlalu cepat. Apabila aku sampai kedarat baginda sudah berada didalam
kereta dan bersedia untuk memandu kereta.
Lantas
aku menghampiri kereta baginda ketika itu baginda sudah mula menghidupkan enjin
kereta. Aku memberitahu Cikgu Najib Badaruddin iaitu pegawai media istana(kini
sudah berada dialam sana) mengenai rancangan aku untuk mewawancara baginda .
Selepas membuka pintu kereta, Najib mengangkat sembah dan memaklumkan hasrat
aku untuk menemuramah baginda.
Baginda
bertitah kepada Najib he was very rushing lalu aku lantas berkata, “come
on,it’s only take a few minutes,”.
Baginda
lantas mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta berkenaan. Aku kemudiannya
bergerak kehadapan dan menyatakan hasrat aku untuk meminta komen baginda
mengenai mutu air sungai Kelantan. Apakah sepanjang perjalanan menyusur sungai
Kelantan baginda mendapati adanya pencemaran air sungai?
Baginda
bersetuju untuk memberi respon terhadap pertanyaan aku. Ketika beliau bersedia
untuk diwawancara aku meminta jasa baik baginda untuk bergerak kearah sungai kerana
aku mahukan latar belakang sungai sebagai “back up visual” untuk cerita aku
nanti dan beliau bersetuju dengan cadangan aku.
Apabila
lensa kamera sudah sedia dan aku mengajukan mikrofon with the mike-flag TV3 kepada baginda dan mulai bertanya soalan kepada
baginda.Baginda dengan tenang dan bersahaja mulai berbicara “air sungai
Kelantan bersih, berbanding dengan air sungai lain, tidak berlaku pencemaran
air sungai” kata baginda. Aku kemudian mengucapkan terima kasih dan bersalam
dengan baginda. Aku menggucapkan terima kasih kepada baginda,bagi pihak TV3 kerana baginda sudi meluangkan masa untuk
diwawancara dan baginda menganggukkan kepala dan terus beredar.
Hasil
komen baginda itu,aku hantar ke Bilik
Berita dan pada malam itu, dalam rancangan berita Buletin Utama terpapar visual
baginda memberi komen terhadap air sungai Kelantan yang masih bersih.
Kali
terakhir aku berkesempatan untuk
menemuramah TMK Kelantan ketika membuat liputan lawatan baginda ke Gua Musang.
Pada hari jumaat di perkarangan masjid Gua Musang, TMK dijangka akan
menyembelih dua ekor lembu dan dagingnya akan dibahagikan kepada orang-orang
miskin yang berhampiran.
Aku
dan krew sampai masjid kira-kira jam 9 pagi dan segala persiapan untuk acara
penyembelihan itu sudah disiapkan.
Apabila
lembu yang akan disembelihkan sudah direbahkan oleh beberapa AJK masjid,
baginda sambil memegang pisau belati yang cukup tajam melakukan acara
penyembelihan. Setelah baginda duduk dan meletakan pisau dileher lembu dan
mengucapkan bismillahirahmanirahim, baginda terus melakukan acara
penyembelihan. Jurukamera pada waktu itu sedang merakam aksi itu, tiba-tiba aku
terdengar perkataan “tali” meloncat keluar dari mulut baginda dan baginda tetap
meneruskan acara penyembelihan sehingga selesai.
Darah
meluncur laju keluar dari leher lembu yang disembelih tadi. Setelah selesai,
semua pekerja melepaskan pegangan dibahagian kaki dan badan lembu dan selang
beberapa saat selepas itu, lembu berkenaan bangkit dan berdiri dengan keadaan
darah mengalir di leher.
Baginda
pada waktu itu, berdiri tegak dihadapan lembu dengan jarak lebih kurang 3
meter. Aku pada waktu itu memberi arahan
kepada jurukamera aku (Muhafandi) yang
kini menjadi wakil Astro di negeri ini agar merakam detik-detik cemas
itu.
