3 MENTER
BESAR KELANTAN, DATOK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT : MUJAHID ISLAM ?
Aku
mulai bercakap dengan ustaz Nik Aziz Nik Mat menerusi talipon ketika aku
bekerja dengan akhbar watan pada pertengahan tahun 1988. Aku menelefon beliau
untuk meminta komen beliau mengenai tindakan Setiausahan Agong Pas iaitu Ustaz
Nakhie Ahmad yang meninggalkan parti PAS dan menyertai UMNO dengan harapan
menyertai kem UMNO Anwar Ibrahim untuk mendapatkan “sesuatu ajaib” tapi sekadar
mendapat jawatan Pengarah Yadim. Melalui karier politik,beliau menemukan batu
nisan.
Harapan
ustaz Nakhie Ahmad untuk bergerak lebih jauh dan lebih aktif dalam UMNO
ternyata tidak kesampaian. Berbezanya sewaktu dalam PAS, beliau memegang
jawatan Setiausaha Agung PAS. Beliau berserban namun setelah meninggalkan PAS,
beliau memakai kot dan meninggalkan
terus pakaian sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika
menjawab pertanyaan itu, Tok Guru Nik Aziz berkata tindakan ustaz Nakhie itu
tidak menjejaskan perjuangan PAS. Cuma beliau membuat analogi, “seperti burung
bangau terbang tinggi dan jauh, akhirnya akan kembali semula kebelakang kerbau”. Namun begitu,
analogi itu tidak menjadi realiti. Sehingga ke hari ini beliau masih menjadi
ahli UMNO.
Dan
setelah dilantik menjadi Menteri Besar pada 23 Oktober 1990 dan menduduki
kerusi empuk menteri besar selama 23 tahun, aku kerap membuat liputan berita
mengenai isu-isu semasa yang berlaku di negeri ini
Aku
berkesempatan untuk bercakap dengan beliau ketika beliau membuat lawatan ke
kawasan pembalakan di Gua Musang. Lawatan beliau kekawasan itu berikutan ada
laporan mengenai kewujudan kes kecurian balak. Semua wakil media di Kelantan
pada waktu itu turut serta dalam misi itu.
Semasa
memasuki kawasan itu, salah satu dari kenderaan rombongan itu, terjerumus
kedalam lumpur dan sementara menunggu kerja-kerja menarik kenderaan itu, Datok
Nik Abdul Aziz telah dikeluarkan dari kenderaan dan berjalan-jalan meninjau
kawasan. Aku turut sama keluar dari kenderaan dan menuju ke arah beliau yang
bersendirian.
Ketika
aku menghampiri beliau, aku bertanya kenapa beliau tidak datang dengan
menggunakan helikopter. Lebih cepat dan lebih menjimatkan masa. Beliau memberi
jawapan pegawai memaklumkan kepada beliau keadaan cuaca tidak baik khususnya
pada waktu petang
Disebabkan
beliau sudah mengenali aku sebagai wartawan tv3, aku bertanya kepada beliau,
berapakah umur beliau. Beliau menjawab, “66 tahun”. Aku terus bertanya kenapa
wajahnya jauh lebih tua berbanding dengan Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamed?
Beliau
menjelaskan sewaktu merasmikan perasmian Jambatan Salor, Tun Mahathir Mohamed,
mengambil makanan tradisi Kelantan (akok) dan memberitahu kepada beliau kalau
isterinya (Datin Hasmah) tahu pasti dia akan di marahi isterinya.
“Dia
jaga makan, saya makan belako,” katanya selamba dan kami sama-sama ketawa.
Sepanjang
pengalaman aku mewancara Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau seorang yang
sangat mudah dan simple . Beliau seorang pemimpin yang telus, suka berterus
terang sebagai contoh jika beliau akan kata apa yang beliau hendak kata, beliau
tidak mengira jika apa yang dikatakan itu menjadi isu kontroversi atau tidak.
Apa yang penting beliau telah berjaya mengatakan apa yang bersarang didada
beliau.
Kalau
ditanya soalan berat yang beliau tidak tahu, beliau akan memaklumkan bahawa
beliau tidak dapat menjawab soalan itu kerana pegawainya belum memaklumkan
kepada beliau mengenai isu berkenaan.
Berbalik
kepada isu muzakarah dengan UMNO, sebagai Mursyidul Am PAS, Datok Nik Aziz Nik
Mat kerap berkata kepada wartawan jika UMNO sanggup memasukkan Al-Quran dan
Hadis didalam perlembagaan Negara, bukan setakat muzakarah, beliau sanggup
“membubarkan” PAS. Ini kerana PAS sudah Berjaya memperjuangkan Islam di Negara
ini. Perjuangan PAS sudah selesai.
Satu
lagi cerita menarik tentang bekas menteri besar Kelantan, Datok Nik Abdul Aziz
Nik Mat, ketika bertemu dan berbicara dengan beliau secara empat mata, beliau
sempat berkata,”ambo tak pernah tengok berita tv3, buletin utama, masa tu ambo
dok dalam masjid,” katanya. Lalu aku bertanya, macam mana tok guru beri respon
terhadap isu-isu yang dimainkan pihak media, katanya, “Pegawai ambo maklumkan
pada ambo setiap hari,” katanya selamba.
MENTERI BESAR DATOK AHMAD YAKOB : SILENCE BREAKER ?
Datok
Ahmad Yakob atau lebih dikenali sebagai ustaz Mat yang menggantikan Datok Nik
Aziz Nik Mat, memang seorang pemimpin yang suka merendahkan diri dan tidak
gemarkan publisiti, apalagi publisiti yang berlebih-lebihan.
Bagi
beliau, beliau hanya perlu menjalankan tugas dan amanah yang diserahkan kepada
beliau dengan baik dan bijaksana
Sepanjang
bekerja dengan TV3, setiap kali berjumpa dengan beliau dan ingin membuat cerita
susulan, beliau akan menolak dengan baik. Ketika aku bertanya dan mendesak
dengan soalan-soalan kontroversi, beliau memberikan respon dengan baik
Beliau
bersedia memberikan jawapan, tapi dengan syarat TV3 tidak melaporkan cerita
kesuluruhan. Aku memberi jaminan dan memaklumkan kepada beliau, sebagai
wartawan kita mempunyai etika kewartawan yang secara jelas tidak akan
melaporkan cerita disebalik apa yang diwawancarakan.
Disebabkan
aku kerap memegang janji dan tidak melaporkan sepertimana yang dikehendakinya,
hubungan kami bertambah baik
Dalam
menjalin hubungan baik ini, sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan
Menteri Besar, beliau dimaklumkan berita mengenai musibah yang menimpa wartawan
terkemuka TV3 iaitu Karam Singh Walia. Wartawan itu terlibat dengan kes
kecurian yang bernilai RM100,000 dirumahnya. Beliau meminta pandangan aku
berapa jumlah yang wajar diberikan. Aku mencadangkan kepada beliau RM10,000
kerana Tabung Serambi Mekah mempunyai banyak wang. Beliau berkata kalau 5 ribu boleh beliau
uruskan.
Aku kemudian memaklumkan kepada Karam Singh
Walia, beliau sungguh bergembira dan pegawai kepada TMB menghubungi Karam Singh
Walia untuk urusan lanjut. Ketika ditanya, apakah beliau ingin sumbangan itu dirakam dan seterusnya di
hantar ke Bilik Berita TV3, beliau berkata, tidak perlu kerana kerajaan negeri
tidak mahu membesarkan isu. Apabila Karam Singh Walia dimaklumkan mengenai
berita gembira itu berkata, “Mahadi, you jangan bagitahu TV3, saya angkat ini
wang kerajaan PAS,”. Aku kata, “no problem” dan sampai ke detik ini pengurusan
TV3 tidak mengetahui isu ini.
Pada
tahun lepas, Datuk Ahmad Yacob memberi sumbangan derma kepada pelajar dari
Jertih yang berjaya mewakili Malaysia dalam pertandingan Taranum peringkat
antarabangsa di Doha. Kerajaan Barisan Nasional Terengganu tidak memberi
apa-apa sumbangan. Aku kemudian memaklumkan masalah itu kepada beliau dan
beliau secara peribadi memberikan sumbangan kepada bapa pelajar itu di
pejabatnya. Sumbangan ini juga tidak dipublisitikan kerana beliau tidak mahu
disiarkan. Disebabkan itu, tidak ada laporan berita mengenai sumbangan beliau
kepada pelajar warga Terengganu ini
Sikap
beliau yang rendah diri dan tidak gemarkan publisiti masih diamal dan
dikekalkan sampai sekarang. Meskipun berjawatan Menteri Besar Kelantan, beliau
tidak kerap melakukan sidang media dan kenyataan akhbarnya tidak ada
kontroversi dan beliau tahu mengelakkan diri dari terus terjebak dalam isu-isu
kontroversi yang barangkali sengaja direka cipta pihak tertentu untuk sangsi
dengan kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar kerajaan pembangkang
Ketika
di temui di pejabatnya baru-baru ini, aku sempat bertanya kepada beliau apa
yang beliau mahukan dari kerajaan persekutuan dalam konteks pembangunan negeri
Kelantan? beliau menjelaskan agar kerajaan persekutuan menghormati keputusan
majoriti rakyat negeri ini memilih PAS sebagai parti yang wajar memerintah
Kelantan
Justeru
katanya, kerajaan persekutuan perlu melayani kerajaan negeri Kelantan, meskipun
diperintah parti pembangkang sama adil sama rasa dengan negeri-negeri dibawah pentadbiran
kerajaan BN yang lain
Katanya
untuk bersikap adil dan lebih adil, kerajaan persekutuan perlu merujuk kepada
isi, teks dan kandungan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Katanya,
rakyat Kelantan tidak perlu didera dan diskriminasi kerana memilih parti
pembangkang dalam PRU ke 13 yang lalu
Beliau
yang suatu ketika dulu, pernah menjadi pendidik (ustaz) di sekolah menengah
Rantau Panjang selama sepuluh tahun dulu masih tidak bersikap tidak sombong dan
masih menggekalkan hubungan baik dengan kawan-kawannya yang masih berada di
Rantau Panjang sehingga kini.
Ketika
ditanya mengenai hubungan UMNO dengan PAS, apakah akan terjadi kerajaan
campuran atau PAS menyetai B-N dan menjadi sebahagian dari komponen parti B-N
beliau secara jujur, dan beliau sentiasa jujur berkata, sehingga kini, tidak
ada apa-apa berita dari pucuk pimpinan parti terhadap usaha itu
Tidak
ada hitam puteh(tidak ada black and white) dari pucuk pimpinan parti justru itu
beliau tidak dapat menggulas dan memberikan komentar lanjut mengenai isu itu
TUN
MAHATHIR MOHAMED, PERDANA MENTERI KEEMPAT : SURAT YANG SUDAH CARIK WARNANYA
?
Tun
Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia yang keempat memang barangkali bukan
sekadar sebuah nama yang besar dalam pentas politik dunia Islam antarabangsa
malah beliau sudah berjaya menempa namanya di tinta emas sebagai pemimpin
Negara Islam yang telah mampu berbuat banyak mengharumkan nama Malaysia dan
telah berjaya menjadikan negara ini sebagai Negara Islam yang menjadi model
Negara Islam berbanding dengan Negara-negara OIC (Organisation of Islamic
Country) yang ada pada hari ini
Kejayaan
puncak yang telah beliau lakukan sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia
ialah menjadikan Malaysia melangkah kehadapan dan terjerumus kedalam industri
automotif dan berjaya menghasilkan pelbagai jenis kereta buatan Malaysia.
Malah
beribu peluang pekerjaan disediakan khususnya untuk kaum bumiputera, lepasan
universiti dan institusi pengajian tempatan dapat bekerja dan meneruskan
kehidupan untuk menyara anak,isteri dan seterusnya melakukan anjakan paradigma
terhadap kualiti hidup. Seterusnya bergerak seiring dengan wawasan kerajaan
untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang tahun 2020
Menurut
Bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Seri Hussein Ahmad, Tun Mahathir,seorang
pemimpin yang benar-benar berjiwa Islam ini adalah kerana beliau telah berbuat
banyak membantu umat Islam di Bosnia.Malah beliau telah mewakili Tun Mahathir
Mohamed pergi ke Kosovo secara senyap
untuk membantu umat Islam di sana dengan memberi pelbagai bantuan termasuk kewangan bagi meringankan
beban umat Islam di Bosnia
Kehebatan
Tun Mahathir Mohamed dalam politik tempatan sewaktu tumbangnya kerajaan BN
kepada kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah(A-P-U), PAS dan S46 pada 22 Oktobber 1990, beliau
meramalkan UMNO perlu mengambil masa 20 tahun untuk merampas semula “kuasa
politik” dari tangan PAS namun sampai kedetik ini, spekulasi beliau “tidak
menjadi” kenyataan
Teladan
dari cerit ini, meskipun ramalan beliau tersasar dari apa yang dijangkakan , beliau
telah dapat membaca pemikiran rakyat Kelantan (barangkali) dendam kesumat
politik rakyat negeri Kelantan begitu tebal, justeru UMNO perlu mengambil masa
lebih 20 tahun untuk membasuh luka politik dan mungkin generasi baru negeri ini
dapat menerima semula kehadiran UMNO juga suatu pertanyaan yang mempunyai nilai
paradox, political paradox yang barangkali sukar untuk dijawab secara rasioanl
Sebagai
wartawan yang mewakili stesen tv swasta di negara ini aku kerap membuat liputan
berita apabila Tun Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri melakukan lawatan
kerja rasmi ke negeri Kelantan. Kadang-kadang krew TV3 dari Terengganu, Pahang
dan krew dari Kuala Lumpur turun sama untuk membuat liputan berita
Sejak
dari tahun 1996 sehingga beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri aku kerap
membuat liputan berita dan kali terakhir aku membuat liputan ketika beliau di
hadir di Sekolah Menengah Lemal, Pasir Mas bagi program anjuran PERKASA,Datuk
Paduka Ibrahim Ali
Ketika
sidang media, aku sempat bertanya mengenai peluang UMNO merampas kuasa politik
dari PAS dalam pilihanraya PRU ke13, beliau dengan nada selamba, berkata,
berdasarkan “keadaan semasa” beliau melihat tidak ada sebab kenapa rakyat
Kelantan tidak dapat menerima UMNO dan seterusnya menumbangkan kerajaan PAS dan
merampas semula kuasa politik dari PAS
Dan
ternyata ramalan beliau untuk kali kedua mengenai politik Kelantan,tersasar dan
tidak menepati sasaran. Dalam hubungan ini, ada yang berpendapat mengatakan Tun
Mahathir Mohamed, seorang pemimpin politik yang hebat, baik didalam dan di luar
Negara tapi dalam skala dan lanskap politik Kelantan beliau masih perlu belajar
tentang budaya politik rakyat negeri Kelantan. Keadaan ini dikaitkan dengan
keberadaan Tengku Razaleigh Hamzah, kerana Tengku Razaleigh Hamzah, Ku Li
satu-satunya anak Kelantan, yang berani, berdada, berhadapan dan mencabar
kerusi empuk Presiden UMNO yang diduduki Tun Mahathir Mohamed. Hal itu
mengakibatkan kuasa politik BN jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya
umum pada 22 Oktober 1990”.
Pada
penghujung tahun 1996,Tengku Razaleigh membubarkan Parti Melayu S46 dan
kedua-dua pemimpin itu, berada semula pada pentas politik, UMNO dan UMNO
dikatakan semakin kuat semula untuk merampas kuasa politik dari tangan PAS pada
pilihanraya 1999.
Berbicara
mengenai Tun Mahathir Mohamed, teringat aku pada sebuah buku yang aku tulis
pada tahun 1993, belum lama ini yang berjudul, SIAPA LEBIH TOKOH, USTAZ ASHAARI
ATAU MAHATHIR DALAM BAHASA INGGERIS, WHO IS MORE CREDIBLE,USTAZ ASHAARI OR
MAHATHIR. Buku itu terbitan kumpulan al-arqam, aku tidak tahu berapa ribu
naskah yang dicetak. Yang aku tahu dimana ada markas al-arqam di seluruh dunia,
buku aku sampai kesana
Aku
dimaklumkan sepupu aku, Dr Razak Kamaruddin (kini berada dialam sana), beliau
membeli buku itu di London dengan harga 10 pound sterling sewaku beliau
menuntut disana. Dalam buku itu aku hentam dan kritik Tun Mahathir Mohamed
kerana beliau tidak selesa dengan kehadiran kumpulan al-arqam dibumi Malaysia
Aku
melihat dalam perspektif Islam yang lebih global, apa salahnya al-arqam ? ianya
hanya sebuah pertubuhan Islam yang melakukan kegiatan dakwah dan turut
meningkatkan ekonomi umat Islam dan perlu dinyatakan al-arqam satu-satu
pertubuhan Islam yang wujud di Malaysia yang pernah menghasilkan makanan
seperti kicap,cili sos dan makanan lain buatan orang Islam. Persoalan sama ada
mereka sesat atau tidak, yang jelas mereka mengucap kalimah syahadah sama
dengan umat Islam ahli sunnah wajamah yang lain. Itu saja
Persoalan
sama ada mereka sesat atau menyesatkan, itu urusan allah,kita manusia,tidak
boleh menjadi hakim yang lebih hebat dari allah,itu saja
Pengalaman
menarik membuat liputan berita Tun Mahatir Mohamed ini ketika beliau hadir di
mahkamah seksyen Kota Bharu sebagai saksi membicarakan kes Datuk Nik Sapea Nik
Yussof yang didakwa “spray Tun Mahathir Mohamed di Lapangan Terbang Sultan
Ismail”tidak lama dulu
Apa
yang menarik Tun Mahathir Mohamed seorang yang “humble”, merendah diri dan
tidak suka membesarkan diri sewaktu menjawab pertanyaan jurubahasa, penterjermah mahkamah
“Nama,”
Tanya penterjemah mahkamah.Tun Mahathir Mohamed menjawab pertanyaan itu dengan
nada sederhana.
“Pekerjaan,”
tanyanya lagi. Dengan nada lembut, beliau menjawab,”pesara kerajaan” dan terus
memalingkan mukanya kepada hadirin yang berada dalam mahkamah dengan senyuman
kecil.
Aku ketawa kecil mendengar jawapan sederhana itu
.Menurut seorang wartawan media cetak yang berada disebelah aku,Tun Mahathir sepatutnya menjawab, bekas
perdana menteri bukan pesara kerajaan
Didalam
memberi keterangan ke mahkamah Tun Mahathir memaklumkan beliau tidak mengetahui
dan tidak nampak siapa yang melepaskan “spray”itu kearah mukanya
Selepas
insiden di airport pengkalan chepa, Tun Mahathir Mohamed dibawa ke Hotel
Renaissance bagi jamuan tengah hari.
Sebelum
itu sewaktu berada didalam kereta di Jalan Telipot, Orang Nombor 2 TV3, bos
aku, Wee Your Lee,kini bertugas dengan akhbar berbahasa Inggeris,The Star On
Line, menelefon aku mengenai kejadian itu dan mahukan aku mewawancara Tun Mahathir Mohamed bagi
mendapat cerita sebenar mengenai insiden. aku
menelefon jurukamera Nik Zaidi
Abu Bakar yang lulusan dari Rangsik Universiti, Bangkok sudah berada di airport
merakam ketibaan Tun Mahathir
Aku
dimaklumkan pada waktu itu,Tun Mahathir Mohamed berada di Hotel Renaissance
lalu aku terus bergegas ke Tingkat 6 di
Hotel Renaissance. Sebaik aku sampai kedalam dewan, aku melihat Tun Mahathir
Mohamed selesai makan dan duduk disebelah beliau ialah Tan Seri Dollah
Ahmad(bekas editer The New Straits Times dan kini sudah berada dialam sana)
Aku melihat sekeliling, ramai kawan-kawan
wartawan dari pelbagai media termasuk cetak dan visual berdiri disudut belakang
didalam ruang dewan makan itu.
Aku
lantas memulakan langkah James Bond, mengambil mikrofon with Mike flag TV3 dari
jurukameraman dan terus meluru kearah meja makan Tun Mahathir Mohamed dan
memaklumkan kepada Tan Seri Dollah Ahmad TV3 ingin mewawancara beliau. Aku sudah tiba dihadapan Tun Mahahir Mohamed dan
menghulurkan mikrofon TV3 kearahnya dan pada waktu itu aku melihat kawan-kawan
media lain kelam kabut meluru ke meja Tun Mahathir menghulurkan tape rekorder.
Aku
masih ingat Ketua Biro Berita Harian
Kelantan Ismail Mat dan wartawan jaringan dari RTM, Nor Jusoh serta wartawan
lain bergegas kemeja itu
Dalam
temuramah itu Tun Mahathir menjelaskan, ada pihak yang cuba menghalang beliau
berucap dan bercakap dikhalayak ramai
Selepas
menemuramah itu aku terus pulang ke
pejabat untuk menyiapkan berita dan menghantar visual serta hasil wawancara
dengan Tun Mahathir Mohamed tapi apa yang menyedihkan dan mencelakakan hasil
interview dengan Tun Mahathir Mohamed itu tidak disiarkan bilik berita TV3.
Antara
Tun Mahathir cakap pada masa menemuramah itu, beliau mendakwa ada pihak
tertentu yang tidak “ingin beliau lantang berucap” justeru itu berlaku kejadian
semburan itu
Bilik
Berita TV3 pada waktu itu dikuasai sdr kamaruzaman zainal abidin yang ,kini
bergelar Datok, bekas setiausaha akhbar Paklah sewaktu Paklah berkhidmat
sebagai menteri pertahanan.
Justeru
itu, hasil temuramah Tun Mahathir Mohamed tidak disiarkan, sebaliknya Bilik
Berita TV3 hanya menyiarkan kentayaan akhbar Ketua Polis Negara Hasan Musa,yang
menyatakan keadaan itu berlaku akibat wujud salah faham dan perebutan dua pihak
yang ingin mengambil Tun Mahathir Mohamed ketempat program masing-masing
Pihak
yang dikatakan terbabit itu dalam kes perebutan itu ialah antara Datuk Paduka
Ibrahim Ali dan Datok Nik Sapea
Dan
pada waktu itu berlaku pergeseran dan pertelingkahan antara Tun Mahathir
Mohamed dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
UMNO
Bahagiannya sendiri tidak mencalonnya untuk menjadi perwakilan , gara-gara permainan
tangan-tangan ghaib, orang kuat Pak Lah di Kedah menyebabkan beliau tidak dapat
hadir Perhimpunan UMNO pada tahun itu
Berita terbaru, mengenai pemimpin ini yang sudah berusia 92 tahun, beliau bersedia untuk bertanding dlm PRU 14 diatas tiket Parti Bersatu ?persoalan politik timbul, apakah beliau mampu untuk menjadi PM dalam usia selanjut ini
seorang pengamat politik,pencandu politik kelas berat,pesara kerajaan yang enggan namanya ditulis berkata, "it is a high time for Mahathir to go to the mosque, beriktikaf didalam masji dan menunggu masa untuk mati rather than menyibuk diri untuk masih terus bermain politik," katanya serius
"Saya yakin partinya tidak akan menang satu kerusi parlimen pun dalam PRU 14 ini," katanya
TAN SERI HUSSEIN AHMAD, KETUA PENERANGAN UMNO : DONT LET THEM HUNGRY (JANGAN BIARKAN MEREKA LAPAR ?)
Disebabkan
berita ini, berita sukan yang tiada kaitan dengan berita politik, dan sebagai
ahli exco dan Pengerusi jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri , beliau adalah
orang yang layak untuk diwawancara ini akan dipakai berita sukan dan berita itu
dipakai dalam Buletin Utama dibawah slot Berita Sukan.
Berita terbaru, mengenai pemimpin ini yang sudah berusia 92 tahun, beliau bersedia untuk bertanding dlm PRU 14 diatas tiket Parti Bersatu ?persoalan politik timbul, apakah beliau mampu untuk menjadi PM dalam usia selanjut ini
seorang pengamat politik,pencandu politik kelas berat,pesara kerajaan yang enggan namanya ditulis berkata, "it is a high time for Mahathir to go to the mosque, beriktikaf didalam masji dan menunggu masa untuk mati rather than menyibuk diri untuk masih terus bermain politik," katanya serius
"Saya yakin partinya tidak akan menang satu kerusi parlimen pun dalam PRU 14 ini," katanya
TAN SERI HUSSEIN AHMAD, KETUA PENERANGAN UMNO : DONT LET THEM HUNGRY (JANGAN BIARKAN MEREKA LAPAR ?)
Sebelum
berbicara lebih lanjut dan lebih jauh tentang manusia, bernama Hussein
Ahmad,kini berusia 82 tahun,barangkali, pembaca bertanya dan tertanya-tanya
kenapa beliau didalam bab ini selepas bab Tun Mahathir Mohamed,apakah
keistimewaan dan kehebatan “tokoh politik UMNO” ini yang sudah hampir 60 tahun
berjuang dalam UMNO, mendapat penghormatan puncak,penghormatan tertinggi
sebagai negarawan agung di abad UMNO pada masa kini
Seterusya
beliau merupakan sahabat baik kepada ayahanda aku ,Nik Hassan Nik Mat (yang
sudah berangkat kealam sana Disember 1999) . Dan menurut cerita beliau,beliau
bersama ayahanda aku bersama rakan
baiknya bekas ADUN BN Gual Periuk,1985,Yb Abdul Rahman Awamg,76,( kini sudah
berada dialam sana juga)turut sama membuat persembahan teater di Wilayah Weang,
Selatan Thai.Beliau bersama ayahanda aku turut bermain teater,berlakon dan
ianya mendapat sambutan baik dan menggalakkan dari masyarakat Islam Melayu di Wilayah
Weang selatan Thai pada akhir tahun 60
an
Selain
mempunyai pertalian darah dengan ibu aku,Hajjag Halimah Abu Bakar(yang juga
sudah berhijrah kealam sana pada 28 September 2016,semoga allah mencucuri
rahmah keatas rohnya) bersifat emosional (barangkali) atau dengan istilah baru
“kronisme”,beliau juga merupakan “pemimpin besar” yang pernah dilahirkan di
jajahan Pasir Mas dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, pada awal
tahun 1960an.
Dan
beliau mempunyai “banyak jasa” kepada penduduk di pecan Rantau Panjang,antara
jasa yang aku masih ingat, ramai belia-belia di pekan rantau panjang dimasukkan
“ke kem belia”didusun tua,selangor dan mendapat pekerjaan ,selepas mengikuti
kursus.
Belia
yang tamat kursus mendapat pekerjaan dibelbagai agensi kerajaan termasuk di Jabatan
Kesihatan, Felda, Felcra (termasuk abang sulung aku, Nik Ibrahim Nik
Hassa,62,pesara Felcra,kali terakhir berkhidmat sebagai Pengurus Felcra di
Beufort,Sabah)
Dan
jasa beliau yang paling besar kepada penduduk Rantau Panjang, menjadikan Pekan
Rantau Panjang sebagai Zone Bebas cukai dan kini pecan ini menjadi tumpuan
pelancong dan pelawat dari seluruh negara untuk membeli barangan “siam” dengan
harga yang sangat murah, berbanding dengan harga di Pasar Siti Khadijah di Kota
Bharu
Berbalik
kepada cerita permulaan, kenapa bab beliau diletakkan selepas bab Tun Mahathir
Mohamed, manusia bernama Hussein Ahmad ini, cuma seorang guru yang meninggalkan
bidang keguruan dan aktif dalam politik UMNO dan bertanding dalam Pilihanraya
Umum 1969,dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Gual Periuk
Pada
waktu itu,awal 60an, Kelantan merupakan negeri yang disebut sebagai “sarang
Pas”,kubu kuat PAS, pada pilihanraya tahun itu Cuma, dua calon Perikatan
(UMNO), yang memenangi kerusi dun Kelantan termasuk Hussein Ahmad dan seorang
lagi calon perikata.manakala kerusi dun lain di menangi calon-calon dari parti
PAS
Kekuatan
PAS pada waktu itu, hasil sokongan guru-guru pondok,pelajar-pelajar
pondok,masyarakat Islam di negeri ini Berjaya dibiuskan dengan “isme-isme” PAS
itu Islam dan Islam itu PAS
Kemenangan
itu, merupakan kemenangan besar bagi Perikatan(UMNO) di negeri Kelantan dan ianya menjadi laluan mudah
kepada beliau untuk bertemu dengan pucuk pimpinan UMNO termasuk dengan Presiden
UMNO, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan Timbalan Presiden UMNO,Tun Abdul
Razak
Untuk
menjawap pertanyaan kenapa aku yang begitu sentimental dan meletakkan beliau
dibab selepas Mahathir Mohamed, jawapannya mudah sahaja. Untuk itu aku perlu
menyemak lebaran sejarah hitam, Persidangan UMNO 24 April 1987, dimana kerusi
Presiden UMNO,yang diduduki,Tun Mahathir Mohamed dicabar anak berdarah
“nengrat”, berdarah Raja, Tengku Razaleigh Hamzah
Dan
orang yang bertanggungjawab 100 peratus, membuatkan Mahathir Mohamed menang dan
berjaya mempertahankan kerusi Presiden UMNO, manusia yang bukan duanya, adalah
Tan Seri Hussein Ahmad,yang pada waktu memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO
Malaysia dan beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO yang paling lama dalam
sejarah penubuhan UMNO,iaitu selama 18 tahun ,menduduki kerusi keramat itu
Kemenangan
tipis 43 undi oleh Tun Mahathir Mohamed, berjaya mempertahankan kerusi keramat
itu adalah kerana peranan dan strategi politik yang dimainkan Tan Seri Hussein
Ahmad. Dari perspektif organisasi, 43 undi yang di menangi Tun Mahathir Mohamed
itu menggambarkan separuh dari perwakilan UMNO pada waktu “menolak kepimpinan
Tun Mahathir Mohamed” dan mahukan “Pemimpin berdarah Raja” menduduki kerusi
Presiden UMNO tapi nasib bersuara lain tapi Allah itu MAHA BESAR, manusia hanya
boleh berusaha tapi semuanya datang dari ALLAH.
Keputusan
itu tidak dapat memuaskan hati penyokong Ku Li dan ramai penyokongnya membuat
pelbagai tuduhan dan tohmahan, berlaku penyelewengan sewaktu proses penggiraan
undi yang menyebabkan enam dari mereka membawa kes itu ke Mahkamah dan dalam
masa terdekat, mahkamah membuat keputusan mengejut dan mengkagetkan iaitu ”UMNO
diharamkan” mengakibatkan munculnya pendaftaran UMNO Baru, yang pada masa kini
kekal dengan nama UMNO
Meskipun
sejarah hitam itu sudah berlalu 27 tahun lalu, peristiwa hitam itu tetap
menjadi hitam malah lebih hitam dari makna perkataan hitam itu ianya sudah
menjadi sejarah, tak ubah seperti asap hitam yang keluar dari asap rokok yang
pergi dan tidak akan kembali lagi. Pinjami kata-kata sasterawan,cerpenis aliran
absurdisme dari Indonesia iaitu Putu Wijaya
Ada
satu berita sensasi, breaking news, yang penikmat dan pencandu politik, seperti
anda perlu mengetahui sebagai added value political history of UMNO
Selepas
membubarkan Parti Melayu Semanat 46, 1996, bertempat di kediaman resmi Ku Li,
sewaktu berbicara dengan beliau di luar rekod cerita, beliau memaklumkan kepada
saya , sewaktu bertemu dengan bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Sanusi
Junid, mengakui dan menyatakan kepada beliau, pada pertandingan perebutan
kerusi Presidan UMNO 24 April 1987, beliau memenangi pertandingan itu, tetapi
disebabkan beberapa alasan, beliau “harus dikalahkan” dan keputusan akhir dan
rasmi beliau kalah tipis dengan 43 undi
Sejauh
mana benar cerita ini saya kurang tahu namun yang jelas walau apa pun berlaku
,ianya sudah menjadi sejarah dan tidak dapat dibuat apa-apa lagi mengenai sejarah
itu
Persoalannya,
jika benar berlaku penyelewengan, “bagaimanakah” penyelewengan itu dilakukan
dan bilakah penyelewengan proses penggiraan undi itu berlaku ?
Berdasarkan
siasatan yang dilakukan,yang mencelakan pengamatan yang tidak selalu cermat
ini, sekali lagi pinjaman dari kata-kata sastrawan dan budayawan Indonesia,
Umar kayam(yang juga sudah pergi kealam sana) dan hasil temu bual dengan
perwakilan UMNO yang hadir pada hari pemilihan itu,pertandingan pada waktu itu
terlalu sengit
Proses
perwakilan membuang undi pada hari itu diberhentikan pada tengah hari kerana
perwakilan akan menunaikan solat jumaat
Dan
dakwaan wujud penyelewengan perkiraan undi itu,bagi penyokong Ku Li berlaku
ketika semua perwakilan meninggalkan dewan untuk melakukan solat Jumaat
Kertas
undi yang telah dibuang kedalam peti undi disimpan dan dikawal rapi oleh
petugas dan pengawai bertugas dalam bilik khas
Dan
secara logiknya bagaimanakah penyelewengan itu boleh berlaku kerana Tg Razaleih
Hamzah, mempunyai wakil calon atau pemerhati untuk memastikan perjalanan
menggundi berjalan lancar dan tidak akan berlaku penyelewengan
Ada
juga dakwaan sejauh mana benar dakwaan ini, kurang jelas yang mengatakan
“kertas-kertas undi” yang dipangkah perwakilan untuk Tg Razaleigh Hamzah”
diarahkan ditelan” oleh petugas-petugas UMNO yang bertanggung jawab, menjaga
peti-peti berkenaan
Bunyi
cerita ini, agak lucu,memalu dan memilukan dan sama sekali tidak dapat diterima
akal.Jika benar dakwaan ini,berapakah jumlah kertas undi yang dipangkah dan
menjadi right Tengku Razaleigh “telah ditelan” juga menjadi tanya misteri
sehingga sekarang
Apapun
yang dibicarakan tentang detik hitam dan sejarah itu,ianya sudah menjadi satu
nostalgia yang pastinya tidak akan datang untuk kesekian kali dan ada pendapat
yang kutip dari veteran UMNO, kemenangan Mahathir Mohamed, pada pertandingan
itu, adalah gara peranan dan kebijaksanaan, Tan Seri Hussein Ahmad yang
mencaturkan “gerak catur politik” untuk menangkan Tun Mahathir Mohamed
Dalam
konteks ini, pendapat itu ada juga berkata, nasib akan bersuara lain, jika
Ketua Penerangan UMNO,Tan Seri Hussein Ahmad, berada di pihak Tengku Razaleigh
Hamzah bukan di pihak Team A, Tun
Mahathir Mohamed, keputusan pertandingan akan “berwajah lain”
Disebabkan
terlalu terhutang budi pada Ketua Penerangan UMNO ini,Tun Mahathir Mohamed,
menurut sumber terdekat, telah menawarkan jawatan Ketua Gobenor Melaka kepada
beliau tetapi ditolak dengan hormat, sebelum Tan Seri Hussein Ahmad, melepaskan
jawatan Ketua Penerangan UMNO yang diganti Tan Seri Yusof Nor.
TAN
SERI MOHAMED YAAKOB
MENTERI
BESAR, BN KELANTAN : TUNGGU AKU DIPOJOK ITU ?
Pertemuan
aku dengan Tan Seri Mohamed Yaakob (kini berada dialam sana) bermula ketika aku
membuat laporan susulan cerita mengenai peluang BN menawan kelantan dalam PRU
ke 10 sebelum ini.Ketika aku menelefon dan menyatakan hajat untuk mewawancara
“ayah mat” panggilan akrab pada mulanya
menunjukkan tanda tidak bersetuju atas alasan beliau telah lama
meninggalkan dunia politik.
Walaubagaimanapun
setelah dipujuk dan diberi beberapa alasan rasional beliau pun bersetuju.
Aku sampai ke kediaman di Taman Uda
Murni sekitar jam 11 pagi. Setelah dijemput masuk, aku bersama
jurukamera Hanapi Mat terus melangkah ke ruang tamu rumah beliau.
Aku terpegun melihat keunikan rumah beliau dimana
rumahnya diperbuat dari kayu cengal yang bercirikan reka bentuk tradisional dan
apa yang menarik dibawah rumahnya dibuat saliran yang menempatkan ikan tilapia
yang bebas berenang disekeliking empat segi rumahnya.
Selepas
selesai temuramah, antara soalan yang dikemukakan ialah apakah patut rakyat
Kelantan secara keseluruhanya menolak kerajaan PAS dan menggembalikan semula
“kuasa politik” kepada kerajaan BN yang mampu membuat banyak perkara untuk
memaju dan modenkan Kelantan berbanding dengan kerajaan PAS.
Antara
lain jawapan yang diberikan adalah beliau bersetuju namun masalahnya, apakah
rakyat Kelantan bersedia menukar kerajaan yang sedia ada iaitu kerajaan yang
didakwa dibawah kepimpinan Ulama seperti Murysidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat?
Beliau
juga menyatakan terkilan kerana kepimpinan UMNO Kelantan yang dipengerusikan
Datok Seri Mustapha Mohamed tidak mengacuh dan menghiraukan golongan veteran UMNO
termasuk beliau.
Beliau
menyatakan Tok Pa tidak pernah menjemput beliau untuk turut hadir dalam
mana-mana majlis yang dianjurkan UMNO.
Aku memberi jaminan akan memaklumkan kepada Tokpa. Di waktu lain, aku
memaklumkan masalah itu dan selepas itu aku melihat Tok Pa mengambil tindakan
segera untuk mengatasi masalah tersebut. Dimana-mana sahaja majlis yang
dianjurkan oleh UMNO disekitar Kota Bharu ,Ayah Mat dijemput dan dilayan
sebagai VIP. Aku bertanya kepada beliau, kerusi MB Kelantan memang panas dan ramai
kalangan pemimpin UMNO khususnya ahli exco berminat untuk menduduki kerusi itu
tapi gagal.
Soalan
aku kepadanya, apakah hubungan istimewa beliau dengan Tun Mahathir Mohamed
sehinggakan beliau dapat duduk lebih lama diatas kerusi meskipun ramai “pemimpin
UMNO” lain berminat
Beliau
mengenali Tun Mahathir Mohamed sudah terlalu lama. Sewaktu menjawat jawatan
Ketua Pegawai Jajahan sekitar tahun 50an Mahathir Mohamed bersama keluarga
datang melawat ke kelantan dan beliau menyediakan kemudahan pengangkutan untuk
keluarganya mudah bergerak kesana kemari
Satu
lagi faktor yang menyebabkan beliau berada lama dikerusi itu, beliau dikatakan
seorang yang amanah dan tidak pernah terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan
kuasa, khsusnya dalam kes meluluskan kawasan balak
Menurut
tauke balak yang berbangsa melayu, pernah mendapat kawasan balak. Beliau enggan
di didedahkan pengenalan diri berkata Tan Seri Mohamed Yaakob seorang yang
ikhlas dan berhati bersih..Beliau tidak pernah menerima komisyen dari setiap
kawasan balak yang diluluskan dalam mesyuarat exco kerajaan BN.
Namun
tetapi, tauke berkenaan menyatakan “isteri” beliau tidak menolak hadiah atau
buah tangan yang diberikan oleh tauke-tauke balak.
Sejauh
mana benar cerita ini, aku kurang tahu dan apa yang aku tahu, selepas Ayah Mat bersara, beliau sering menghabiskan masa di
Masjid Telipot untuk menunaikan solat berjemaah. Dan beliau pernah suatu ketika
bertemu dengan aku di dalam masjid Telipot dan beliau menyatakan tiap-tiap hari
selasa bermula jam 9 pagi sehingga waktu zohor beliau menghadiri Kelas Bahasa
Arab.
Berbicara
tentang politik di Kelantan, ada yang pendapat sejauh mana benar tentang
spekulasi politik ini mengatakan kerajaan BN pada 22 Oktober 1990 tumbang dan
tersunggkur dibawah pemerintahan manusia bernama Mohamed Yaakob dan pada PRU ke
14 nanti. Menteri Besar Kelantan, pada waktu itu, masih Datuk Ahmad Yakob akan
menerima nasib yang sama, kerajaan PAS akan tersungkur dan BN akan memerintah
semula negeri Kelantan masih menjadi tanya.