Aku
menjangkakan jika lembu itu melangkah kehadapan dan menyondol TMK ia akan
menjadi berita besar dan tergempar dalam Buletin Utama namun tetapi keadaan
berlaku sebaliknya. Aku melihat TMK yang memegang pisau memandang tepat kearah
mata lembu dan selang kira-kira 15 saat lembu itu jatuh terkulai dibumi.
Dan
bagi acara sembelihan seterusnya, baginda yang memang pakar dan mahir dalam
bidang itu melakukan tugas dengan baik. Lembu yang disembelih tidak bangun dan
memudahkkan kerja-kerja pemotongan daging.
Berdasarkan
siasatan yang dilakukan, lembu pertama yang bangun kembali itu kerana pihak
yang seharusnya membuang tali yang berada dileher lembu berkenaan tidak
membuang dan apabila baginda menghiris leher lembu menyebabkan pisau terkena
tali tersebut dan menyebabkan lembu itu mengambil masa yang agak lama untuk
mati.
Selepas
acara itu, baginda duduk semula dikerusi dan aku melihat wakil penduduk kampung
sambil duduk menghadap baginda
menyerahkan memorandum mengenai masalah tanah milik mereka yang mereka
dakwa diceroboh oleh pihak tertentu.
Selepas
menerima aduan dan memorandum itu, baginda mulai bangun dari kerusi dan
berjalan diatas permaidani kuning menuju kearah kereta yang berada diluar
kawasan masjid
Aku
sebelum itu telah memberi arahan kepada jurukamera aku agar bersiap sedia
dibahagian jalan menuju kearah kereta yang sedang menunggu untuk membawa
baginda pergi.
Setelah
wayar mikrofon sudah dipasang di kamera dan baginda memulakan langkah untuk
menuju kearah kereta aku terus masuk dan menghulurkan mikrofon,Mike-flag
TV3 dan mengajukan soalan kepada baginda. Apakah
tindakan yang bakal dilakukan terhadap aduan dan memorandum penduduk kampung
itu?
Baginda
sempat berkata, “Kita kira semula,” dan
aku memberi laluan kepada baginda untuk meneruskan perjalanan menuju kearah
kereta. Dan hasil komen beliau itu, tersiar dalam Buletin Utama TV3 pada malam
itu juga.
Aku
difahamkan setelah berita itu disiarkan, beberapa pegawai kerajaan negeri telah
diambil tindakan. Mereka dimasukan ke bilik beku (bilik peti sejuk) dan tidak
diberi sebarang tugas. Hnya ada meja dan kerusi dalam bilik tersebut. Lalu satu
pertanyaan timbul, dimanakah silap dan siapakah yang wajar dikambing hitamkan
atau di persalahkan dalam kes ini menjadi gua hitam yang penuh dengan misteri.
PERDANA MENTERI KEENAM
,DATUK SERI MOHD NAJIB RAZAK
Pengalaman
aku sebagai wartawan membuat liputan berita Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri
Mohd Najib Razak datang ke Kelantan sudah menjadi amalan biasa dan bukan suatu
pekerjaan yang meletihkan dan melelahkan, Cuma jika program lawatan itu berlarutan kemalam ianya agak meletihkan
dan melesukan kerana terpaksa membuat banyak kerja termasuk menulis dan
menaip skrip berita kerana ada garisan
masa yang perlu ditepati
Namun
begitu, disebabkan sudah hampir 17 tahun terbabit dalam bidang penyiaran dan
membuat liputan berita sesiapa saja pun pasti menjadi perkara biasa dan tidak
menimbulkan apa-apa masalah. No problem kata kita dan juga kata orang putih.
Apa
yang akan aku paparkan disini dapat
dijadikan teladan dan pengajaran kepada wartawan jaringan pinjam istilah
dari Indonesia manakala di Malaysia
disebut wartawan penyiaran dan Bahasa Inggeris pula di sebut Broadcast
Journalist yang bekerja dengan mana-mana televisyen samaada di swasta mahupun
di kerajaan.
Peristiwa
manis ini berlaku ketika aku bersama jurukamera TV3( Zaki Mahmood) yang kini
wakil TV9 di Kelantan membuat liputan ketika Datuk Seri Mohd Najib Razak datang
ke UMNO Bahagian Jeli. Pada waktu itu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri
Pertahanan. Seperti biasa, selepas merasmikan majlis mesyuarat UMNO Bahagian
Jeli beliau akan mengadakan sidang media dengan wartawan yang hadir.
Selepas
mengambil tempat duduk dan pihak media sudah meletakan tape recorder
masing-masing diatas meja, wartawan jaringan selesai meletakan mikrofon dan
jurukamera sudah bersedia untuk membuat rakaman, beliau mula memaklumkan apa
yang ingin beliau maklumkan mengenai majlis itu. Selepas itu wartawan akan
mengemukakan soalan berkisarkan kepada isu-isu semasa dan isu-isu politik yang
berkaitan dengan keadaan semasa.
Sebaik
sahaja selesai sidang media, pihak media akan mengambil peralatan termasuk tape
recorder dan mikrofon. Jurukamera akan meletakkan camera dan mengambil tripod
sebelum membuat persedian untuk berangkat pulang ke pejabat atau melakukan
liputan seterusnya.
Dan
pada waktu itu, aku melihat Datuk Seri Mohd Najib Razak menuju kedewan sebelah
untuk majlis minum tea. Aku didatangi jurukamera aku (Mohd Zaki) mengadu bahawa
ada masalah kamera yang dibawanya.
Aku
bertanya “what’s the problem” ?. Dia memberitahu semasa rakaman video berlaku,
audio tak ada masalah dan semua berjalan lancar tetapi apabila tape itu
dimainkan semula, visual Datok Seri Mohd Najib Razak wujud namun audio (suara)
tidak ada. Setelah melakukan penyemakan berkali-kali, beliau pasti visual ada
tapi audio(suara tak ada).
Aku
berdialog dengan diri sendiri, “macam mana aku nak hantar cerita ke Bilik
Berita di Sri Pentas”. Bilik Berita pasti bengang dan akan marah kerana aku
tahu, bos di bilik berita mahukan berita bukannya mendengar masalah yang
dihadapi pihak jurukamera.
Jika
aku memaklumkan masalah itu, sudah tentu bos dibilik berita akan membuat
pertanyaan kenapa aku tidak menyuruh jurukamera yang aku bawa itu membuat
“audio checking” sebelum pergi ke suatu tempat untuk membuat rakaman, tambah-tambah
lagi tugasan itu membuat liputan berita menteri
Walaubagaimanapun
aku teringat kata-kata seorang penggembara dari Australia yang menumpang
menginap dirumah aku di rantau panjang 30 tahun lalu.Beliau tidak dapat
melintas sempadan kerana Kompleks Imigresen di tutup pada jam enam petang. Dia
berkata “when you have problem, get closed to God and God will kill your
problem”.
Sebaik
sahaja teringat kata-kata itu, aku terus ke bilik dimana Datok Seri Mohd Najib
dijangka akan minum dan pada waktu beliau baru saja ingin mengambil tempat
duduk apa menganehkan beliau keseorangan dan tidak ada pemimpin-pemimpin UMNO
lain yang berada bersama beliau.
Aku
terus menuju kearah beliau dan beliau sedar akan kedatangan aku. Ketika itu aku
memakai vest tv3 dan terpapar kad tv3 sambil memegang mikrofon erus memaklumkan
kepada beliau mengenai masalah teknikal
kamera. Aku memaklumkan kepadanya bahawa masalah yang kami hadapi sebentar tadi
dan meminta jasa baik beliau untuk membuat sidang akhbar sekali lagi khusus
untuk TV3. Masih lagi tergiang-giang teringat beliau berkata,”Boleh tak saya
cakap sama dengan apa yang saya cakapkan pada sidang media tadi,” katanya.