Yang
satu Mat Yakob dari UMNO dan satu lagi Mat Yakob dari Pas, yang membezakana
kedua mereka ini ialah satu Tan Seri yang satu lagi Cuma berpangkat Datuk. Tapi
jika andaian itu dibuat berdasarkan nama, kemungkinan andaian logik itu perlu
disemak kembali. Jika PRU 14 diadakan pada tahun 2017, ini bermakna PAS
memerintah Kelantan sudah hampir 26 tahun, dengan kerusi DUN yang sedia ada
sebanyak 12 kerusi DUN. UMNO Kelantan cuma perlu menambah lagi 11 kerusi lagi
dalam PRU ke 14. “Dongeng dan dogma kosong” itu akan menjadi kenyataan.
Jika
andaian itu terjadi bermakna UMNO Kelantan memerlukan masa 26 tahun, untuk
menawan semula dan menggembalikan semula pemerintahan dan kuasa politik
Kerajaan Barisan Nasional dibumi yang majoritinya berbangsa melayu dan beragama
Islam
Yang
jelas dengan adanya parti baru, Amanah Serpihan Pas akan menyebabkan
pertandingan tiga penjuru BN, PAS dan Amanah dalam DUN Kelantan ini akan
memberikan peluag terbaik kepada calon BN untuk memenangi kerusi yang di
pertandingkan.
PERDANA
MENTERI KELIMA,PAKLAH : SECANGKIR KOPI PAHIT ?
Setiap
kali, Perdana Menteri Kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan
lawatan rasmi ke negeri Kelantan, krew dari Kuala Lumpur atau dari Pahang turun
padang untuk membuat liputan berita dan pembahagian tugas akan diatur Bilik
Berita di Seri Pentas. Aku sebelum membuat liputan berita Pak Lah telah
mengenali beliau sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Pertahanan dan beliau
telah melakukan lawatan ke Pusat Pelajar Malaysia di Jalan Cokroaminoto,
Jakarta pada kongres Persatuan Kebangsaan Pelajar Pelajar Malaysia di
Indonesia, PKPMI kali ke 16.
Aku
pada waktu itu memegang jawatan Timbalan Presiden PKPKMI Cabang Medan turut
hadir dalam kongres yang diadakan setiap tahun di Jakarta
Setelah
tamat pengajian sewaktu bertugas dengan WATAN, aku berkesempatan bertemu dengan
Paklah di Lobby Parlimen dan memperkenalkan diri saya. Beliau berkata,
“Datanglah ke opis Paklah” sambil menyatakan lokasi pejabatnya.
Pada
26 Disember 1988,Tengku Razaleigh membawa usul untuk “menghidupkan UMNO” di Parlimen
tetapi tidak Berjaya kerana tidak mendapat sokongan ahli parlimen BN, namun
begitu kalau tidak silap usul itu
disokong oleh ahli-ahli parlimen DAP.
Dan
pada waktu itu, Paklah menjawat Jawatan Naib Presiden UMNO tidak berada dalam
Barisan Kabinet kerana tidak diberi apa-apa jawatan oleh Tun Mahathir Mohamed
kerana telah melakukan “dosa politik” dimana beliau menyebelahi kem B,
menyokong Tg Razaleigh mencabar kerusi Presiden UMNO yang diduduki oleh Tun
Mahathir Mohamed.
Bagi
mendapatkan semula jawatan didalam kabinet, Paklah telah datang kerumah Tan
Seri Hussein Ahmad di Kg Lemal untuk meminta pertolongan beliau untuk
mendapatkan sebarang jawatan dalam kabinet. Tan Seri Hussein Ahmad pada waktu
itu, merupakan orang kuat Tun Mahathir Mohamed dan beliau memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO
Disebabkan
“ayah sin” seorang pemimpin yang suka menolong, beliau lantas menyarankan
kepada Tun Mahathir agar Paklah diberi jawatan dalam kabinet kerana belum
pernah dalam sejarah UMNO, Naib Presiden UMNO tidak mempunyai “apa-apa jawatan
dalam kabinet”
Selang
beberapa bulan selepas pertemuan itu, Paklah di lantik memegang jawatan Menteri
Luar dan kembali semula berada dalam kabinet
Tetapi
yang menyedih dan memilukan,menurut teman baik ayahanda Hussein Ahmad, Paklah seperti
kacang lupakan kulit apabila memegang jawatan Perdana Menteri tidak menyambung
semula jawatan Pengerusi KADA yang dipegang Tan Seri Hussein Ahmad tetapi
melantik Tan Seri Annuar Musa menjadi Pengerusi KADA
Ketika
ditanya mengenai isu ini, Ayahanda Hussein Ahmad berkata “inilah politik” dan
beliau enggan mengulas lebih lanjut.
Aku semakin keliru dan tidak faham dengan maksud
kata-kata “inilah politik”. Apakah maksud beliau politik UMNO ini seperti “kita
selalu mesti lupakan kulit atau membawa pengertian kita jangan jadi seperti
kacang lupakan kulit? Itulah barangkali maksud sinis seperti kacang lupakan
kulit atau bagaimana ?
Jika
Paklah telah sinonim dengan pepatah atau pribahasa melayu seperti kacang
lupakan kulit, ini ada relevansi perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri
Malaysia kelima. Apabila Tun Mahathir Mohamed secara tiba-tiba melantik beliau
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima dan beliau secara sengaja dan
tidak sengaja tidak ada batasnya, telah bersikap seperti kacang lupakan kulit
apabila melupakan jasa Tun Mahathir Mohamed, memberikan kerusi Perdana Menteri
dan Kerusi Presiden UMNO secara percuma kepada beliau.
Paklah
pada waktu itu cuma menjadi Naib Presidan UMNO bersama dengan Datuk Seri Mohd
Najib Razak dan Tan Seri Muhyiddin Yassin. Dari jumlah undi yang dimenangi,
diantara ketiga pemimpin itu Paklah menduduki tempat ketiga.
Pemimpin
yang sepatutnya menggantikan Tun
Mahathir, Datok Seri Mohd Najib Razak tetapi Tun Mahathir, seorang yang bukan
pendendam politik telah memilih Pak Lah sebagai penggantinya dengan alasan
Datuk Seri Mohamed Najib Razak masih muda untuk menduduki Kerusi Perdana
Menteri dan kerusi Presiden UMNO.
Tetapi
disebabkan Paklah mengamalkan sikap kacang lupakan kulit dan melupakan jasa Tun
Mahahtir Mohamed yang memberikan jawatan PM secara percuma beliau ditolak oleh
UMNO dan diminta meletak jawatan secara terhormat. Tempat beliau di ganti oleh
Datok Seri Mohd Najib Razak setelah dilihat gagal memerintah Malaysia dan
bertanggungjawab menyebabkan bangsa melayu ramai hilang keyakinan kepada parti
UMNO
Sikap
kacang lupakan kulit menyebabkan Paklah “tidak berapa dihormati” oleh ahli-ahli
UMNO sendiri. Malah kehadiran beliau di dalam persidangan UMNO 2013 di PWTC
tidak diacuhkan oleh ahli UMNO dan perwakilan UMNO yang hadir pada persidangan
itu
Menurut
seorang perwakilan yang enggan namanya didedahkan,keadaan itu berlaku kerana
beliau telah menderhaka kepada Tun Mahathir Mohamed, yang memberikan kerusi
perdana menteri secara percuma kepada beliau tapi beliau tidak mengenang budi
Teringat
saya ketika sidang media di Bukit Nangka (Jeli), sebaik selesai pihak media
menanyakan soalan kepada Paklah, saya mencelah minta beliau memberi ulasan
tentang dakwaan kewujudan PAS Baru
dikelantan.
“Mana
ada Pas baru,” katanya
Aku
menjelaskan wujudnya PAS Baru dikelantan berikutan rasa tidak puas hati
dikalangan segelintir penyokong PAS
terhadap pimpinan Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sebagai
bukti, wujud kain rentang di Kedai Mulong yang digantung di tengah-tengah jalan
besar Kota Bharu ke Kuala Krai
Beliau
bagaimanapun memberi respon pendek dan ringkas dan antara yang aku ingat beliau
berkata kewujudan PAS Baru akan memberikan kesan negatif terhadap parti PAS
Wartawan
dari Kota Bharu yang turut hadir pada sidang media itu antara lain ialah Ketua
Biro Bernama (Roslan Arifin), wartawan Berita Harian (Veena Rusli Berita),Nick
Leong dari akhbar The Star, The New Straits Times (saya sudah lupa namanya dan
kerabat kerja RTM), wartawan utusan Malaysia, Saroji Mokthar (kini sudah
bersara) dan beberapa wartawan dari akhbar china yang juga aku sudah lupa nama
mereka.
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH : SERPIHAN
MUTIARA RETAK ?
Pengalaman
aku mengenali lebih dekat dengan Tengku Razaleih Hamzah berlaku setelah beliau
membubarkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pada Oktober 1996. Aku ameminta jasa
baik sdr Lokman, PA kepada Tengku Razaleigh untuk mengaturkan pertemuan itu.
Aku memaklumkan kepada Lokman, meskipun aku mengetuai operasi berita untuk TV3
di Kelantan, pertemuan itu diatas dasar semangat Kelantan. Sebagai anak
Kelantan, aku ingin mengetahui perkembangan terbaru potensi dan peluang politik
beliau dalam UMNO setelah sekian lama tidak berada dalam gelanggang dan pentas
UMNO. Pertemuan itu tidak bersifat formal dan tidak ada rakaman kamera. Perbincangan
pada pertemuan itu lebih bersifat politik anak beranak kata orang Kelantan.
Dalam istilah kewartawanan disebut cerita luar dan hasil maklumat yang
diperolehi tidak boleh haram dan di buah khuldikan agar tidak disiarkan.
Setelah
mendapat tarikh dan masa, pertemuan itu akan berlangsung di Kediamannya di
Palermo, Kota Bharu jam 3 petang. Aku sampai tepat pada masanya dan Ku Li telah
bersedia untuk menerima aku sebagai tamunya. Setelah bersalaman, aku mengambil
tempat duduk dan Ku li duduk berhadapan dengan aku yang dipisahkan dengan meja
Aku
melihat disebelahnya terdapat pelbagai hidangan makanan tradisional kueh mueh.
Soalan pertama yang saya kemukakan kepadanya, apakah beliau yakin pengaruhnya
masih kuat didalam UMNO setelah beliau meninggalkan UMNO sebegitu lama dan
masuk kembali kedalam UMNO. Beliau secara tulus telah memberi tahu setelah
beliau bersetuju untuk membubarkan UMNO demi kekuatan politik bangsa melayu
pucuk pimpinan UMNO pada waktu meletakkan syarat beliau tidak boleh dan tidak dibenarkan melawat
atau menziarah kawan-kawan UMNO di negeri-negeri lain.
Beliau
menjelaskan beliau mempunyai ramai kawan-kawan UMNO di negeri lain yang
berminat untuk berjumpa dengan beliau tetapi disebabkan untuk menghormati dan
mematuhi syarat yang ditetapkan beliau membatalkan niat untuk bertemu dengan
kawan-kawan UMNO di negeri lain
Berdasarkan
cerita itu, aku membuat kesimpulan sendiri bahawa pucuk pimpinan UMNO pada
waktu itu takut kepada bayang-bayang hitam dan takut akan pengaruh politik Ku
Li di negeri-negeri lain. Ini berdasarkan kepada fakta, kekalahan Ku Li 43 undi
kepada Tun Mahathir Mohamed pada pertandingan sengit dalam perhimpunan UMNO itu
membuktikan separuh dari perwakilan UMNO pada itu telah menolak Tun Mahathir
Mohamed dan mereka telah bersiap sedia untuk menerima Presiden UMNO yang baru
namun nasib tidak menyebelahi Ku Li. Beliau diisytiharkan kalah. Meskipun ramai
penyokongnya tidak dapat menerima keputusan itu malah mendakwa wujud
penyelewengan dalam proses pengiraan itu.
Tidak
puas hati dengan keputusan itu beberapa penyokong setianya membawa kes itu ke
mahkamah untuk mencari keadilan di mahkamah dan mahkamah tinggi Kuala Lumpur
membuat keputusan UMNO diharamkan dan wujudlah semula UMNO dengan nama UMNO
Baru
Dalam
perbicaraan diambang petang itu, Tengku Razaleigh juga menceritakan
pengalamannya bersama menasihatkan DSAI merapatkan hubungan dengan pihak istana
bagi memudahkan urusan-urusan pentadbiran yang memerlukan pihak istana teta
pinasihatnya itu tidak diendahkan oleh DSAI.
Beliau
juga menceritakan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan dan
dipertanggungjawabkan menubuhkan PETRONAS oleh Perdana Menteri, Tun Abdul
Razak. Perdana Menteri kedua Malaysia yang melihat hasil petroleum itu dapat
memberikan pulangan yang besar kepada Negara kita yang masih berada dalam
kategori Negara sedang membangun.
Ekonomi
Negara kita berada ditahap memuaskan apabila hasil petroleum Negara mulai di
terokai oleh PETRONAS pada awal tahun 70an. Jika kita tidak ada minyak yang
menjadi tulang belakang kepada kekuatan dan pertumbuhan ekonomi Negara, ekonomi
Malaysia kemungkinana akan setaraf dengan negara-negara asia tenggara lain
termasuk Thailand, Indonesia dan Philipina.
Barangkali
ramai kalangan ahli UMNO khususnya “generasi muda” tidak mengenali dan
mengetahui kehebatan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pentas politik dan
pentadbiran Negara di peringkat dalaman dan antarabangsa.
Beliau
merupakan pemegang Guiness World Record kerana merupakan ahli parlimen di
Komenwel yang paling lama menduduki kerusi Parlimen selama 35 tahun dan tidak
pernah kalah dalam setiap kali PRU umum diadakan
Anehnya,
pemimpin seperti ini sehingga kehari ini tidak pernah disenaraikan untuk
menyertai semula kabinet ? Mengapakah keadaan sedemikian tidak terjadi ? faktor
politik, “takut kepada bayang-bayang kehebatan Ku” masa lalu menyebabkan Ku Li
dipinggirkan atau bagaimana ? ada juga pendapat mengatakan Ku Li akan
dimasukkan semula sebagai menteri dalam kabinet, apabila Tun Mahathir Mohamed
telah pergi kealam sana. Sejauh mana benar pendapat ini kita semua masih samar,
yang jelas disebabkan politik, adalah seni serba mustahil, tidak salah jika
pengikut Ku Li ingin menanti dan menunggu, saat-saat itu.
DATOK
SERI ANWAR IBRAHIM
TIMBALAN
PERDANA MENTERI MALAYSIA : SEBUAH SYURGA
YANG HILANG ?
Aki
tidak pernah bercakap dan mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lebih dekat
cuma sekali sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau
pernah datang ke KADA di Melor pada sekitar jam 8 malam.
Semua
wartawan dan jurukamera sedang menunggu
beliau di bilik khas untuk membuat sidang media selepas beliau
merasmikan majlis KADA pada malam itu. KADA pada waktu itu di pengerusikan oleh
Tan Seri Hussein Ahmad.
Turut
datang dan mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam itu, Azmin Ali yang ketika
itu berkhidmat sebagai pegawai di Kementerian Kewangan. Namun, aku tidak pasti
beliau menjawat jawatan apa tapi ada dikalangan media tempatan mengatakan
beliau bertugas sebagai Setiausaha Sulit kepada DSAI .
Bagaimanapun
selepas merasmikan majlis itu, beliau datang juga kebilik sidang media dan
memberitahu pihak kami tidak ada sidang media. Barangkali untuk menjaga hati
pihak media, beliau yang memakai uniform KADA telah memegang piring yang
mengandungi kuih dan membahagikan kuih tersebut sebiji seorang kepada pihak
media yang menunggu beliau untuk membuat sidang media
Orang
kuat RTM iaitu Sayuti Omar yang kini berpangkat Datok cuba memujuk beliau untuk
membuat sidang media tetapi gagal kerana beliau harus bergegas pulang ke Kuala
Lumpur dengan Pesawat Khas yang menunggu beliau di Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra
Sebelum
melangkah keluar dari bilik itu, DSAI sempat mengucapkan sepatah kata Jepun,
“Arigato”dan disambut ketawa kecil pihak media yang berada disitu
Aku ditugaskan membuat liputan berita DSAI di
rumah bapa Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh, Kamaruddin Mohd Nor. DSAI setelah
dipecat Tun Mahathir Muhammad sebagai Timbalan Perdana Menteri telah membuat
“roadshow” ke negeri di pantai timur. Aku dimaklumkan, kemungkinan DSAI akan
ditahan di Batu Buruk, Terengganu selepas memberikan ucapan berapi disana
Bagaimanapun
keadaan itu tidak berlaku, DSAI dan penyokongnya bergerak ke Kelantan dan akan
berucap di stadium sultan Muhammad keempat pada malam itu.
Aku
diarahkan oleh Bilik Berita di Sri Pentas, untuk bersedia di Pasir Puteh. Aku
bersama jurukamera menunggu dikedai kopi yang berhadapan dengan rumah ayahanda,
Kamarudin Mohd Nor pada sebelah petangnya
Datuk
Seri Anwar Ibrahim tiba hampir waktu Maghrib dan selepas bertemu dan bersalaman
dengan penyokongnya beliau menunaikan solat Maghrib dan selepas itu bergegas ke
Stadium Sultan Muhammad keempat.
Aku
dan jurukamera mengikuti DSAI namun berlaku kesesakan lalu lintas yang begitu
hebat. Jalan Pasir Puteh ke Kota Bharu dipenuhi kenderaan yang masing- masing
berpusu-pusu menuju kestadium sultan Muhammad keempat.
Kereta
yang membawa DSAI turut tersekat di jalan Melor, DSAI dilihat turun dari
kenderaan dan membonceng motorsikal menuju kestadium.
Aku difahamkan perhubungan PAS Kelantan telah
mengarahkan seluruh jentera parti dan ahli Pas datang kestadium bagi mendengar
ucapan DSAI.
Berikutan
arahan itu, Bandar Kota Bharu sesak dengan kenderaan dan sebaik tiba di stadium
kira-kira jam 9.30 malan stadium mulai penuh dengan penonton politik yang ingin
mendengar ucapan DSAI
Akubersesak-sesak
masuk menerusi pintu utama untuk melihat senario dari dalam stadium. Aku
berjaya memasuki dan menaiki tangga kearah tempat duduk. Namun, semua kerusi
sudah dipenuhi.
Antara
ucapan DSAI pada malam itu, beliau menjelaskan beliau telah berusaha mencegah
rasuah dengan memperkenalkan Akta Rasuah baru yang diluluskan Kabinet sewaktu
beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri
Berbicara
tentang DSAI, saya masih ingat sewaktu memegang
Jawatan Sekretaris Jeneral, Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar
Malaysia di Indonesia pada tahun 1986-1987 bersama Presiden, Mohd Zaid Mohd
Yusof iaitu bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Pahat telah menghantar
surat kepada DSAI. Pada ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan. Berhubung
di satu seminar Tamadun Melayu anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar
Malaysia di Indonesia mencadangan perasmiannya dilakukan Menteri Pendidikan
DSAI. Majlis perasmian itu bakal diadakan diWisma Malaysia, Jalan
Chokroaminoto, Jakarta
Pejabat
DSAI telah membalas surat dan menyatakan pihak Menteri bersedia pada bila-bila
masa untuk mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKPMI dan pihak kami diberi
penghormatan tertinggi untuk meletakkan tarikh pertemuan dengan beliau
Tetapi
disebabkan masalah teknikal, pihak kami yang baru pulang dari Kuala Lumpur
selepas mengadakan pertemuan dengan Biro Tata Negara dan membuat kenyataan
akhbar bertemu dengan Ketua Pengarang Berita Harian (Nazri Abdullah). Berita
itu tersiar dengan judul “PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI
INDONESIA AKAN MENGADAKAN SEMINAR TAMADDUN MELAYU DI JAKARTA”. Pertemuan dengan
DSAI tidak dapat dilakukan kerana kami baru pulang dari Kuala Lumpur dan tiba
diMedan, sehari sebelum surat dari pejabat DSAI tiba diMedan.
Untuk
pulang semu;a ke KL adalah tidak mungkin kerana melibat kos yang tinggi dan
persoalan ini akan dibangkit dan disoal para perwakilan Kongres PKPMI ke 18
yang akan diadakan di Jakarta pada penghujung tahun nanti
Melihat
kepada senario ini, aku boleh menarik benang kesimpulan yang DSAI amat
terpengaruh dengan Indonesia dan diwaktu zaman pemerintahannya, “Bahasa Baku”
mulai diperkenalkan. Apabila beliau tidak lagi berada di kerusi Timbalan
Perdana Menteri, dasar itu tiba-tiba berubah dan kini tidak kedengaran istilah
“bahasa baku” di Kementerian Pendidikan”.
Dasar
dan polisi pendidikan seolah-olah milik individu tertentu. Lihat saja di Negara
maju, dasar penndidikan Negara tidak sewenang-wenangnya boleh ditukar ganti
seperti di Negara kita Malaysia yang kononnya akan menjadi Negara maju pada
tahun 2020 sedangkan dari “segi pemikiran” bangsa melayu baik pemimpin
UMNO,PAS, PKR dan BERSATU masih jauh berbanding dengan pemikiran pemimpin
bangsa eropah,
Lihat
saja setiap kali PRU tiba, UMNO khususnya BN terpaksa membelanjakan
berjuta-juta ringgit, termasuk PAS dan PKR juga untuk membeli undi dari para
penggundi agar penggundi memangkah mereka sedangkan realitias politik ini tidak
berlaku di Negara-negara eropah maupun di Negara matahari terbit (jepun)
Dari
segi pendidikan, lihat saja British, sejak kita mencapai kemerdekaan mereka
tidak menggubah dasar pendidikan Negara dari Ordinary Level sehingga A Level
tetap kekal. Yang anehnya kita di Malaysia, bila datang menteri pendidikan yang
baru mengubah dasar pendidikan dan perkenalkan dasar pendidikan Negara, “apakah
dasar pendidikan Negara yang sudah wujud dinegara kita sebelum beliau datang
menduduki kerusi itu“tidak menjadi” atau membuat “rakyat Malaysia semakin
“tidak cerdik” ? apakah beliau juga tidak lahir dan produk-produk dasar
pendidikan yang ditinggalkan pihak British atau bagaimana ?
Berbalik
kepada DSAI, teringat aku kepada perbualan politik dengan bekas Ketua Pemuda
Parti Melayu S46 Kelantan dikediamannya di belakang Klinik Pancho, Kota Bharu
iaitu Datuk Shukri Mohamed, bekas ahli Parlimen Machang sebelum ini.
Beliau
sempat memberitahu selepas DSAI dibebaskan dari tahanan kelak “siapakah
pemimpin-pemimpin UMNO yang ada di satu taraf untuk membuat kebangkitan dan
kemaraan DSAI dalam kancah politik tanah air ?
Akumenjawab
tidak ada dan beliau secara jujurnya melahirkan rasa keresahan dan kebimbangan terhadap nasib masa depan bangsa
melayu di masa akan datang
Ternyata
kebimbangan itu kini menjadi kenyataan, dalam tempoh 10 tahun berada digaris
pembangkang telah berjaya membuat kerajaan BN menjadi semakin menjadi tidak
stabil. Beliau telah berjaya membuat
majoriti rakyat yang terdiri dari pelbagai bilang bangsa sedikit demi sedikit
hilang kepercayaan dan kurangnya penggundian terhadap kerajaan BN semakin
meningkat
Meskipun
BN menang dalam PRU ke 13 dan masih dapat meneruskan semula tradisi memerintah
Negara, timbul pula pertanyaan bagaimana pula dengan PRU14? dan selepas itu
bagaimana pula dengan PRU dan seterusnya?
Dan
pada waktu itu, baik Najib maupun Muhyiddin,Mahathir,Hadi Awang,Nik Aziz,dan
juga Datuk Seri Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sudahpun berangkat ke
alam sana(barangkali)
Persoalannya,
bagaimana dengan kehidupan dan penghidupan bangsa melayu, china, india dan kaum
lain pada waktu itu ,apakah mereka dapat hidup dalam suasana aman dan damai
atau bagaimana ?
Disinilah
barangkali terletak kehebatan DSAI bermain politik, mencatur dan mempolitikan
pemikiran politik rakyat Malaysia dalam menuju dan menjunam arus globalisasi
yang semakin mencabar ini.
Setelah
dibebaskan, DSAI tidak memilih parti PAS sebagai meneruskan landasan politik
dan meneruskan agenda perjuangan beliau sebaliknya menubuhka parti politik baru
iaitu Parti Keadilan Rakyat(PKR) dimana di kelantan disebut “parti nak gadai
tak laku” bergantung kepada sokongan PAS. Namun begitu, parti itu semakin laku
di negeri-negeri di pantai barat
Ini
terbukti, PKR semakin mendapat tempat dan kerusi PKR di Parlimen sudah banyak
berbanding dengan Parti Pas yang sudah 50 tahun berjuang tapi cuma mampu menang
tidak sebanyak kerusi PKR di Parlimen
Kehebatan
DSAI bermain politik kerana beliau dapat membaca masa depan landasan politik.
Beliau tahu, PAS tidak mampu memerintah Malaysia kerana perjuangan PAS untuk
membentuk Negara Islam tidak akan kemana kerana Pas memerlukan sokongan
parti-parti politik lain untuk memerintah Negara.
Pas
memerlukan sokongan DAP dan PKR untuk merealisasikan perjuangan Islam mereka Karpal
Singh menentang sekeras-sekerasnya penubuhan Negara Islam dan digantikan pula
dengan Negara kebajikan bagi menjaga hati pemimpin-pemimpin DAP.
Dalam
konteks ini, DSAI telah berjaya menerapkan idea pejuang nasionalist, Ho Chi
Minh yang telah berjaya berjuang menghalau Perancis dari bumi Vietnam dengan
berkata, “aku tidak mempunyai kekuatan militer, aku hanya punya satu kebencian.
Beliau Berjaya mengajar dan menanam sikap membenci Perancis dikalangan
rakyatnya, yang pada akhirnya kuasa besar dunia Perancis terpaksa angkat kaki
meninggalkan Vietnam
Disisi
lain, DSAI telah berjaya melakukan anjakan paradigma didalam pemikiran bangsa
china di Negara ini, mereka tidak perlu bergantung kepada MCA untuk membela dan
memperjuangkan nasib bangsa china di Negara ini
Aku
berkesempatan mewawancara DSAI secara dekat sewaktu beliau membuat lawatan ke
sekolah menengah Bunut Susu, Pasir Mas. Selepas selesai majlis DSAI bergerak
bebas bertemu dengan pelajar. Aku pada waktu itu berada dikawasan sekolah dan
orang ramai masih berada didalam dewan. Setelah aku melihat ada peluang untuk
mewawancara DSAI secara dekat, Aku lantas
menuju kearah beliau sambil memegang mikrofon berlogokan TV3. Beliau tersenyum kearah saya dan saya
mulai mengajukan pertanyaan berkaitan dengan majlis itu.
Ketika
aku mengajukan mikrofon aku kearah mulutnya tiba-tiba datang seorang pengawal
keselamatan menyentuh tangan saya agar
jangan letak mikrofon terlalu dekat dengan mulut DSAI dan aku akur dengan
tindakan beliau itu
Persoalannya
dari segi keselamatan, apakah lelaki ini
tidak melihat siapakah aku sehinggakan aku akan melakukan perbuatan mencederakan
Timbalan Perdana Menteri?Bukankah dengan memakai vest TV3, berlogokan kad nama
TV3, lelaki ini masih tidak dapat berfikir tidak mungkin seorang wartawan
jaringan TV3 sanggup melakukan perbuatan tidak senonoh dan seterusnya
mencederakan pembesar Negara seperti DSAI
Aku sengaja membuka cerita ini sebagai ingatan
dan sekadar memberi teguran kepada pengawal menteri-menteri kabinet lain agar
menggunakan otak rasional mereka, jangan mencampuri urusan pihak media
khususnya dihadapan menteri saat temuduga sedang berlangsung.
DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
Aku
mulai mengenali manusia lepasan Kolej Islam ini yang dapat berkomunikasi dalam
Bahasa Arab dengan baik sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri
Pelancongan. Aku pernah datang kepejabatnya
dan pada waktu itu sebaik sahaja sampai, aku
dipersilakan duduk, tiba-tiba telefonya berdering dan cuma memerhatikan
perbualannya. Dari satu detik waktu ke detik waktu yang lain aku mengetahui
beliau sedang bercakap dengan Raja
Perempuan Kelantan, Tengku Anis.
Setelah
selesai, beliau mengambil tempat duduk diruang tamu pejabat berhadapan dengan
aku dan aku terus menyatakan hasrat dan
tujuan kedatangan serta menyerahkan kertas kerja.
Sebelum
datang kepejabatnya aku telah menghubunginya dan diberi tarikh perjumpaan iaitu
hari Jumaat jam 2.30 petang
Datok
Ahmad Zahid Hamidi, sewaktu menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, turut mempunyai “share” dan memainkan peranan besar, membantu CEO
TV-Alhijrah, Che Bukhari Che Muda(kini telah berada dialam sana) menubuhkan
penubuhan TV station yang berimejkan TV Islam
yang pertama di negara ini. Imej islam sebagaimana yang terpahat pada
TV-Al-Hijrah hari ini berjaya memikat dan memikat hampir 3 juta penonton umat
islam di Negara ini.
Malah,
TV-Hijrah juga dapat ditonton diseluruh dunia dengan menggunakan internet dan
paling minimal umat islam diseluruh dunia dapat mengetahui perkembangan Islam
di Negara, 1Malaysia yang bakal menjadi Negara “maju” dalam tempoh enam tahun
dari sekarang
Kenyataan
ini diitutorkan sendiri oleh Che Bukhari Che Muda semasa hayatnya ketika
bersembang dengan saya di Istana balai Besar Kota Bharu ketika beliau datang
mengambil pingat yang dianugerahkan Sultan Muhammad kelima dua tahun lalu.
Barangkali
ramai dikalangan pembaca ingin mengetahui, apa isi serta kandungan kertas kerja
itu. Ianya berkaitan dengan otak, pemikiran,intelektualitas bangsa melayu dan
media.
Anehnya
bukan ? sebelum Tun Mahathir Mohamed melepaskan kerusi “keramat” Perdana
Menteri Malaysia keempat sewaktu berucap di Langkawi, beliau mengatakan “Media
kita masih bergantung kepada sumber berita dari Negara barat” dan sampai kehari
ini kenyataan itu tetap menjadi kenyataan dan ini merupakan fakta. Kenyataan
ini akan masih berterusan dan berterusan (barangkali) akan berterusan sampai
kiamat
Bagaimana
dengan sikap “editor-editor” media arus perdana terhadap PM yang banyak berjasa
kepada rakyat 1Malaysia ini ?
Tidak
ada pun editor-editor yang menyambut lontaran idea Tun Mahathir itu.Tidak ada
pun seorang dari editor baik media prima dan media tidak prima cuba, berusaha
melahirkan lebih ramai “pengulas-pengulas di Luar Negara. Sumber berita yang
diperolehi masih dari sumber berita yang lama sebagai contoh
Reuter,UPI,Associate French Press,AFP,IRNA dan banyak lagi sumber berita dari
agensi kerajaan diluar Negara
Kenapa
keadaan ini berlaku, kerana dewa-dewa editor sudah selesa duduk dikerusi
empuk,cukup bulan dapat gaji puluhan ribu ringgit,sekali sekala bergambar
dengan PM,kononnya mereka orang kuat Perdana Menteri pada hal kat kampung
mereka, ketua cawangan UMNO tidak mereka kenal
Alasan
sebenarnya “mereka-mereka ini” tidak mempunyai “pemikiran diluar kotakmasih
berada ditahap dan ditokok lama,tidak inovatif dan dan tidak kreatif.
Anjakan
paradigma mereka kosong dan “nihilism”,
buta,bisu dan tuli. Pemikiran diluar kotak, dalam konteks ini memberi
pengertian pemikiran “yang luar biasa”, yang pernah dilakukan oleh
manusia,sebagai contoh pemikiran pengasas Microsot, Bill Gates.
Alasan
yang diberikan editor, mewujudkan responden diluar Negara menelan kos yang
besar dan disebabkan “takut kepada kementerian kewangan, perancangan mewujudkan
koresponden diluar Negara di bumi hangus. Biarlah kita bergantung kepada
“sumber berita dari Negara-negara barat”, itulah sikap dan pemikiran yang ada
pada editor-editor kita yang ada pada hari ini
Sikap
seumpama itu perlu diubah, bukannya cakap-cakap retorik atau dalam perspektif
Islam, “orang yang mengkritik boleh melontarkan kritik tapi pengkritik mesti
tahu apa yang beliau lakukan dan apabila disuruh melakukan apa yang beliau
kritikan beliau boleh melakukannya.
Dalam
konteks ini, aku sebagai wartawan yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam
bidang kewartawanan, pada usia 38 tahun mengetuai TV3 Kelantan dan pernah
mendapat anugerah WHO IS WHO INTERNATIONAL MAGAZINE 2002 (Anugerah yang belum
pernah didapati mana-mana wartawan yang ada dibumi malaysia), I’m proud to be your-friend” kata wartawan
yang di hasad dengkikan oleh editor yang kini dikuarantinkan. Katanya kepada
aku, ketika datang kepejabat TV3 Kota Bharu suatu wakktu tidak berganjak ketika
aku menunjukan “surat pengiktirafan itu”,wartawan itulah adalah Karam Singh
Walia.
“I
am proud to be your friend,” kata Karam Singh setelah membaca surat
pengiktirafan itu
Tiba
tiba imaginasi aku menjadi liar dan bertambah liar, aku berdialog dengan diri
sendiri secara senyap dan diam. Aku mampu melakukan kerja itu, menwujudkan 30
koresponden diluar Negara dalam tempoh tiga tahun berdasarkan pengalaman dan
idea yang ada dalam kotak pemikiran aku.
Mewujudkan
30 koresponden diluar Negara amat penting selaras dan sejajar dengan arus
kemajuan Negara kita. Enam tahun lagi Negara kita akan bertukar status dari
Negara membangun kepada status Negara-negara maju setaraf dengan negara lain.
Namun tetapi jika media kita yang ada masih mencedok dan menunggu berita sumber
dari barat, dimanakah terletak kehebatan editor-edior media arus perdana kita ?
Berbalik
kepada cerita Mendagri, (Istilah Indonesia, Malaysia sebut Menteri Dalam
Negeri) kertas kerja itu telah aku serahkan kepadanya, dan beliau telah menulis
dan meminitkan kepada Ketua Penerangan UMNO, Tan Seri Muhamad Taib juga bekas
Menteri Besar, Selangor. Aku kira kertas
kerja saya itu telah disimpan dan menunggu waktu sesuai untuk diterjemahkan
kedalam bentuk realiti.
Tetapi
sehingga kehari ini hampir 10 tahun, tidak ada apa-apa jawapan yang perlu
dinyatakan. Semangat untuk merealisasikan mimpi ngeri itu masih berkobar-kobar
seperti macam api dalam sekam terus membara dan akan tetap membara dalam denyut jantung dan nadi aku.
Sekali
lagi berbalik kepada cerita dan perhubungan aku dengan Mendagri sebelum
persidangan UMNO November lalu, pada persidangan UMNO sebelum itu aku turun ke
Kuala Lumpur kerana mengedarkan Buku Politik yang di taja Ketua UMNO Bahagian
Machang, Datok Ismail Mamat. Aku meramalkan Datok Ahmad Zahid Hamidi, menang
dan mendapat undi terbanyak. Aku menulis buku itu dengan menggunakan nama
samaran aku
Selepas
waktu Maghrib aku bertemu dengannya dan dibawa kedalam bilik di Pan Pacific
Hotel dan diperkenalkan kepada keluarganya, kawannya dari TV3 yang berpengkalan
di Kota Bharu dan juga diperkenalkan kepada isterinya.
“Hari
ini hari ulang tahun perkahwinan kami, kata beliau kepada aku .
“Hari
ini,hari jadi saya 23 March,” kata aku pula kepada beliau
Berbalik
kepada sosok tubuh manusia bernama Ahmad Zahid Hamidi ini, beliau sempat
menggegarkan dunia politik tanah air khususnya UMNO apabila beliau secara
jantan menawarkan diri bersedia untuk mencabar kerusi Timbalan Presiden yang
ketika itu bakal di duduki secara percuma oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin namun
dari nasihat politik dari pelbagai pihak mengumumkan membatalkan niat tulus itu
dengan pelbagai alasan yang tentunya munasabah dan masuk akal
Pertemuan
selanjutnya aku berkunjung ke pejabatnya sewaktu beliau memegang jawatan
Menteri Pertahanan.Kunjungan hormat dari seorang wartawan dari Kota Bharu ini
diberi layanan yang sangat-sangat memuaskan. Aku disediakan teh o’ panas oleh
PA beliau sewaktu menunggu diluar bilik dan dipanggil masuk setelah tetamu yang
berada didalam bilik telah selesai urusannya
Sewaktu
didalam bilik kami berbicara bebas dan dia bertanya aku tentang politik
Kelantan dan aku menjelaskan tentang apa yang aku tahu. Apa yang aneh, beliau
tahu masalah cas keting dan sindrom politik yang tidak ada ubatnya di negeri
Kelantan
Dan
terbaru aku berkesempatan menulis buku politik terbaru iaitu perebutan jawatan
Naib Presiden UMNO yang berlangsung November tahun lepas dimana keputusannya 3
trio. Beliau, Shafie Afdal dan sepupu PM, Datuk Hishamudin menang dalam
perebutan jawatan itu manakala Datuk Mukhriz kalah tipis kepada Datuk
Hishamudin dengan lebihan 10 undi
Berdasarkan
siasatan yang dilakukan, kekalahan Mukhriz adalah kegagalan pengurus kempen
disetiap negeri membuat pendekatan mencari undi dari perwakilan
Undi
banyak yang diperolehi Mukhriz pada perebutan itu kerana adanya aura bapanya
disebalik sosok tubuhnya yang sederhana itu
Laluan
mukhriz untuk berada di salah satu kerusi bagi jawatan Naib Presiden UMNO tiga
tahun lagi akan menjadi lebih sukar, kerana beliau harus berhadapan dengan
Khairy Jamaludin yang pernah mengalahkan beliau dengan cara tidak berhemah
sewaktu perebutan Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak lama dulu
DATUK
NAZRI ABDUL AZIZ
Datuk
Nazri Abdul Aziz memang barangkali sebuah nama besar dalam pentas dan dunia
politik tanah air. Seorang manusia berjiwa besar yang merangkak dari dari
bawah, aktif dalam pergerakan Pemuda UMNO Malayisa dan pernah menjawat jawatan
Pemangku Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Namun begitu, beliau tidak pernah bertanding untuk menduduki kerusi Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO.
Berita
sensasi yang pernah menggoncang dan menggegarkan politik dalaman UMNO apabila
beliau dikatakan telah diperkudakan oleh DSAI untuk melakukan kritikan terhadap
Presiden UMNO iaitu Datok Seri Mahathir Mohamed yang ketika itu menjadi Perdana
Menteri Malaysia
Kritikan
itu dilihat sebagai ujian terhadap Mahathir Mohamed yang dibelakang layarnya
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua Pemuda UMNO. Pada waktu itu, Datuk Zahid
Hamidi yang kini memegang jawatan menteri dalam negeri dikatakan tidak terbabit
dalam ujian kekuatan dan pengaruh Anwar dalam UMNO.