Aku
menjawab “tak apa, what ever you said is a news”. Beliau terus memberi
persetujuan lalu dengan segera aku meletakan mikrofon tv3 diatas meja dan
jurukamera meletakkan kamera diatas tripod. Apabila jurukamera aku memberi
tanda semua sudah bersiap sedia, aku memberi isyarat kepada Datuk Seri Mohd
Najib untuk terus bercakap.
Setelah
bercakap hampir 4 atau 5 minit dan sidang media untuk tv3 selesai, aku terus
bergerak kehadapan mengucapkan terima kasih, bersalaman dengan beliau dan terus
beredar dari dewan itu
Aku
sebagai ketua operasi berita pada hari itu tidak memaklumkan masalah itu kepada
bilik berita dan sampai ke hari ini. Persitiwa itu masih menjadi rahsia.Pada
malam itu, Buletin Utama menyiarkan berita hasil menemuramah tanpa menyedari
yang ada cuma mikrofon tv3.
Dan
aku kurang tahu sama ada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Mohd Najib Razak
masih mengingati peristiwa biasa itu tapi bagi aku sebagai “orang media”
menganggap itu satu kenangan manis yang tidak dapat aku lupakan sepanjang
menjadi orang media dibumi bertuah ini. Satu malaysia yang didakwa pihak
pembangkang bukan satu Malaysia, cuma apa yang aku ingin katakan pada pihak
pembangkang konsep 1 malaysia sudah lama diamalkan sejak Negara kita mencapai
kemerdekaan dari British, dimana semua kaum hidup dalam keadaan aman dan damai
Cuma sekarang konsep itu dieksistansikan semula dan dibangkitkan semula oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk
Seri Mohd Najib Razak dengan istilah konsep 1 Malaysia. Dimana menerusi konsep
itu, seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa diberikan layanan yang sama rata, sama rasa, sama kita. Kami
berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Apa
yang meyedihkan, ada dikalangan pemimpin berbangsa melayu, bekas menteri
kabinet kerajaan Barisan Nasional(BN) kini jadi “ketua pembangkang” menaburkan
benih-benih kebencian dikalangan masyarakat melayu dan bukan melayu kepada
kerajaan Barisan Nasional, UMNO khususnya secara disedari atau tidak cuba
memainkan api perkauman dan dengan lain perkataan beliau inginkan peristiwa
pedih 13 Mei berulang untuk kesekian kali atau bagaimana ?
Perlu
dinyatakan,menurut pengamal politik muslim Thai dari Negara jiran, enggan
namanya disiarkan, PM yang keenam ini seorang yang soft-spoken, mild person dan
dikatakan banyak berlunak,lemah lembut,bertoleransi dan banyak bersabar dengan
kaum-kaum lain tapi perlu diingat, sebagai manusia yang bernama Najib ini juga
mempunyai perasaan, emosi dan jangan biarkan tahap kesabaran beliau melepasi
garis kerana “he is the man with principle
and would take stern action” bila keadaan memerlukan tetapi kenyataannya
beliau seorang alcoholic kerja,ikhlas, jujur dan benar-benar berjuang untuk
menaikkan taraf hidup, kualiti hidup rakyat 1malaysia setaraf,berdiri sama
tinggi,duduk sama rendah dengan warga eropah, yang sudah lama menikmati erti
status Negara maju.
Cuma
kritikan tulus, yang dikutip dari pemimpin akar umbi dari parti disebelah
sana,yang kononnya memperjuangkan Islam, PM kita yang satu ini,dari perspektif
Islam dakwanya banyak berjasa membangunkan syiar Islam dinegara ini. Cuma maaf
cakap katanya, dari segi “ibadah khususiah”, ibadah khusus,sebagai bekalan
untuk hari esok, di alam seberang sana, barangkali tidak cukup banyak kerana
pengurusan masa PM untuk aktiviti itu dakwanya masih berada ditahap “minimal”,
hanya dengan melakukan solat lima kali sehari, tanpa aktiviti zikir dan baca
al-quran masih belum cukup untuk memasuki firdaus kerana pemeriksaan akaun
pemeriksaan yang diberi priority,pemeriksaan utama ialah solat.
Apabila
urusan solat beres,selesai dan memuaskan barulah “pemeriksaan ibadah-ibadah
lain” akan diambil kira, persoalannya apakah PM 1Malaysia sudah melepasi tahap
itu? katanya, masih menjadi tanda tanya. Yang jelas katanya,PM 1 malaysia akan
dikafankan dan dimasukkan kedalam kubur, sama dengan manusia-manusia Islam yang
lain, apabila sampai masa untuk “mati”, untuk berangkat kealam sana beliau
harus pergi. Dan ketika itu “tidak ada apa lagi”yang PM 1 Malaysia ini miliki
pada hari ini, tidak ada lagi pengawal ,tidak ada orang ramai, tidak ada lagi
jurukamera, jurugambar dan pihak media yang sentiasa menanti benda-benda baru
nak diumumkan setiap kali sidang media diadakan.
Sejauh
mana benar teguran itu, kita semua kurang jelas dan samar kerana “masalah
ibadah khususiah itu urusan pribadi. Kita tidak mengetahui ketika semua manusia
dibuai mimpi,indah atau tidak itu urusan nanti.Mungkin PM kita bangun senyap-senyap,diam-diam,pada
waktu malam hening, melakukan solat tahajud, memanjatkan kesyukuran, memohon
keamanan,keselamatan dan kesejahteraan seluruh rakyat seramai 30 jutadibumi
Malaysia.
Yang jelas, kita sebagai umat Islam,perlu
menjenguk kedalam diri sendiri. Melihat Kristal diri,apakah kita sebagai
sebagai umat Islam yang hidup dalam keadaan aman dan damai, berbanding dengan
negara-negara Islam yang lain yang sudah menjadi “manusia beriman dan
bertawakal” dan sudah bersiap sedia untuk berangkat kealam baru dan sempat
mengucap kalimah syahadah dan apabila waktu menempuh proses estatika kehidupan
kematian menjelang tiba, hanya kita yang bisa menjawabnya.
Sebelum
bab ini,ditutup aku kutip satu quotation
dari mat salleh “tell me who is your friend and I will tell you,who you
are”.
WAWANCARA EKSLUSIF DENGAN MANOHARA : DON’T YOU EVER,EVER TOUCH ME
Aku
berpeluang mewawancara Manohara,isteri kepada Tengku Temenggong, ketika beliau
membuat demonstrasi membuat pan cake di Gelanggang KesSEni, Jalan Mahmood
anjuran Persatuan Wanita Majlis Perbandaran Kota Bharu.
Yamg
di Pertua MPKB,pada waktu itu Datok Fauzi,yang kini menjawat jawatan State
Secretary Kerajaan Kelantan
Sebelum
itu,aku menerima panggilan talefon dari Wan Sab (Produser TV9) atau nama sebenar Wan Sabariah Sheikh Ali yang
memaklumkan akan menghantar wartawan penyiaran TV9 untuk mewawancara Manohara
dan meminta aku bersiap sedia menyediakan jurukamera untuk merakam acara
interview itu.
Aku
kemudiannya mencadangkan kepada beliau agar tidak perlu bersusah payah untuk
menghantar wartawan dari Kuala Lumpur bagi menjimatkan bajet kerana aku sebagai
wartawan senior mampu melakukan kerja itu“Ye ke, boleh awak buat? ” tanyanya
lalu aku menjawab “ini adalah kerja yang sangat mudah dan aku menyuruh beliau
menghantar soalan. Beliau berjanji akan faks soalan tersebut.
Setelah
membaca soalan itu, aku menghubungi rakan yang ketika itu bekerja di Muzium
Negeri iaitu Tengku Azman (kini sudah menjadi almarhum) dan beliau memaklumkan
kepadaaku , soalan itu perlu dihantar ke istana negeri sebelum penggambaran
dilakukan.