Beliau
bagaimanapun dilihat sebagai orang kanan DSAI kerana sebagai Ketua Pemuda UMNO
Malaysia, beliau mempunyai pengaruh besar dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
dan pernah di ISA dan ditahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Walaubagaimanapun, beliau dibawa pulang ke Bukit Aman kerana difahamkan untuk
memberi maklumat pergerakan pemuda UMNO sabah mengenai DSAI dan Mahathir
Mohamed
Berbalik
kepada Nazri, aku mulai melihat lebih dekat tokoh ini di suatu pagi yang langit
masih belum mahu kelabu di sekitar penghujung tahun 1991. Ahli Parlimen Parti
S46 kawasan Machang,Shukri Mohamed (bekas ADO) perlu dicheck binnya telah
membuat pengisytiharan keluar dari S46 dan menyertai UMNO dan menjadi Ahli
Parlimen BN
Nazri
pada ketika itu, di Hotel Perdana Kota Bharu hadir sebagai mewakili Pergerakan
Pemuda UMNO Malaysia dan tidak duduk dihadapan barisan sewaktu sidang media
diadakan. Beliau Cuma berdiri bersama penyokong-penyokong UMNO lain yang hadir
pada majlis itu
Aku
melihat beliau dan membuat andaian
beliau mempunyai potensi dan masa depan yang cerah dalam karier politik
dan ternyata ramalan ini tepat. Sehingga kini,beliau masih menjadi menteri dan
berada dalam kabinet sejak zaman Mahathir, Pak Lah dan Najib
Keberanian
dan kejantanan beliau terbukti kerana sanggup hadir dalam majlis anjuran PAS
dan bersedia berdebat dan pemimpin-pemimpin PAS dalam isu-isu panas.Dan
sehingga kedetik ini, tidak ada satu pun dari banyak menteri yang ada dalam
barisan Kabinet yang sanggup turun ke padang untuk berdebat dengan
pemimpin-pemimpin Pas
Cuma
yang ada bekas orang kuat Kuli Sabery Chik yang kini Menteri
Komunikasi,kebudayaan dan Kesenian sanggup berdebat dengan DSAI dan disiarkan
secara langsung oleh RTM
Aku
berkesempatan berinteraksi dengan beliau ketika beliau datang ke Kota Bharu
untuk menghadiri majlis di Hotel Square Point Jln Pengkalan Chepa dan membuat
liputan berita ketika berucap di dalam majlis anjuran UMNO Bahagian Chepa. Pada
waktu itu, beliau adalah ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datok Ariffin
Hamid(kini sudah berada didalam sana)
Dan
ketika beliau membuat lawatan Ke Narathiwat, Selatan Thai, aku juga turut
membuat liputan berita mengenai kerjasama kerajaan Malaysia dengan Thailand.
Dalam Majlis itu, selaku Menteri Pembangunan dan usahawan, Datok Nazri Aziz
memberi peluang kepada belia islam diselatan thai untuk membuat latihan
kemahiran dibawah program yang dianjurkan GIAT Mara
Bagaimanapun,ternampak
jelas aspirasi DSAI ingin membuat testing terhadap Tun Mahathir apabila beliau
menggunakan Nazri sebagai platform Pemuda UMNO mengkritik Tun Mahathir Mohamed,
tapi kes itu diselesaikan dengan baik secara keluarga apabila DSAI berjumpa
dengan Nazri dan kata mukjizat, kompromi, maaf terloncat keluar dari mulut
manusia berbisa dan Mahathir Mohamed yang dikenali sebagai pemimpin tidak
berdendam,menerima kata maaf dan kes itu ditutup dengan serta merta.
Tidak
ada sambungan cerita oleh mana-mana media arus perdana dan secara politiknya,
DSAI telah membuat kesalahan besar. Dosa politik yang besar apabila cuba
mengusik harimau yang sedang tidur. Datok Seri Dr Mahathir sudah mengetahui
kedudukan kerusinya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri,juga turut
tergugat kerana pengaruh Anwarisme, begitu kuat mengalir dalam batang tubuh
UMNO
Justeru,
sesuatu harus dibuat untuk tidak membiarkan anak didik politiknya menderhaka
dan sekali gus menendang keluar dari kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Point besar sudah diketemukan. Kes liwat suatu alasan kukuh dan cukup kuat
untuk Mahathir Mohamed mengambil tindakan kejam (barangkali) menendang dan
memecat DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri
Berbalik
kepada manusia politik UMNO yang darah daging sudah membudaya dan mengalir
dalam denyut nadi Nazri Abdul Aziz, beliau seorang menteri yang tahu apa yang
beliau lakukan. Sewaktu datang menghadiri Majlis anjuran MRSM Pasir Tumbuh
lapan tahun lalu, selepas membuat sidang media, aku menghulurkan slip result
UPSR anak kawan sekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail yang kini juruukur
dan mempunyai pejabat jurukur di Kuala Krai. Sr Azmi Mohd Noor yang berumur 52
tahun, anaknya mendapat 5A tapi tidak mendapat tempat untuk melanjutkan
pelajaran ke MRSM
Anak
member saya, tidak dapat tempat diMRSM, minta tolong datok selesaikan masalah
dia” kata aku padanya.
Beliau
lantas mengambil slip result dan meneliti keputusan result lalu beliau
mengambil pen dan menandatangai slip result berkenaan dan memberikan kepada
pengawainya. Aku kemudian mengucapkan terima kasih dan bersalam dengannya
sebelum beliau beredar. Selepas itu,
dimaklumkan anak kawan aku itu telah mendapat tempat di MRSM Besut,Terengganu
dan kini telah tamat pengajian di UITM
Shah Alam dalam bidang Korporat Management dan telah bekerja di sektor
swasta di Kuala Lumpur.
Aku
kira tidak ada menteri kabinet yang ada hari ini yang dapat melakukan apa yang
dilakukan manusia bernama Nazri Abdul Aziz yang memberikan pertolongan segera
dan menyelesaikan masalah rakyat dengan sekelip mata
DATUK SERI RAIS YATIM
Teringat
aku kepada suatu peristiwa aneh dan barangkali melucukan ketika membuat liputan
berita berita yang dhadiri Menteri Kesenian,Kebudayaan dan Komunikasi,Datuk
Seri Rais Yatim yang bertempat di Hotel Renaissanse Kota Bharu. Beliau pada
hari itu merasmikan majlis “Pemikiran Sultan Ismail Petra”(Ismail Petra
Thought)
Hadirin
yang hadir para hari itu terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk
tenaga pengajar dari IPTA dan IPTS tempatan dan majlis itu diadakan di dewan
Tingkat enam Hotel Renaissance. Sultan Ismail Petra Ibn Sultan Yahya Petra
bersama Tengku Anis Tengku Hamid juga turut hadir dalam majlis yang penuh
dengan golongan intelektual yang ingin mengetahui “isi dan pemikiran” Sultan Ismail
Petra.
Kebanyakan
pada hadirin yang hadir pada hari itu memberi perhatian dan tumpuan terhadap
beliau. Dalam majlis itu, beliau memberi penjelasan dan penerangan mengenai
“Pemikiran Ismail” dan berdasarkan reaksi yang di perolehi dari antara yang hadir
memahami dan mengerti akan jalinan,ideas dan pemikiran Sultan Ismail dalam
konteks pembangunan ummah dan pembangunan modal ihsan.
Secara
keseluruhannya, dapat disimpulkan benang konklusi, tamadun, martabat bangsa
melayu yang sudah tumbuh beribu-ribu tahun dapat diteruskan kesinambungannya
dengan “bangsa melayu” yang ada hari ini berusaha keras menjadikan golongan
melayu pada hari ini manusia berilmu dan sentiasa berusaha mencari gali ilmu.
Mencari
gali ilmu dalam konteks ini ialah bangsa melayu perlu berusaha menjadi ilmuan
yang tidak pernah letih dan jemu untuk mencari ilmu sebanyak mungkin (dalam
pelbagai disiplin ilmu) bagi memastikan kelangsungan dan kewujuduan masyarakat
berilmu dirantau ini perlu di pertahankan.Lebih jauh dari itu dalam skala jangka
waktu yang panjang, masyarakat berilmu akan dihormati dan disegani masyarkat
antarabangsa
Selepas
majlis perasmian, seperti biasanya Sultan bersama isteri akan berangkat
meninggalkan majlis dan Datuk Seri Rais Yatim, selaku Menteri akan mengiringi
baginda.Yang menarik,Datuk Seri Rais Yatim selepas mengiringi baginda, beliau
harus terus ke airport Pengkalan Chepa bersama isterinya untuk pulang ke Kuala
Lumpur. Selepas tuanku melambaikan tangan, saya terus mengajukan mikrofon
kepada Datuk Seri Rais Yatim dan beliau memberi respon terhadap majlis itu.
Pada malam itu, Buletin Utama menyiarkan berita itu tapi yang menyedihkan
visual isteri Datuk Seri Rais tidak berada dalam keadaan baik (masam muka)
kerana dengan acara mewawancara itu melambatkan masa mereka untuk ke airport
Pengkalan Chepa
BEKAS.KETUA POLIS NEGARA, TAN SERI
RAHIM NOOR
Masyarakat
di Negara kita sebelum ini tiba-tiba di
kejutkan dengan berita sensasi,sedih dan pilu (barangkali) apabila Mahkamah
Rayuan menolak rayuan bekas ketua polis Negara Tan Seri Rahim Noor dan
memerintahkan beliau di masukkan kedalam penjara selama dua bulan dan perlu
membayar denda sebanyak RM2,000 kerana kesalahan melebamkkan mata bekas
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu ditahan dalam lokap
no 6 Bukit Aman, jam 10.45 malam pada 20 September 1998
Menurut
fakta kes, DSAI dipukul dengan penumbuk dalam keadaan mata tertutup dan tangan
bergari. Kejadian itu berlaku kerana DSAI mengeluarkan kata-kata kesat kepada
Tan Seri Rahim Noor yang menyebabkan beliau tidak dapat mengawal perasaan
amarah lalu menghayunkan “penumpuk jantan” kepada DSAI
Berikutan
kejadian itu, Tun Mahathir Mohamed yang menjadi Perdana Menteri pada waktu itu
juga tidak selesa dengan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh
bekas ketua polis itu. Akibat dari itu, menyebabkan gambar DSAI bertebaran
meluas dan ianyamenimbulkan simpati masyarakat khususnya kepada penggundi dan
selepas itu pada pilihanraya 1999, BN mengalami kemenangan kerusi yang tidak
banyak di parlimen berbanding dengan PRU sebelumnya.
Faktor
ini juga mendorong (barangkali) Tun Mahahtir Mohamed melepaskan kerusi empuk
kepada Pak Lah yang menurut perhitungan dan perkiraan akan menjadi orang
harapan dan meskipun beliau berada di belakang layar tapi realiti berlaku
sebaliknya
Berbalik
kepada kes ketua polis Negara yang terpaksa berada didalam penjara selama dua
bulan dan ianya merupakan satu sejarah dalam dunia kepolisian Negara kita sejak
Negara mencapai kemerdekaan dari British. Seorang bekas ketua polis dihumban
kedalam penjara kerana kesalahan memukul bekas Timbalan Perdana Menteri
Malaysia.
Apakah
sebenarnya yang Mahkamah ingin sampaikan mesej kepada rakyat 1 malaysia ? Yang
jelas suara ini mudah difahami dan dimengertikan bahawa mahkamah adalah suatu institusi
keadilan yang tidak boleh dan dicampur tangan oleh tangan-tangan ghaib manusia
yang bergelar ahli politik.
Sebelum
ini, pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara oleh Yang di Pertuan
Agung semasa zaman Tun Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri. Pada tahun
1988, bermulanya kes campur tangan pemimpin politik dalam bidang kehakiman dan
perundangan Negara.
Aku
sewaktu itu bertugas di akhbar watan masih ingat, golongan peguam yang sudah
menjadi kebiasaan mereka memakai baju tangan putih dan meletakkan secepis kain
hitam di atas baju bahu mereka tanda golongan peguam bergabung seoalah-olah
merayakan pesta kematian. Institusi perundangan dan kehakiman Negara telah
diceroboh oleh tangan-tangan berkuku besi, manusia politik
Bermula
dari titik itu, banyak kes-kes yang membabitkan kerajaan dengan pihak
pembangkang dimenangi oleh kerajaan dan secara disedari atau tidak. Imej
mahkamah sebagai sebuah institusi keadilan tiba-tiba tercemar malah dalam
kalangan rakyat sudah ada desas-desus mengatakan “mahkamah adalah milik
kerajaan”, hakim-hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan kerajaan
sudah tidak lagi berada di garisan tengah. Mereka dikatakan akan prejudis dalam
membuat keputusan
Lalu
timbul, anggapan rakyat sudah “hilang kepercayaan kepada Mahkamah” tetapi
keadaan itu berlaku sebaliknya, apabila Tun Mahatir Mohamed mula melepaskan
kerusi empuk Perdana Menteri Malaysia. Apabila Pak Lah menduduki kerusi Perdana
Menteri, banyak kes-kes “high profile” khususnya membabitkan Datuk Seri Anwar
Ibrahim dimenangi dan berpihak kepada DSAI
Pembebasan
DSAI dari penjara berlaku pada zaman Pak Lah memegang kuasa politik. DSAI yang
sepatutnya menjalani hukuman penjara selama 9 tahun di pendekkan masanya.
Keadaan ini sama sekali tidak menyenangkan Tun Mahathir Mohamed dan ia juga
menjadi faktor penting kenapa hubungan
Pak Lah dengan Mahathir sudah tidak akrab menjadi “semakin tidak akrab”
Berbalik
kepada kes bekas ketua polis Negara, ianya berlaku dalam zaman dan pemerintahan
Perdana Menteri ke enam, Datok Seri Mohmad Najib yang melaungkan slogan
“transformasi politik diseantero Negara”
Transformasi
ini mengabungkan semua bidang termasuk politik, pendidikan, social, kesenian
dan kebudayaan, falsafah, pemikiran dan dalaman UMNO itu sendiri, ianya dilihat
bukan sekadar retorik politik tapi telah
diterjemahkan kedalam alam realiti.
Dan
kes ini juga dilihat sebagai salah satu dari transformasi yang didengung dan
diinginkan Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Datuk Seri Mohd Najib Razak
Dengan
lain perkataan secara disedari atau tidak, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak
pernah campur tangan dalam kes bekas ketua polis Negara ini dan menyerahkan
kuasa kepada pihak hakim untuk membuat keputusan
Kalau
dalam bahasa Kelantan, Datuk Seri Mohd Najib Razak “tidak mengarung”
(mengharungi) air ke dalam sawah padi orang lain dan beliau dilihat bijak dan
mengetahui serta memahami kod etika dan bidang tugas sebagai seorang Perdana
Menteri
Pengalaman
aku membuat liputan berita Ketua Polis Negara Tan Seri Rahim Noor, berlaku
ketika beliau datang ke IPK Kelantan suatu ketika dulu
Beliau
pada waktu itu beliau sedang mengadakan mesyuarat dengan pengawai tinggi polis
didalam bilik mesyuarat IPK Kelantan.
Pihak
media hanya bersedia di keluar menunggu dan menanti beliau untuk membuat sidang
media selepas mesyuarat.
Dalam
pada itu, pihak media di hidangkan dengan jamuan tea dan kuih mueh. Aku pada
waktu bersama wartawan utusan Malaysia, Wan Zulkifli Wan Yakob yang kini
bertugas sebagai ketua Biro UM di Terengganu duduk di satu meja menikmati
minuman yang disediakan sambil menghisap rokok
Habuk
(asbak) rokok itu hanya kami jentik dan letakkan diatas piring, bersebelahan
cawan kopi kami.Tiba-tiba aku terperanjat didatangi anggota polis dari
belakang. Aku fikir beliau ingin menegur atau melarang kami dari meneruskan
aktiviti merokok, sebaliknya beliau menghulurkan “bekas menyimpan habuk rokok”.
Lalu aku mengucapkan terima kasih dan kami menyambung semula perbicaan kami dan
meneruskan aktviti merokok.
Lagi
berbalik kepada kes Ketua Polis Negara, ramai yang memberi tanggapan dan reaksi
yang tentunya berbezaa. Ada yang memuji namun begitu ada yang marah dan banyak
lagi reaksi dari akar umbi.
Apapun,
tindakan beliau yang mengaku bersalah patut di puji kerana jika kes ini
dibicarakan ia akan membabitkan 24 saksi dan tak tahu berapa lama kes ini dapat
diselesaikan. Pemimpin yang ada harga diri adalah pemimpin yang berani mengaku
salah dan minta maaf.
Hari
ini ramai pemimpin politik, baik UMNO,PAS,PKR dan DAP yang telah berbuat salah
tapi enggan mengaku salah dan minta maaf. Apakah mereka-mereka ini tidak punya
harga diri ? atau bagaimana ? atau apabila sudah berada di alam sana, baru
mereka ingin mengaku kesalahan mereka tapi pada waktu itu, sudah terlewat yang
ada pada waktu “hawiah dan jannah”. Takuttakut kalau bertemu dengan “hawiah” wama adro kama hiah. Tahukah kamu
apa itu hawiah? Naarun hawiah iaitu api yang sangat panas
Petikan
ini sepatutnya dibaca selepas aktiviti merokok tetapi berlaku kesilapan menaip.
Namun, kalian semua sudah berada dalam dunia kreativi aku maka teruskan
membaca. Selang beberapa minit, Tan Seri Rahim Noor keluar dari Bilik Mesyuarat
dan aku bangun dari tempat menuju kearah beliau bersama wartawan-wartawan lain.
Aku masih ingat sebelum bercakap dengan pihak media, beliau meminta gula-gula
jenama hacks dari pegawai polis yang berada disebelahnya bagi (barangkali)
untuk mengelak bau yang tidak menyenangkan ketika berhadapan degan pihak media
Wawancara
itu dilakukan secara berdiri dimana pihak media menggerumi beliau dan menghulurkan
mikrofon. Beliau terus bercakap dan menjawab soalan yang dikemukan oleh pihak
media.Wawancara itu dilakukan secara berdiri dan tidak sebagaimana kebiasaanya
pada hari itu kerana beliau ada hal lain untuk diuruskan.
Hasil
wawancara itu disiarkan Bulettin Utama TV3 tentang isu yang beliau bicarakan
pada hari itu, perkara itu berlaku kira 15 tahun lalu. Sesungguh manusia, dalam
bahasa arab disebut nash (manusia) yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu
maknanya “lupa”. Tapi anehnya Tun Mahathir Mohamed yang kini berusia 88 tahun
masih (barangkali) tidak lupa dan tidak akan lupa kerana beliau dikatakan
mempunyai ingatan yang kuat.
BEKAS.TIMBALAN PERDANA MENTERI, TAN
SERI MUHYIDDIN YASSIN
Mengenai
cerita Tan Seri Muhyiddin Yassin, selaku Perdana Menteri Malaysia tidak banyak
yang dapat aku ceritakan kerana setiap kali, melakukan lawatan ke Kelantan, aku
hanya membuat liputan dan membuat cerita apabila selesai sidang media diadakan
Kebiasaanya,
Tan Seri Muhyiddin Yassin, menjawap apa jua soalan yang dibangkitkan pihak
media, khususnya mengenai isu-isu terbaru dan tidak menolak untuk menjawab
soalan yang dikemukakan. Ada suatu hal yang menarik dan sampai saat dan detik
ini, masih berligar dalam pemikiran aku apabila dalam satu sidang media,
seorang wartawan memberitahu beliau, mengenai kenyataan menteri besar Kelantan,
selaku mursidul am PAS, PAS keberatan untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO
dan seterusnya menyertai BN dengan alasan “takut pisang berbuah dua kali”,
takut PAS ditendang keluar dari komponen BN pada tahun 1978 namun setelah menyertai BN pada zaman pemerintahan
Perdana Menteri Malayisa ke 2, Tun Abdul Razak.
Beliau
dengan nada serius dan jujur, menjelaskan PAS perlu membuang yang keruh dan
mengambil yang jernih untuk menyatupadukan penyatuan umat Islam di Negara ini.
Lagipun
katanya pemerintahan BN pada hari ini berbeza dengan pemerintahan Barisan
Nasional (BN) pada waktu “krisis politik” dalaman antara PAS dan UMNO berlaku
pada waktu pimpinan BN pada zaman itu tidak sama dengan pimpinan BN pada
hari ini
Katanya,
jika pimpinan PAS hari ini, masih mengungkit “peristiwa lama”, persoalan
penyatuan ummah, umat Islam,khususnya bangsa melayu di Negara ini mustahil akan
dapat dicapai
Untuk
itu katanya,pimpinan PAS hari ini perlu menggunakan pendekatan memaafkan dan
melupakan serta memulakan hidup baru.
PAS
katanya perlu membuka pintu muzakarah dan tidak perlu mengenakan apa-apa
syarat, yang penting katanya adakan muzakarah berbincang dan hasil perbincangan
akan dijadikan hala tuju bagi kepentingan muzakarah pada masa-masa hadapan
Bayangkan,apa
akan jadi pada landskap politik Negara dan umat Islam di Negara ini jika PAS
bergabung dan menyertai BN pada masa kini ? Bukankah jumlah kerusi BN 133
dicampur dengan 18 kerusi PAS di Parlimen akan menjadikan jumlah keseluruhan
kerusi BN di Parlimen berjumlah 151. Bukankah ini bermakna jumlah kerusi BN di
Parlimen menjadi bertambah kuat dan BN dapat memerintah dengan majoriti dua
pertiga.
Bukankah
ini bermakna penyatuan bangsa melayu sudah dapat diwujudkan.
Itu
cerita dulu, itu cerita sewaktu Tan Seri Muhyiddin berada dalam kabinet tapi
kini beliaun sudah berada dialiran kiri, menubuhkan parti bersatu bersama Tun
Mahathir Mohamed, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datok Seri Mohd Najib
Razak
Untuk
meranapkan karier politik Najib bermakna mereka harus “menjatuh dan meruntuhkan
kerajaan BN yang sedia ada” dan ini memang memerlukan masa yang panjang, munkin
50 atau 100 tahun, barulah realitas politik itu terjadi
Dalam
perkembangan ini Tun Mahathir dan Tan Seri Muhyiddin Yassin,tersilap besar
apabila melihat melihat “politik malaysia” bersamaan dengan “politik” di negara
Thailand, Indonesia dan Filipina
Diketiga
tiga negara itu, jumlajh penduduk melebehi 100 juta manakala di negera kita
Cuma 30 juta
Dinegara
itu jumlah golongan miskin, angka golongan miskin,jobless amat tinggi,jika
diminta berdemonstrasi beramai ramai, ramaiakan keluar kejalan raya manakala di
negara kita dengan kapasiiti penduuduk 30 juta dan “middle class society”,
golongan menengah yang bekerja, sukar untuk ikut serta demonstrasi jalanan
Lalu
sebagai menarik benang kesimpulan parti Bersatu, tidak mempunyai pengaruh dan
ancaman besar kepada BN berbanding dengan PAS,PKR dan DAP
Dan
di Parlimen Paloh sendiri,Tan Seri Muhyiddin akan “kalah” dengan teruk dalam
PRU ke14 nanti kerana penggundi dikawasa itu sudah matang membuat pilihan
KETUA
HAKIM NEGARA
TAN
SERI ARRIFIN ZAKARIA
Aku
mulai mengenal manusia ini bekas Hakim
Mahkamah Tinggi Kota Bharu, ketika membuat laporan berita kes-kes yang dibicarakan
diMahkamah Tinggi termasuk kes-kes jenayah dan kes 39B yang membabitkan kes-kes
pengedaran dadah
Kelantan
sebagai negeri yang berjiran dengan Thailand, di Pekan Sungai Golok dan Tak Bai
yang dikatakan tempat laluan “dadah"
dimana ia diseludupkan masuk ke negara ini menyebabkan banyak
kes-kes-kes dadah khususnya 39B dibicarakan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu.
Dan
diantara sekian banyak Mahkamah Tinggi yang ada di Negara ini, Mahkamah Tinggi
di Kota Bharu dikatakan paling banyak membicarakan kes-kes 39B
Meskipun
sudah ramai pengedar dadah disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah dan di
hantar ke alam sana dengan tali gantung tapi kegiatan menyeludup dadah masih
berterusan
Realii
ini, seolah memberi gambaran kepada kita golongan pengedar dadah tidak takut
untuk mati dan bersedia untuk menanggung risiko dengan sebuah penantian dan kematiaan berbanding
dengan kita yang tidak mengedar dadah. Ramai yang takut dan tidak bersedia
untuk “mati seketika” dan hidup semula untuk menempuh proses perbicaraan di hadapan
Yang Maha Esa.
Dan
berdasarkan pengamatan aku(maaf, pengamatan yang tidak selalu cermat ini),
sewaktu bertugas sebagai Mahkamah Tinggi Kota Bharu, beliau juga pernah
menghantar pengedar dadah ke tali gamtung kerana sabit dengan kesalahan
mengedar dadah.
Sewaktu
membuat liputan berita dimahkamah, aku tidak berkesempatan bertemu dan
berbicara dengan beliau kerana aku hanya mengambil maklumat butiran penghukuman
dan terus pulang ke pejabat untuk membuat berita.
Tan
Seri Ariiffin Zakaria ini sebenarnya “orang kampung aku”. Beliau dilahirkan di
Gual Periuk Periuk. Bapanya hanya seorang penoreh getah namun disebabkan
kecemerlangan akedemik, beliau mendapat tawaran belajar kesekolah asrama penuh,
Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) dan tidak pernah ada dalam sejarah orang
kampung aku berpeluang belajar ke sekolah asrama penuh pada waktu itu kecuali
Mejar Bersara,Razali dan seorang lagi kawan aku Mokthar Hamid,52 kini jutawan
dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berprestij itu
Aku
berpeluang berkenalan dan berbicara dengan lebih dekat dengan beliau ketika
membuat liputan berita, persidangan dan mesyuarat Hakim-Hakim seluruh Malaysia
yang ke46 di Hotel Renaisance,Kota Bharu pada awal tahun lalu. Aku maklumkan
oleh wartawan terkemuka The New Straits Time Kota Bharu, Sulaiman Jaafar tidak
ada berita hari itu kerana tidak ada sidang media. Beliau dimaklumkan semenjak
46 tahun lalu, Ketua Hakim Negara, membuat sidang media selepas merasmikan
mesyuarat Hakim-Hakim seluruh Negara. Justeru itu Sulaiman Jaafar yang dikenali
dengan panggilan Wak Leman dikalangan media di Kelantan menggeleng kepala kesal
kerana tidak dapat membuat berita, lagipun persidangan itu dilakukan secara
tertutup dan pihak media tidak dibenarkan masuk
Aku
berkata tak apa "Just wait and see”. Aku sudah tahu, Hakim Mahkamah Tinggi
Datuk Apandi Ali merangkap kawan aku juga yang telah berada didalam sana .
Sebelum berkhidmat sebagai hakim dimahkamah tinggi, beliau merupakan seorang
peguam terkenal di Kota Bharu dan juga merangkap Penasihat Unndang-Undang
kepada Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Aku kerap menemuramah beliaubersama
kameraman, Hanapi Mat. Apabila timbul isu-isu yang membabitkan undang-undang
dan berhubungkait dengan UMNO Kelantan. Malah beliau seringkali keluar didalam
Buletin Utama,TV 3. Apabila tiba waktu rehat,aku mencari Datok Apandi Ali,
beliau sangat gembira kerana dah
bertahun tak jumpa dan aku memaklumkan kepada beliau masalah media dan minta
dia buat penyusunan agar Ketua Hakim Negara buat sidang media. “OK, kawe bawa
demo jumpa Tan Seri Arifin Zakaria,” katanya. Aku terus berjalan bersama beliau
menuju kearah Tan Seri Ariffin yang pada waktu itu sedang bercakap dengan salah
seorang dari hakim."Tan Sri, kenalkan ini kawan saya,Nik Mahadi Nik
Hassan,dari TV3, beliau banyak membuat cerita saya sewaktu saya menjawat
jawatan Penasihat Undang-Undang Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Beliau dan
rakannya ingin mewawancara Tan Seri,” katanya. Aku terus melangkah kehadapan
dan menghulur tangan dan bersalaman dengan beliau. “You nak tanya isu apa,”
tanyanya pada aku." It’s just a general statement, pasal mesyuarat ni atau
ada apa-apa isu menarik,” kata aku padanya. Lalu beliau menjawab OK.
Aku
kemudian berundur dan memaklumkan kepada rakan-rakan media, jurukamera dari
TV3, Nik Zaidi Abu Bakar,Astro, RTM dan jurukamera TV-Alhijrah,Chia Chee Lin
untuk membuat persedian kerana Tan Seri bersedia berjumpa dengan pihak media.
Apabila berita ini dimaklumkan kepada Sulaiman Jaafar, beliau tidak percaya
dengan kata-kata saya “Betul ke ni Mahadi?” katanya kepada kawan aku yang
berada bersamanya
Setelah
mikrofon telah diletak diatas meja, jurukamera sudah bersedia, Datok Apandi Ali
kemudian memaklumkan kepada Tan Seri dan beliau pun berjalan masuk kedalam
bilik dimana sidang media akan diadakan.
Setelah
mengambil tempat duduk, beliau memberitahu beliau tak biasa dengan keadaan ini.
Buat pengetahuan semua, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan pihak
media.
“Nervous
sikit,” katanya pada aku.Aku kemudian menanyakan soalan tentang mesyuarat hari
ini, beliau menjawab dengan tenang dan selepas itu bermacam-macam soalan yang
dikemukakan termasuk dakwaan yang mengatakan “mahkamah alat kerajaan dan hanya
menurut kata pemimpin-pemimpin politik”.
Beliau
dengan tenang dan menjelaskan bidang kehakiman mempunyai kuasa mutlak dan
berdiri diatas bidang kuasa yang diberikan manakala politik pula mempunyai
bidang kuasa dalam skop pentadbiran. Masing-masing pihak mempunyai kuasa
masing-masing dan kuasa masing-masing terpisah namun berada di tahap yang sama.
Lalu tidak timbul persoalan bahawa pemimpin politik boleh mencampuri urusan
perundangan dan kehakimanKatanya, ini terbukti banyak kes-kes yang membabitkan
parti pembankang dimenangi oleh pihak pembangkang
Keesokan
harinya, keluar berita didada-dada akhbar seperti Berita Harian,Utusan Malaysia,
The New Straits Times bahawa Mahkamah sangat telus dan tidak dicampuri
pemimpin-pemimpin politik. Pada sebelah malamnya berita ini tersiar di TV3,TV
Al-Hijrah,Astro dan RTM
PENGUAM
NEGARA,TAN SERI APANDI ALI : NO HANKY
PANKY PLEASE
Sewaktu
beliau mempunyai firma guaman di Kota Bharu dengan nama Apandi Ali and Co, aku
kerap membuat liputan berita di mahkamah dan membuat cerita terhadap kes-kes
yang dibawanya. Banyak kes yang dibawanya menang dan ada juga kes yang
dibawanya kalah. Keadaan ini sama dengan permainan bola, sehebat manapun pasukan
bola sepak Brazil pada hari ini, mereka juga pernah kalah. Sama dengan
kehidupan ini,kita seolah-olah bermain bola bila menang, kita akan gembira
namun apabila kalah kita akan sedih. Namun begitu, apabila tiba hari esok kita
akan meneruskan permainan kehidupan dan begitulah selanjutnya. Seterusnya
berbalik kepada cerita Datok Apandi Ali, beliau seorang peguam yang mempunyai
PRO serta mempunyai hubungan masyarakat yang tinggi. Malah ramai kalangan polis
mahkamah memuji beliau kerana tabiatnya yang suka membelanja orang makan dan
kadang-kadang satu kantin tidak kira berapa meja yang terlibat, beliau akan
bayar.
Sikapnya
yang peramah dan suka berintekrasi dengan segenap lapisan masyarakat menyebabkan
beliau digelar seorang peguam yang tidak sombong. Ini adalah kerana
ciri-ciri kampung masih melekat pada
dirinya. Dilahirkan di Kampung Manek Urai, Kuala Krai dan membesar dalam
kehidupan kampung menyebabkan beliau mengerti dan tahu akan makna dimana langit
dijunjung disitu bumi dipijak.
Setelah
banyak tahun tidak berjumpa dan sewaktu aku membelek diari lama, aku menjumpai
nombornya yang masih aku simpan lalu aku terus menelefonnya. Beliau dengan nada
ceria dan gembira mendengar suara kawan lama malah beliau berpesan jika ada
masa dan datang ke Kuala Lumpur cepat-cepat menelefon beliau dan boleh
menikmati teh tarik bersama.
Itulah
Datok Apand Ali, seorang hakim yang tidak terlalu salah jika dikatakan manusia
yang mudah. Namun, disebalik itu tercipta pengalaman pedih, memilu dan
melucukan. Pada waktu itu beliau menjadi peguam kepada seorang doctor china di
HUSM yang didakwa meraba payu dara pesakit sewatu membuat rawatan. Aku
ditugaskan oleh Bilik Berita TV3 untuk membuat liputan tentang berita tersebut.
Jurukamera
Mohd Zaki Mahmood yang kini wakil TV9 Kelantan sedang bersedia diluar mahkamah
untuk merakam visual doktor berkenaan. Namun, dengan tiba-tiba doktor itu
keluar dan berlari kearah kereta. Kesan dari itu, jurukamera tidak sempat
merakam visual doktor berkenaan. Akibatnya, pada hari tersebut, tidak ada
berita mahkamah. Selepas itu aku berjumpa dengan Datok Apandi Ali dan
menceritakan keseluruhan insiden yang baru berlaku itu .Beliau dengan nada yang
tinggi, tertawa dan berbisik kepada aku bahawa beliau yang menyuruh doktor itu
berlari agar jurugambar tidak sempat merakam visualnya
Aku
kira Datok Apandi Ali masih ingat dan tidak melupakan peristiwa manis ini dan
pahit bagi jurukameraMohd Zaki Mahmood yang tentunya tidak sempat merakam aksi doktor. Doktor tersebut diikat jamin keluar dari
Mahkamah dengan aksi berlari sepantas kilat.
Hubungan
aku dengan beliau bertambah baik apabila aku kerap menelefon dan mewawancara
beliau untuk dimuat dalam berita khususnya dalam Buletin Utama. Keadaan ini
berlaku apabila timbul isu yang membabitkan terma undang-undang dan
perselisihan faham antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.Aku mewawancara
beliau kerana beliau adalah Peguam yang mewakili Badan Perhubungan UMNO
Kelantan. Justeru itu, apabila timbul isu yang membabitkan “undang-undang”
beliaulah tempat menjadi rujukan para pemimpin politik UMNO dan pihak media di
Kelantan.
Beliau
telah memaklumkan kepada aku secara persendirian, barangkali maksud beliau meskipun
dilantik menjadi peguambadan perhubungan UMNO Kelantan tetapi beliau tidak menerima
surat perlantikan secara rasmi oleh badan perhubunganUMNO Kelantan. Mungkin
maksud beliau pada ketika itu, surat perlantikan belum ada dan mungkin selepas
ini baru ada.
DATO’
ANIZAM ABDUL RAHMAN
PENGERUSI
JAWATANKUASA KEBUDAYAAN, PELANCONGAN DAN WARISAN
Aku
mengenali lebih dekat dengan ADUN Kemahang ini sewaktu membuat liputan berita
mengenai perasmian Loji Air di Kampung Puteh, Kota Bharu tidak lama dulu.
Selepas majlis itu, aku terus mewawancara beliau dan hasil liputan berita itu
disiarkan dalam berita Buletin Pagi, TV3 pada keesokan harinya.
Beliau pada mulanya kelihatan gugup kerana pertama
kali ditemuramah oleh wartawan TV3. Mungkin beliau tidak menyangka fungsinya
yang mewakili kerajaan pembangkang turut mendapat liputan berita dari pihak TV3
yang sebelum ini mendapat pandangan serong kerana menyiarkan berita-berita
politik yang negative terhadap kerajaan pembangkang dinegeri Kelantan.Selepas
itu, hubungan kami menjadi semakin akrab dan setiap kali bertemu pada Majlis-Majlis
Rasmi Kerajaan Negeri, aku akan bersalam dengan beliau. Kalau tidak
berkesempatan berbuat demikian, aku akan melontarkan senyuman dan beliau
memberikan respon yang baik
Sebagai
pemimpin veteran Pas, yang banyak kali menang dan mempertahankan kerusi dewan
undangan negeri Kemahang, Tanah Merah dan dilantik menjadi ahlli exco kerajaan
negeri beliau seorang pemimpin PAS yang tidak berkontroversi. Dan sebagai pemimpin
dan ahli exco Pas, ber portfolio menjaga “air” dinegeri Kelantan, beliau sering
mendapat liputan berita negatif mengenai masalah air di Kelantan. Namun begitu,
beliau sentiasa kelihatan tenang walaupun sering dikritik dengan pihak media
berikutan kegagalannya di Air Kelantan Sdn Bhd mengatasi masalah dan kemelut
air di negeri ini
Lebih
menyedihkan apabila isu air di negeri ini mulai dipolitikkan oelh pihak
tertentu yang ingin mendapat kepentingan politik.
Dalam
salah satu sidang media yang diadakan di pejabat Pengurus Besar Air Kelantan
Snd.Bhd, beliau agak emosionalapabila berhadapan dengan pihak media Kelantan untuk
menjawab soalan provokasi yang
dikemukakan.Ketika ditanya mengenai sikap media perdana dan media arus perdana
mengenai laporan air itu, beliau menjelaskan kebanyakkan laporan yang disiarkan
seolah-olah mempunyai agenda tertentu untuk mencemarkan nama kerajaan negeri. Malah,
apa yang beliau ucapkan telah diputarbelitkan oleh pihak media yang menyebabkan
beliau menjadi kurang selesa dan tidak senang untuk berhadapan dengan pihak
media di negeri ini
Katanya,
kalau pihak media arus perdana bersikap lebih professional dan melaporkan apa
yang sebenarnya berlaku, beliau tidak kisah untuk berhadapan dengan golongan
itu.
Kini,
beliau telah bertukar portfolio. Beliau kini dilantik sebagai
PengerusiJawatankuasa Pelancogan yang bertanggungjawab terhadap perkembangan
pelancongan di negeri ini
Ketika
ditemui dipejabatnya, beliau meluahkan apa yang terpendam didalam lubuk hatinya
yang terdalam mengenai sikap kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri
Beliau
kini memegang jawatan Pengerusi Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan melahirkan
rasa terkilan terhadap Menteri Pelancongan, Datok Nazri Aziz yang didakwa tidak
banyak membantu kerajaan negeri dalam membangunankan industri pelancongan di
negeri Kelantan. Beliau mendakwa kerajaan negeri menerima peruntukan RM1juta dalam
satu tahun untuk membangunakan industri pelancongan di negeri ini
Katanya
jumlah yang diperuntukan itu kecil berbanding dengan peruntukan yang disalurkan
kepada kerajaan negeri dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Justeru
beliau meminta jasa baik Datok Nazri Aziz agar menyemak semula keputusan dan dasar yang lapuk sebaliknya memberikan
peruntukan yang sama rata kepada kerajaan PAS Kelantan, sama dengan
negeri-negeri dibawah pentadbiran kerajaan BN.
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO DATOK MUSTAPHA MOHAMED
Barangkali
tidak ramai dikalangan penikmat dan pencandu politik negeri kelantan, khususnya
ketua bahagian dan ketua pemuda UMNO di 14 Bahagian UMNO tidak mengetahui
“rahsia kehebatan”Datok Pa bermain politik
Malah
tidak ada satu pun diantara Ketua Bahagian UMNO dan Ketua Pemuda UMNO mengikut
jejaklangkah datok pa dan menjadikan apa yang dilakukan sebagai rutin kehidupan
harian mereka
Tokpa
di Jeli, sering melakukan solat subuh secara berjemaah. Malah tidak ada surau
dan madrasah serta masjid di parlimen Jeli yang tidak didatangi dan tidak
“disolat subuhkan” oleh Tok Pa.