Antara
soalan itu, apakah pandangan Manohara terhadap masyarakat wanita di negeri ini
dan apakah beliau dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat wanita dinegeri dan
soalan paling akhir adalah apakah makanan kegemaran beliau.
Keesokan
harinya aku berjumpa dengan Tengku Azman dan aku dimaklumkan bahawa pihak
istana telah meneliti soalan-soalan yang bakal dikemukan. Namun begitu, hanya
satu soalan sahaja yang dibenarkan untuk ditanya kepada Manohara iaitu apakah
makanan kegemaran beliau.
Aku
berkata tidak ada masalah dan bersetuju denga terma dan syarat yang diberikan
oleh pihak istana.
Setelah
mendapat tarikh dan tempat penggambaran aku memaklumkan kepada jurukamera
tentang kerja mustahak itu kepadanya.
Pada
hari yang ditetapkan, Monahara akan membuat demonstrasi membuat kek kepada
isteri kakitangan Majlis Perbandaran Kota Bharu di Pusat Kegiatan Seni,Dewan
Gelanggang Seni.Ketika VIP dan pegawai tinggi kerajaan negeri duduk dibarisan
hadapan termasuk beberapa pegawai jajahan, aku duduk satu meja dengan bekas
pengurus Pusat Penerangan Pelancongan, (TIC) iaitu En Fauzi Mamat yang kini
bergelar Datuk dan memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Aku
mengenali beliau pada tahun 1989 ketika berkhidmat dengan akhbar Berita Harian
di Kota Bharu dan beliau pada ketika itu sudah menjadi Pengurus Pusat
Penerangan Pelancongan.
Aku
berbisik kepada beliau, “kek yang dibuat oleh Manohara sepatutnya diedar dan
diagih-agihkan kepada kita”. Beliau hanya tersenyum dan ketawa kecil tanda
bersetuju dengan pandangan itu.
Setelah
30 minit berlalu, kerja-kerja membuat kek itu pun selesai. Jurukamera aku=
sudah bersiap sedia dan aku terus bangun dari tempat duduk, sambil memegang
mikrofon TV9 masuk kehadapan dan menuju kearah Manohara.
Aku
sudah dimaklumkan Manohara sudah pun diberi taklimat dan beliau cuma perlu
menjawab apa yang akan aku kemukakan pada sesi temubual nanti.
Aku
pada mulanya ingin “ngomong Indonesia” memandangkan Manohara datang dari
Indonesia tetapi keadaan berlaku sebaliknya, beliau lebih senang berbicara
dalam Bahasa Inggeris dan aku mengemukakan pertanyaan dalam bahasa Inggeris.
Beliau
menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan tenang. Hasil wawacara ini dimuat
dalam rancangan Kopi O TV9 dan TV3 menerusi program WANITA HARI INI.
Selepas
itu aku bertemu dengan Tengku Azman dan beliau memberitahu pihak Istana
Kelantan amat gembira dengan penyiaran berita itu dan mengucapkan terima kasih
kepada TV3 dan TV9.
Aku
dimaklumkan oelh pihak istana tidak marah aku melanggar terma perjanjian yang
membenarkan aku menanyakan hanya satu soalan dan bukannya tiga soalan
sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini.
Berdasarkan
maklumat balas dari pihak istana, aku merupakan satu-satunya wartawan jaringan,
wartawan penyiaran dari stesen TV dan
media cetak di negara ini yang diberi penghormatan untuk mewawancara
Manohara dan adegan ini sampai kedetik ini masih boleh ditonton di youtube.
Selang
beberapa hari selepas Manohara diwawancara menerusi media cetak, aku mendapat
tahu beliau meninggalkan “istana Kelantan” dan bade good bye untuk
selama-lamanya dan terbang semula ke kota kejam Jakarta,Indonesia
No comments:
Post a Comment