Malah.,
pakcik tua,m orang kampun berusian 70 tahun lebih terkejut besar dan merasa
bangga surau dan madrasah mereka yang terletak di pelusuk negeri di datangi
menteri pada pagi pagi buta untuk solat berjemaah bersama rakyat
Kehebatan
ini merupakan rahsia politik datok pa menawan dan memenangi hati rakyat,
khususnya penggungi dikawasan parlimen Jeli
Jika
pemimpim Pas melaung dan berteriak memperjuangkan Islam Datuk Pa dengan mudah
dengan simple menepis dakwaan itu dengan mengatakan UMNO juga turut
memperjuangkan Islam malah jasa bakti UMNO terhadap perkembangan dan
pembangunan Islam dan Ihsan rakyat negara ini jauh lebih besar dengan apa yang
telah dilakukan parti PAS
Dari
segi relegious.Tok Pa juga seorang pemimpim yang boleh diletakkan sebaris
dengan pemimpim PAS diperingkat bahagian atau cawangan
Berdasarkan
pengalam aku sebagai wakil TV3 dan kerap membuat berita-berita tok pa di
parlimen Jeli sejak tahun 1996 sehingga sekarang “dosa politik” yang barangkali yang telah
dilakukan “secara tidak sengaja”(antara sengaja dan tidak sengaja tidak ada
batasmya) beliau “memohon maaf kepada kerajaan negeri dan seluruh rakyat
kelantan” dalam persidangan dewan undangan negeri “ belum lama ini yang
mendedahkan “beliaulah orang bertanggungjawab” menyekat pelabur asing,
pelaburluar negera datang melabur ke
kelantan
Pengakuan
tulus dan jujur itu bagaimana pun mendapat reaksi berbeda
Bagi
ahli dewan undangan negeri Kok Lanas pada waktu itu,Datuk Seri Annuar Musa(Kini
Tan Seri) tindakan datok pa berbuat demikian dilihat “childish” dan ianya tidak
patut mendedahkan pengakuan itu dalam persidangan dewan undangan negeri kerana
ia turut menjejaskan imej kerajaan Barisan Nasional
Mengenai
hubungan aku dengan Tokpa, ianya berjalan baik seperti biasa.Kadang-kadang bila
ada hal penting mengenai liputan berita, aku talipon direct handphone dia, dia
angkat dan kita berbicara
Jika
beliau sedang meeting dia tidak angkat talipon dan selepas itu dia akan talipon
balik dan bertanya kenapa aku menalipon dia
TIMBALAN
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KELANTAN, DATOK AHMAD JAZLAN YAACOB
Aku
sudah lama mengenali beliau pada pertengahan tahun1990 sewaktu beliau aktif
dalam UMNO Bahagian Machang.Dia seorang yang peramah, friendly dan disukai
pihak media di negeri kelantan
Aku
kerap juga membuat liputan berita untuk TV3 apabila beliau memberikan sumbangan
kepada golongan bawahan, golongan miskim diparlimen Machang.
Dan
sewaktu aktif dengan KAFA aku juga pernah mewawan cara untuk “berita sukan” TV3
yang bossnya adalah Abu Bakar Atan
Dan
dengan perlantikan sebagai Timbalan Menteri, orang no 2,Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah, beliau mendapat liputan berita yang meluas berbanding
dengan sebelumnya
Dalam
PRU 13 belum lama ini, beliau menang dengan lebihan majoriti 800, menewaskan
calon PKR Wan Zawawi Wan Abdullah, kini CEO Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri
Kelantan, satu kemenangan tipis yang tidak patut dibanggakan
Kemenangan
itu dilihat sebagai “political games” kerana ketiga-tiga kerusi DUN yang di
pertandingkan termasuk di Kemuning, Pulai Chondong dan Temangan, kerusi BN
kalah kepada calon PAS tapi “kerusi Parlimen Machang” dimenangi oleh calon B-N
Ini
dilihat sebagai suatu hal yang aneh,tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dimenangi
calon PAS manakala kerusi Parlimen Machang di menangi calon B-N
Ada
pendapat politik mengatkan disinilah terletak kehebatan da keistimewaan Datok
Jazlan bermain politik
Menurut
seorang tokoh politik veteran,80an, enggan didedahkan pengenalan diri, kerusi
parlimen machang sering berubah dan bertukar tangan.ahli parlimen machang,tidak
kira samada dari kerajaan atau pembangkang Cuma diberi “mandat” selama satu
penggal,selepas rakyat machang akan memilih ahli parlimen,yang baru dan yang
lain
Kalau
mengikut sejarah dan trend politik,mood penggundi di parlimen machang dalam PRU
14 nanti, Datok Jazlan akan menemukan “kekalahan” tapi berdasarkan gerak kerja,
prest kerja Datok Jazlan dilihat mamu membuat kejutan besar dan akan menang
untuk kedua kali bagi parlimen Machang
Tapi
berdasarkan kajian rambang yang dilakukan terdapat beberapa orang kuat UMNO
diPulau Chondong telah menyertai parti bersatu,pimpinan Tan Seri Muhyiddin
Yassin dan juga dibandar machang ada juga segelintir ahli UMNO yang menyokong
parti baru itu
Selain
berhadapan dengan masalah itu,Datok Jazlan juga mesti bijak menanggani
penggundi “silence killer”
Apapun
PRU 14 nanti akan melihat Datok Jazlan “bersilat dengan bunga silat” yang baru
bagi memastikan kerusi Parlimen Machang akan terus menjadi miliknya untuk kedua
kali
TIMBALAN
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATUK DR ASHRAF WAJIDI DATUK DUSUKI
Berita
terbaru,figura Islam, tokoh yang berimejkan Islam dan dikatakan mempunyai masa
depan yang cerah dalam politik disahkan akan bertanding dalam PRU 14 bagi
kawasan Parlimen Pasir Puteh
Pengesahan
itu dibuat seorangpengamat politik yang dulunya tokoh veteran UMNO, kini
berusia 80 tahun yang juga enggan didedahkan identitinya
Menurutnya
Dr Ashraf mempunyai peluang besar untuk merampas kerusi ini dari calon PAS
kerana beliiau mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan masyarakat
tempatan
Disamping
itu UMNO Bahagian Pasir Puteh, termasuk Ketua Bajagian Datok Zawawi Othman
telah memberi lampu hijau dan memberikan blessing kepada beliau untuk
bertanding bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh
Kini,
dengan jentera yang ada net-work kerja yang teratur beliau telah memonitor
gerak kerja anaknya bagi memastikan dalam PRU 14 nanti kerusi Parlimen berjaya bertukar tangan dari PAS
kepada Barisan Nasional
Hubungannya
dengan pemimpinUMNO di empat kawasan dewan undangan negeri termasuk di
selising, gaal,semerak dan Limbongan berjalan baik dan lancar memberi “tanda
politik” tidak akan berlaku kes caketing dan “menikam dari belakang”
Selain
harus berhadapan dengan bekas ketua Bahagian Pasir Puteh dan bekas Ahli Dewan
Undangan Negeri,Semerak, Kamarudin Mohd Noor, kini Ketua Penerangan Parti
Bersatu, dr ashraf dilhat mampu mengatasi halangan itu
Bagaimmanapun
beliau dinasihatkan bekerja lebih keras untuk berhadapan dengan pemimpin parti
bersatu dijajahan itu yang dulunya adalah ahli UMNO tegar dijajahan itu
KETUA
PENERANGAN UMNO TAN SERI ANNUAR MUSA : DON’T YOU STARE AT ME ?
“Rakyat
bukan bencikan UMNO, rakyat tidak sukakan kepada kepimpinan UMNO yang ada
sekarang, menyebabkan undi bangsa melayu merosot dalam pilihanraya lalu,”
itulah kata-kata keramat, unggapan berani yang dilontarkan Datuk Seri Annuar
Musa.
Kejadian
itu berlaku dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selepas pilihanraya umum ke
11 yang menyebabkan tidak lama selepas itu
Tun Mahathir Mohamed membuat pengistiharan akan berundur dari pentas
politik dan melepaskan jawatan keramat Perdana Menteri Malaysia keempat
Itulah
harga sebuah “keberanian” yang terpaksa ditanggung oleh Tan Sri Annuar Musa. Selepas
itu ditimpa dan dihempapkan dengan pelbagai masalah politik hinggaterpaksa
menanggung dosa politik yang menyebabkan beliau turut terheret dalam beberapa kes
termasuk dikatakan “turut terbabit dan terlibat” dalam kes penyelewengan Projek
Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT) yang mana secara undang-undang Mahkamah tidak
pernah membabitkan beliau dengan kes itu.
Malah,
beliau sendiri tidak pernah didakwa di Mahkamah, beliau sama sekali tidak
terbabit dalam skandal yang pernah menggemparkan seluruh Negara. Malah, dalam
sidang dewan undangan negeri, beliau dengan jelas memaklumkan kepada ahli dewan
undangan negeri bahawa beliau bersedia mengheret penulis buku penyelewegan
projek PPRT sebanyak RM43 juta kemahkamah tetapi tidak dapat berbuat demikian
kerana penulis buku itu menggunakan nama samaran.
Sebelum
turun dari kerusi Perdana Menteri,Tun Mahathir telah memaklumkan kepada
bakalpenggantinya iaitu Pak Lah agar mengheret atau mendakwa Tan Sri Annuar
Musa ke Mahkamah namun tetapi tidak dilakukan PakLah kerana pihak Pendakwaraya
tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Tan Seri Annuar Musa ke mahkamah
berikutan kes itu.
Aku
mulai mengenai Datuk Seri Annuar Musa pada tahun 1988, sewaktu bertugas dengan
akhbar watan. Kerja aku pada hari it adalah membuat liputan berita di Kg Bukit
Marak. Beliau pada waktu itu menghadiri majlis belia. Golongan beliau pada
waktu menaiki motorsikal, berbaju merah, beramai-ramai ke majlis itu
Itulah
pertama kali aku mendengar, Tan Seri Annuar Musa berucap didalam majlis yang
dihadiri penduduk kampung itu dan penduduk di sekitar yang berhampiran. Sdr
Bakri, stringer RTM Kota Bharu datang untuk membuat liputan berita pada hari
itu (kini sudah bersara). Selepas majlis itu,aku memperkenalkan diri aku dari
akhbar watan dan berbicara seketika dengan Tan Seri Annuar Musa dan beliau sangat
ramah lalu bermulalah titik perkenalan dengan manusia yang bernama Datuk Seri
Annuar Musa. Dan pada setiap kali membuat liputan berita seterusnya sewaktu
bertugas dengan TV3, hubungan kami menjadi semakin baik dan tidak mempunyai
apa-apa masalah untuk mewawancara beliau. Beliau akan selalu memberi kerjasama.
Cuma
sewaktu beliau memegang jawatan Pengerusi KADA, aku membuat berita dikawasan
wakaf bharu dimana penduduk kampong membuat aduan mengenai limpahan air dari
terusan KADA yang berhampiran menyebabkan penduduk kampong berkenaan kerap kali
dilanda banjir Walaubagaimanapun selepas berita itu disiarkan oleh Buletin
Utama, pihak pengurusan KADA mengambil tindakan drastik mengatasi masalah itu
dengan cara menggunakan pam air bagi mengeluarkan air yang bertakung dikawasan
itu.
Aku
dimaklumkan bahawa Datuk Annuar Musa kurang selesa dengan laporan itu dan
ketika dihubungi untuk membuat cerita selanjutnya, beliau menjelaskan pihak
KADA sedang mengambil langkah serius untuk mengatasi masalah. Selepas berbicara
dengan beliau, aku memaklumkan kepada editor iaitu Rusli Hassan mengenai
penjelasan yang di berikan Datuk Seri Annuar Musa. Beliau mengambil tindakan
segera bagi mengatasi masalah itu. Aku dimaklumkan oleh editor yang beliau mahukan
“visual” atau kerja-kerja yang sedang dilakukan bagi mengatasi masalah itu
bukan sekadar menemuramah Datuk Seri Annuar Musa
Selepas
diteliti, Datuk Seri Annuar Musa bersedia untuk ditemuramah tapi tidak ada
visual lain termasuk kerja-kerja mengatasi masalah itu dilakukan. Aku
membatalkan appointment untuk menemuramah beliau kerana tidak ada visual
sebagaimana yang diinginkan bilik berita TV3. Tapi kini, beliau sudah berwajah
lain dan menjawat jawatan penting dalam parti politik melayu UMNO serta mempunyai
tanggungjawab besar untuk memulihkan imej UMNO yang dikatakan sudah tercemar
sedikit masa dahulu
Selaku
Ketua Penerangan UMNO tugas yang paling besar yang patut beliau lakukan ialah
memujuk bangsa melayu agar memberi keyakinan politik semula kepada rakyat
pimpinan UMNO kerana UMNO lah satu satunya parti politik bangsa melayu yang
telah banyak jasa kepada bangsa melayu sejak negara mencapai kemerdekaan dari
Birtish, enam puluh tahun dahulu.
TIMBALAN
MENTERI BESAR : DATOK NIK AMAR ABDULLlAH, PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN ?
Datok
Nik Amar Nik Abdullah yang kini menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar
merupakan pemimpin pelapis Pas yang mampu menaiki tangga politik Pas lebih
tinggi dalam masa-masa mendatang. Sewaktu bertugas dengan TV3 aku tidak pernah
membuat liputan-liputan berita yang dihadirinya kerana Bilik Berita TV3 lebih memberi
tumpuan kepada Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datok Husham Musa untuk membuat
komen terhadap isu-isu semasa yang berbangkit
Tambahan
pula, Portfolio yang dipegang beliau, sektor pendidikan tidak mempunyai isu-isu
kontroversi sensitif dan tidak ada apa-apa untuk diletupkan. Apa pun
berdasarkan pegalaman dan pengamatan yang dilakukan, beliau adalah seorang
pemimpin yang bersikap terbuka dan
bersedia untuk berhadapan dengan pihak media di negeri ini.
Meskipun
hubungan kami tidak rapat, beliau mengenali aku sebagai wartawan TV3 dan kami
saling menghormati satu sama lain.Cuma akhir-akhir ini, hubungan kami agar
rapat apabila beliau mengetahui aku kini berkhidmat dengan TV Al-Hijrah dan aku
juga sering mewawancara beliau untuk bilik berita TV al-Hijrah
Kali
pertama aku mewawancara beliau ialah ketika kematian wakil rakyat keadilan bagi
DUN Tendong. Dalam kesibukan beliau mengurus jenazah dan solat jenazah, beliau
sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan pihak media dan diwawancara oleh TV
Al-Hijrah Kelantan. Hasil interview itu di siarkan pada sebelah malam Berita TV
Al-Hijrah
Sejak
dari peristiwa itu, aku tidak mempunyai masalah banyak untuk mewawancara beliau kerana beliau akan menyusun waktu untuk
diwawancara. Kali terakhir aku menemuramah beliau selepas menghadiri majlis
makan tengah hari. Pada hari itu di dewan teratai , setiausaha kerajaan negeri
untuk kerajaan negeri Kelantan telah membuat majlis makan tengahari kepada
semua qari dan qariah dari setiap negeri yang menyertai pertandingan musabaqah
al-quran yang pertama kali diadakan di negeri Kelantan sejak kerajaan PAS
memerintah Kelantan 23 tahun lampau
Ketika
menemuramah, beliau melahirkan rasa terima kasih kerajaan negeri kepada Datok
Jamil Khir Baharom yang kini bertugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana
Menteri kerana memilih Kelantan sebagai tuan rumah bagi pertandingan musabaqah
peringkat kebangsaan
Majlis
itu dihadiri Perdana Menteri, Datok Seri Mohd Najib Razak dan Datin Rosmah
Mansor di Balai Islam Lundang manaka kerajaan negeri diwakili Menteri
Besar,Datok Ahmad Yaakob dan barisan
exco kerjaan negeri.
DATOK ABDUL FATAH MAHMOOD
Aku
mengenali Datok Abdul Fatah Mahmood dan berkesempatan berbicara dengan beliau
apabila aku diminta membuat cerita berhubungan dengan dakwaan Persatuan Bola
Sepak Kelan tan (KAFA) dimana kerajaan negeri enggan memberi kerjasama bagi
pembangunan sukan negeri Kelantan. Ketika aku berjumpa beliau selepas majlis persidangan
dewan undangan negeri dan memaklumkan untuk mewawancara beliau, beliau agak
terkejut dan terkesima.
“Boleh
masuk TV3,Buletin Utama malam ni,” kata beliau.
Aku
menjelaskan kepada beliau, berita yang aku buat ini adalah berita sukan dan di
seri pentas ada banyak meja berita termasuk politik, jenayah,general am,meja
sukan dan sebagainya
Disebabkan
berita ini, berita sukan yang tiada kaitan dengan berita politik, dan sebagai
ahli exco dan Pengerusi jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri , beliau adalah
orang yang layak untuk diwawancara ini akan dipakai berita sukan dan berita itu
dipakai dalam Buletin Utama dibawah slot Berita Sukan.
Selepas
itu, beliau bersetuju untuk diwawancara dan menjelaskan kerajaan negeri
sentiasa ingin memberi kerjasama dan melakukan kerjasama dengan KAFA demi
kemajuan sukan bola sepak negeri Kelantan. Malah beliau mendakwa kepimpinan
KAFA yang tidak mengamalkan sikap bersahabat dan ingin mempolitikkan isu bola
sepak menyebabkan usaha kerjasama tidak berjalan lancar. Semenjak dari itu,
hubungan kami semakin dan aku pada bila-bila masa dapat menghubungi beiau untuk
mendapatkan komen mengenai perkembangan sukan di negeri Kelantan
Dan
berdasarkan siasatan dilakukan, beliau mempunyai pengaruh yang amat kuat di
kawasan Bukit Panau dan sebagai wakil rakyat yang memegang portfolio exco
selama dua penggal berturut disamping mempunyai sentuhan yang bersifat
sentimental yang kuat dikalangan akar umbi dan penggundi UMNO tanah merah sukar
untuk merampas kuasa politik dari beliau.
Malah
ada pendapat politik mengatakan jika Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datok
Ikmal Hisham bertanding di dewan undangan negeri Bukit Panau akan menemukan
kekalahan. Sejauh mana benar dakwaan politik itu, kita masih samar. Yang jelas,
lebihan majoriti yang dimenangai Datuk Abdul Fatah Mahmod membuktikan beliau
seorang pemimpin yang banyak berjaya di peringkat akar umbi
Selain
itu, faktor hubungan mesra rakyat dengan segenap lapisan masyarakat dikawasan
itu dan mempunyai hubungan rapat dengan ahli-ahli parti di pusat pengajian
tinggi awam dan swasta menyebabkan beliau seorang tokoh pemimpin politik yang
sukar untuk ditolak kehebatannya.Beliau yang juga dikenali sebagai pemimpin
yang bersih dan kerap melakukan program-program dakwah Islamiah dikawasannya
menyebabkan beliau juga dikenali dan disenangi golongan-golongan tua.
DATO’CHE
ABDULLAH CHE NAWI
PENGERUSI
JAWATANKUASA PERTANIAN BIO TEKNOLOGI DAN TEKNOLOGI HIJAU
Nama
Che Abdullah Che Nawi memang barangkali bukan merupakan nama besar dalam
persada politik Pas negeri Kelantan tetapi nama ini cukup gah dan besar
dikalangan pucuk pimpinan PAS Pusat. Sewaktu beliau menuntut di Amerika
Syarikat dan memegang jawatan sebagai Presiden Persatun Pelajar Malaysia Utara
Amerika Syarikat, beliau merupakan pengeluar idea yang mengatur pertemuan
pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut disana untuk bertemu dan beramah mesra
dengan pemimpin PAS pusat yang datang bermuzakarah dengan ahli-ahli Pas yang
menuntut disana
Aku
telah lama mengenali Che Abdullah Che Nawi. Sewaktu belajar disekolah menengah
Sultan Ismail(SMSI) pada tahun 1974. Beliau senior satu tahun berbeza dari aku
dimana pada waktu itu aku berada dalam kelas (Special Remove Class) tingkatan
satu dan beliau berada didalam tingkatan 2(Special Remove Class) . Aku
merupakan kumpulan terakhir yang berada dalam kelas peralihan kerana selepas
itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memansuhkan kelas peralihan di
seluruh Negara. Kelas peralihan itu diwujudkan bagi menampung pelajar-pelajar
luar Bandar yang mendapat keputusan separuh cemerlang dalam peperiksaan
penilaian darjah lima. Pelajar yang ditawarkan belajar didalam kelas peralihan
itu terdiri dari pelajar luar Bandar yang mendapat 3A 2B,2A 3B dan 4A 1C yang
tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran kesekolah berasrama penuh
atau ke Maktab Rendah Sains Mara. Mereka terpilih dari pelbagai jajahan
termasuk dari Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh,Bacok, Kuala Krai dan Gua Musang.
Kesemua mereka mendapat biasiswa persekutuan sebanyak RM25 sebulan
Mereka
ini ditempatkan diasrama Putera Sultan Ismail College. Che Abdullah atau lebih
dikenali dengan Pak Lah, juga antara produk-produk pelajar kampung yang
dibesarkan dengan nasi kawah namun mereka dapat melanjutkan pelajaran ke ITM
Dungun sebelum meneruskan pengajian peringkat ijazah dan beroleh Master dalam Pentadbiran bisnes. Sebagai pelajar
kampung, beliau telah berjaya menterjemahkan ilmu perniagaan yang dipelajari di
ITM kedalam dunia realiti. Sewaktu belajar disana beliau telah Berjaya
menubuhkan syarikat dan mempunyai pekerja terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia
yang bekerja pada musim panas atau masa cuti semester.
Perniagaan
beliau ialah memberi perkhidmatan, menghantar binatang peliharaan seperti
kucing dan anjing ke klinik-klinik veterinarI disekitar Illinois. Pendapatan
yang diperolehi amat memuaskan. Setelah tamat belajar, beliau pulang ke
Malaysia dan terbabit dalam pelbagai bisnes sebelum terjun kedalam politik.
Beliau
menetap disana hamper 10 tahun dan yang memeningkan kepada beliau sewaktu di
amerika syarikat beliau mengajar anak-anaknya merokok adalah haram dan kegiatan
itu hanya dilakukan oleh Mat Salleh bukannya orang Islam. Walaubagaimanapun,
apabila balik ke kampungnya anak-anaknya “hairan” kerana melihat
saudara-saudaranya, bapa saudaraya turut mengamalkan tabiat merokok dan beliau sendiri gagal memberijawapan
terhadap pertanyaan yang di kemukakan anak-anaknya
Sewaktu
belajar disana, beliau telah menghubungi aku sewaktu itu aku menetap di kg
beris kubur besar dan kami berbicara hampir 45 minit. Pada waktu itu aku
berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan(PKINK) di Unit
Perhubungan Awam dan beliau telah menyarankan kepada aku supaya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat dan memberi jaminan akan memberikan pekerjaan
disyarikatnya jika aku benar-benar berminat untuk belajar disana. Namun begitu,
tawaran itu aku tolak dengan baik dengan alasan sudah berkeluarga dan mempunyai
tiga anak. Kemungkinan itu barangkali “kehebatan dan keistimewaan” yang
dimiliki Datok Che Abdullah, bersedia membantu kawan-kawan lama
Didalam
bidang politik, sewaktu bertugas denga tv3 aku tidak pernah berkesempatan untuk
mewawancara beliau kerana beliau hanya wakil rakyat biasa dan untuk memasukkan
berita beliau kedalam buletin utama memang sukar dan sulit. Beliau sebagai wakil
rakyat dua penggal dikawasan DUN Wakaf Bharu sentiasa berada didalam risiko
tidak selamat kerana harus berhadapan dengan bekas wakil rakyat BN, Datok
Rosdi. Dalam dalam PRU 13 lalu, beliau bernasib baik kerana diselamatkan oleh
penggundi luar yang pulang ke wakaf bharu memberikan undi mereka Datok Che
Abdullah Che Nawi.Berdasarkan siasatan rambang yang dilakukan, Datok Rosdi Abd
Aziz mempunyai masalah untuk menewaskan
Pak Lah kerana beliau seorang pemimpin yang sangat mudah. Lagipun sikap beliau
yang kerap solat dimadrasah, surau dan masjid dikawasan wakaf bharu, memberikan
pendedahan mudah dan murah kepada beliau untuk bertemu dan berinteraksi dengan
masyarakat dibawah sana
Sikap
beliau yang “mudah baso” barangkali menyebabkan penggundi dikawasan itu masih
sukakan beliau menyebabkan peluang untuk merampas kerusi DUN Wakaf Bharu
(barangkali) sukar untuk dilakukan Datok Rosdi Abd Aziz, Timbalan Ketua UMNO
Bahagian Tumpat. Dalam hubungan ini, bekas ADUN BN 2004, Datok Rosdi Abd Aziz,
juga tidak kalah hebat mempunyai “sentuhan halus” diperingkat akar umbi dan
dapat satu dengan Datuk Che Abdullah Che Nawi begitu Che Abdullah dalam PRU
ke13 lalu, masih mampu mengalahkan lawan politiknya dengan majoriti sederhana
banyak
Sewaktu
beliau memegang jawatan exco, aku sempat membuat liputan berita pada Majlis
Hari Peladang Negeri Kelantan yang dihadiri oleh Sultan Muhammad Kelima,
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz NiK Mat dan Che Abdullah Che Nawi di
hadapan Stadium Sultan Muhammad keempat. Aku pada mulanya ingin mewawancara
beliau tapi disebabkan dari segi protokol, Menteri Besar ada pada majlis itu
aku terpaksa mewawancara Menteri Besar.Nik Aziz didalam wawancara itu mengatakan
kerajaan memperuntukan RM20
juta bagi pembelian baja asli untuk kegunaan petani di negeri ini
TAN
SERI ABDULLAH AHMAD
Tan
Seri Abdullah Ahmad, memang bukan sekadar sebuah nama dalam dunia dan peta
persuratan tanah air tetapi sebagai bekas setiausaha politik PM Tun Abdul Razak,beliau
kini allahyarham, juga telah berangkat ke alam sana mempunyai penglaman yang
tidak sedikit dalam bidang kewartawanan
.
Beliau lahir dari produk media juga pernah menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian
Kok Lanas dan apabila berlaku persempadanan semula dan kawasan kok lanas dimasukkan
kedalam parlimen Machang. Nama beliau tiba-tiba hilang dan jawatan Ketua UMNO
Bahagian Machang disandang,Datok Ismail Mamat, yang lebih dikenali dengan panggilan
akrab, Chegu Will.
Aku
mulai mengenali Datok Abdullah Ahmad menerusi pembacaan akhbar pada awal tahun
70an. Meskipun masih berusia 12 tahun, aku memang suka membaca akhbar dan sudah
menjadi tabiat aku membaca .Utusan Pelajar telah memang menjadi “makanan
rohani” aku. Saban minggu aku membeli utusan pelajar dan membaca dan melahapnya
sepuas mungkin
Aku
masih ingat, muka surat hadapan akhbar Utusan Malaysia, Tan Seri Dollah Ahmad
bersama seorang lagi pegawai, Sidek Ghouse ditahan dibawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri(ISA) kerana terbabit dengan
kegiatan komunis. justeru beliau telah pernah pergi Moscow, sewaktu bertugas
dengan kerajaan.Pengalaman aku berjumpa dan bercakap dengan beliau, sewaktu aku
baru tamat belajar dari Medan ,Sumatera Utara, SUMUT nama rengkas, nama
sindiran SUMUT, segala urusan memerlukan wang tunai,(maaf bapak) dan ingin
mencari lowongan kerja. Aku kepejabat Utusan Malaysia Kota Bharu, yang terletak
di belakang Hotel Perdana dan pada waktu Ketua Biro Utusan Malaysia Wan Ahmad
Wan Hassan. Sewaktu aku ingin, masuk ke pejabat itu, tiba-tiba muncul Datok
Abdulah Ahmad, dia sewaktu itu bertugas sebagai Lembaga Pengarah Utusan
Malaysia.
Dia
terus masuk kepejabat dan bertemu dengan Ketua Biro Utusan Malaysia dan
bertanya tentang berita yang tersiar diUtusan Malaysia tapi beliau belum sempat
membaca. Dan aku pada waktu itu melihat Wan Ahmad menggelabah mencari klip
paper cutting yang di pinta Tan Sri Abdullah
Ahmad.
Ketika
itu beliau duduk diatas kerusi dan meja panjang memisahkan aku dengan beliau.
Aku memecahkan kebisuan itu dengan memuji Datok Abdullah Ahmad dengan mengatakan
aku sempat membaca tulisannya dalam bahasa Inggeris di akhbar The Houston
Chronicle Boston, Amerika Syarikat
Beliau
kelihatan terperanjat dan aku dapat merasakan beliau tertarik untuk berbicara
dengan aku. Aku tanpa ditanya terus menceritakan bahawa aku baru tamat belajar
dalam jurusan kewartawanan di Medan, Indonesia dan pernah membuat latihan
dengan akhbar WASPADA selama empat bulan dan aku merupakan satu-satunya
mahasiswa Malaysia yang mencipta lakaran sejarah dapat menulis dalam bahasa
Indonesia untuk akhbar berkenaan dan BY LINE(nama penulis) kerap tertera
didalam akhbar berkenaan. Beliau hanya mendengar apa yang aku ceritakan pada
beliau sambil mengangguk-angguk kepala dan tidak ada niat atau usaha untuk
membantu aku mendapatkan pekerjaan.
Tapi
masa terus beredar,persitiwa itu belaku sekiar bulan mei 1988 dan pertemuan
pada kali ini diawal tahun 2000 an, sewaktu zaman kegemilangan Pak Lah, beliau
dipecat dari jawatan nombor satu akhbar The News Straits Times kerana kesalahan
yang aku sendiri kurang jelas iaitu mengkritik Kaum Kerabat di Raja Arab Saudi
Aku
pada malam itu membuat liputan berita untuk TV3 di Stadium Sultan Mohamed
keempat, mengenai isu penyeksaan dan penindasan terhadap Orang Islam di Kashmir
dan penceramah,aku sudah lupa nama. Ketika aku keluar dari Granstand,laluan
utama stadium itu aku terserempak Datuk Abdullah Ahmad berjalan dengan anak
saudaranya(aziz abdulrahman,tempat satu kelas diSultan Ismail College tahun
1979,kini sudah pergi kealam sana).
Aku
seperti biasa sewaktu bertugas memakai vest tv3 berserta nama tag tv3, menhalang
perjalanannya sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan beliau. Setelah
bersalaman dengan beliau,aku memberitahunya aziz,anak saudaranya rakan sekelas
aku. Beliau seorang yang sempurna, saya menjadi ketua darjah”, kata aku padanya
“Betul
ziz,”katanya sambil berpaling kearah anak saudaranya dan aziz hanya menggangkuk
sambil tersenyum kecil.Aku lantas bertanya kepada Datok Abdullah Ahmad, beliau
hendak kemana. Beliau memberitahu aku beliau ingin berjumpa seseorang di jalan
pengkalan chepa tapi ada masalah. Aku bertanya apa masalahnya, beliau berkata
keretanya tak boleh keluarkerana terhalang dengan kenderaan banyak. Aku
berkata, naik kereta aku. Aku boleh tolong hantar.
“You
parking kereta kat mana,” katanya.
aku kata di hospital pakar
perdana diluar sana.
“Oh
you wartawan tapi tahu pilih parking ,” katanya pada aku.
Aku
terus membawa beliau menuju ke kereta aku, kereta kancil DAP 1424 (tahun
hijrah,tahun aku beli kereta).
Sebaik
beliau dan kawannya memasuki kereta aku bertanya kemana harus aku pandu
kereta.beliau memberi arahan supaya pergi ke Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan
Chepa untukmakan malam bersama “orang
yang ingin beliau jumpa” digerai berhampiran. Aku kata OK dan terus memandu
kereta. Sebaik tiba di lampu isyarat jalan berek dua belas, aku memulakan
perbualan, aku kata, Nama Abdullah Ahmad sebuah nama yang besar dalam dunia
kewartawan tanah air, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan
gading, tapi Abdullah Ahmad mati tidak meninggalkan apa-apa
“sepatutnya
datok ada Yayasan Abdullah Ahmad,untuk dikenang,apabila meninggal dunia,” kata
ku padanya.
Jawabnya
rengkas,”Tak ada duit, tolong cari janda kaya,”
“Eh
orang macam datok tak ada duit, saya tidak percaya,” kata aku kepadanya
Selat
beberapa minit kami sampai di Taman Uda Murni dan gerai makan sudah ditutup.
“Kita pergi cari ditempat lain,kita makan di tempat lain,” katanya pada aku.
“Nak
makan kat mana,” dia bertanya pada aku. Aku kata, direstauran manisnya madu,
milik kumpulan al-arqam,
“Tak
haram ke makanan dia,” tanyanya lagi Aku
kata,” mereka sama dengan kita, orang Islam, menggucap kalimah yang sama,”
“OK,”
katanya. Aku meneruskan perjalanan memandu kereta kerestauran manisnya
madu,apabila sampai disana, kami dimaklumkan makanan sudah habis, tidak ada apa
yang hendak dimakan.
Lalu
beliau bertanya, kemana lagi nak cari tempat makan.
Aku
katakana padanya, Hotel Renaissance, service makanan, sampai lewat malam.
Dia
pun bersetuju lalu aku memandu kereta ke hotel berkenaan. Kami terus ketingkat
satu dan mengambil tempat duduk sebelum membuat pesanan makanan
Beliau
pada malam itu,order makanan Perancis, aku sudah lupa namanya dan aku pun order
sama menu
Selang
beberapa lama, pelayan datang membawa makanan dan aku melihat, sup bawang dimakan
bersama roti
Ketika
enak menikmati makan malam, tiba-tiba orang yang ditunggu beliau tiba, “OH TV3
pun ada juga,” kata speaker dewan udangan negeri Kelantan, Wan Rahim Wan
Abdullah.
“Alat,
agen pembohong kerajaan,” kata Datuk Abdullah Ahmad sambil menuding jarinya
kearah aku.
Aku
tiba-tiba terkesima dan tersenyum kecil.Beliau bangkit dan terus kemeja lain berbincang
sesuatu rahsia dan sulit dengan speaker,wan rahim wan abdulah.
Rahsianya,
aku tahu, beliau ingin berjumpa dengan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat,
pada keesokan harinya
TOKOH
WARTAWAN A.SAMAD ISMAIL : KEJAM IBU TIRI, KEJAM LAGI JAKARTA
Pertemuan
tidak sengaja dengan tokoh wartawan terkemuka tanah air, A.Samad Ismail berlaku
dalam bilik Berita,Berita Harian dijalan Riong pada pertengahan tahun 1989. Aku
sewaktu itu sedang berbicara dengan Ketua Pengarang Berita Harian,Nazri
Abdullah untuk memohon kerja sebagai wartawan Berita Harian.
Pada
ketika itu tiba-tiba muncul Bapak A.Samad Ismail,”Pak Samad,”teriak Nazri dan
beliau memanggil Bapak.A.Samad dan beliau terus melangkah kehadapan menuju
kemeja aku sedang bersembang dengan Nazri
“Ini
pelajar kita, Marah Mahadi Hassan, baru tamat belajar journalsime dari
university di Indonesia,” kata Nazri kepada beliau
Aku
bangun dari kerusi, tunduk hormat kepada beliau dan menghulur tangan untuk
bersalaman dengan beliau,beliau menyambut tangan aku dan kami bersalaman, “ I
was in Jakarta 1955, together with Moechtar Lubis,” kata nya pada aku.(untuk
catatan Moehtar Lubis, pengarang asal propinsi Padang,Sumatera Barat, terkenal
dengan novel berjudul Harimau, yang antara lain isi penting,mesej yang ingin
disampaikan dalam tubuh badan setiap manusia, ada seekor harimau yang bernama
“nafsu”)
Sambil
menceritakan pengalamannya di Jakarta,Indonesia aku dapat melihat airmukanya
riang dan beliau begiitu gembira berada disana.Dia sempat bertanya kepada aku,
aku berasal dari mana dan aku menyatakan negeri asal aku, Kelantan dan tempat
kelahiran aku Rantau Panjang, sempadan Malaysia-Thai. Dia memberitahu aku,
orang Kelantan suka berhijrah dan rajin bekerja, semua negeri di
malaysiadikedai atau restoran sentiasa ada orang Kelantan bekerja.Orang
Kelantan kalau di Indonesia seperti suku kaum minangkabau, suka berhijrah dan
mencari rezeki diluar tempat kelahiran mereka.Kalau di Indonesia, dikota kota
besar disana restaurant GARUDA yang menyediakan “masakan minangkabau” kepada
penikmat dan pencandu masakan minangkabau.Kalau di Kuala Lumpur, masakan
minangkabau boleh didapati dalam pasar di chow kit Road
Berbalik
kepada cerita, dalam kantor berita Berita Harian, aku dimaklumkan Nazri pihak
mengurasan tidak mengambil wartawan baru kerana financial constraint dan
mencadangkan kepada aku supaya menjadi pemberita sambilang(stringer)
berpengkalan diKota Bharu.
Lantas
beliau mengambil sehelai kertas, memo dan menulis
Puan
Norhayati,
Since
Marah Mahadi from Kelantan, better for him to stringing from there.
Dia
lantas memberi memo itu kepada aku dan menyuruh aku memberikan memo itu kepada
Ketua Biro Berita Harian,Puan Norhayati Said yang kini bersara dan berkahwin dengan kawan aku,Kamaruzaman Nawi asal
Pasir Pekan, yang sempat kuliah,dimedanpada tahun 1985.
Aku
terus pulang ke kotaBharu pada malam itu dan keesokan harinya aku terus ke pejabat
Berita Harian yang terletak diJalan Zainal Abidin dan bertemu dengan Puan
Norhayati.Beliau pada mulanya kaget bertemu dengan aku dan kemudianmenjelaskan
tujuan kedatangan aku dan menyerahkan “memo” dari Ketua Pengarang BH, Nazri
Abdullah kepada beliau.Setelah membaca memo itu, beliau, bersuara, “Rose, ambil
note book, berikan pada Marah Mahadi Hassan, dan pada hari itu bermulalah
kehidupan aku sebagai pemberita sambilan untuk akhbar berita harian
Dan
yang aku masih ingat wartawan berita harian pada waktu itu Rosli Safar, Nasir Hassan(kini
sudah berada dialam sana) dan jurugambar Suhaimi Idris(juga sudah berada dialam
sama).Manakala stringer lain Noor Jaafar ,Ali Sulong(sudah berada dialam
sana),Azman Mahmood,kini wartawan BH di Kota Nharu, Rozi Hassan stringer Tanah
Merah, Ramli Ibrahim stringer BH di Gua Musang, Fatmi Ali stringer jajahan
Machang dan bagi jajahan Bachok Fatihah dan Rusman Salim manakala bagi jajahan
Tumpat, Rosdi Ismail, sekarang bahagian penyunting di pej BH di Jalan
Riong.Manakala stringer Kota Bharu Noranita Salleh, lepasan USM kini menjadi
pengajar disekolah menengah yang sudah aku lupa namanya.
Manakala
staff akhbar The New Straits Times pada waktu itu, Ketua Biro, Rashid
Bakar(sudah berada di alam sana,Shaiful Azhar Abdulah dan Manisah Ismail dan
stringer NST pada waktu itu Noorjihan Kamaruddin dan Nik Imran Abdullah, kini
Ketua Biro NST Pahang
DATOK
NIK SAPEA NIK YUSSOF
Aku
berkesempatan berkenalan dekat dengan Raja Laut, Datok Nik Sapea Nik Yussof,
setelah aku ditugaskan untuk membuat dokumanteri untuk Majalah 3, TV3 mengenai
story beliau menghadiahkan Kapal Purba, buatan dari kayu cengal untuk Perdana
Menteri,Tun Mahathir Mohamed. Aku mengetahui beliau mempunyai hubungan rapat
dengan Tun Mahathir, ketika aku membuat liputan berita lawatan resmi Tun Mahathir
Mohamed ke Kelantan tidak lama dulu
Ketika
pesawat khas, membawa Tun Mahathir Mohamed mendarat di Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra dan pintu pesawat dibuka,Tun Mahathir Mahathir Mohamed turun dari
pesawat menggunakan tangga yang disediakan.
Apabila
sampai ketanah, beliau disambut pemimpin-pemimpin UMNO negeri dengan bersalam
dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Sri Annuar Musa dan
pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.Sewaktu beliau pertama kali menyentuh kakinya
diatas tanah aku melihat beliau mengangkat tangan dan memberikan senyuman
kepada Datok Nik Sapie yang pada waktu itu memakai topi koboi yang berada
kira-kira 40 meter dari pesawat itu.
Pada
waktu itu, pemimpin UMNO lain beratur dua barisan dan memberikan ruang kosong
ditengah-tengah barisan untuk memberi laluan kepada Tun Mahathir dan rombongan
untuk berjalan dan pada waktu beliau bersalaman dengan pemimpin-pemimpin UMNO
yang lain.Datok Nik Sapea berada dihujung barisan dan tidak memasuki barisan
pemimpin-pemimpin UMNO yang lain
Tun
Mahathir sempat bersalam dengan Datok Nik Sapea sebelum menaiki kereta yang
diiringi polis trafik dan meninggalkan kawasan airport.
Sebelum
aku memulakan wawancara dengan beliau, aku mengatakan padanya aku mengetahui
beliau mempunyai hubungan rapat, hubungan istimewa dengan Tun Mahathir Mohamed
dan beliau bertanya dari mana aku tahu
Lalu
aku menceritakan pengamatan dan pemerhatian aku di airport sewaktu Tun Mahathir
datang ke Kelantan tempoh hari. Lalu beliau berkata, you perhati semua itu. Aku
menjawap memang, sebagai wartawan kita perlu memerhati detik-detik pemimpin
Negara. Beliau hanya mengangukkan kepala dan bersetuju dengan penjelasan yang
aku berikan.
Lalu
aku mengatakan padanya ingin menanyakan soalan cepumas dan jawapan dari soalan
bukan untuk dibuat berita. this is off the record story dan beliau bersetuju.
Soalan aku mudah dan simple, bila dan bagaimana beliau boleh rapat dan berkawan
dengan Tun Mahathir Mohamed.
Beliau
lantas mengajak aku duduk diruang tamu dan beliau mengeluarkan kotak rokok
Rothman dari poket bajunya dan mengambil rokok,menyalakan rokok dan menyedut
asap rokok sebelum memulakan perbicaraan. Aku pun sambil menghisap rokok turut
mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang akan diungkapkannya..Beliau
menceritakan, pertama kali beliau berjumpa Tun Mahathir Mohamed di pejabat
Perdana Menteri pada sebelah petang. Beliau merupakan tamu yang paling akhir
berpeluang bertemu dengan Tun Mahathir Mohamed.
Beliau
berjumpa dengan Tun Mahathir kerana ada kes Bahagian UMNO Kuala Krai yang perlu
ditanggani Presiden UMNO sendiri. Setiausaha UMNO negeri Kelantan pada waktu
itu, Datok Shahibuddin Mohd Nor, Ketua UMNO Bahagian Bachok tidak dapat
membantu beliau menyelesaikan masalah itu dan beliau tidak menyatakan “kes
UMNO” itu kepada aku
Katanya,
apabila beliau berpeluang untuk mengemukakan kes itu kepada Tun Mahathir
Mohamed, beliau memulakan dengan perumpamaan dan membuat “analogi” kesnya sama
dengan kes Tun Mahathir Mohamed “bertelingkah” berselisih faham dengan Tengku
Abdul Rahman, Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang menyebabkan Tun Mahathir tergelincir
dari pentas politik UMNO dan menjadi orang buangan UMNO sekian lama
Sinar
dan cahaya politik Tun Mahathir Mohamed bersinar semula setelah Perdana Menteri
yang kedua, Tun Abdul Razak, menarik beliau semula berada diatas pentas politik
UMNO.
Beliau
menjelaskan kepada Tun Mahathir Mohamed, nasibnya akan sama dengan Tun Mahathir
Mohamed jika Tun Mahathir Mohamed tidak memberi pertolongan dan membantu beliau
menyelesaikan kes membabitkan UMNO Kuala Krai.Setelah mendengar itu semua, Tun
Mahathir Mohamed, bersedia membantu tapi bukan dalam bidang politik sebaliknya
dalam bidang perniagaan
Disebabkan
Tun Mahathir Mohamed mengetahui beliau usahawan menangkap ikan laut dalam dan
tahu banyak tentang kapal beliau memberi “special assignment”kepada beliau
untuk menghasilkan kapal purba,kapal tradisional,buatan dari kayu dan
menggunakan enjin kapal modern dan dipasarkan di pasaran eropah.
Menurutnya,
Mahathir mahu beliau menjadi “perintis. Negara Malaysia menjadi “pengeluar
kapal tradisional tapi menggunakan enjin moden” untuk dipasarkan di pasaran
eropah. Bagaimanapun kenyataan itu tidak menjadi realiti kerana “mempunyai
masalah untuk mendapatkan pakar membuat kapal disamping masalah untuk
mendapatkan “kayu cengal”.
Beliau
hanya sempat membuat satu kapal dan kapal itu dihadiahkan kepada Tun Mahathir,
yang mana kapal Mahathir serahkan kepada LADA, Langkawi Development Authority. Didalam
perkembangan lain, beliau memberitahu,telah mengadakan perjumpaan dengan Tun
Mahathir Mohamed dipejabatnya yang turut dihadiri Pengerusi Arab Bank, Tan Seri
Azman Hashim. Setelah selesai meeting, Tun Mahatir berpaling kearah Tan Seri
Azman Hashim dan berkata, “Azman, bantu Nik,”. Selepas keluar dari bilik Tun
Mahathir Mohamed, beliau berjumpa dengan Tan Seri Azman Hashim dan beliau tidak
menjelaskan bentuk bantuan yang diberikan Tan Seri Azman Hashim kepada beliau.
Dan
semenjak dari peristiwa itu, hubungan kami bertambah baik dan beliau menganggap
aku sebagai kawan dan kami kerap berjumpa,bila ada masa free, bersembang dan
bercerita tentang kehidupan, kemanusiaan, pengalaman berniaga, sebelum beliau
mencapai apa yang beliau nikmati sekarang. Dan satu hal yang menarik tentang
Datok Nik Sapie, beliau suka dan kerap memberibantuan kepada orang-orang
miskin.
DATOK ISMAIL MAMAT
Datok
Ismail Mamat atau lebih dikenali dengan nama Chegu Will,memang barangkali bukan
merupakan sebuah nama yang besar dalam peta politik Malaysia tapi nama ini
“cukup segar” menjadi bualan bagi penggundi dikawasan jajahan Macang, kehebatan
beliau bermain, bersilat seni “politik”dalam konteks politik Kelantan, tidak
dapat dikalahkan “mana-mana pemimpin politiek” UMNO yang pernah hidup dan
bernafas di bumi Kelantan.
Kehebatan
beliau bermain, malah dapat mengalahkan “mana-mana pemimpin UMNO peringkat
pusat yang pernah berdaftar menjadi ahli UMNO dan pernah berkhidmat dan
pelbagai jawatan baik dalam parti dan dalam kerajaan
Kehebatan
CheGu Will ini, beliau dapat menjadikan
UMNO sebagai “harta dan warisan” yang diwarisi kepada isteri dan dan
anak beliau.Ini terbukti, isterinya selain memegang jawatan Ketua Pergerakan
Wanita UMNO Machang,isteri beliau juga memegang jawatan Pengerusi
Negeri Pergerakan Wanita UMNO Kelantan. Anak lelaki belau, menjadi Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang dan baru-baru ini, dalam PRU ke 13,
calon BN bagi DUN Kemuning tapi kalah dengan lebihan majoriti 1,000 undi
Mana
pernah ada pemimpin UMNO, Ketua Bahagian UMNO negeri Kelantan, mampu melakar
sejarah dan menandingi kehebatan Che Gu bermain politik?
Sewaktu
BN memerintah Kelantan, beliau menjadi wakil Rakyat BN bagi kawasan Banggol
Judah di bawah kepimpinan Tan Seri Mohamed Yaacob, beliau belajar banyak untuk
menjadi “pemimpin” yang disukai masyarakat banyak
Sebelum
terjun kedalam politik BN, beliau berkhidatmat sebagai guru.Lepasan Universiti
Malaya, pernah juga menjadi “contributor” kepada Majalah Dewan Masyarat dengan
lain perkataan beliau juga seorang penulis.Disebabkan beliau seorang penulis
dan banyak menulis tentang kemiskinan, beliau secara tak disedari, juga
mempunyai pemikiran di”luar kotak” dan pemikiran beliau tidak terlalu salah
jika dikatakan “thinking the out side of box” berbanding dengan pemikiran Ketua
UMNO lain dibahagian itu
Sebagai
pemimpin yang lahir ditengah-tengah masyarakat kampong, masyarakat luar Bandar,
beliau memang memahami dan pengerti akan “makna dan pengertian” seorang
pemimpin menurut citarasa masyarakat kampong. Apa kehendak,citarasa kemahuan
masyarakat, perlu dan mesti di penuhi. Bagi kalangan golongan marhain di
jajahan machang, khususnya golongan buruh, petani yang menghadapi masalah
kewangan, rumah chegu will menjadi “bank kebajikan”.mereka tidak akan
dihampakan oleh che gu will, apabila mengadu masalah mereka kepada manusia yang
bernama che gu will.
Justru
itu sejak dari tahun 80an, sehingga kini beliau masih mempunyai “politicak
power” dalam UMNO Bahagian Machang dan semasa memegang jawatan Ketua UMNO
Bahagian Machang dalam tempoh itu beliau tidak pernah dicabar,Cuma Jazlan
Yaakob, ahli parlimen Machang pada masa kini, pernah mencabar beliau tapi
“kalah” dengan majority lebih 100 undi !
Tapi
disebabkan manusia bernama chegu will mengetahui akan makna politik, time is
eating him away, beliau telah berusia, beliau memberikan jawatan Ketua UMNO
Bahagian Machang secara percuma kepada Datok Jazlan dan beliau dilantik menjadi
Penasihat UMNO Bahagian Machang.
Sehingga
ke hari ini beliau masih aktif dalam politik UMNO Bahagian Machang. Perdana
Menteri Datok Seri Mohd Najib Razak, sewaktu memegang jawatan Menteri
Pelajaran, dalam lawatan resmi kekelantan pernah bertandang kerumahnya,
“berehat seketika” selepas makan siang dirumahnya
Hubungannya
dengan Menteri Besar Kedah sekarang, Datuk Mukhriz Mahathir memang sudah lama
terjalin, sewaktu Mukhriz menjadi pelajar Maktab Rendah Sains Mara, Pengkalan
Chepa, pernah bertandang kerumahnya.Sampai kesaat ini, Datuk Mukhriz Mahathir
memanggil chegu will dengan panggilan akrab,”ayah will”. Boleh dikatakan setiap
kali datang kekelantan, Mukhriz Mahathir akan menghubungi chegu will.
Kali
terakhir, sewaktu datang ke Kelantan, beliau bertemu dengan ayah will di kedai
kopi Kok Lanas dan berita ini disiarkan akhbar Sinar Harian. Hadir sama pada
waktu, Datuk Sazmi Miah yang mencabar kerusi Ketua Bahagian UMNO, Datok Jazlan
tapi kalah dengan majority yang agak banyak
Kehadiran
beliau di kedai kopi telah disalah tafsir oleh pihak tertentu yang mengatakan
beliau telah menyokong Datuk Sazmi Miah, tapi keadaan sebenarnya beliau hadir
pada kedai kopi itu untuk meraikan anak angkatnya, Datuk Mukhriz yang kebetulan
kawan rapat Datok Sazmi Miah. Itu saja, dalam politik,soal kecil seumpama itu
sengaja disebar dan dibesar-besarkan, realitinya bukan begitu
Antara
rahsia politik yang menyebabkan beliau masih dapat kekal sebagai pemimpin ialah
kerana beliau mengamalkan amalan dan tabiat “never to let down people’s hope”.
Hari Kematian. Kenduri penduduk kampong mesti dihadiri, kalau tidak sempat
hadir, perlu menghantar wakil dan diselitkan dengan “hadiah buah tangan”,tidak
banyak tak apa, asalkan “chegu will datang”, meskipun diganti dengan wakilnya
Dengan
lain perkataanmeskipun che gu will tidak datang atau menghadiri, bayang-bayang
hitamnya akan tetap ada dan terus mendoakan keberakatan majlis itu.
Kaedah
seumpama ini, pendekatan seumpama ini (barangkali) tidak banyak dilakukan Ketua
Bahagian UMNO di kawasan lain yang ada dikelantan dan untuk menaikkan imej
semula UMNO di kawasan calon UMNO yang kalah, mereka perlu datang dan belajar,
“kaedah-kaedah untuk menawan hati penggundi” dikawasan mereka
DATOK WAN ZAID WAN ABDULLAH
Aku
mulai mengenali susuk tubuh, manusia bernama,Datok Wan Zaid Wan Abdullah pada
awal tahun 2001. Ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala
Krai dan Pengerusi KESEDAR.Meski pun aku tidak mengenali dia dan beliau juga
tidak mengenali aku, aku dapat merasakan beliau mempunyai hubungan masyarakat
yang baik. Ketika krew Majalah Tiga yang diketua Nasir,datang ke Kelantan untuk
membuat cerita mengenai “ikan Klaus”, aku menelefon beliau untuk mendapat
kemudahan kenderaan 4x 4 untuk memasuki kawasan hutan di gua musang bagi
membuat penggambaran itu, beliau dengan mudah memberi kerjasama lalu menghantar pemandu dan kenderaan untuk membawa
krew kekawasan penggambaran. Krew terpaksa menunggu tiga hari tiga malam didalam
hutan bagi mendapakan “shot ikan Klaus”
Sejak
dari peristiwa itu,hati saya merasakan bahawa beliau adal;ah seorang yang baik
dan boleh diharapkan. Kali pertama aku bertemunya, ketika beliau menghadapi
masalah untuk merebut kembali jawatan Ketua UMNO Bahagian yang diperolehi
secara percuma oleh Datok Ramzi yang pada waktu itu dikatakan anak buah Pak Lah
Aku
difahamkan beliau tidak mencukupi kuota, pencalunan dari cawangan UMNO Bahagian
Kuala Krai untuk mencabar kerusi Ketua Bahagian UMNO.aku difahamkan banyak
cawangan UMNO bersedia untuk mencalonkan beliau, tapi “strategi politiik” Datok
Ramzi, melakukan “mesyuarat bungkus” dicawangan yang ingin mencalonkan beliau
menyebabkan beliau “tidak mendapat cukup kuota untuk mencabar kerusi jawatan
Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai. Aku dimaklumkan, beliau telah menghantar surat
bantahan dan aduan kepada ibu pejabat UMNO dikuala Lumpur tetapi pihak
bertanggung jawab tidak mengendah dan “membakulsampahkan” aduan itu
Menerusi
teman seperjuangan aku memaklumkan hal itu kepada wartawan The New Straits
Times di Kota Bharu, Sulaiman Jaafar dan
beliau telah datang bertemu dengan Datuk Wan Zaid di pejabatnya di Kota Bharu,
Sulaiman jaafar selang seminggu selepas itu, meletupkan berita itu didalam NST.
Wartawan Utusan Malaysia yang berpengkalan di Kota Bharu, Azran juga di
maklumkan mengenai “penyelewengan” itu,juga turut sama “meletupkan berita itu”,
tetapi pihak atasan yang diPengerusikan Tengku Ahmad Rithaudeen,juga memandang
dengan sebelah “mata” dan tidak ada apa-apa tindakan dilakukan, kerana Presiden
UMNO pada waktu itu,Paklah, yang menjadi “Bapa angkat politik” kepada Datuk
Ramzi.
Tetapi
masa tetap berputar, musim panas, berganti dengan musim luruh,kemudian datang
musim winter, Pak Lah,tiba-tiba di”tarik turun” dengan cara tidak beradab,
melepaskan jawatan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Mohd Najib
Keadaan
ini menyebabkan “karier politik” Datuk
Ramzi turut terguncang. Pada Persidangan UMNO Oktober tahun lalu, Datuk Wan
Zaid, untuk kesekian kali, mencabar kerusi Ketua Bahagian UMNO Kuala
Krai,kerusi yang pernah diduduki tidak lama dulu tetapi “permainan kotor” Datuk
Ramzi berulang untuk kesekian kali
Meskipun
diumumkan menang dengan lebihan majority 10 undi, keputusan itu belum dimuktamadkan
kerana Bahagian Pemilihan dan Pengaduan UMNO masih melakukan “siasatan serius”
terhadap aduan dan bantahan yang dikemukan Datok Wan Zaid Wan Abdullah.
Dalam
pertandingan itu, Datok Ramzi mendapat 382 undi,Datok Wan Zaid mendapat 372
undi dan Datok Syed Ali Shaifuddin mendapat
38 undi,undi rosak 9 dan 16 undi “hilang”,ghaib dan tidak diketahui
statusnya
Manakala
11 perwakilan dari tiga cawangan UMNO Kuala Krai yang tidak membuat mesyuarat
telah didaftarkan sebagai perwakilan oleh Datuk Ramzi Abdul Rahman. Segala
bukti termasuk surat bantahan dari tiga ketua cawangan dan ajk telah dihantar
kePengerusi aduan dan pemilihan 2013 tetapi sampai “detik ini” masih tidak ada
keputusan dari pihak berkenaan.
Melihat
kepada senario politik kuala krai, jelas membuktikan Datuk Wan Zaid, masih
mempunyai pengaruh politik yang cukup kuat di diperingkat akar umbi UMNO Kuala
Krai.Kekalahan 10 undi bukan persoalan besar kerana wujud “penyelewengan”
sewaktu proses penggiraan undi itu berlangsung. Bagi Datuk Wan Zaid, transformasi
politiek yang dicetuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, perlu
diterjemahkan kedalam reality dan kes UMNO Kuala Krai perlu dijadikan presedent
atau kayu pengukur tara,sejauh mana transformasi politiek itu benar-benar
menegakkan kebenaran dan keadilan
Demi
perjuangan politik UMNO Kuala Krai, beliau sanggup menjadi lilin, mengorbankan
diri dan rela tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam UMNO Bahagian Kuala Krai
sekiranya Pengerusi Aduan dan Pemilihan mengambil tindakan tepat dan bijaksana.
Beliau tidak mahu “ketua bahagian”yang tidak bermoral dan tidak berintegriti
memimpin UMNO Kuala Krai.Beliau tidak mahu Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai, yang
sanggup menyalahgunaan kuasa untuk perjuangan politiik peribadi menjadi pemimpin
kerana masyarakat tahu kesalahan yang dilakukan oleh ketua bahagian terbabit
Bila
ini terjadi imej UMNO Kuala Krai tidak akan kemana-mana dan untuk mendapat
keyakinan semula undi dari masyarakat untuk menyokong UMNO tidak akan terjadi
kerana Ketua Bahagian UMNO yang dipilih bukan pemimpin yang dipilih menerusi
proses demokrasi yang betul.
Justru
beliau berharap agar Pengerusi Jawatankuasa aduan dan pemilihan UMNO 2013
mengambil tindakan tegas termasuk mengadakan pemilihan semula atau menggantung
UMNO Kuala Krai dan melantik Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai “memangku
jawatan” Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai,sementara menunggu keputusan muktamat,
mengenai kes penyelewengan undi oleh Ketua Bahagian UMNO yang telah menyalahkan
“kuasa” untuk memenangkan dirinya meskipun melakukan perbuatan melanggar
peraturan, etika dan perlembagaan UMNO.
JAAFAR RAWAS
PENGASAS
PAS KELANTAN
Nama
Jaafar Rawas(kini sudah pergi menghadap yang Maha Esa), memang barangkali bukan
merupakan nama besar dalam peta politiik PAS namun nama itu cukup dikenali oleh
pemimpim-pemimpin PAS,khususnya yang berada dipucuk pimpinan PAS.. Malah,
meskipun sudah 10 tahun, meninggkalkan dunia yang fana ini, “namanya masih
segar dan harum” masih diingati dan dikenang oleh pemimpin-pemimpin seniored”
PAS dan juga dikalangan penyokong PAS Kelantan.
Dan
hari ini, jika pelancong atau pelawat datang ke Kota Bharu, mereka akan melihat
Bangunan PAS dan menjadi pejabat perhubungan Pas Negeri, yang sekitarnya akan
dipenuhi ahli PAS,khususnya pada pagi Jumaat untuk mendengar tazkirah atau ceramah agama yang disampaikan bekas
menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga menteri besar yang baru
dilantik, Datuk Ahmad Yacob. Dan bagi warga Burma dan Rohinya,yang mendapat
status pelarian dari Bangsa-Bangsa Bersatu, yang datang keMalaysia, khususnya
ke Kelantan, nama Jaafar Rawas, memang meniti di bibir mereka, meskipun susuk
tubuh ini sudah lama pergi kealam sana.Ini adalah kerana manusia ini banyak
memberi pertolongan diatas dasar kemanusiaan dan sesama Islam kerana tokoh ini membuka
peluang dan memberi dorongan kepada golongan ini untuk mencari rezeki dinegara
ini dengan cara memberikan mereka “modal” untuk memulakan perniagaan mereka
Golongan
ini diberi kemudahan untuk mengambil barangan termasuk kitab-kitab,buku agama, tasbih,minyak
atar, pakaian untuk dijual. Mereka diberi kebenaran mengambil barang sebanyak
munkin dan membayar balik setelah barangan dagangan ini habis dijual
Kegiatan
amal jariah ini dilakukan, tokoh ini sudah bertahun-tahun, malah ada dikalangan
mereka yang pulang ke Negara asal, menjadi Orang Kaya Baru. Golongan ini mampu
membeli tanah,mesin traktor dan memulakan perniagaan di Negara asal mereka.Aku
mulai mengenai manusia bernama Jaafar Rawas ini sewaktu bekerja sebagai
pemberita sambilan dengan akbar watan, berpengkalan di Kota Bharu pada
pertengahan tahun 1988. Disebabkan Watan melantik aku seorang saja wakilnya di
negeri Kelantan, aku bebas membuat apa jua berita dan kebiasaanya berita yang
dikirim akan dipakai.Pada waktu itu,kalau tidak salah aku, sdr Imlan Adabi,
kini berkhidmat dengan Berita Harian di Kuala Lumpur ditugaskan di Kelantan
Disebabkan
aku kerap ke kedainya perhubungan kami semakin akrab. “Anta tulis berita ini,”
katanya pada aku.Aku menjawab,”Ya,” beliau lantas, menarik lacinya dan memberikan
wang kertas tunai bernilai RM50.“Anta sudah makan tengahari,” katanya pada aku,
aku menjawab belum, “kita pergi kerestoren nasi,” katanya pada aku.
Beliau lantas bangun dan aku mengikutinya ke restoren
yang bersebelahan kedainya. Setelah kami duduk dan memesan makanan beliau
menceritakan pengalamannya sebagai aktivis Pas yang berjuang untuk mengangkat
syiar Islam. “Ana, adalah antara tokoh pengasas PAS Kelantan, tapi ana seorang
peniaga, ana berada dibelakang layar, ana hanya membantu dan memberi pertolongan
dari segi idea dan setakat kemampuan ana,” katanya. “Dibangunan PAS ini, ramai
tokoh tokoh politik Pas yang berjuang danmemegangjawan
jawatan,yang sudah lama pergi, datang pemimpin baru tapi ana tetap berada
disini berniaga,”
“Ana
paling bahagia apabila Pas menjadi komponen Barisan Nasional (BN), sudah ada
tidak ada perpecahan dikalangan umat Islam di Negara ini, katanya serius
Kehebatan,
Jaafar Rawas, hafiz al-quran pernah meramalkan dan memberitahu kawan-kawannya
Presiden ABIM, Anwar Ibrahim akan menyertai UMNO bukannya PAS.Ramai kalangan
teman dan kawan-kawannya menolak dan tidak bersetuju dengan pandangan beliau.
Alasan yang diberikan, Pas adalah platform politik yang sesuai bagi Anwar
Ibrahim untuk meneruskan agenda perjuangan Islam. Namun demikian, pandangan
mereka meleset apabila Anwar Ibrahim, menyertai UMNO bukannya PAS. Dalam
konteks ini, berlaku kerana ada kena mengena dengan Tun Mahathir Mohamed yang
selaku Presiden UMNO melihat dengan kemasukan Anwar Ibrahim kedalam kabinet dan
seterusnya diberi jawatan menteri. Beliau telah Berjaya mengurangkan kepanasan
dan anggapan penyokong PAS dan rakyat khususnya berbangsa Melayu,UMNO bukan
parti memperjuangkan Islam
Dengan
kemasukan Anwar Ibrahim kedalam UMNO,jelas terbukti UMNO adalah politik bangsa
melayu yang turut sama memperjuangkan Islam berdasarkan lunas dan perlembagaan
Negara.Ini terbukti setiap kali PRU diadakan sejak kemasukan Anwar Ibrahim
kedalam UMNO, UMNO menang besar dan BN selalu menang dengan majoriti dua
pertiga.Tun Mahathir dalam jangka masa tempoh itu, dapat memberi tumpuan kearah
kerja-kerja membangunkan Negara tanpa perlu memikirkan terlalu banyak masalah politik dalam Negara,khususnya
membabitkan serangan politik dari PAS. Namun, berdasarkan fakta setelah Anwar
Ibrahim ditendang keluar dari UMNO, prestasi pilihanraya BN mendadak merosot,
menurun dan BN tidak dapat meneruskan tradisi, memerintah Negara dengan
majoriti dua pertiga. Dengan lain perkataan, Tun Mahathir Mohamed, sudah
melihat jauh kehadapan, yang barangkali tidak difikirkan oleh pemimpin-pemimpin
UMNO pada waktu,beliau harus melakukan sesuatu bersifat politik untuk
memperkudakan Anwar Ibrahim demi perjuangan UMNO.
Dan
masa Anwar Ibrahim didalam kabinet, wujudnya Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa
dan berbagai lagi pusat islam yang dicetuskan oelh beliau dan masyarakat Islam
dinegara ini dapat menerima realiti ini dan undi bangsa melayu sentiasa
mendapat majoriti dan BN setiap kali PRU diadakan sentiasa menang besar dan
mendapat dua pertiga di dalam parlimen. Politik hari ini sudah berbeda dan
menjadi lain, Barisan Nasional, sudah menjadi kerajaan yang memerintah Negara
dengan majoriti kurang dua pertiga. Kejayaan besar DSAI dalam tempoh 10 tahun
ini ialah beliau Berjaya mengubah landskap politik Negara, Berjaya menggoncang
dan menggubah pemikiran politik rakyat agar jangan terlalu taksub kepada
kerajaan Barisan Nasional(BN)
Beliau
Berjaya menyampaikan mesej kepada rakyat, “suara rakyat, undi rakyat” lebih
besar dan bertenaga dari “kuasa politik yang di pegang oleh pemimpin politik”.
Keberadaan seseorang menteri dalam cabinet justru di pilih oleh “suara rakyat”
dan rakyat berhak “menarik kerusi yang diduduki” menteri dengan sekelip mata. Ini
terbukti dengan jelas, bermula dari PRU ke 11 dan 12, kerusi ahli Parlimen
Parti Keadilan Rakyat,PKR sentiasa “membengkak dan membesar” dan fenomena ini
mencemaskan degup jantung pemimpin-pemimpin peringkat tertinggi Barisan
Nasional.Berbalik kepada manusia yang bernama Jaafar Rawas, beliau merupakan aktivisit
Islam yang mempunyai koneksi dengan pemimpin-pemimpin Negara arab.
Sewaktu
pemerintahan Tan Seri Mohamed Yacob, menjadi menteri besar,(kini sudah berada
dialam sana), Pegawai Kedutaan Libya yang datang kekelantan dijemput dengan
kereta buruk di lapangan terbang sultan ismail Putra di Pengkalan Chepa.Beliau
menentukan peruntukan kewangan sekolah arab di negeri ini yang akan menerima
bantuan kewangan dari Kerajaan Libya
Selepas mengadakan pertemuan dengan Jaafar Rawas,(kini berada dialam sama) barulah
wakil dari kedutaan Libya berkunjung kepejabat Menteri Besar,Kelantan, Tan Seri
Mohamed Yaakob secara rasmi.
Menurut
sumber allahyarham di”tegur” kerana melakukan perbuatan melanggar “protokal
kerajaan membawa pegawai kedutaan tanpa memaklumkan kepada pihak penguasa
kerajaan negeri. Menurut versi cerita,sejauh mana benar version cerita ini,
sewaktu melawat Tripoly, Presiden Muaammar Ghadafi (kini juga berada dialam
sana) memberikan layanan amat istemewa termasuk membenarkan kenderaan resmi
kerajaan Libya, mengambil dan menghantarnya ke aiport
Dan
yang lebih mengejutkan lagi beliaulah orang yang bertanggungajawab meletakkan
nama Parti Melayu Semangat 46, S46
ketika parti itu mulai ditubuhkan.Ini berlaku kerana beliau mempunyai hubungan
akrab dan rapat dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Manakala, lebih “mengejutkan”
dan menjadi “breakingnews” beliaulah yang mencadangkan nama Tengku Razaleigh
Hamzah, menerusi koneksi tertentu, agar Sultan Brunei melantik Kuli sebagai
Penasihat Ekonomi kerajaan Brunei setelah Ku Li tidak lagi berada dalam Kabinet
Tun Mahathir Mohamed, setelah tewas dengan gagah sebanyak 43 undi sewaktu
mencabar kerusi Presiden UMNO, yang diduduki manusia keramat, Tun Mahathir
Mohamed
Mejar Bersara Baharom Dollah
Tim
Pengerusi MTRK Machang
Mejar
Bersara Baharon Abdullah, asal Pulai Chondong Machang, anak saudara kepada Exco
kerajaan negeri,dari Parti Melayu Semangat 46, Allahyarham Kapten Mohd Nor yang
pergi kealam sana pada tahun 1996, yang menyebabkan berlaku kekosongan bagi
kerusi dewan undangan negeri Pulai Chondong
Akibat
kekosongan kerusi itu, SPR mengunumumkan pilihanraya kecil dikawasan itu dan
Pas meletakkan calonnya, anak tempatan Zulkifli Mohamed melawan calon BN yang
juga telah berangkat kealam sana pada tahun yang sama, bekas pegawai KESEDAR
Abdul Rahman Hamzah,keputusannya berpihak kepada calon PAS
Aku
masih ingat pada waktu itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewanngan, orang
kuat UMNO, turut berkempen dan singgah dirumah calon B-N ,makan malam disana
Pada
malam pengumuman keputusan itu, selepas itu diumumkan, Pas memenangi kerusi
itu,kira-kira jam 12 malam, aku melewati Pulau Chondong,memandu kereta AD
Resort, yang berlogokan TV3, telah di”boo” oleh penyokong PAS, yang berada
disebelah jalan raya sewaktu aku melintasi sekolah menengah abdul samad, Pulau
Chondong
Berbalik
kepada cerita Mejar Bersara Baharom Abdullah,59, aku mengenalo tokoh ini
sewaktu belajar diMaktab Sultan Ismail.Aku pada waktu itu berada di tingkatan
dua, manakala beliau,”senior” aku, beliau berada di tingkatan enam atas. Kami
tinggal di asrama putera Maktab Sultan Ismail, guru asrama pada waktu itu,
Raymond Hall, yang kita panggil “Ayah Hall”, beliau memeluk Islam dan menukar
nama kepada Mr Ariff, aku difahamkan beliau “single” sampai keakhir hayat
Sejak
dari tahun itu,aku tidak pernah berjumpa beliau, aku baru bertemu beliau pada
tahun 2013,selepas membuat liputan berita, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan,
MTRK Kelantan buat perhimpunan bantahan terhadap syarikat Air Kelantan Bhd gara-gara air
kuning dikampung lubuk merbau, Pulau Chondong.Setelah selesai wawancara beliau
menyatakan bekas pelajar Maktab Sultan Ismail dan tinggal di asrama putera
Maktab Sultan Ismail pada tahun 1976. Setelah memerhati wajahnya, aku dapat
mengimbas kembali dan ingatan aku dapat memutar kembali kenangan beliau bersama
kawan akrabnya, Sukur Salleh, kini Pengawai Polis di Kelana jaya
Menurutnya,
selepas menamatkan pengajian di Sultan Ismail College pada tahun 1976, beliau
memasuki Royal Military CollegeRMC )sebagai Officer Cadet dan terus berada
didalam ketenteraan dan dilantik sebagai Mejar pada tahun 1987 dan jawatan
terakhir beliau dalam tentera, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran pada tahun
2006.Mendapat ijazah pengurusan perntadbiran( BBA) dari Open Universiti pada
tahun lalu.Kini bergerak aktif dalam NGO, MTRK. Yang menyedihkan beliau
mengatakan secara jujur MTRK “tidak pernah mendapat peruntukan kewangan dari
UMNO atau kerajaan. Segala perbelanjaan, aktiviti sosial semua dilakukan
“secara sukarela” dan terpaksa menggeluarkan “wang saku sendiri”
Tapi
disebabkan, minatnya amat mendalam untuk membantu UMNO beliau meneruskan
perjuangan sampai ketitisan”peluh terakhir
Dan
bagi parlimen Macang dalam PRU ke 14 nanti, sekiranya PAS meletakkan calonnya,
bukan calon PKR, kerusi Parliamen Machang, akan jatuh ke pihak pembangkang
Bagaimanapun
beliau menjelaskan MTRK akan terus berjuang, sehingga habis-habisan bagi
memastikan kerusi Parlimen Machang,”masih kekal milik” BN kerana BN hanya
satu-satu parti pemerintah yang mampu berbuat banyak kearah meningkatkan status
social-ekonomi rakyat di jajahan ini
Sebagai
NGO beliau berkata, MTRK mempunyai potensi besar untuk membantu UMNO khususnya
mendekati golongan “atas pagar” yang tidak begitu “jelira” terhadap pemimpin
UMNO tempatan tetapi “berjelira” dengan UMNO
Golongan
ini katanya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pegawai
kerajaan,pegawai sokongan kerajaan, usahawan, peniaga yang tidak mahu kelihatan
sebagai activist parti tetapi jauh dilubuk hati terdalam mereka, ada ruangan
kosong untuk UMNO
Justru
beliau berpendapat, pimpinan UMNO baik di peringkat negeri maupun jajahan perlu
dan lebih perlu, mendakatkan diri dengan golongan NGO
Paling
minimal,NGO dapat digunakan pada saat-saat akhir PRU untuk memujuk saudara mara
mereka untuk memberikan undi kepada calon BN yang bertanding, bagi MTRK yang
penting calonUMNO harus dan mesti menang dikawasan yang mereka bertandingLebih
jauh dan lebih dalam dari itu, pemimpin UMNO negeri Kelantan, perlu sedar dalam
PRU ke 14 nanti, terdapat 5 juta penggundi muda, penggundi baru yang bakal
menggundi dan dari jumlah itu, dianggarkan hampir satu juta dari anak-anak
Kelantan, yang berada didalam dan diluar Kelantan
Apakah
program mendekati golongan ini sudah dirancang oleh Badan Perhubungan UMNO
Negeri atau bagaiamana ?Masih menjadi tanda tanya. Yang jelas katanya MTRK
bersedia untuk melakukan kerja besar ini termasuk mengadakan pelbagai
program,Cuma yang menjadi permasalahan,”bantuan kewangan”. Untuk mencari
penaja,memang merupakan satu kerja yang tidak mudah.Justeru itu, katanya pemimpin
UMNO Bahagian perlu mengambil kira akan keberadaan dan kesediaan MTRK untuk
membantu UMNO mendekati golongan ini
TENGKU MAHALEL
BEKAS
PENGERUSI PROTON
Pertemuan
aku denngan orang kuat Proton,suatu waktu tidak berjarak dulu bermula apabila
diberi tugasan untuk membuat liputan berita, Tengku Malalel Thougt di Hotel
Perdana. Aku seperti biasa mendengar takilmat yang diberikan,sebelum bersedia
dan membuat persiapan bersama kameraman, untuk menghadiri sidang media selepas
majlis itu
Didalam
pemikiran yang diberikan Tengku Mahalel,apa yang aku dapat “tangkap”, oatng Kelantan mempunyai jati diri yang tinggi
dan mempunyai semangat kenegerian yang
tebal
Berdasarkan
factor sejarah, sudah menjadi “tradisi” orang Kelantan suka berhijrah dan
merantau. Ini terbukti diseluruh antero pelusuk Malaysia, akan ada “orang-orang
Kelantan”yang melakukan pelbagai pekerjaan.Berangkat dari perniagaan kedai
makan, restaurant atau apa jua jenis pekerjaan, aka nada orang Kelantan,
mencari rezeki dan bagi mereka, meskipun berada di negeri lain, mereka akan
merasa suka dan bergembira “bertemu” dengan orang Kelantan yang datang ketempat
mereka. Berbicara mengenai “orang Kelantan” yang berada diluar, ada satu cerita
benar,orang Kelantan ini(barangkali) mempunyai “ego” yang tinggi dan tidak mahu
kalah
Seorang
pengawai Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, PKINK yang terpaksa
menghadiri kursus, dinegara matahari terbit,Jepun.Kawan aku ini bernama
Tahir,kulitnya agak hitam.sewaktu berada diTokyo, beliau menaiki “sub-way”
untuk pergi ke Kedutaan Malaysia,kerana ada urusan disana
Didalam
sub-way berkenaan, semua penumpang terdiri dari rakyat Jepun,Cuma ada seorang
lelaki berkulit “sawo matang”.Didalam fikirannya manusia mesti orang melayu,
tapi disudut lain hati kecilnya berkata,
manusia ini mungkin bangsa Indonesia atau Filipina atau lain-lain bangsa tapi
dari ras yang sama.
Beliau
lantas memberanikan dan terus bertanya, dalam bahasa Indonesia, “kemana kau,”
katanya.Lelaki itu menjawab mahu ke station subway dihadapan. “Bekarja dimana
kau,” katanya lagi.Lelaki itu kemudian menceritakan pengalamannya, dalam bahasa
Indonesia, sudah lama berada di Tokyo. Dan sepanjang perbicaraan itu, beliau
hanya mengangguk kepada mendengar cerita yang dituturkan dalama bahasa
Indonesia. Setelah sampai ke station subway,kawan saya turun dan lelaki
berkenaan pun turun sama.Masing-masing mempunyai destinasi yang sama.Lantas
kawan saya bertanya, Negara asal di mana. Lelaki berkenaan, menjawab, Negara
asalnya Malaysia. Kawan aku tiba-tiba terkejut dan sama sekali tidak menyangkan
lelaki itu, teman segenagara, “Di Malaysia, dimana ?,” tanya kawan aku
Lelaki
itu menjawab,”Kelantan”. Teman aku, ketawa besar lantas, berkata, “Kawe pun orang
Kelantan, kenapa tok royak ore Kelantan,” kata kawanku. Lelaki itu kemudia
menjawab,”kenapa tak tanya dari awal tadi, kalu tahu demo orang Kelantan, kawe
kecek Kelantan, bukan Indonesia,” kata lelaki berkenaan sambil ketawa.
Itulah
sketsa hidup, cerita benar yang berlaku di Tokyo, membabitkan dua orang rakyat
Kelantan, yang suatu ketika berada di bumi,yang kemudian bersahabat dan menjadi
kawan yang akrab.Berbalik kepada cerita Tengku Mahalel, beliau menjelaskan,
orang Kelantan pada umumnya yang berada di Kelantan, melakukan pekerjaan
sendiri, self employed, berbanding dengan negeri lain, jumlah rakyat Kelantan
yang “bekerja sendiiri”jauh lebih besar. Keadaan ini menyebabkan, golongan ini
lebih “bebas” dan tidak terikat dengan peraturan kerja berbanding dengan mereka
“makan gaji” yang bekerja disektor kerajaan ataupun swasta
Keadaan
ini katanya, menyebabkan mereka bebas untuk memilih. Dari segi politik,
pemikiran golongan ini,terlalu bebas dan lepas, mereka memilih pemimpin
berdasarkan gerak hati kecil mereka. Ramai dari golongan ini, selesa dibawah
pentadbiran dan pimpinan ulama, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bila
“chemistry politik” ini sudah menusuk dan mengalir dalam diri dan darah mereka,tidak
ada ubat untuk “mengubat” golongan ini
Selepas
berbicara ditopik yang lain, mengenai kehebatan da keistimewaan rakyat
Kelantan,tiba waktu menggemukan soalan.Tetamu yang hadir diberi peluang untuk
bertanyakan soalan. Aku lantas mara kedepan, menuju kearah mikrofon dan
memperkenalkan diri sebagai wartawan jaringan dari TV3 dan membuat liputan
mengenai majlis ini melontarkan pertanyaan berbau dan bersalut politik.
“Apakah
sdr setuju dengan pandangan saya, jika saya mengatakan dalam PRU yang akan
datangaPRU ke 11, UMNO akan masih gagal dan tidak berupaya merampas kuasa
politiek dari PAS berdasarkan fakta di negeri ini terlalu ramai golongan
self-employed berbanding dengan negeri-negeri lain,” kataku padanya
Beliau
dengan nada bersahaja, sambil tersenyum kecil menjawab bersetuju dengan
pandangan aku. Selepas itu ada beberap tamu lain bertanyakan soalan. Selepas
itu majlis selesai. Sebelum menghadiri majlis sidang media, beliau datang ke
meja VIP dan aku pun hadir sama, selepas bersalam, beliau bertanya pada
aku,”How is my speech,” katanya lembut,aku
lantas menjawab, “God damn good,”. “Oh. God damn good, very good remark, I
never heard such a good remark’,katanya.
Kami
lantas berbual biasa sehinggalah tiba waktu sidang media. Dan skrip berita yang
aku tulis pada hari itu,disub oleh Zarina Harun, kini bertugas di TV9 dan
disiarkan Bulettin Utama.Dan sejak dari hari itu, sehingga sekarang aku tidak
pernah berjumpa dengan beliau lagi,Cuma apabila beliau membaca sketsa kecil
ini, aku harap beliau ingat akan happening yang berlaku di Hotel Perdana dulu,
bukan Hotel Perdana berwajah baru hari ini
Menerusi
kawan aku, General Manager, Hotel Holiday Villa di Wakaf Che Yeh, En
Saufi,kenalan baik dengan beliau, beliau seorang yang “hebat tentang kereta”.
Beliau tahu “semua yang ada dalam enjin kereta”, dari a hingga ke z.
Tapi
nasib tidak selalu menyebelahi beliau, apabila Pak Lah menjadi PM, kontraknya
sebagai “leading man” dalam proton tidak disambung kerana PakLah ingin
memasukkan orangnya yang mengakibatkan timbul kemarahan Tun Mahathir kepada
Paklah. Kemarahan Tun Mahathir, kepada manusia tidak mengenang budi Paklah,
pada akhir dan penghujung permainan politiek, Paklah di”nyah” dan ditarik turun
dari kerusi Perdana Menteri dengan “tidak beradab dan kurang sopan”, “di”paksa
turun” dengan cara hormat, kalau tidak UMNO akan terus, tergelunsur kebawah,
dibawah pimpinan Pak Lah Ahmad Badawi dan menurut penganalisis tempatan, B-N
akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam Parlimen dalam PRU ke 13, kalau dia
tidak cepat-cepat turun dan melepaskan kerusi Presiden UMNO kepada Datuk Seri
Mohd Najib Razak.
DATOK KAMARUDIN
BEKAS
SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN KOTA BHARU
Atau
yang lebih dikenali dengan nama Abang Din, merupakan activist UMNO sejak
dilahirkan dan sehingga sekarang, masih merupakan orang kuat Ketua Bahagian
UMNO juga bekas setiausaha politik,PM, Datok Fatmi Salleh.
Abang
Din kini kerap sarapan pagi dikedai china, bersebelahan Bangunan UMNO Kota
Bharu, pada suatu pagi yang hening dan bening,aku telah pergi kerestauran itu
untuk minum kopi dan terserempak dengan Abg Din, yang santai makan roti bakar
mentega bakar
Beliau
lantas memanggil aku dan menawarkan
secangkir kopi pahit(barangkali) dan aku seperti biasa menghulurkan tangan
berjabat salam dan menghormati, beliau sebagai orang lama, orang tua,kini
berusia 63, tapi masih belum mahu tua.Buktinya he doesnot look 63, he is
younger than what he is today.
Cerita
terbaru,cerita sedih, anak jantannya kalah dalam pertandingan jawatan Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu.Meskipun terdapat “kecacatan dalam proses
penggundian dan pemilihan” dan surat aduan dan bantahan telah dihantar, dan
yang memilu dan menyedihkan, bantahan itu “telah dibangkulsampahkan”. “Ini lah
UMNO, terpaksa terima hakikat,” katanya. Pemimpin atasan katanya akan bertindak
dan mengambil tindakan,apabila ada “hajat tertentu”,katanya.
“Meskipun
ada bukti, kalau mereka tak nak terima, akan ditolak,tapi kalau merekam”mahu
seseorang pemimpin itu disingkir,”bukti kecil akan di perbesar-besarkan,
akhirnya pemimpin yang hendak disembelih itu akan tersungkur dan jatuh dari
pentas dan penggung politik UMNO, Katanya serius
Bagi
masyarakat dan ahli UMNO Kawasan Kota Bharu, nama ini bukan sekadar sebuah
nama, nama ini sudah menjadi mitos dan legenda kerana “kesetian dan kehebatan”
ber main politiek dalaman UMNO Bahagian Kota Bharu
Aku
mulai mengenai, manusia bernama abang Din ketika aku berusian tujuh tahun, ibu
aku, yang mempunyai pertalian darah dengan Tan Seri Hussein Ahmad, kerap
bertandang kerumah ayah sin di kampung pengkalan Pasir Mas.aku kerap melihat
beliau bersama ayah sin, Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, dan apabila aku
menjadi wartawan, aku kerap berjumpa denga beliau dan bertanya khabar
Perkenalan
aku dengan beliau,amat baik,aku menghormati beliau sebagai orang lama dalam
UMNO dan beliau menghormati aku sebagai wartawan yang dikatakan tahu banyak
tentang “berita-berita politik” Kelantan, tapi disebabkan “off therecord story”
ianya tidak dapat dihebohkan, apabila lagi untuk dibuat berita
Pertemuan
aku dengan beliau, terbaru berlaku 10 Januari lalu,aku memaklumkan kepada beliau,
aku sedang menggarap buku, pengalaman kewartawan aku selama lebih 22 tahun, dan
aku berhajat ingin memasukkan beliau sebagai “sumber dan bahan” tulisan aku.
Beliau mengatakan no problem
Dan
berita terbaru, sewaktu beliau memegang jawantan Setiausaha UMNO Bahagian Kota
Bharu, selepas BN tersungkur dan “terbumi hangus” dalam pilihanraya umum,22
Oktober 1990, dalam mesyuarat perhubungan UMNO,Tun Mahathir Mohamed, sebagai
Presiiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan pada waktu itu,
menyatakan dalam mesyuarat, UMNO Kelantan perlu mengambil masa, paling minimal
20 tahun, untuk merampas semula “kuasa politik” dari PAS,tapi pernyataan
Mahathir itu banyak di pertikai oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian di negeri
Kelantan
Akibatnya,
Mahathir melepaskan jawatan itu dan menyerahkan kepada Tan Seri Annuar Musa.
Anehnya, ramalan Tun Mahathir itu ternyata tepat. Kini sudah hampir 24 tahun,
PAS memerintah Kelantan, UMNO Kelantan “masih belum jantan” untuk merampas
kuasa politiek dari PAS.
Soalanya
pertama aku kemukakan kepada Abang Din, “Dimana UMNO 50 tahun lagi”. Beliau
dengan nada sinis berkata, kenapa 50 tahun,bukan 20 tahun,? Dia jawab
pertannyaan aku dengan “pertanyaan yang sederhana bunyinya.
Kawan
di sebelahnya,menyampuk, “mungkin tak sampai 20 tahun lagi UMNO memerintah,”
katanya. Lepas tu,”UMNO akan menjadi seperti parto Golkar di Indoneseia, zaman
Suharto parti itu merupakan parti terkuat dan memerintah Indonesia, tapi
setelah UMNO, tersungkur parti itu juga turut tersungkur,” katanya lagi
Dalam
hati kecil ku berkata, “apakah sememangnya begitu nasih pasri UMNO,” bisiknya
lirih, tapi aku krang tahu persis.
Yang
jelas PRU 14, akan menjadi PRU yang lebih hebat dari PRU ke 13 baru-baru ini
“Paknik,
PRU ke 14, ada 5 juta peggundi baru, penggundi muda,”katanya pada aku
“Bayangkan
apa akan jadi pada UMNO jika semua sokong pembangkang,” tambahnya lagi
“Tak
usah, semua sokong pembangkang, separuh dari mereka sokong pembangkang akan
meletakkan UMNO dalam keadaan tidak stabil stabil untuk memenangi PRU ke 14,”
katanya lagi
“Apa
ketua Pemuda UMNO sudah buat untuk mendekati golongan ini, mana program, blue
print jangka panjang pergerakan pemuda UMNO untuk menyentuh dan menambat hati
golongan ini, tolong ceritakan pada saya,Paknik,” katanya
“Soalan
itu Khairy Jamaludin kena jawab,” kata ku selamba
Menurut beliau di negeri Kelantan, senario politik berbeda dengan negeri lain.dinegeri ini apabila calon BN dimuktamadkan dan poster gambar calon mulai digantung dan dipaparkan dikhalayak ramai, tiga jawapan akan di perolehi di peringkat akar umbi, khususnya dari pengundi neutral, atas pagar pengundi.
Pertama,
mereka akan berkata, calon ini sombong, keluarga mereka sombong, keturunan
mereka semua sombong-smobong, tak boleh pilih jadi pemimpin, kalau pilih
simamat ini, nak jumpa pun susah,apalagi nak berurusan
Kedua,
Ketiga,
siapa calon ni, calon bidang terjun, kita tak kenal dia, datang dari mana calon
ini, kita tak boleh sokong, tak tahu prestasi dia, kita tak boleh sokong
Lalu
pemimpin yang bagaimana akan memenuhi criteria sebagai pemimpin yang layak dan
sesuai untuk dijadikan pemimpin
Abang
Din mempunyai fahaman dan perspektif tersendiri, pemimpin yang bakal menambat
hati rakyat ialah pemimpin yang tahu “denyut nadi” hati masyarakat diperingkat
akar umbi, pemimpin yang mudah didekati dan kerap memberikan pertolongan dan
bantuan kepada masyarakat
“Bukannya waktu pemimpin, yang datang dan
pergi pada majlis-majlis tertentu yang sudah diatur programnya,” katanya tegas
Berbalik
kepada pertanyaan spekulatif, dimana “posisi UMNO” dalam jangka masa 50 tahun
lagi merupakan suatu pertanyaan yang relatif dan subjective. Yang mana jawapan
yang dikemukan tidak mempunyai “kata salah dan kata betul”, kerana pertanyaan
itu bersifat subjektif dan jawapannya saja sudah tentu bervariasi dan “berbagai-bagai”.
Soalnya,
pada waktu,kita-kita semua sudah berada di”alam sana” samaada di Jannah atau di
hawiah ataupun juga ditengah-tengah, “kita semua tidak tahu”, yang jelas “kita
semua sudah berada di alam sana, alam yang sulit untuk diraba, alam yang hanya
dapat diraba oleh mereka yang kasyaf.Untuk menjawap pertanyaan politik yang
tajam dan meruncing itu, mudah saja, secara kalkulatif, dalam tempoh 50 tahun,
bermakna UMNO akan menempuh 20 kali pilihanraya. Dan melihat kepada jumlah
kerusi pembangkang, bermula dari PRU 12 dan PRU ke 13, didalam Parlimen semakin
bertambah tapi masih belum cukup kuat untuk menumbang dan seterusnya “merampas
kuasa politik” dari kerajaan Barisan Nasional,B-N. Ini suatu fakta yang tidak
dapat ditolak sebegitu saja.
Secara
implicit sejak mencapai kemerdekaan dari British dan B-N beserta parti komponen
lain termasuk UMNO,MCA dan MIC, BN berada dalam zone selesa setiap kali PRU
diadakan, kecuali PRU ke 12 dan PRU ke 13, BN gagal mendapat dua pertiga
majoriti di Parlimen
Keadaan
ini berlaku kerana “wujudnya” tokoh, arkitek la nskap politik tanah air, Datuk
Seri Anwar Ibrahim, yang menubuhkan parti Pakatan Rakyat,PKR yang dalam jangka
masa yang singkat sudah dapat memenangi banyak kerusi parlimen, PRU ke 12 PKR
mampu menang 32 kerusi parlimen, tapi 6 dari ahli parlimennya telah keluar
parti, menjadikan 28 kerusi PKR di Parlimen.
Dan
dalam PRU ke 13 baru-baru ini,kerusi PKR menurun, dari 28 kerusi menjadi 21
kerusi, PKR kehilangan 7 kerusi parlimen dalam PRU ke 13, belum lama ini
Lalu
bagaimana dengan PRU ke 14 nanti ? juga satu pertanyaan yang menggebu dan perlu
diambil kira oleh pemimpin-pemimpin politik, khususnya pemimpin-pemimpin
UMNO,yang ada dan seada-adanya(barangkali-justru tidak serius untuk membela
nasib,bangsa melayu),khususnya yang mempunyai “nilai-nilai cosmetic-leader”,
yang menggunakan UMNO untuk meraih kekayaan pribadi.
Ada
juga pendapat ganas mengatakan, pembangkang di Negara ini tidak lagi menjadi
kuat,PKR tidak lagi menjadi parti kuat,apabila (maaf,cakap) Datuk Seri Anwar
Ibrahim,tiba-tiba berangkat, dipangil Yang Maha Esa, untuk segera mengadap Yang
Maha Khalik, dialam sana, UMNO akan lebih selamat dan terjamin
Apakah
benar andaian itu,kita semua masih samar dan kurang jelas.nm
MOHD ZAKI ZAINAL ABIDIN
EXCO PENYELIDIKAN-PERSATUAN PEGUAM
SYARIE KELANTAN
Susuk
tubuh, manusia bernama Mohd Zaki Zainal Abidin, 44,beranak tiga dalam dunia
guaman syarie bukan sekadar sebuah nama malah “nama” ini sebuah nama yang besar
dalam bidang perundangan syarie tanah air berkelulusan undang-undang
universitiIslam antarabangsa-UIA. Kemudian melanjutkan pelajaran di university
diLondon, kini sedang membuat PHD diUniversiti Malaysia Kelantan,UMK dibawah
selian Prof Noorani Mustapha, melihat perkembangan politik tanah air pada masa
kini berada ditahap kritikal
Transformasi
politik yang didengung dan yang laungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib
Razak,perlu lebih jelas dan lebih praktikal
Beliau
yang mempunyai pengalaman 16 tahun dalam bidang perundangan syarie dan telah
menyelesaikan banyak kes yang membabitkan Mahkamah Syarie, belum lama ini,
bersama ahli jawatankuasa Persatuan Peguam Syarie Kelantan, telah melakukan
kunjungan hormat kepejabat Menteri Besar Kelantan, Datok Mohamed Yakob, dan
menyatkan pendirian persatuannya menyokong usaha kerajaan negeri untuk
melaksanakan “hukum hudud” dinegeri Kelantan
Hukum
Hudud katanya perlu dilaksanakan di negeri ini kerana ianya “perintah allah”
dan ianya wajib dilaksanakan di dalam masyarakat yang mempunyai dominasi umat
Islam yang banyak. Hukuman hudud ini jika dilihat dalam jangka masa panjang
ianya dijangka dapat menyelesaikan pelbagai masalah social yang berlaku di
Negara tercinta, 1Malaysia
Ketika
ditanya, apakah pernah ada “kes-hukuman hudud”, sewaktu Nabi memerintah Madinah
dan memapplikasan pemerintahan Islam, beliau menjawab tidak ada. Tidak ada
riwayat yang melapurkan pada zaman Pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. berlaku
dan perlaksanaan “hukum hudud”.
Katanya
pada zaman Nabi Muhammad, orang yang melakukan “kesalahan” secara sukarela
mengakui kesalahan mereka dan membuat pengakuan dihadapan Nabi Muhammad dan
memohon agar “dijatuhkan hukuman” kerana mereka lebih takut hukuman yang lebih
berat diakhirat kelak
Tapi
dalam konteks perundangan syarie modern ini, meskipun “pesalah mengaku” secara
terbuka telah melakukan “dosa”(contohnya berzina) Mahkamah tidak boleh menerima
dan menjatuhkan hukuman kerana “Mahkamah syarie” yang ada perlu “mendengar kes
dan seterusnya” membicarakan kes mengikut prosedur undang-undang syarie yang
ada.
Keadaan
ini sama sekali berbeda dengan zaman junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dimana
“tahap dan level keimanan” umat Islam berbeda dengan umat Islam di akhir zaman
Diakhir
zaman ini, sulit malah tidak ada “umat Islam” yang telah melakukan kesilapan
dan mengakui secara terbuka dihadapan mahkamah dan memohon agar mahkamah
menjatuhkan hukuman setimpal mengikut perundangan syariah terhadap “diri
mereka” kerana mereka lebih takutkan Z”hukuman berat allah di akhirat kelak” !
Yang
menarik dan istimewa,dengan peguam muda ini, selain mahir dalam perundangan
Islam beliau juga dapat mempraktikan ilmu undang-undang diMahkamah Sivil.
Ketika ditanya pengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang guaman, apakah
pengalaman “manis” yang masih segar dalam ingatan sepanjang beliau
mempraktikkan ilmu guamannya.Dengan nada sederhana beliau berkata, apabila kes
yang dibawanya ke Mahkamah Rayuan, beliau memenangi kes itu. Kes itu
membabitkan pembahagian harta yang sudah 40 tahun tapi dapat diselesaikan
apabila kes anak guamannya, yang dibawanya menang di mahkamah rayuan.
Kes
ini, membabitkan pembahagian harta pusaka yang membabitkan satu keluarga yang
berterusan sampai ke generasi ketiga.
Berbalik
kepada maqasid atau objektif perlaksanaan undang-undang syariah, jumhor ulama
seluruh dunia kata Brother Zaki Zainal Abidin telah sepakat mengeluarkan
kenyataan maqasid itu dibahagikan kepada lima antaranya untuk menjaga
kepentingan agama,diri dan nyawa,keturunan dan maruah dan akal.
Ianya
disedari atau tidak berkaitan rapat dengan perlaksaan hukum hudud, yang mana
“hukum hudud” dan qisas telah menjadi ketentuan oleh yang Maha Esa.
Justru
itu, katanya, sebagai penganut agama Islam dan mengamalkan sunnah junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w, dalam kehidupan yang serba sementara ini, umat Islam
perlu menyokong dan memberi kerjasama kepada pihak pemerintah untuk
melaksanakan hukum hudud
Dan
berdasarkan kajian rambang yang dilakukan khususnya di Negara Arab Saudi,
perlaksanaan hukum hudud sudah lama dilakukan dan kesannya amat besar
kerana indeks kejadian mencuri tidak
banyak malah ianya menjadi teladan kepada orang lain untuk tidak terbabit dalam
kegiatan mencuri keran jika tertangkap, pergelangan tangan mereka akan dipotong
Menurut
Mohd Zaki, setiap umat Islam di Negara ini harus memahami “hukum hudud” yang
diperintahkan oleh Yang Maha Esa adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan
dan kesejahteraan masyarakat tetap terpelihara dan terjaga.
Dipersimpangan
ini beliau bersetuju dengan kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi syariah,Datuk Daud
,selepas majlis perasmian Bangunan Mahkamah Syariah di Tunjung baru-baru ini,
yang secara jelas menyatakan Mahkamah Syariah di negeri ini sudah bersedia
untuk membicarakan kes-kes yang berkaitan dengan hukum hudud
Cuma
yang menjadi persoalan,apakah bahagian penguatkuasaan sudah bersiap sedia dari
segi man-power, pendakwaan untuk membawa kes-kes yang berkaitan hukum hudud
untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah
Sebagai
peguam syarie yang tentunya bersifat professional,Mohd Zaki melihat dan
menjangka rakyat di negeri ini memang menanti dan menyambut baik,perlaksanaan
hukum hudud dilaksanakan dengan kadar segera
TAN SERI WAN AZMI HAMZAH
Aku
berkesempatan bertemu dengan tokoh corporate tanah air, Tan Seri Wan Azmi
Hamzah sewaktu berkhidmat dengan akhbar WATAN pada tahun 1986. Aku membuat
liputan berita termasuk menghadiri sidang media anak-anak Kelantan di Kuala
Lumpur.Pada waktu itu tokoh-tokoh korporat anak Kelantan termasuk Tan seri wan
azmi hamzah, nazmi salleh dan bekas datuk Bandar kuala Lumpur Nordin
Tokoh-tokoh
korporat yang terdiri anak Kelantan, berasal dari Kelantan telah terpanggil
untuk turut membantu UMNO, merampas kuasa politik dari kerajaan Angkatan Perpaduan
Ummah,APU, gabungan parti Pas dan Parti Melayu Semangat 46
Dengan
lain perkataan, dengan adanya semangat kelantan, golongan ini secara halus
dapat memainkan peranan, membantu UMNO, mempengaruhi penggundi agar memberikan
undi mereka kepada calon-calon BN, bukannya kepada calon-calon parti
pembangkang
Golongan
ini secara sedar atau tidak (barangkali) mampu berbuat banyak mempengaruhi
rakyat Kelantan, khususnya penggundi Kelantan, agar rasional dan tidak
emosioanal sewaktu memilih calun apabila tiba waktu mengundi.
Mereka
juga beranggapan dengan “kejayaan yang mereka capai”, berjaya dan sukses serta
mampu menempa “nama” diluar Kelantan dan muka mereka kerap TV dan wajah mereka
terpapar didada akhbar arus perdana, secara psikologi mereka melihat mereka mampu
menjadi “alat” kepada UMNO untuk turut sama berkempen bagi pihak UMNO agar
penggundi dalam pilihraya akan datang mampu menggubah lanskap politik negeri
Kelantan dari pemerintahan PAS kepada pemerintahan berwajah baru,Barisan
Nasional
Tindakan
golongan ini berbuat demikian,(barangkali) ada hubungan kait dengan strategi
politik dalaman UMNO,mencari kaedah terbaru untuk memastikan UMNO dapat
menumbangkan kerajaan PAS dan memberi laluan baru kepada BN untuk memerintah
semula setelah tersungkur, rebah dan “terhempas” kebumi dalam pilihanraya ngeri
22 Oktober 1990, yang mana dalam pilihanraya itu, kesemua 36 kerusi dewan
undangan negeri Kelantan yang dipertandingkan UMNO kalah teruk, 36-0
Berbalik
kedalam sidang media itu, Tan Seri Azmi Hamzah, yang mem baca teks yang
disediakan antara lain berkata, kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan Datok
Nik Abdul Nik Mat “tidak mampu berbuat banyak kearah” mencerdaskan ekonomi
negeri Kelantan dan peluang pekerjaan negeri Kelantan tidak seluas
negeri-negeri dibawah pentadbiran kerajaan B-N
Didalam
teks yang dibacakan itu,berbunyi economic growth in Kelantan is very stagnant
compared to the other states dan banyak lagi fakta yang dikemukakan untuk
membuktikan pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan ketinggalan berbanding dengan
negeri-negeri lain
Selepas
selesai membaca teks itu, wartawan diberi peluang untuk mengemukakan soalan dan
aku pada waktu itu, mengemukakan soalan mudah dan simple, “tan sri, what do you
meant by the word “stagnant”, Tan Seri Wan Azmi pada waktu, mendonggakkan muka
dan memandang terus kearah aku, sementara wartawan lain yang berada disitu
memandang kepada aku. Itu adalah assignment pertama aku dan barangkali, mereka
terkejut dengan pertanyaan aku. Kalau polis, polis barulah aku ini
Aku
masih ingat, pada waktu itu Tan Seri Wan Azmi Hamzah, dengan kaca mata yang
tebal, tepat memandang kearah aku dan melalui gerak matanya beliau “tidak
selesa” dengan pertanyaan aku itu barangkali. Kemudian aku melihat melihat, Tan
Seri Wan Azmi Hamzah menolak mikrofon secara perlahan kearah Datok Nordin
Razak, yang pada waktu itu berada disebelahnya. Datok Nordin kemudian memberi
penjelasan, maksud “stagnant” dalam konteks politik Kelantan,pertumbuhan
ekonomi Kelantan “slow”, perlahan dan tidak rancak
Maksud
“stagnant” kalau di semak dalam Dictionary English Collin, bermakna
“standstill”,tidak bergerak. Itulah barangkali “kekeliruan”, ketidak sengajaan”
yang dilakukan penulis teks itu yang menyebabkan tokoh korporat,terkemuka tanah
air “terjerat” dengan penggunaan kata “stagnant” yang sepatutnya tidak
digunakan. Malah bagi menggantikan perkataan stagnant, ianya sepatut digantikan
dengan “perkataan” economic growth is slower than the other states
Sidang
media itu berlangsung di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur dan selepas itu pihak
media dijamu dengan “tea dan snacks”, aku melihat Tan Seri Azmi Hamzah tidak
pergi keruang jamuan sebaliknya berbicara dengan teman yang aku tidak kenali
Aku
kurang tahu persis, samaada beliau masih ingat kepada “detik-detik masa lalu
yang sudah berusia 20 tahun lebih”.aku tidak mengenali beliau dengan lebih
dekat, tapi yang aku tahu, kawan aku, Nik Zainal Abdidin Nik Mansor,class mate
di sekolah menengah sultan ismail Kota Bharu,SMSI,kelas kami 3Commerce1,1977.
Kelas 3commerce1,merupakan kelas (maaf cakap)kelas yang terdiri dari
pelajar-pelajar pintar,gabungan pelajar kelas peralihan khas,kelas khas dan
pelajar china dan melayu yang menetap
dikota Bharu
Nik
Zainal,lulusan Diploma in Library Science dari UITM,kini bekerja dengan anak
syarikat milik Tan Seri Wan Azmi Hamzah,setelah bertahun berpisah sejak tahun
1977 “terserempak” dan berjumpa dengan aku dikedai kopi china Sun Hua,
ditengah-tengah Bandar Kota Bharu
DAIM
ZAINUDDIN
MENTERI KEWANGAN
Aku berkesempatan bertemu dengan Daim
Zainuddin, Menteri Kewangan, ketika membuat liputan berita mengenai pembinaan
jambatan Tendong, jambatan yang dikaitkan dengan nama Datok Paduka Ibrahim Ali.
Beliau diberi taklimat di Tingkat 12, di
Jabatan Pembangunan Persekutuan,JPP sebelum pergi melawat tapak projek selepas
mendengar taklimat.semasa mendengar taklimat itu, pihak media tidak dibenarkan
masuk mendengar taklimat kerana “ianya” sulit dan pihak media “tidak
sepatutnya” tahu, apa yang ditaklimatkan kepada Menteri Kewangan.
Aku pada waktu it, pergi kebelakang
bilik taklimat mencari ruang dan sudut sesuai untuk menghisap rokok.setelah
bertemu tempat aku terus masuk dan kebetulan ada kerusi,aku pun terus
duduk.disitu aku dapat mendengar taklimat,tapi tidak jelas.
Tiba-tiba mata aku terpandang kearah
pintu, aku memberanikan diri, menolak pintu secara perlahan dan aku terkejut
besar kerana pintu itu tidak berkunci.Didetik itu aku dapat mendengar dengan
jelas apa yang ditaklimatkan.aku meneruskan aktiviti “mencuri dengar taklimat”
itu sehinggalah aku mendengar suara, yang bertanya, kenapa kos jambatan itu
mahal sangat,dan aku yakin suara itu suara menteri kewangan daim zainuddin.
Selepas itu mendengar suara yang member
penjelasan, jambatan itu mahal kerana ianya mempunyai empat lane dan pelbagai
alas an lain yang diberikan
Takut aktiviti aku diketahui ,aku terus
menutup pintu itu secara perlahan-lahan dan entah apa yang taklimatkan selepas
itu, aku tidak peduli
Disisi yang lain, aku berkesempatan
bertemu dengan daim zainudin,sewaktu beliau datang ke kota bharu, mengadakan
pertemuan dengan ahli-ahli UMNO Bahagian Kota Bharu di Hotel Juita Inn, milik
Datok Baharom(yang nama disenarai untuk calun BN bagi DUN Wakaf Bharu,pada
pilinaraya 2004,tapi digugurkan atas sebab teknikal)
Aku pada waktu itu mempunyai hubungan rapat
dan akrab dengan peguam senior,Datok Wan Mustapha Wan Abdullah (kini telah
berada dialam sana) kerana kerap menginterview beliau kerana beliau bekas
Penasihat Undang-Undang PAS dan beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen PAS
bagi kawasan Kota Baharu Barat pada tahun 1959.
Beliau mempunyai “personel assistant”,
Kak Yah yang tidak kalah hebat dan menarik raut wajahnya.
Aku sebelum itu, sudah tahu
latarbelakang Daim Zainuddin, yang pernah membuat “Chambering” di Pejabat Datuk
Wan Mustapha pada awal tahun 60an dulu.apabila aku mengetahui Daim Zainuddin
berada di Juita Inn, aku lantas menalipon beliau.
Aku mencadangkan kepada beliau agar
datang bertemu dengan Daim Zainuddin, lagipun sudah berpuluh-puluh tahun beliau
tidak bertemu dengan Daim Zainuddin.Beliau bersetuju dengan cadangan aku.
Selang beberapa minit, beliau datang dan
pada waktu itu,tea break.Beliau terus ke meja Daim Zainuddin,dan bersalam
dengan Daim Zainuddin.aku pada waktu itu berada dibelakang datok wan
Mustapha,tapi agak jauh,Cuma apa yang dapat aku dengarr,daim zainuddin
berkata,”oh datok wan,” dan mereka berbicara ringkas.Kemudian datok wan
Mustapha beredar.aku masih ingat pada waktu itu daim zainuddin, memakai t-shirt
berkolar berwarna merah
Aku kurang tahu persis samaada datuk
paduka daim zainuddin masih ingat pada happening ini, yang jelas memory aku
masih dapat menggimbau happening ini.dan aku dimaklumkan sewaktu membuat
chambering di pejabat datuk wan Mustapha beliau menggunakan “basikal unta”
sebagai kenderaan untuk memudahkan beliau bergerak
PENASIHAT
UNDANG-UNDANG PAS,DATUK WAN MUSTAPHA WAN ABDULLAH
Aku mulai mengenali dan berkenalan lebih
rapat dan mengenai Datuk Wan Mustapha Wan Abdullah (kini sudahpun berada dialam
sana) ketika aku membuat cerita mengenai perlembagaan dan undang-undang PAS
yang membabitkan keputusan yang dibuat kerajaan negeri PAS pimpinan,Mursyidul
Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sebagai peguam berusia lanjut dan masih
aktif dalam bidang guaman dan merupakan peguam terkenal pada awal tahun 60an di
negeri Kelantan, beliau merasa bangga dan “happy” visualnya tiba-tiba terpapar
dikaca televisyen di waktu puncak, Buletin Utama TV 3
Sejak dari itu, setiap kali aku datang
ke pejabatnya, PAnya Kak Yah rambut rambut merah,kini mengidap penyakit
kanser,sedang menjalani rawatan kimoterapi tahap satu dan dikatakan sudah
“sembuh”, dan sudah mampu menjalankan tugas harian
Minuman kegemarannya, Nescafe susu dan
aku sering dihidangkan dengan minumankegemarannya setiap aku kali aku datang ke
pejabatnya dan beliau kerap menceritakan pengalamanya sewaktu belajar law di
United Kingdom
Sebelum melanjutkan pelajaran ke United
Kingdom, beliau belajar di Penang Free School, di Pulau Pinang dan setelah
tamat beliau berkhidmat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri(SPN). Sewaktu
belajar di United Kingdom, beliau mengenali Perdana Menteri,Tuanku Abdul Rahman
Petra dan beliau berkawan rapat dengan Tuanku Abdul Rahman Putra
Bukti beliau rapat dengan Perdana
Menteri Malaysia yang pertama itu, sewaktu beliau menjadi ahli parlimen kawasan
Kota Bharu Barat pada tahun 1959, beliau telah menjadi wakil kerajaan Malaysia
di bangsa-Bangsa bersatu
Dalam gambarnya yang diambil dalam suatu
persidangan di Findland, tertulis United Nation, beliau sebagai perwakilan dari
Malaysia dan menurut beliau, beliau merupakan satu-satu ahli parlimen, dari
parti pembangkang,khususnya dari PAS yang mewakili kerajaan Malaysia di United
Nation.
Menurut beliau,sewaktu berada disana,
Tengku Azlan Shah yang pernah menjadi Yang Di Pertua Agung Malaysia,masih
merupakan pelajar junior dalam jurusan undang-undang belajar disana tapi di
university yang berbeda
Setelah pulang ke Malaysia dan menyertai
parti PAS beliau diberi peluang oleh Presiden PAS pada waktu
itu,Zulkifli………….untuk bertanding bagi kawasan Parlimen Kota Bharu Barat dan
menang.Kemasukan ba
Ini adalah kerana “tidak ada peguam”
pada wal tahun 50an atau 60an pulang ketanah air menyertai parti
Pembangkang,PAS tetapi beliau PAS sebagai landasan perjuangannya. Meskipun
terpinggir dan kawan-kawannya yang majoritinya menyertai parti PERIKATAN(umno)
beliau tetap memilih lorong yang sunyi,sepi dan lesu
Beliau juga merupakan peguam pertama di
negeri Kelantan yang menggunakan kereta Daimler sebagai kegunaan harian
Beliau secara jujur juga mengakui,
didalam parti PAS pada waktu,wujud kem-kem tertentu yang mempunyai aliran dan
fahaman,fikiran berbeda dengan pucuk pimpinan parti
Apabila Datuk Asri Haji Muda, mulai
mengepalai PAS, beliau muai terpinggir dari arus perdana perjuangan PAS
sehinggalah beliau tidak lagi aktif dalam perjuangan PAS dan sebaliknya memberi
tumpuan teradap bidang guaman sehinga beliau menghembuskan nafasnya yang
terakhir di Pengkalan Chepa. Rumahnya terletak di belajang Sekolah Menengah
Faris Petra,(dulu dikenali dengan nama sekolah menengah sains pengkalan cheap
Meskipun beliau sudah lama meninggalkan
PAS, tapi hubungannya yang masih baik dengan beberapa pemimpin PAS dan pegawai
kerajaan, beliau pernah mendapat kelulusan tanah untuk melombong emas dikawasan
hulu Kelantan, sekitar kawasan Dabong dan aku pernah dipelawa beliau untuk
melihat kawasan lombong emas miliknya itu
Dan aku pernah pergi kekawasan itu,
bersama anak buahnya, menaiki kenderaan pacuan empat roda dan aku ditunjukkan
kesan-kesan perlombongan emas secara tradisional.
Kegiatan melombong emas dikawasan itu
terhenti kerana ada beberapa masalah teknikal yang tidak beretika untuk
ditulis. Dan sehingga hari ini, sejak kematianny, aku tidak tahu dengan tepat
“status kawasan lombonng emasnya itu
Yang aku tahu, setelah dikafankan,
beliau bersendirian dialam kubur dan menghadapi kehidupan sebenar,menurut
perspektif agama Islam.sebagai umat Islam,sejak dari kecil,sudah
difahamkan,setiap kita,akan di pertangungjawab terhadap apa yang kita lakukan
didunia. Manusia pada hari itu, akan dibicarakan diMahkamah Keadilan
Antarabangsa di hadapan Yang maha Khakik dan Maha Esa
Satu hal yang menarik, beliau turut
memaklumkan kepada aku, Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin,kini
dikatakan mempunyai wang yang banyak aduhai dan menerusi proxynya memiliki
share di bank-Bank di Afrika(kebenaran berita ini aku kurang tahu persis),
pernah membuat chambering di pejabatnya pada awal tahun 60an dulu
Beliau turut menceritakan kepada aku,
bahawa kawan-kawanya pernah mencadangkan kepada beliau untuk meminta favour Tun
Daim Zainuddin, selaku menteri kewangan membantunya mendapatkan saham di
beberapa GLC,tetapi beliau tidak berbuat demikian.Tapi beliau tidak menyatakan
sebab kenapa beliau enggan berbuat demikian. Barangkali ini persepsi aku,
beliau is the man with the principle, never beg nobody to get quick and easy
money. Mungkin beliau berpendapat untuk mendapat duit banyak, perlu menerusi
effort sendiri, bukan meminta-meminta dan bukan menerusi “saham”. Tidak
sebagaimana berlaku, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Menteri Kewangan
“ramai sekali” kawan-kawan dekat yang mempunyai “hubungan terdalam dalam
hatinya” mendadak menjadi kaya dengan sekelip mata
Malah dalam masa 24 jam Datuk Seri Anwar
Ibrahim, mampu “membuatkan seseorang itu” menjadi jutawan dalam sekelip mata !
cerita ini bukan dongeng dan mitos,aneh ramai kalangan pemimpin UMNO yang pada
waktu itu tidak menolak kebenaran cerita ini, justru itu Tun Mahathir yang
sudah tahu “kerusi perdana menterinya”terancam dan terguncang dengan kehadiran
arus dan gelombang serta pengaruh dalaman, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil
“tindakan cepat” dan serta merta, memecat DSAI dari jawataan Timbalan Perdana
Menteri dan Menteri Kewangan dengan member alas an DSAI “peliwat” kelas berat
Dan sebab pemecatan beliau kita semua
tahu dengan jelas. Tun Mahathir selepas itu mengambil semula jawatan Menteri
Kewangan dan memegang jawatan itu sehingga berundur dengan hormat, melepaskan
jawatan Perdana Menteri kepada Paklah
PEMANGKU KETUA UMN BAHAGIAN TUMPAT DATOK ROSDI ABDUL AZIZ
Manusia
bernama Rosdi Abdul Aziz, seorang kontraktor Berjaya antara 21 calon BN yang
memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri yang di pertandingkan dalam Pilihanraya
Umum 2004. Aku mulai mengenali beliau sewaktu membuat berita mengenai seorang
pemuda, berusia 25 tahun, terjatuh dari pokok durian,patah tulang,miskin dan
tinggal seorang diri di rumah kayu usang,diwakaf bharu
Setelah
berita itu di letupkan didalam Buletin Utama TV3, pada malam itu, visualnya
bersama mangsa dan wawancara tersiar, aku dimaklumkan pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Menteri Kebajikan Masyarakat pada waktu, Datuk Seri Shahrizat
Jalil, telah menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan dan
mengarahkan “bantuan dan pertolongan segera”diberikan.
Keesokkan
harinya, aku dimaklum sdr Rosdi Abdul Aziz, pegawai kebajikan Masyarat beserta
jururawat dari Jabatan Kesihatan Negeri akan datang melawat mangsa. Setelah
mendapat kelulusan dari Bilik Berita TV3, Sri Pentas, untuk membuat assignment
follow up story, aku bersama jurukameraa bergegas kerumah mangsa
Sewaktu
tiba disana, aku melihat, rombongan pegawai dari dua jabatan itu, membawa
hamper,dan bekalan makanan termasuk biskut dan minuman botol untuk dihadiahkan
kepada mangsa. Setelah selesai kameraman merakam majlis bantuan dan menginterview
Datuk Rosdi Abdul Aziz dam pengawai berkenaan, aku dimakulmkan Jabatan
kebajikan masyarakat telah meluluskan “serta merta” bantuan bulanan rm300
kepada mangsa
Sewaktu
berjalan pulang Datok Rosi Abdul Aziz memberitahu aku,”kuasa media,khususnya
TV3 amat luar biasa dan hebat”,hanya dengan “menyiarkan cerita pedih,luka dan
derita itu, jabatan kebajikan masyarakat mengambil tindakan segera dan
meluluskan bantuan kepada pesakit malang itu
Beliau
juga berkata, kalau tidak dengan bantuan TV3, pesakit berkenaan tidak akan
mendapat bantuan bulanan RM300 yang diluluskan serta merta
“Demo
ni, Karam Singh Walia Kelantan, banyak jasa kepada masyarakat”, katanya pada
aku. Aku hanya seperti biasa,tersenyum dan batuk-batuk kecil mendengar pujian
melangit dari seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat
Sejak
dari peristiwa itu hubungan kami menjadi semakin akrab dan bertambah rapat.
Beliau tidak akan teragak-agak untuk menalipon aku pada waktu malam untuk
memaklumkan aktiviti, kegiatan social dan keagaman
Dan
sampai kedetik ini hubungan kami masih rapat, meskipun dua kali kalah dalam PRU
ke 12 dan ke13 kepada kawan aku, Datok Abdullaah Mat Nawi bagi kawasan DUN
Wakaf Bharu, beliau tetap berada didalam permainan politik kawasan DUN Wakaf
Bharu
“Soal
kalah menang, itu nombor dua, yang penting kita sebagai pemimpin politik,harus
meneruskan khidmat,membantu golongan yang memerlukan pertolongan, dalam dunia
politik, kegagalan hari ini kejayaan tertunda untuk hari esok,kita Cuma perlu
kuat menahan diri dan banyak bersabar, lihat saja Tun Mahathir,zaman Tuanku
Abdul Rahman, menjadi Perdana Menteri, gara-gara berani mengkritik beliau
dipinggirkan dan masih mampu dan Berjaya membuat coming back dalam politiek UMNO dan Berjaya menjadi
Perdana Menteri Malaysia keempat dan
Berjaya “membuatkan malaysia menjadi negara modern dan dihormati oleh
Negara-negara Islam lain yang ada didunia pada hari ini
Dan
dalam PRU ke14 yang bakal berlansung banyak tahun lagi, beliau yakin untuk
kesekian kali mampu merampas kerusi dari wakil rakyat PAS kawasan itu dengan
alasan “kekalahan tipis” dalam PRU lalu sudah mengajar dan menghajar beliau,
“erti dari sejumlah makna”perkataan politik
Alasan
lain, gerak kerja sudah di upgradekan, kerja mengenal pasti penggundi luar dan
“mengUMNOkan” penggundi muda, sudah giat dilakukan dan dalam PRU 14 nanti,
beliau yakin kerusi Dewan Undangan Negeri Wakaf Bharu akan dirampas dan menjadi
milik Barisan Nasional,BN.
Jika
spekulasi ini benar ini bermakna,B-N Kelantan Berjaya menambah satu kerusi
DUN,mengekalkan kemenangan 12 kerusi DUN yang dimenangi dalam PRU ke 13 yang
lalu, menjadikan BN mempunyai 13 kerusi di dewan undangan negeri, dengan lain
perkataan,BN Cuma perlu menang 12 kerusi lagi untuk menumbangkan kerajaan PAS
yang sudah memerintah Kelantan hampir 25 tahun. Untuk merampas kuasa politik
dari PAS dalam PRU ke 14, Tok Pa selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan,
perlu mengubah strategi politik yang usang dan lapuk, sudah tidak sesuai tidak
sesuai untuk diguna pakai dalam PRU ke 14. Tokpa perlu menggunakan “kuasa veto”
yang ada, bermula sekarang secara senyap dan diam,”sudah mengenalpasti
calon-calon B-N yang bakal bertanding dalam PRU ke14, dengan kaedah seumpama
ini,calon-calon sudah boleh “melakukan gerak kerja dari peringkat umbi”,
bukannya membuat pengumuman calon saat akhir PRU,tujuannya bagi mengelak
kejadian yang tidak diingini, perebutan “untuk menjadi calon” dikalangan
pemimpin-pemimpin UMNO sendiri dan bagi mengelak kejadian “cas keting”, tikam
dari belakang.
DATOK SUNNY ONG
Nama
Datok Sunny Ong, memang barangkali bukan merupakan sebuah nama yang besar dalam
politik di negeri Kelantan, tetapi nama ini cukup harum, mekar dan segar
dikalangan anak-anak yatim, beragama Islam dan tidak Islam kerana jasanya amat
banyak membantu golongan prihatin, dhaif dan miskin di negeri Kelantan
Meskipun
berbangsa China, dibesarkan dalam lingkungan dan persekitaran banga melayu, masyarakat
melayu Islam di negeri, beliau lebih senang bertinteraksi dan bergaul dengan
masyarakat melayu di persekitaran pejabat dan kediamannya
Hubungan
masyarakat, public relation dengan pemimpim UMNO dan PAS di negeri Kelantan
tidak membuatkan beliau “janggal” dan kekok untuk berada didalam majlis yang
dihadiri pemimpin yang berbeda fahaman politik kerana beliau tahu,masing-masing
pihak, baik pemimpin UMNO maupun PAS,masing-masing berjuang untuk membela dan
membantu rakyat di negeri ini
Saya
mulai mengenali beliau sebagai kawan,apabila membuat liputan berita terhadap
operasi bahagian penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu, menyerbu Hotel
Square Point, miliknya yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa, kini telah di
ubah suai menjadikan Kolej Politeknik Mara
Disebabkan
sikap dan sifatnya suka melakukan derma, member bantuan bulanan termasuk
beras,gula,susu dan keperluan lain kepada sekolah dan pusat anak yatim di
sekitar Bandar kota bharu, menyebabkan jiwa bawah sedar saya terpanggil untuk
mendekati dan seterusnya menjalinkan hubungan akrab dengan pemimpin bukan
Islam, tetapi mengamalkan budaya Islam membantu masyarakat Islam yang
dhaif,miskin dan memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan survival hidup
Saya
mulai mengenali sejak tahun 1996 dan sekali waktu kalau ada kelapangan waktu,
kita akan berbicara tentang kemanusiaan,kehidupan,politik dan apa jua topic
yang menarik untuk dibincangkan.
Sebagai
manusia yang “berada dan barangkali, cukup dengan sikit” dan suka melakukan
aktiviti kemasyarakat, beliau secara jujur, menyatakan pada saya, sehingga hari
ini beliau mempunyau 1 ribu anak angkat termasuk yang beragama islam dan buddah
Mereka
ini akan mendapat bantuan peralatan persekolahan, uniform sekolah, khususnya
menjelang sesi persekolahan pada awal Januari setiap tahun
Sumbangan
yang diberikan itu hasil keuntungan perniagaan yang dijalani dalam tempoh
setahu. Dengan kata lain, beliau turut menyumbangkan bantuan kewangan (bukan
dalam bentuk zakat) kepada pelajar miskin yang pendapatan ibubapa mereka kurang
dari paras miskin tegar
Sumbangan
itu dlakukan secara jujur dan ikhlas, kerana ianya sudah hampir sepuluh tahun
dilakukan. Pada hari Raya Aidiladha tahun lalu bertempat diKB Mall, Kota Bharu,
sebelum dijamu dengan Majlis Berbuka Puasa, seramai 200 anak yatim dari Sekolah
Anak Yatim Taman Sabariah, di Pengkalan Chepa dan beberapa pusat anak yatim
disekitar Kota Bharu,diberi kebebasan memilih pakaian Hari Raya dan masing
mendapat “angpau rm50” dalam sampul dari manusia yang bernama, Datuk Sunny Ong
Sepanjang
terbabit dalam aktiviti social secara percuma dan membantu golongan miskin,
khususnya anak yatim disekitar Bandar
kota bharu dan kawasan luar Bandar Bandar, beliau telah melawat satu pusat anak
yatim persendirian, serba dalam keadaan dhaif dan kekurangan dari segala aspek.
Beliau
lantas member jaminan akan membantu dan membeli beras,susu,gula dan keperluan
harian bagi tempoh sebulan dan sampai
kedetik in sehingga buku ini ditulis. Bantuan itu tetap disalurkan
Menurutnya
bantuan itu memang datang dari lubuk hati terdalam dan ianya tidak mempunyai
apa-apa niat dan tujuan serta ianya bebas dari unsure-unsur politik
Alasan
utama kenapa beliau sanggup menghabiskan wang beratus ringgit bagi kerja amal
itu adalah kerana beliau juga datang dari keluarga yang susah
Terpaksa
menggunakan basikal,mengayuh basikal berbatu-batu untuk sampai kesekolah dan
pada waktu itu beliau berjanji dengan dirinya,apabila besar kelak dan Berjaya
dalam bidang kerjaya yang diceburi beliau akan membantu golongan yang luka,duka
dan dibalut kemiskinan bagi memastikan mereka juga akan Berjaya dalam kehidupan
dan penghidupan
Dan
TV-Alhijrah menerusi berita TV-Al Hijrah telah menyiarkan aktiviti social
beliau ketika memberikan pakaian kepada anak-anak yatim piatu di KB Mall,dua
tahun lalu
Soalnya,
berapa ramaikah dikalangan “datok-datok” anak Kelantan,yang tidak bermain
politik,tapi mempunyai wang berjuta-juta ringgit dalam bank sanggup melakukan
kerja-kerja amal sebagaimana yang dilakukan oleh manusia bernama Sunny ini ?
Berangkat
dari niat yang baik, membantu golongan yatim piatu, businessnya setiap tahun
meningkat dan memuncak
Meskipun
bukan beragama Islam, tentunya tidak rasist,sumbangan yang bukan berbentuk
zakat, tapi membantu golongan anak yatim, terbukti member kesan yang besar
kepada mereka yang terbabit dalam kegiatan membantu, anak-anak yatim
Sebagai
anak Kelantan yang dibesarkan dalam masyarakat melayu Kelantan, memahami dan
mengerti denyut nadi dan selera, golongan yang memerlukan bantuan dari segi
kewangan, Datok Sunny, bagi masyarakat China, dikota Bharu, yang berpendapatan
rendah dan memerlukan bantuan tidak segan silu, untuk bertemu,berjumpa dan
memohon bantuan dari beliau
Dikalangan
masyarakat china, beliau dipanggil Don Sunny,bagi kanak-kanak yang nakal kalau
di Italy disebut,The God Father
Melihat
disisi yang lain, Datok Sunny telah lama,menterjemahkan konsep 1Malaysia
sebagaimana yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak empat
tahun lalu
“Bagi
saya, Melayu,China,India,Siam dan kaum etnik yang berada di Negara tercinta
1Malaysia sama saja,masing ingin hidup aman,damai dan sejahtera.Jika ada
dikalangan mereka yang memerlukan pertolongan kita harus memberi bantuan kerana
sudah menjadi tanggungjawab sosial,kepada kita yang Berjaya membantu golongan
yang memerlukan,” katanya kepada aku sewaktu menghadiri Majlis Makan MalamChinese
New Year,dikediamanya baru-baru ini
Turut
hadir pada majlis itu, bekas Pengarah Jabatan Pembangunan dan Persekutuan,JPP
Kelantan, Datuk Shukri, kini Ketua Pengarah MOU di Pejabat Kementerian
Kewangan, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan,Perpaduan Masyarat
dan Pembangunan Usahawan, Datok Haji Anuar Tan Abdullah dan Timbalan Ketua
Polis Kelantan, Datok Mazlan Mohd Lazim dan beberapa orang kenamaan negeri dan
tidak ketinggalan pihak media dkelantan, dari Nanyang Siang Pau, Sin Jew Jit
Poh,China Press,TV9,The New Straits Times, Berita Harian dan TV Al-Hijrah
DATOK PROF RADZUAN CHE ROS
NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA
KELANTAN
Universiti
Malaysia Kelantan,UMK yang ditubuhkan lima tahun dulu, merupakan sebuah
universiti yang lahir dari produk dan janji-janji politik kerajaan BN dalam
pilihanraya 2004 ,10 tahun lau.Meskipun gagal merampas kuasa politik dari
kerajaan PAS, disebabkan janji-janji politik itu sudah termasuk dalam Manifesto
Barisan Nasional, dalam pilihanraya, kerajaan B-N secara terpaksa menunaikan
“janji-janji politik” kepada rakyat Kelantan bahawa BN sangat terok. Parti
politik dan mengkotakan janji-janji politik yang dilontarkan kepada rakyat
negeri Kelantan.
Yang
anehnya, pada awal penubuhannya, sudah berlaku “perebutan tapak” dan lokasi
kampus itu. Tan Seri Annuar Musa telah mengeluarkan kenyataan akhbar, tapak UMK
akan berada dalam kawasan Parlimen Ketereh manakala Datuk Dr Awang Adek Husin
mengatakan “kampus UMK” sesuai untuk berada di Parlimen Bachok manakala Datuk
Mustapha Mohamed, mahukan kampus UMK turut berada dikawasan Parlimen Jeli
Dan
hari ini,Kampus UMK ada di Pengkalan Chepa, di Bachok dan juga diJeli. Keadaan
ini dilihat secara professional, sama sekali tidak mencerminkan “sebuah
universiti yang mempunyai imej antarabangsa. “. Menurut seorang professor yang
enggan namanya disiarkan, sebuah kampus university yang baik, mesti mempunyai
keluasan kampus berpuluh ekar, barulah “imej dan identity” kampus universiti
itu sama level atau on par dengan universiti-universti kerajaan yang lain atau
universiti diluar negara
Tapi
disebabkan, pertimbangan politik, pertimbangan orang politik yang mempunyai
kepentingan tertentu dan diri sendiri, telah menggunakan “kuasa politik
semaksimal mungkin” untuk merealisasikan cita-cita pribadi mereka
Berbicara
tentang kampus UMK, berdasarkan sumber, classified information, istana
Kelantan, telah menyediakan 30 ekar tanah untuk dijadikan kampus UMK, tetapi
lokasinya dikawasan Parlimen Gua Musang tetapi “tawaran itu” ditolak kerana
factor politik, jika UMK diadakan di Gua Musang, manusia yang mendapat
political mileage bukanya Datuk Seri Mustapha Mohamed tetapi Tengku Razaleigh
Hamzah
Keadaan
sedemikian tidak patut berlaku dan jalan tengah perlu diambil, hasilnya UMK
kini mempunyai tiga kampus, di Pengakalan Chepa, Bachok dan Jeli
Berbicara
tentang UMK, NC, Datuk Redzuan Che Ross, memang mempunyai “idea, pemikiran
kretif” bagi meningkat dan memertabatkan nama UMK di peringkat
antarabangsa.Kini meskipun berusia setahun jagung berbanding dengan university
tempata yang lain, UMK dalam waktu singkat telah banyak melakukan kerjasama
dengan university-universiti berprestij di luar Negara
Satu
hal yang menarik tentang, Datuk Prof Radzuan Che Ross, beliau telah berjaya
melakukan anjakakan paradigma, dalam pemikiran anggota senat UMK. Beliau telah
membuka peluang kepada mereka yang mempunyai Diploma dan mempunyai pengalaman
kerja selama 15 – 20 tahun, untuk membuat Master in Business Administration,
MBA di UMK
Hasilnya,
kini, pada penghujung tahun ini UMK akan
melahirkan “first badge”graduan MBA seramai 25 graduan yang mempunyai pelbagai
latarbelakang pendidikan dan kerjaya berbeda akan meraih gelar sarjana pada penghujung tahun
Dalam
konteks kelonggaran syarat kemasukan untuk program sarjana, university tempatan
lain perlu menggunakan pendekatan yang dilakukan UMK, meskipun tidak mempunyai
degree untuk membuat sarjana, seseorang itu dikirakan layak dan setaraf dengan
pemegang degree untuk membuat sarjana, asalkan mereka mempunyai diploma dan
mempunyai pengalaman kerja antara 15 hingga 20, pantas diberi peluang untuk
membuat sarjana, master dalam bidng yang telah lama diceburi individu
Bagi
beliau pengalaman kerja 15 hingga 20 tahun, itu sudah memadai untuk meletakan
pencapaian akedemik pemohon setaraf dengan pemegang ijazah, sewaktu mereka
memohon untuk membuat sarjana di UMK
Lebih
jauh dan lebih dalam dari itu,Datok Prof Redzuam, memang mempunyai pemikiran
yang jauh kehadapan untuk memajukan UMK ketahap yang lebih tinggi.Meskipun baru
berusia setahun jagung, jumlah kemasukan pelajar yang bertambah setiap tahun
membuktikan UMK sebuah kilang manusia yang mampu melahirkan “produk-produk
manusia” yang berkualiti dan setanding dengan mana-mana university” tempatan
yang lain
RAHMAN
MJ EVENT AND MANAGEMENT SDN BHD
Aku
pertama kali bertemu dengan manusia bernama Rahman MJ atau nama glamour Manja,
pemilik syarikat MJ Event and Management pada seawal Oktober 2012, ketika hadir majlis makan siang
bersama kakitangan Majlis Agama Islam Kelantan,MAIK di restoran nasi ulam Che
Gu, (kini juga telah berada dialam sana) berhadapan dengan Istana Baru,
berhampiran Masjid Muhammadi sebagai persedian awal untuk membuat liputan
berita bagi TV Al-Hijrah
Beliau
datang ke majlis makan siang agak terlambat kerana flight yang dinaiki KL-KB
agak terlewat kerana masalah “sama”,technical problem.
Majlis
Makan Siang tidak formal itu diadakan bagi merai mereka-mereka yang terlibat
dan memberi sumbangan tenaga bagi menjayakan ekspo MAIK 2012, sempena genap 100
tahun penubuhan MAIK
Yang
menghairan dan menjadi tanda tanya aku, siapakah manusia yang bernama RahmanMJ
@ Manja ini sehinggakan terpaksa menunggu beliau untuk dimulakan majlis makan
siang itu
Sebaik
beliau tiba, majlis makan siang itu sudah bermula lima minit kerana “perut”
kebiasaannya bila lapar tidak dapat menunggu,baik didalam apa perjuangan pun,
perut perlu diisi dulu
Berdasarkan
maklumat yang diperolehi, beliau adalah key-man, master-man yang
bertanggungjawab menguruskan Ekspo MAIK 2012,sehingga Berjaya.
Dan
pertemuan kali kedua dengan manusia ini berlangsung selang beberapa hari
selepas majlis makan siang.Kali ini bertemu didalam Mesyuarat di Pejabat MAIK
yang dipengerusikan Timbalan Yang Di Pertua MAIK,Datok Kamarudin Mohd
Zain.fffff
Dan
pertemuan selanjutnya berlaku ketika aku membuat liputan berita mengenai Majlis
Pelancaran Ekspo MAIK, yang berlangsung selama 40 hari di Istana Kubang Kerian.
Sultan
Muhammad ke lima telah berkenan mencemar duli bagi merasmikan Ekspo MAIK 2012,
yang pertama kali diadakan dan ianya menjadi “acara bersejarah” kerana ia
diadakan didalam kawasan Istana Kubang Kerian
Selepas
majlis itu, aku berjumpa dengan manusia yang bernama Manja dan kami mengambil
masa untuk berbual dan berbicara lebih lanjut tentang perancangan dan
Perlaksanaan Ekspo MAIK 2012.
Sambil
minum the tarik digerai dan merokok,kami saling berbual tentang pengalaman
kerja dan beliau secara terus terang menyatakan projek ini memerlukan masa yang
panjang untuk, perlu focus kerana projek ini membabitkan instituisi di Raja
Kelantan.
Beliau
mesti memastikan keadaan dan perancangan yang diatur berjalan lancar
sebagaimana yang di rancangkan oleh MAIK
Selain
harus memastikan kebersihan kawasan istana dan keselamatan barang pameran
terjamin beliau juga harus “memastikan” penggunjung ekspo MAIK, berpuas hati
dan tidak kecewa melihat pameran yang dipamerkan dalam dewan Istana Kubang
Kerian
Beliau
menjelaskan, bagi melaksanaka perjalanan EKSPO 2012, beliau juga telah membuat
research dan kajian yang lebih mendalam bagi memastikan “excellency” EKSPO MAIK
2012 tetap berada di tahap yang lebih memuaskan
Tambah
lagi, EKSPO seumpama ini, merupakan satu lembaran sejarah baru dan belum pernah
ada dimana-mana istana yang ada di Negara member “kebenaran” untuk diadakan
EKSPO didalam kawasan Istana
Sultan
Muhammad kelima,selaku Ketua Agama Negeri Kelantan melihat dari perspektif
berbeda dan menurut manusia bernama Manja, apa yang dilakukan Sultan Muhammad
kelima patut di contohi sultan-sultan lain yang ada di Negara ini
Pendekatan
seumpama ini katanya dapat mendekatkan Raja dengan rakyat dan rakyat akan
merasa gembira apabila diberi peluang untuk memasuki istana dan menikmati
pemandangan keindahan istana dan mereka dapat bergambar didalam kawasan istana
Dengan
lain perkataan, Sultan mereka akan tetap bertaktha didalam hati mereka dan akan
terus membela “instiitusi Raja” apabila ada pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab menghina Raja-Raja Melayu dan melakukan cubaan untuk
merosakkan imej “kesultanan melayu” di Negara yang majoritinya berbangsa Melayu
Yang
menjadi tumpuan dan menarik perhatian rakyat negeri ini untuk datang dan
berkunjung ke Ekspo ini kerana disini, mereka dapat melihat dengan lebih dekat
bahan-bahan,tinggalan sejarah Islam,seperti Pedang Nabi Muhammad s.a.w, replika
rumah Nabi Muhammad s.a.w,tombak zaman kegemilangan kerajaan Othmaniah, pakaian
baju besi, kitab-kitab lama dan pelbagai “barang kesenian Islam”,bermula dari
zaman Nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah kepada kerajaan Othmaniah,Turki
Menurut
Rahman MJ @Manja, idea untuk membuat “historical event”, dilontarkan sewaktu
menghadiri meetingdengan pegawai-pegawai MAIK dan “ideanya” ini telah
dipersetujui dan diangkat kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad kelima
untuk mendapat perkenaan baginda.
Apabila
Baginda member perkenaan, kerja-kerja perancangan, penjadwalan tugas dan
pelbagai kerja-kerja lain yang berkaitan dengan EKSPO mulai diatur dengan
teliti.
Kerja
pembinaan pentas, lay out,lighting dan banyak lagi kerja-kerja technical
berkaitan dengan “event and management” terpaksa dilakukan
Menurutnya,
beliau mengambil masa selama sebulan untuk membuat persiapan dan seterusnya
menterjemahkan,apa yang dirancangkan pengurusan MAIK kealam realiti
Yang
lebih menarik tentang EKSPO MAIK 2012, pihak penganjur dengan kerjasama MAIK
telah menyediakan 20 tapak gerai untuk “saudara baru Islam” menjalankan
perniagaan dan menacari rezeki sepanjang
EKSPO MAIK 2012 berlangsung
Berdasarkan
feed back yang diterima, hasil jualan harian mereka ialah RM300 sehingga RM600
dan “mereka” amat bersyukur dengan adanya ekspo seumpama ini
Malah
mereka berharap lebih banyak dan lebih kerap ekspo seumpama ini diadakan kerana
member peluang untuk menjalankan perniagaan makanan tradisional mereka
Antara
saudara baru yang terbabit dengan urusan perniagaan makanan tradisioanal
terdiri dari pelbagai bangsa termasuk dari Ghana,India, Bangladesh,Thailand,
Filipina dan China
Berdasarkan
pengalaman yang ada pada sdr RahmanMJ ini, sebagai wartawan yang sudah hampir
20 tahun,bergelut dan bergulat dalam bidang ini, aku tidak pernah melihat kejayaan
usahawan muda,berbangsa melayu didalam bidang management and event sebagaimana
yang di raih sdr RahmanMJ.
Justru
aku beranggapan tidak menjadi kesalahan dan melanggar etika kewartawanan
sekiranya aku mencadangkan kepada pihak “istana-istana dan Raja-Raja Melayu”
yang ada di Negara ini “menjadikan kawasan istana sebagai tapak EKSPO dan
syarikat RahmanMJ pantas dan sesuai untuk menggendali,coordinate the event dan
sekaligus dipertanggungjawabkan untuk menjayakan ekspo berkenaan.
Lagipun
sebagai,”pemain”, player yang sudah banyak kali menjayakan event-event besar
ini, RahmanMJ mampu berbuat lebih banyak untuk menjayakan ekspo yang
membabitkan pihak-pihak istana di Negara ini
Secara
implicit dan dilihat dari sudut,psikologis, jika ekspo atau pameran diadakan di kawasan istana dengan kerjasama
kerajaan negeri atau kerajaan pusat ini secara halus dapat memberi “nilai-nilai
edukatif” “pihak istana juga turut terbabit dan terlibat dalam arus globalisasi
arus perdana menyokong kerajaan.
Instituisi
Di Raja pada kacamata rakyat dilihat turut sama, bekerjasama dengan kerajaan
dan yang lebih relevant Istana akan tetap bertakhta di hati rakyat
PROF ZAMRI JAAFAR,PPENGARAH
UNIVERSITI ZAINAL ABIDIN, UNIZA,
Aku
mengenali sosok tubuh ini,the thinking animal, ya ng mempunyai pemikiran jauh
kehadapan, pemikiran diluar kotak, berbanding dengan “mereka” yang mempunyai
banyak “tajuk” didepan nama, tapi “tidak mempunyai banyak “makna” untuk
melestarikan pemikiran bangsa melayu.
Dalam
dunia intelektualitas hari ini, khususnya dimenara gading, naik diIPTA atau
IPTS,prof yang mempunyai phd hanya menyelengara dua pelajar saja dalam satu
tahun dan ianya sudah menjali amalan lapuk dan kuno
“Sepatutnya,
mereka ini menyelengara 20 mahasiswa yang ingin membuat phd, barulah kita
1Malaysia akan lebih bertambah maju dari segi pemikiran,” katanya ketika
bertemu di Lobi Hotel Renaisance, belum lama ini
Manusia
ini, adalah bekas pelajar sultan Ismail College, upper six science 1976, pernah
menjadi pensyarah di UITM,Machang dan di”berhentikan” kerana masalah teknikal
2008
berhijrah ke Yaman, menjadi pensyarah disana selama dua tahun dan ramai
kalangan pelajarnya yang membuat phd dan dibawah seliannya, pelajar dari Negara
china.mereka ini,setelah tamat pulang kenegara asal, membina kolej dan
instituisi pengajian tinggi kerana mereka ini,sebahagian besar, anak
“orang berada”.
“orang berada”.
Apabila
Uniza ingin membuat gabungan dengan universiti di Negara china, manusia ini
ditugaskan untuk mencari Cuma satu university untuk dibuat “perjanjian
pendidikan” dengan uniza, tapi yang mengejutkan NC Uniza, manusia ini mampu
melahirkan 3 instituisi pengajian dari china membuat gabungan dengan Uniza
Menteri
Pengajian Tinggi,Datok Mustapha Mohamed, suatu waktu tidak lama dulu, bersama
delegasi kementerianya telah pergi ke china,untuk mencari universiti atau
institusi pengajian untuk membuat collaboration pendidikan, hasilnya tidak ada
satu pun university dari Negara china yang berminat untuk menyambut salam
persahabatan dan membuat keputusan untuk membuat kerjasama pendidikan dan
membuat gabungan dengan universiti tempatan Negara kita
Kenapa
keadaan itu terjadi ? dimanakah silap Kementerian Penggajian Tinggi sehinggakan
gagal menarik minat satu pun universiti dari negera china untuk membuat gabungan
dengan universiti di Negara kita ?
Apakah
intelektual di Negara sana mengganggap pendidikan di Negara kita masih belum
matang untuk berada sama taraf dengan universiti di Negara mereka ? Juga masih
menjadi tanda tanya. Yang jelas, golongan elite disana, melihat pemikiran,otak
Prof-prof kita, cara kerja prof kita bekerja dan mereka sehingga kini berpuas
hati dengan cara dan kaedah kerja Prof Zambri ketika beliau menjadi tenaga
pengajar di Yaman, empat tahun lalu
Menurut
beliau, untuk bergerak dan seiring dengan dasar kerajaan untuk menjadikan
Malaysia sebagai Negara maju dalam tempoh enam tahun lagi, Negara perlu
melahirkan lebih ramai phd holder dan untuk itu perlu ada perubahan dan anjakan
paradigma dalam otak dan pemikiran prof-prof yang sedia ada
Kini,berdasarkan
rekod, seorang professor Cuma mengawasi dua pelajar phd dalam tempoh satu
tahun,alasan yang diberikan kerana tidak mempunyai banyak masa
Prof
Zamri berkata, golongan professor sepatutnya memonitor serta meluluskan 20 phd
student setiap tahun, barulah lebih ramai golongan cerdik di negara kita dan
wajar kita memasuki dimensi dan era baru dunia globalisasi,berstatus negara
maju DATUK HUSHAM MUSA
Aku
mengenali Datuk Husham Musa, sewaktu beliau belajar di Maktab Sultan Ismail
pada tahun 1979.Aku pada waktu itu, beradalam dalam tingkatan lima,kelas
perdagangan dan menjadi Presiden Commerce Society 1979 dan beliau pada waktu
itu berada dalam tingakan enam atas sastera dan beliau berkawan baik dengan
Ketua Pengawas Asrama, Azmi Ali, berasal dari Tanah Merah, kini berstatus Datuk.
Datok
Azmi ali, kini mempunyai firma guaman dikuala Lumpur dan mempunyai network
guamanan antarabangsa dancukup aktif
dalam bidang property dan foreign investment
Kedua
mereka memasuki Universiti Malaya.setelah tamat pengajian Azmi Ali menyertai
Petronas dalam Legal Department dan Husham Musa, menyertai akhbar Harakah
sebagai wartawan.
Dan
aku bertemu dengan Husham Musa di Parlimen pada 28 Disember 1988, sewaku
membuat liputan sidang Parlimen.aku melihat beliau dari jauh, berpakain baju
melayu berwarna hitam dan beliau duduk bersendirian.
Aku
kebetulan pada waktu itu datang ke pejabat watan, karag kraf,yang terletak di
taman tun dr ismail untuk mengambil duit klaim bulanan, justru aku pada waktu
itu berkhidmat sebagai stringer Watan untuk negeri Kelantan
Klaim
yang aku dapat pada hari itu ialah RM450 dan editer yang membuat subbing
terhadap berita aku ialah sdr Imlan Adabi dan kini aktif menulis untuk akhbar
Berita Harian
Menerusi
wartawan watan,Zulkifli aku sudah lupa nama bapanya,aku membonceng motor dari taman
tun dr ismail, pergi ke Parliament dan sudah tentu berada di perlimen pertama
kali dalam sejarah hidup sebagai wartawan merupakan pengalaman manis dan sukar
untuk dilupakan
Dan
aku masih ingat, aku kira pengalaman separuh manis apabila wartawan kanan watan
daud Ibrahim memarahi aku kerana masuk perlimen tidak menunduukan kepala tanda
hormat ke speaker sebelum duduk
Aku
sama sekali tidak mengetahui, peraturan dan tata cara sewaktu berada di
parlimen. Aku kira tindakan daud Ibrahim itu wajar dan wajar wajar saja
Dan
diparlimen itu juga aku bertemu dengan kawan lama, wartawan terkemukaTV3, sdr
Zainal Ariffin Ismail,yang terkenal dengan slot MEMO,
Beliau
terperanjat dan terkejut berjumpa dengan aku di loby Parlimen.”eh nik mahadi,”
kataya dan aku response, “zainal arifin Ismail,”dan kami bersalaman dan terus
mencertita perihal masing masing setelah berpisah selama lepih lapan tahun
Kami
sama sama belajar di yayasan sabah uitm pada tahun 1980 dulu
Aku
bertanya kepadanya bagaimana beliau boleh menyertai TV3 sedangkan semasa di
ys-uitm kota kinabalu beliau membuat diploma in stenography.dan beliau
merupakan satu satunya pelajar lelaki yang membuat kursus itu dan beliau
dipanggil “pondan”.
Belia
menjelaskan setelah tamat diuitm meneruskan pengajian di amerika syarikat
diperingkat ijazah dan balik kemalaysia menyertai system televisyen
Malayisa,TV3
Dan
aku menjelaskan kepadanya setelah di”dismissed” dari Uitm,shah alam, aku pergi
ke singapura, bekerja sebagai buruh kontrak, gaji Singapore Dollar 16 satu hari,pernah
bekerja sebagai guru sandaran bahasa inggeris yayasan Islam Kelantan, elaun
rm200 sebulan,pernah bekerja diforwarding agent import-export, rantau panjang,
milik bapa aku, nik Hassan dan bapa saudaraku nik Hussein nik mat dan
bekerjasama dengan ADUN Gual Periuk,Abdul Rahman Awang(1985) (kini sudah berada
di alam sana)
Hubungan
aku dengan Husham Musa berjalan baik dan seperti biasa,apabila aku menceritakan
peristiwa di parlimen sewaktu belaiu menjadi wartawan harakah dia menjelaskan
he could not recall peristiwa itu
Apapaun
hubungan kami bertambah baik, sebagai press secretary kepada Menteri Besar,
beliau Berjaya membina PRO yang baik dengan pihak media
Dan
hubungan kami semakin baik apabila beliau memenangi kerusi dewan undangan
negeri dan dilantik menjadi exco kerajaan negeri
Dan
sering kali, wajahnya terpapar dalam slot Buletin Utama,TV3 khusnya apabila
membabitkan berita ekonomi,politik dan social dinegeri Kelantan
Disebabkan
hubungan kami yang bertambah baik, aku bebas untuk pergi kepejabatnya tanpa
membuat appointment apabila pihak bilik berita mahukan, komen darinya
Dan
ini barangkali merupakan pengalaman
professional yang barangkali beliau sulit untuk melupakan.
Apabila
timbul isu royalti, tuntutan royalty minyak dari kerajaan negeri terhadap
kerajaan pusat yang mana kerajaan pusat tidak membayarnya kepada kerajaan
negeri sebaliknya menyalurkan wang itu kepada pihak Jabatan Pembangunan
Persekutuan, JPP
Apabila
aku mengetuk pintu, masuk, bersalaman dan duduk berhadapan dengan nya beliau
bertanya apa hajat aku datang
Aku
menjelaskan, isu tuntutan royalti minyak kerajaan negeri dari PETRONAS dan
kerajaan pusat aku dapat selesaikan dalam masa 10 minit
Beliau
terkejut dan terkesima dengan kata kata aku tadi
Lantas
beliau bertanya, bagaimana caranya dan beliau Nampak serius untuk mengetahui
apa yang bersarang dikepaa otak geliga aku ini(maaf)angkat ekor sendiri
Aku
lantas berkata kepadanya berikan aku masa lima untuk membuat taklimat kepada
beliau mengenai isu royalty ini
Beliau
tidak dibenarkan menanya soalan, selepas taklimat nanti beliau boleh bertanya
soalan
Aku
katakana pada nya, beliau mesti membuat sidang media dan apa yang akan beliau
cakap kepada media mesti membaca skrip yang aku tulis
Beliau
Nampak keliru lantas aku menjelaskan beliau cuma perlu berkata,
“kerajaan
negeri tidak menolak kemungkinan (saya ulang) tidak menolak kemungkinan) akan
menyaman PETRONAS menggunakan MAHKAMAH DUNIA DI HAGUE DIBELANDA berhubung isu
tuntutan royalty minyak,”
Aku
katakkan padanya, disebabkan isu ini penting dan mempunyai nilai berita yang
tinggi apayang dia ucapkan tadi,(tentunya akan dibuat dalam bahasa inggeris)
akan di pick up oleh foreign-wire,foreign news agensi termasuk
CNN,BBC,ABC,Al-Jazeera,
Apakah
beliau tahu,impak kenyataannya itu
“Ia
akan membahayakan(jeorpodised) pelaburan PETRONAS DI 25 negara dengan kos
USD250 million,” kata aku padanya.
Apabila
berita ini dilepaskan tersiar dimana mana tv station negara ini,sudah tentu
pihak PETRONAS atau PM sendiiri mengarahkan untuk bertemu dan berbincang
berhubung isu royalty
“Kalau
tuan haji setuju, sekarang saya call semua media di Kelantan dan you buat
sidang media disinim” aku katakan padannya.
“Tapi
kita tak ada peguam lagi,” katanya pada aku.
“itu
urusan nanti, anytime boleh cari peguam,
tapi kita buat sidang media dulu,” aku kata padanya
Beliau
bagaimana pun berkata, perlu masa untuk berfikir sebelum buat keputusam
Dan
selang beberapa minggu aku mendapat tahu kerajaan negeri menggemukakan saman
dan menggunakan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Hasilnya nihilisme
BEKAS ADUN GUCHIL, KUALA KRAI, ZULKIFLI YAAKOB
Aku
mengenali sdr zulkifli yaakob pada awal tahun 2010 dan pada waktu itu beliau
tidak lagi menjadi wakil rakyat kawasan guchil,kuala krai kerana tewas kepada
calun Barisan Nasional, dalam pilihanraya yang berimbang kekuatan politik
masing-masing
Didalam
Pas,Zulikifli Yaakob dilihat sebagai anak didik Datuk Husham Musa dan mempunyai
suarayang agak lantang dan Berjaya merintis hubungan baik dengan pihak
media.Dia pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Kelantan, lulusan university azhar
dan fasih berbahasa arab.
Sewaktu
memegang jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan, beliau sering kali membuat
kenyataan politik yang berbau menentang arus dan tidak bersefahaman dengan
pucuk pimpinan parti
“Ana
akan cakap apa yang benar menurut pemikiran rasional dan ana tidak hirau apa
orag cakap, asalkan apa yang ana cakap tidak bercanggahan dengan
al-quran,hadiths dan sunnah,” katanya suatu waktu tidak berjarak dulu kepada
pihak media di kota haru
Selain
never give a single damn, apa yang dicakapkan public, beliau mempunyai hubungan
baik dengan sultan Muhammad kelima, sewaktu baginda menjadi tengku mahkota
Malah
zulfifli yang mempunyai dan menguasai the art of friendship,pandai mengambil
hati kawan,sering bersama sultan Mohamed kelima mengerjakan umrah bersama
Difahamkan
sultan Mohamed kelima, suka berkawan dengannya kerana beliau mempunyai sifat
yang telus, jujur dan tidak mengambil kesempatan diatas nilai persahabatan
dengan tuanku
Beliau
juga dilihat sebagai pioneer projek penternakan Kambing Jamari ,kambing besar
diTok Uban yang dijadikan icon,role model kerajaan negeri terhadap usahawan
menternak kampingdan biri-biri
Mengenai
projek ternakan kambing, menerusi anak syarikat kerajaan negeri, Jihad Ternak,
TV3 pernah menyiarkan berita mengenai projek itu
Menerusi
footage berita yang disiarkan, ia
memaparkan beribu ekor kambing diternak dikawasan lapang dan pada sebelah
petang, semua kambing dihalau masuk kedalam kandang yang disediakan dan dijaga
rapi oleh doctor doctor haiwan yang bertugas 24 jam
Belaiu
memaklumkan, setelah TV3 menyiarkan berita itu dalam slot Buletin 1.30,
kawannya, adik kepada Tycoon Bukhary,yang sudah 20 tahun tidak berjumpa,
samamala-sama bersekolah di maahad muhammadi, kota bharu menghubungi setelah
menonton berita itu dan dapat menyambung semula silaraturrahim yang terputus
sekian lama
Kini
meskipun tidak lagi menjadi wakil rakyat PAS. Namun beliau masih aktif dalam
kegiatan kemasyarakatan termasuk membantu dan member pertolongan kepada
golongan miskin yang memerlukan bantuan
Beliau
yang mempunyai hubungan akrab dan boleh dikatakan “anak didik” Husham Musa
menyifatkan tindakan husham menentang arus pucuk pimpinan Parti PAS sebelum
dipecat keahliannya melihat tindakan Husham Musa sebagai suatu tindakan berani
dan bersifat anak jantang
Paling
minimal, tindakan itu dapat membuka “minda bawah tempurung” penyokong “fanatif
parti PAS” pucuk pimpinan PAS, manusia biasa dan tidak terlepas dari “sifat
kelemahan”sebagai manusia
Ini
terbukti benar, apabila tidak sedikit pucuk pimpinan PAS, keluar parti dan
menubuhkan parti baru yang dikenali dengan nama PAN, Parti Amanah Rakyat yang
secara konsekwen member ancaman politik kepada kerajaan negeri Kelantan
Berdasarkan
pemerhatian politik yang dilakukan, beliau berkatsa, sekiranya Parti Amanah
Rakyat meletakkan calon, paling minimal 30 calon bertanding dalam 45 dewan
undangan negeri Kelantan yang jelas akan menuyebabkan faktur “kekalahan PAS”
dan keruntuhan kerajaan negeri yang didakwa sebuah kerajaan Islam yang mentadbir
negeri ini hampir 27 tahun
DATUK ZAID IBRAHIM
Datuk
Zaid Ibrahim, yang dulunya menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan bertanggung jawab keatas
pembayaran RM3 juta kepada Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas oleh kerajaan
Malaysia memang barangkali merupakan seorang pemimpin yang mempunyai prinsip
dalam perjuangan
Cuma
nasib politiknya tidak menyebelahinya sepanjang masa,perjuangan politiknya
memang menempuh jalan berliku dan bersimpang siur. Untuk menduduki kerusi Ketua
Bahagian UMNO Kota Bharu yang diduduki bekas Timbalan Menteri Besar, Datok
Ahmad Rastom Ahmad Maher, beliau terpaksa, bertarung dan “berperang
politik”selama tiga kali, baru Berjaya menggalahkan Datok Ahmad Rastom itu pun
dengan kemenangan tipis, tidak sampai majority 10 undi
Bayangkanlah
“berapa juta duit yang terpaksa beliau laburkan” untuk menduduki kerusi ketua
bahagian UMNO Kota Bharu,ini bermakna setiap kali bertandig mencabar kerusi
Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, berapa beliau terpaksa gunakan “wang”
Tiga
kali bertanding, cuba bayangkanlah berapa banyak beliau terpaksa gunakan wang
untuk membeli undi para perwakilan ?
Hubugan
aku dengan beliau boleh dikatakan baik justru aku tidak mempunyai apa-apa
masalah dengan beliau. Dia pun senang untuk dihubungi apabila aku ingin membuat
berita dan eminta beliau untuk membuat ulasan terhadap satu-satu isu
Kali
terakhir aku mengintgerview beliau dikediamannya di kg Pasir Hor, sehari
sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri
sewaktu era Datuk Seri Abdullah menjawat
jawatan Perdana Menteri
Dia
memberitahu aku hasratnya untuk meletakkan jawatan sewaktu aku datang
kekediamannya untuk membuat liputan berita mengenai sidang media yang bakal
dibuatnya
Aku
datang satu jam lebih awal dan sempat berbual dari kehati dengan beliau.Beliau
memberitahu aku tidak puas hati dengan Paklah terhadap beberapa isu. Aku
memberitahunya dari segi media coverage jika beliau meletak jawatan semua media
di Malaysia akan menjadikannya sebagai lead-story dan media cetak, akan
memainkan isu perletakan jawatan beliau sebagai main-story
Dan
ternyata, aku sama sekali tidak menduga,sebaik pulang ke Kuala Lumpur, malam
itu, keseeokan harinya belia nekad, melepaskan jawatan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri dan keesokan harinya, terpampang didada akhbar, muka
,Datok Zaid Ibrahim meletakan jawatan
sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dan
apa yang beliau tidak puas hati dengan Pak Lah dan apa yang beiau maklumkan
kepada aku, sengaja aku tidak tulis dan perturunkan isinya kerana “itu adalah
pada fikiran aku,it’s off the record story” dan aku harus patuh pada code of
ethic journalist, etika kewartawan, tidak akan menulis off the record story
Kali
terakhir aku bertemunya dilapangan terbang KLIA belum lama ini sewaktu beliau
datang ke airport menyambut kepulangan Tun Mahahtri dari luar negera dua tahun
lalu dan aku on the way back to Kota Bharu via KLIA
Darimankah
kekayaan yang beliau perolehi sehinggakan dapat menabur duit yang banyak,
membeli undin dan sekaligus menendang keluar Datok Ahmad Rastom dari menduduki
kerusi Ketua Bahagian UMNO kota Bharu ?
Suatu
pertanyaan politik yang aku tidak dapat menjawabnya
Cuma
sebagai catatantambahan, aku mula
mengenali beliau sewaktu bertugas dengan akhbar berita harian dan aku disuruh Ketua Biro Berita Harian,
Norhayati Said berjumpa dengan membuat berita mengenai isu perlembagaan
Pejabatnya
pada waktu disimpang empat berhadapan hotel
temenggong, aku datang kepejabat guamannya pada tengahhari dan beliau
baru selesai menunaikan solat zuhur dalam bilik di pejabatanya
Setelah
memperkenalkann diri,aku duduk dan kami pun “go to the master point”
Sampai
kedetik ini aku tidak dapat recall, hasil perbualan kami dan berita apa yang
aku tulis, aku sudah lupa
Kalau
tidak silap aku, “isu Gomez, jurulatih hoki negara dipukul” yang menjuruskan
kepada pindaan perlembagaan Malaysia yang dibentangkanndiparlimen dan
dilulukan.
Perdana
Menteri Tun Mahathir Mohamed mahukan pindaan perlembagaan itu dilakukan bagi
menggelak kejadian “Sultan is aboved the law” dan mempunyai “immunity” dan
tidak dapat didakwa di mahkamah
Pindaan
perlembagaan itu,secara halus mengambil alih “kuasa yang dipertuan agung” dan
antara lain member mengertian tafsiran undang-undang, mana-mana akta yang
diluluskan parlimen akan menjadi
undang-undang dalam tempoh 60 hari meskipun tidak ditanda tangani Yang
di Pertuan Agung
Setelah
pindaan perlembagaan dibuat,diatas faktor politik dan idea Perdana Menteri,Tun
Mahathir Mohamed wujudlah Mahkamah Khas
yang bertujuan untuk membicarakan kes-kes sultan yang terlibat dengan
“perbuatan salah laku” dan sehinnga hari ini, tidak ada pun satu kes yang
dibicarakan di Mahkamah Khas
Dan
ada juga pendapat mengatakan itu semua “adalah drama dan sandiwara politik” Tun
Mahathir Mohamed untuk kekal memerintah lama dan tidak mahu “instituisi raja”
mengugat pemerinntahannya
TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN
DATUK ROZALI ISOHAK
Datok Rozali Isohak, bekas Timbalan
Menteri Besar Kelantan,pada awal tahun 1990an kerap dan sering kali keluar
berita dalam media cetak arus perdana termasuk Berita Harian, The New Straits
Times dan Utusan Malaysia kini sudah tidak lagi menjadi “manusia politik” tapi
aktif dalam persatuan NGO Mubarak, persatuan bekas wakil rakyat yang beribu
pejabat di Bangunan UMNO Kota Bharu
Beliau tersungkur jatuh dari kerusi
Timbalan Menteri Besar Kelantan, apabila Presiden Parti Melayu Semangat 46
membubarkan parti itu dan menyertai UMNO secara total
Beliau dengan berat hati pun turut
serta, menyertai parti UMNO dan sudah tentu tidak mempunyai apa-apa jawatan
dalam parti UMNO
Pun begitu disebabkan “darah politik”
sudah lama mengalir dan membeku dalam dirinya beliau tetap menjadi orang
politik dan harus turut berjuang memertabatkan UMNO
Aku mulai mengenai Datok Rozali Isohak,
sewaktu bertugas sebagai pemberita sambilan dengan akhbar WATAN pada
pertengahan tahun 1988. Perlu dikatakan, ketika parti melayu semangat 46, mulai
bertapak dan mencari pengaruh politiknya di negeri kelantan akhbar Watan hanya
lah satu satu media yang membuat laporan berita dan perkembangan parti itu
Aku masih ingat, pada suatu malam
disekitar bulan Jun, dikampung selising di pasir puteh,Datok Rizali Isohak dan
Datuk Shukri Mohamed(pada waktu Ketua Pemuda PartiS46 Negeri Kelantan) telah
membuat ceramah politik disebuah rumah penyokong kuat parti itu) dan aku adalah
satu-satunya pemberita yang membuat laporan berita mengenai ceramah itu
Disebabkan aku pada waktu, tidak
mempunyai kenderaan justru baru bekerja, Datok nRozali Isohak mengambil aku di
Kota Bharu dan membawa ketempat ceramah dan seterusnya menghantat aku balik
kerumah sewa di Wakaf Che Yeh selepas selesai majlis itu
Dan dari situ bermula, persahabatan aku
dengan beliau dan Datuk Shukri Mohamed
Pada pilihanraya 1995,Datuk Shukri
Mohamed, memenangi Pilihanraya Parlimen Machang dengan majoriti yang agak
“memberangsangkan”
Dan sewaktu menjadi ahli Parlimen
Machang, Datuk Shukri Mohamed menceritakan pengalamannya melawat Tehran, Iran
bersama ahli Parlimen Malayisa
Beliau mempunyai hubungan baik dengan
Nazri Abd Aziz kini menteri pelancongan menceritakan sewaktu berada di hotel
ditehran kawalan keselaman amat ketat
Diluar bilikknya terdapat seorang
pengawal keselamatan berkawal sepanjang malam, 24 jam
Suatu pengalaman yang sukar dilupakan
sewaktu menjadi ahli parlimen
Berbalik kepada Datok Rozali Isohak yang
lebih selesa dan akrab dengan panggilan Abang Li, bilik beliau sewaktu beliau
menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan dua, Timbalan Menteri Besar
satu Datuk Abd Halim Rahman,bilik beliau kerap menjadi “pelabuhan” dan pihak
media berehat, berkumpul untuk mendapatkan berita, khusuusnya mengenai isu-isu
sensitif kerajaan negeri
Ini adalah kerana PRO beliau dengan
pihak media amat baik dan bersedia untuk “bercakap “ dengan pihak wartawan
berbanding Datok Abdul Halim Abd Rahman
Antara jasa yang dibuat Datok Abdul
Halim Abd Rahman, kononya untuk memajukan ekonomi negeri kelantan, membawa
pulang anak saudaranya Wan Zulkifli Wan Yusof, yang sebelum itu bertugas di
Petronas dilantik menjadi Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri
Kelantan,PKINK
DATUK ZALUSI SULAIMAN
Aku mulai mengenali beliau pada
pertengahan tahun 1995 dan beliau pada waktu
itu sudah aktif sebagai pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Pengkalan Chepa.Pertemuan pertama berlaku ketika beliau datang kepejabat
akauntan, Wan Azhar yang terletak di Taman Maju, untuk urusan pendaftaran
syarikat binaan
Dan kami kerap berjumpa di majlismajlis
kepartian politik dan beliau dengan nada sederhana dengan sikap low profile
sering memberikan senyuman kepada pihak media dan “menghormati
golognganwartawan
Nasib politiknya tiba menjadi cerah dan
bersuara lain apabila terpilih menjadi calon BN kawasan Kijang,Pengkalan Chepa,
dlm PRU ke 13 melawan calon PAS, Bekas Exco Kerajaan Negeri Ubaidah Omar
Meskipun kalah dengan gagah beliau tetap
aktif melakukan kerja-kerja kebajikan membantu golongan berpendapatn rendah
dikawasannya sampai detik ini
Satu hal yang menarik dengan beliau dan
ini suatu realiti, mana-mana guru yang mengajar dimana mana sekolah dikawasan
Parlimen Pengkakan Chepa, tidak kira samaada mereka penyokong kerajaan atau
pembangang akan “menerima kejutan” pada hari jadi mereka kerana beliau dengan
kerjasama sekolah tempat gru itu mengajar akan mendapat “Kek dan Hadiah Hari
Jadi”, suatu amalan yang tidak dilakukan mana-mana Ketua UMNO Bahagian di
Kelantan
Pendekatan seumpama ini ternyata mampu
membuka ruang dan peluang kepada beliau untuk melebarkan sayap dan pengaruh
politik beliau
Malah, ramai dikalangan guru yang berada
dialiran kiri, menyokong pembangkang kini bertukar arah dan menyokong B-N
Dalam PRU ke 14 nanti, katanya
kemungkinan banyak perubahan Politik akan berlaku dikawasan parlimen Pengkalan
Chepa
“Semua perbelanjaan itu ditanggung
secara pribadi bertujuan untuk menghidupkan ukhwan sesama Islam,”katanya
Beliau menduduki kerusi keramat Ketua
UMNO Bahagian Pengkalan Chepa dengan mudah dan percuma, apabila Ketua UMNO
bahagian itu,bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan,sdr Dali Hussein dikenakan
tindakan disiplin, digantung selama dua penggal
Dan berada dikawasan kubu kuat PAS,
justru B-N, tidak pernah menanng, baik didewan dewan undangan negeri dan
Parlimen sejak tahun 1990,memang merpakan suatu pengalaman memedih dan
memilukan
Berdasarkan kajian dan risikkan yang
dilakukan, komuniti dikawasan itu sudah berubah. Sejak kematian Datok Nik Abdul
Aziz Nik Mat, dua tahun lalu,sudah ada ruang dan peluang untuk UMNO bergerak
Sebelum ini katanya, banyak masjid,surau
madrasah tidak dapat dimasuki UMNO tapi kini suudah banyak kegiatan amal dapat
dilakukan di masjid, surau dan madrasah
Ini adalah kerana beliau mengamalkan
sikap terbuka, mana mana ahli pas yang menghadapi masalah juga turut di beri
bantuan
Sikap dan “amalan touch and go”,
menyebabkan beliau disenangi penyokong parti, selain parti UMNO
Kini sudah banyak surau dan madrasah
menerusi pprjek Jabatan Pembangunan Persekutuan, JPP telah di perbaiki dan
diupgradekan
Ini semua hasil gerak kerja team work
dan task force UMNO Pengkalan Chepa
Berdasarkan statistik jabatan perangkaan
yang dicatat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dikawasn parlimen pengkalan
chepa sehingga kini terdapat 2,460 golongan miskin mendapat bantuan bulanan
antara RM300 sehingga RM400 setiap bulan dari jabatan kebajikan masyarakat
Hampir RM500,000 sebulan diperuntukan
kerajaan pusat bagi membantu golongan yang berada dibawah paras kemiskinan
diparlimen pengkalan chepa
Menurut Datuk Saluzi, dalam PRU ke 14
nanti beliau tidak ingin mengatakan B-N akan memenangi beberapa kerusi DUN atau
Parlimen bagi kawasan Pengkalan Chepa cuma beliau berani mengatakan akan
berlaku “perubahan citarasa politik bagi penggundi” dikawasan itu
“UMNO sebagai pasukan under dog, perlu
berhati hati dan bekerja keras untuk melawan calon parti lawan dalam PRU ke 14
nanti,” katannya bersahaja
MAT GHANA : WHY I BECOME A MUSLIM
Nama Mat Ghana,62 atau nama sebenar
Muhammad Michael,asal Ghana, memang barangkali bukan merupakan sebuah nama yang
besar yang barangkali bagi tanggapan sesetengah pihak tidak wajar untuk berada
dihard cover,muka depan kulit buku ini kerana dimanakah kehebatan dan
keistimewaan beliau untuk berada diposisi itu
Beliau telah berjaya mengislamkan 100
mat salleh, pelancong dari negara barat yang berkunjung kepusat penerangan
dakwah Islam yang berada berhampiran Masjid Muhammadi sejak pusat itu didirikan
10 tahun lampau
Kini pusat itu menerima annual grant
RM40,000 setahun dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,MAIK
bagi perbelanjaan pengurusan pusat itu
Katanya, beliau amat berbesar hati jika
MAIK dapat menambah jumlah perunntukan kewangan bagi pusat itu
Beliau yang sebelum ini, bekerja sebagai
kelasi kapal dan telah mengelilingi dunia mencari “makna kehidupan”, the
essence of life” dan merasakan hidup in kosong,life is very blank, sehinggalah
beliau bertemu dengan Kaptain Kapal diBangkok,berbangsa Ghana beragama Islam
Dan pada tahun 1985 di Ijtimat Tabligh
di Bandar Bangkok, dalam sebuah Masjid, beliau memeluk agama Islam dan bermula
dari tarikh itu beliau nekad untuk mengembangkan syiar Islam
Sebagai kelasi kapal, yang bergelut dan
bergulat dalam lumpur dan penuh dengan dosa,”menemukan Islam, adalah satu
kehidupan yang baru, new life
“Islam benar-benar mengajar dan
menghajar saya dari mana saya datang dan kemana akan saya pergi dalam sepotong
kehidupan yang serba sementara ini,” katanya
Antara negara yang pernah beliau
kunjungi sewaktu menjadi kelasi kapal ialah seluruh eropah timue, eropah
barat,russia,amerika selatan,china, jepun, australia dan new zealand
Menurut Mat Ghana, majoriti masyarakat
barat, khususnya pelancong, back packers yang datang melancong, menggembara
pada asasnya “mencari sesuatu akibat jiwa mereka yang kosong”,kekosongan jiwa
inilah yang menyebabkan mereka “mudah memeluk agama Islam”
Ini adalah kerana Islam is a simple
relegion dan memperaktikkan simple life
“Eat simple,work simple, sleep simple
and die simple,”katannya bersahaja ketika ditemui dipusat penerangan dakwah
belum lama ini
Beliau yang bercita-cita untuk
berpoligami tetapi membatalkan “niat suci itu” kerana isteri beliau tidak
memberi lampu hijau
Beliau yang belum lama ini meminta jasa
baik saja mencari isteri muda untuk beliau dan sebagai balasan menjanjikan “Mek
Salleh”yang baru memeluk Islam untuk saya jadikan isteri kedua
Tawaran menarik beliau itu, terpaksa
saya tolak secara berhemah kerana “i am not in the good shape”to practice
polygamy
PENGASAS PARTI BERSATU KELANTAN, TUAN MAT TUAN
SULIMAN
Nama Tuan Mat Tuan Suliman,51, memang
barangkali bukan merupakan sebuah nama besar dalam peta politik Malaysia tapi
ini cukup dikenali dikalangan ahli ahli Bersatu, parti aliran baru yang
diasaskan Tun Mahathir Mohamed dan Tan Seri Muhyiddin Yassin,optimum sasaran
untuk meranap dan menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak
Lebih jauh dari itu, perjuangan akhir parti
itu untuk “menggantikan UMNO” dan seterusnya menjadi parti politik, yang
mewakii suara resah bangsa melayu seterusnya menjadi pemerintah kerajaan
mewakiliparti melayu,menggantikan UMNO yang dikatakan sudah gagal
memperjuangkan nasib bangsa melayu dibumi yang pahlawan melayu,Hang
Tuah
perna, berkata,Tak akan melayu hilang didunia,500 tahun dahulu
Semudah dan “sesimple” itukah, masyarakat
melayu, bangsa melayu akan memberkan undi mereka kepada calon parti Bersatu
berbanding dengan calon dari UMNO atau bagaimana
Berdasasarkan temu bual, dengan manusia,haiwan
berkaki dua dan mempunyain satu alat kelamin,Tuan Mat,anak kelahiran Machang,
aku dapat melihat visi dan misi politik parti Bersatu .Dan aku menarik benang
kesimpulan, “idea, aspirasi dan cita cita” yang beliau inginkan terlalu
“idealistic”
Ahli parti tidak perlu mempunyai cita cita
untuk memegang jawatan penting dalam parti sebaliknya mereka harus bekerja
kuat, never give up, dan buktikan good track record, soal samaada terpilih atau
tidak menjadi calon dalam PRU ke 14, itu urusan nanti, yang penting mereka
perlu bekerja keras,turun dan mencari gali masalah rakyat dan menyelesaikan
dengan tuntas
Lebih jauh dan lebih dalam dari itu, setiap
ahli parti mesti jujur dengan parti, jujur dengan diri mereka sendiri
Sebagai parti politik yang baru, pemain baru,
new player, setiap ahli parti katanya mesti bersedia berkorban, harta benda,
tenaga dan wang ringgit untuk mendaulat dan memertabatkan parti bersatu ini
Katanya, pemimpin, tokoh masyarakat yang akan
dikemukakan, Parti Bersatu dalam PRU 14 nanti, bukan “muka muka politik” yang
sudah ditolak rakyat dan sudah beberapa kali kalah dalam PRU
Justru itu katanya, untuk menguji “kesabaran
dan keikhlasan” ahli Bersatu bermain
politik mmemang bukan merupakan satu permainan yang meletih dan melelahkan
Katanya, pendekatan politik parti Bersatu
memang berbeza dengan parti parti politik yanglain berada dibumi bertuah
Malaysia
Kalau “mereka masuk” parti bersatu untuk
merebut jawatan, menjadi calon dalam PRU ke 14,mereka sepatutnya menggundurkan
diri kerana perjuangan politik parti ini untuk mendaulatkan parti bukan untuk
kepentigan diri sendiri
Dan satu hal yang menarik, dan mempunyai,
“nilai istimewa”, sentimenl value terhadap bayi kecil berukuran besar”, Tuan
Mat, tidak pernah tunduk “kepada politik wang”
Berdasarkan siasatan dan risikan yang
dilakukan beliau pernah beberapakali menolak “pemberian berupa wang tunai Rm 50,000” dari individu tertentu tetapi
beliau menolak sumbangan ikhlas berbau politik itu
Katanya, sebagai manusia, beliau bukan
malaikat “tidak makan, tidak minum”, tapi beliau tidak dapat menjual maruah,dan
harga diri beliau untuk menerima pemberian pribadi kerana perbuatan itusalah
dan melanggar etika seorangpemimpin
Kata peta politik di negeri Kelantan akan
berubah, selepas PRU ke14 nanti, rakyat negeri Kelantan, penggundi dinegeri
Kelantan akan menyaksikan pertandingan tiga atau empat penjuru bagi kerusi
dewan undangan negeri dan kerusi parlimen
Keadaan ini tentu saja menarik, kerana amat
sulit unutuk meramalkan parti politik “mana yang akan menang”
Ada pendapat politik mengatakan kerajaan
negeri PAS yang emerintah Kelantan hampir 27 tahun, akan jatuh dan tersunggkur
dan seterusnya “kuasa politik” akan dirampas semula kerajaan BN.
Apakah memang
benar ramalan politik itu ? atau ia segaja direka cipta untuk menganeh
kan peta politik Kelantan yang saban hari semakin tidak panas itu atau
bagaimana
Yang jelas PRU ke14 nanti akan menjadi lebih
hebat dan “hebat”dari segi makna perkataan itu kerana bangsa melayu pada waktu itu,
bengong dan confused untuk memilih parti politik melayu yang manakah mempunyai
pemimpin, calun wakli rakyat yang
“benar-benar jujur dan tulus”dalam permainan politik yang menggasyikkan ini
Untuk melahirkan lebih ramai pemmpin yang
jujur dan ikhlas serta mengamalkan sikap ini dalam kehidupan berpolitik
mereka,parti bersatu perlu menunggu jangkamasa dan temph yang agak panjang
Ini adalah kerana berlaku kesilapan dipihak
pengurusan dalaman UMNO untuk melahirkan lebih ramai pemimpin UMNO, berbangsa
melayu yang kononnya berjiwa Islam untuk menjadi manusia jujur dan sejujurnya
Perlu dijelaskan disini,Tuan Mat berkata, ahli
ahli baru parti bersatu yang menyertai parti ini secara sukarela adalah terdiri
dari ahli parti UMNO yang tidak berpuas hati dengan kepimpinanUMNOyang ada har
ini
Golongan ini mendakwa, mereka meskipun
berstatus professional, tidak di beri peluang untuk melangkah lebih jauh,
memegang jawatan penting, meskipun di peringkat cawangan
Menurut Tuan Mat, keberadaan parti Bersatu,
dibeberapa tempat dan kawasan di negeri Kelantan, ia telah Berjaya memberi
“political pressure” kepada parti UMNO khususnya dikawasan luar Bandar
Pernah berlaku kejadia pihak UMNO peringkat
cawangan di Gual Ipoh Tanah Merah telah memberi rasuah, wang tunai dan cek
kepada pemimpin parti bersatu dikawasan itu agar tidak mengadakan program
program berbau politik parti bersatu dikawasan itu
BEKAS PENGARAH PENDIDIKAN KELANTAN,
HUSSEIN AWANG: GURU MESTI SOKONG KERAJAAN
Aku mulai mengenali cikgu Hussein enam tahun
lalu ketika kami “minum the tarik dikedai kopi, bersebelahan termina
bas,ditengah-tengah Bandar Machang
Antara guru yang kerap minum teh tarik pada
waktu itu cikgu arawi, cikgu ishak dan cikgu yang aku telah lupa namanya, kini
semua sudah pencen
Kini beliau juga sudah pencen dan menghabiskan
sisa-sisa usianya di masjid Bandar Machang dan juga dikedai kopi berhampiran masjid berkenaan
Apa yang menarik tentang manusia bernama
husein awing ini, beliau mencipta sejarah, dan merupakan satu satunya pengarah
pendidikan Kelantan, yang bersara tanpa “gelaran datuk” dan tidak mendapat
apaapa anugerah kebesaran dari pihak berwajib
Apakah kesilapan dan dosa hitam yang berbau
politik barangkali yang pernah beliau lakukan sehingga dilayan sebegitu rupa,
masih menjadi tanda tanya
Yang jelas sewaktu pemerintahannya dan ketika
berlaku PRU 13 kesemua guru guru di negeri Kelantan di “konsultansikan” supaya
menyokong dan memberikan undi mereka kepada calon BN tetapi BN Cuma mampu
memenangi 12 kerusi DUN berbanding 45 kerusi DUN yang dipertandingkan
Dalam hubungan ini beliau tidak menolak
kemungkinan ada dikalangan guru yang secara sengaja memberikan undi mereka
kepada calon pembangkang
Sehubungan dengan itu beliau berkata, tindakan
seumpama itu tidak patut berlaku, kerana sebagai guru, golongan elite,
terpelajar, mereka harus tahu membuat penilaian dan menggucapkan terima kasih
kepada “tangan yang memberi”,khususnya pihak kerajaan, bukan bertindak
sebaliknya
Dalam PRU ke 14 nanti, beliau berharap semua
tenaga pengajar, guru-guru dinegeri ini memberi sokongan kepada calon BN dan
bukan bertindak sebaliknya
Katanya, kerana perjuangan UMNO lah,mencapai
kemerdekaan dari British, guru-guru dapat menikmati kehidupan selesa hari ini
Justru itu sebagai membalas jasa baik UMNO,
perjuangan membela UMNO adalah suatu perjuangan jihad yang sejajar dan selari
dengan ajaran Islam untuk memerabat dan mendaulatkan bangsa melayu yang secara
otomatis beragama Islam
Meskipun sudah pencen, disebabkan darah
politik UMNO sudah sekian abad mengalir dalan rongga dan urat-urat beliau masih
memberikan khidmat secara sukarela kepada kawan lamanya,ahli parlimen, Machang
dan Timbalan Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar,Datok Ahmad Jazlan Yaakob
menambah keahlian UMNO
DATOK JAMIL SIAM,KETUA BAHAGIAN PARTI
BERSATU BAHAGIAN PENGERANG
Nama beliau memang barangkali bukan merupakan
sebuah nama yang besar tapi bagi penikmat dan pencandu politik kawasan
pengerang, tanpa mengira china atau india, nama ini sudah mulai meniti, dari
bibir kebibir masyarakat disana
Malah, kepetahan berpidato dan menggunakan “bahasa yang
indah”Berjaya memukat dan memikat audience yang mendengar, tokoh kita,Datok
Jamil Siam,memang seorang ahli politik aliran kiri yang mampu melangkah lebih
jauh dalam arena politik kawasan pengerang
Malah menurut, seorang penikmat dan pencandu
politik, pemerhati politik tempatan, local political observer, berusia 75
tahun, enggan pengenalan diri didedahkan, berkata, manusia baru ini,yang
berusia 55 tahun “mampu berbuat” dan mempunyai kapasitas yang kuat, untuk meranap
dan merampas kerusi parlimen pengerang dari Datk Azlina Othman
Sejauh mana benar ramalan politik itu ianya
masih menjadi tanda tanya yang cukup luas mengangga dan terus mengangga
Dan berdasarkan wawancara yang dilakukan,
Datok Jamil ini mempunyai pemikiran politik diluar kotak outside the thinking
box yang berbeda dan berlainan dengan pemimpin pemimpin politik yang ada
Beliau melihat sorry to say, parti bersatu
meskipun baru berusia, empat bulan, masih merupakan bayi kecil berukuran besar
tapi momentum politik dan nada dering parti tetap bersuara lain : masyarakat
melayu dinegara ini,sedang menunggu dan menanti kemunculan parti politik bangsa
melayu yang mampu menggantikankan UMNO yang dikatakan “sudah absent minded”,
kalau ianya seorang lelaki, ianya seorang lelaki tua, yang sudah banyak berjasa
tapi sudah “semakin tidak relevant” dalam kancah politik negara kita
Kemunculan parti Berjaya yang dipimpin oleh
bekas Perdana Menteri keempat Tun Mahathir Mohamed dan bekas Timbalan Perdana
Menteri yang kelapan Tan Seri Muhyiddin Yassin,(no 8 dari perspektif
numberlogy,ilmu nombor memberi pen gertian, bertuah, bernasib baik dan
menggundang kekayaan) merupakan sebuah political parti yang mampu berbuat dan
mempunyai masa depan yang cerah
Datok Jamil dengan nada sederhana tapi
confident, memang terdapat kebarangkalian parti bersatu mengguncang kekuatan
politik UMNO di Johor kerana “majority masyarakat termasuk melayu,china dan
India, mahukan sesuatu yang lain dalam permainan politik Johor dan ternyata
sesuatu yang lain itu terdapat pada parti Bersatu
Menurut beliau UMNO sudah semakin tidak
relevant,UMNO hari ini sudah berusia hampir 70 tahun dan sudah semakin tidak
relevant dengan arus digital dan dunia CIT yang merentas sempadan dan semakin
gila mencakar persada politik negara
Katanya, keadaan sama berlaku di negara India,
dimana masyarakat India telah lama menolak parti congress,di Indoensia parti
Golkar, sudah ditolak mayoritas rakyat Indonesia, di Jepun, Labour Demacrat
Party juga sudah di humbankan kedalam laut Cuma parti UMNO yang masih mampu
berada di pojok itu
Cuma menurut pengamat politik yang enggan
namanya didedahkkan, lelaki, china tua berusia 80 tahun, meramalkan it’s a
matter of time, when time come to die UMNO has to day
Apakah memang benar spekulasi politik china
tua ini, ianya juga masih menjadi tanda tanya
Yang jelas sambutan,kehadiran penikmat dan
pencandu politik terhadap tokoh tokoh parti bersatu amat menggalakan
Toh begitu ada juga pendapat,public opinion
yang dikutip mengatakan parti bersatu tidak mempunyai vital force yang cukup
kuat untuk menumbangkan UMNO dan B-N kerana komponen BN mempunyai good trek
record memerintah Malaysia
Sejauh mana benar realitas replika politik
ini,ia masih menjadi kristel cermin diri pencandu dan penikmat politik untuk
membuat justifikasi politik yang tepat
Yang jelas, politik adalah serpihan anology
kisah Nabi Adam, Adam yang tidak pernah
cukup dengan sebiji khuldi, pada akhir
storynya, menyebabkan beliau tercampak dan terkeluar dari syurga kerana
“memakan buah khuldi yang terlarang”
Secara jujur Datok Jamil, mengatakan Parti
Bersatu mampu memberi tentangan yang hebat kepada UMNO jika PRU ke14 diadakan
pada tahun depan kerana “parti itu sudah siap sedia untuk bertempur” kerana
dari segi organisasi parti itu sudah lengkap dan sempurna
Tapi katanya keadaan akan menjadi “kucar
kacir” sedikit jika PRU 14 diadakan pada tahun ini kerana pihaknya belum
bersedia untuk berperang dengan UMNO yang sudah kenyang dan padat dengan
pengalaman bertempur khususnya dalam PRU yang diadakan sebelum ini
Dalam hubungan ini berdasarkan maklum balas,
feed back yang diterima diseluruh negara, majority rakyat mahukan perubahan
politik, mereka mahukan sebuah parti melayu yang mampu menjadi parti
alternatife, parti alternative bangsa melayu yang mempunyai pemimpin yang
setaraf atau melebehi pencapaian pimpinan UMNO pada masa kini
DATOK HANIFA AHMAD : PPENGERUSI JAWATANKUASA
KERJA RAYA,INFRASTRUKTUR,UTILITI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Aku mengenali manusia,tokoh,pemimpin
masyarakat yang tidak asing lagi bagi penduduk dikawasan Pasir Mas sejak beliau
memegang jawatan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri
Kelantan,PKINK belum lama ini
Setelah bersara dan tamat perkhidmatan,dalam
PKINK, beliau yang sebelum itu sudah lama aktif dalam PAS, terjun secara total
dalam dunia politik,seterusnya memenangi PRU dan belum lama ini, dilantik menjadi
exco,Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya,Infrastruktur,Utiliti dan Teknologi
Maklumat
Kini beliau dilihat sebagai exco Kanan dalam
pentadbiran kerajaan negeri kelantan
Apa yang menarik dan istimewa mengenai,tokoh
ini, beliau berfikiran agar terbuka,tidak konservative dan bersedia menerima
new knowledge dan melihat masa depan dengan fikiran yang positif
Aku masih ingat, kira-kira 17 tahun lalu,
sewaktumKelab Media Kelantan mengadakan majlis makan malam di hotel
Renaissance,Kota Bharu,PKINK dibawah pentadbirannya telah membeli satu meja
berharga RM1,000 sebagai menjaga hubungan dengan pihak media di negeri ini pada
waktu
Sedangkan dalam realitas politiknya, media
arus perdana tidak memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan PKINK
yang dilabelkan syarikat korporat yang beraliran kiri, kerana lembaga
pengarahnya terdiri dari pemimpin-pemimpin PAS yang berpengalaman dalam bidang
politik
Mengingatkan jasa baik,budi baik beliau itu
menyebabkan beliau termasuk antara tokoh yang termasuk dalam senarai buku yang
sedang anda tatap pada detik ini
Sebagai ahli exco yang baru dilantik dan
memegang tugas penting, beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai fitnah yang
dilontarkan$
Dan yang paling “letih”, beliau terpaksa
menjawab tuduhan, dakwaan yang dibuat oleh bekas exco kanan, Datuk Husham Musa
yang semakin tidak populer kerana tersalah langkah politik, menyertai parti
amanah Rakyat,PAN
Datok Hanipa Ahmad,mulai bertanding
dalampilihanra kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir,Pasir Mas
dan kalah tipis pada Datuk Hanapi Mamat,calon BN .Datok Hanapi Mamat menang
dengan lebihan majoriti 100 undi lebih,dalam pilihanraya kecil 2005.
Keadaan itu menyebabkan kedudukan kerusi dalam
dewan undangan negeri kelantan PAS 23 dan BN 22.Dan pada waktu itulah.wujud
desas desus khabar angin bertiup kencang yang mengatakan jika seorang saja
wakil rakyat PAS melompat menyertai komponen B-N, secara ototamatik kerajaan
negeri,pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat(kini sudah berada dialam sana)
akan jatuh, tersungkur dan tumbang
Tapi nasib masih menyebelahi kerajaan negeri
kerana tidak ada pun seorang wakil rakyat PAS berminat untuk menyertai B-N.
Dalam pilihanraya umum 2008, beliau
mengalahkan Datok Hanapi Mamat dengan majoriti 2,000 lebih dan dilantik menjadi
Exco Kerajaan Negeri
Dalalm piliharaya umum empat tahun kemudian,
beliau mengalahkan calon BN dikawasan yang sama dengan lebihan majoriti undi
4,000 lebih
Pada waktu itu Datok Hanapi Mamat bertanding
di kawasan DUN Tendong,juga mengalami kekalahan kepada calon PAS
Berbalik kepada Datok Hanifa Ahmad, dalam PRU
14 yang akan diadakan tidak lama lagi, ada pendapat beliau akan menang mudah
dan mampu mempertahankan kerusi DUN yang dimenangi kerana dikawasannya beliau
tidak mempunyai masalah
Dan tidak ada kedengaran suara
sumbang,kritikan yang dilontarkan kepada beliau
Cuma berdasarkan kajian yang dilakukan,
terdengar suara tidak puas hati dikalangan penyokong tegar UMNO yang mendakwa
beliau gagal membawa projek pembangunan dan gagal menyediakan peluang pekerjaan
kepada pelajar lepasan sekolah dan lepasan pengajian tinggi tempatan
Beliau ketika ditemui berkata, kuasa memilih adalah
hak rakyat, untuk menentukan seorang itu patut menjadi pemimpin atau tidak
Katanya,tugas menjadi pemimpin adalah satu
tanggungjawab dan amanah yang akan di persoalkan apabila kita semua berada di
alam sana
Katanya, amanah yang diserahkan rakyat ini perlu
setiap wakil rakyat yang ada,mesti pikul dan laksanakan dengan ikhlas dan jujur
Katanya dari situlah, apabila wakil rakyat
tahu, tidak kira samaada mereka wakil rakyat BN ,PAS, KEADILAN dan BERSATU
mereka tetap akan menjadi wakil rakyat yang berjuang semata masa untuk rakyat
bukan untuk kepentingan pribadi
Sebagai nasihat kepada generasi baru, generasi
y, beliau berharap agar golongan ini terus memberikan sokongan kepada kerajaan
negeri yang ada pada ini
Katanya, ini adalah satu satunya kerajaan
negeri yang ada di negara ini yang menjalankan pentadbiran dan penguatkusaan
undang-undang mengikut syariah Islam
Justru itu, katanya tugas memelihara dan
menyelamatkan kerajaan negeri Islam jatuh ketangan pihak lain perlu di
pertahankan, khususnya dari golongan generasi Y
DRA ROHANI SALLEH :KEMENTERIAN PENDIDIKAN
PERLU UPGRDE, PERTIMBANGKAN KENAIKAN PANGKAT GURU-GURU PEMEGANG MASTER DAN PHD
Aku mengenali guru lepasan Universiti Islam
Medan ini pada pertengahan tahun 1985 sewaktu kami belajar di Medan,32 tahun
lampau
Beliau duduk satu rumah, sekitar 15 pelajar
perempuan yang belajar diIAIN,Medan,Jalan Bambu,Medan,Sumatera dengan pelajar
perempuan yang berasal dari kelantan
Beliau satu angkatan dengan isteri aku yang
juga kuliah dtempat yang sama
Persoalan timbul dimanakah keistimewaan beliau
sehingga turut termasuk dalam buku, catatan journalistik ini ?
Jawapannnya mudah dan simple saja, beliau
berani menggekpressikan gejolak bathin beliau sebagai seorang guru lepasan
siswazah,yang tidak takut untuk bersuara dan menggunggspksn sebuah kebenaran
Dengan kata lain, beliau sanggup mengambil
risiko diambil tindakan tatatertib
kerana berani bercakap dengan wartawan, without fear and favour
Menurutnya pada tahun 2002, beliau mendapat
Master dari UKM dan sehingga kini “tidak ada apa-apa keistimewaan” yang beliau
boleh didapati dari kementerian pendiidikan
Kementerian pendidikan seolah olah tidak
memandang golongan guru yang memilliki Master dan jika pun memandang, memandang
dengan sebelah mata
Keadaan seperti ini tidak seharusnya berlaku,
kementerian pendidikan perlu membuat garis panduan yang baru dalam soal
kenaikan pangkat atau gaji. Keistimewaan, priory, keutamaan perlu diberikan
kepada gur-guru yang mempunyai Master berbanding dengan guru biasa
Tindakan ini penting sebagai memberi galakan
kepada golongan guru yang ingin maju dalam karier mereka
Selain itu sebagai membalas penat lelah, susah
payah mereka, belajar dan bekerja keras untuk mendapatkan Master
Dra Rohani,51, berkata kementerian pendidikan
perlu menyimak dan mengkaji semula dasar dan membuat polisi yang baru membela
golongan guru yang mempunyai Master
Inipenting katanya. Mejelang tahun 2020 negara
kita Malaysia akan mencapai status negara maju dan kalangan guru yang mempunyai
Master tidak ramai
Jumlah guru yang memilik Master masih kecil
berbanding dengan guru yang mempunyai ijazah
Beliau juga berkata, ramai kalangan guru yang
memilik Master merasa kesal dan kecewa dengan sikap Kementerian Pendidikan
menanggani isu ini
Katanya,golongan guru, yang mempunyai Master
akan bekerja lebih semangat jika Kem Pendidikan mengambil langkah drastik
membantu golongan ini
Katanya masih melobi jawatan,untuk kenaikan
pangkat akan terhapus apabila kem pendidikan membuat peraturan baru, guru-guru
pemegang Master akan diberi keutamaan dalam soal kenaikkan pangkat dan gaji
Bekas Pengarah Pendidikan Negeri
Kelantan,Hussein Awang, ketika ditanya mengenai isu ini berkata, kementerian
pendidikan tiidak mempunyai dasar dan polisi untuk membela golongan guru yang
memilik master
Dengan lain perkataan, guru yang bersusah
payah untuk membuat Master tidak mendapat apa apa imbuhan dan ganjaran dan
pihak kementerian pendidikan
Dengan lain perkataan, kementerian pendidikan
memandangdengan sebelah mata kehadiran guru guru pemegang master di kementerian
mereka
Jadi usaha dan hasrat kerajaan untuk
menggalakan lebih ramai golonngan guru belajar keperingkat lebih tinggi akan
terus terbantut kerana kementerian pendidikan tidak membela dan memberi
motivasi kepada guru untuk belajar keperingkat yang lebih tinggi
“Dalam isu ini, saya mewakilli guru guru yang
mempunyai Master merayu kepada Menteri Pendidikan agar mengambil langkah yang
lebih pro aktif membantu golongan ini kerana pihak kami mempunyai kelebihan
akedemik berbanding dengan guru-guru yang mempunyai ijazah,” katanya
Di negaara negara maju guru yang mempunyai
Master mempunyai kelebihan dan keistimewaan berbanding dengan guru-guru yang
hanya mempunyai ijazah
“Dari segi mentaliti dan aspek psikologi
guru-guru mempunyai Master mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding dengan
guru-guru yang mempunyai ijazah,” katanya
Beiau juga memohon maaf kepada pihak
kementerian kerana mengkritik dan memberi kritikan konstruktif agar pihak
kementeriaan berusaha keras membantu guru guru yang mempunyai master.
HAJAH SITI AISHAH HAJI MAHMOOD, JAKSA PENDAMAI,(JP)
:WANITA BERHATI BESI
Beliau terpilih untuk direkodkan dalam buku
ini kerana beliau seorang wanita berhati waja,meskipun dengan hanya
berkelulusan akedemik SPM,beliau berjaya menempuh badai dan gelombang kehidupan dan berjaya
menduduki tempat yang beliau duduki pada masa kini
Beliau merupakan usahawan wanita yang berjaya
terbabit dalam bidang kontrak di negeri ini kerana tidak ramai dikalangan kaum
hawa yang dapat bersaing dengan kontraktor-kontraktor lelaki di negeri yang
digelar dengan jolokan serambi mekah ini
Beliau terpilih sebagai tokoh usahawan Wanita
Maal Hijrah 1429(2008) dan anugerah ini disampaikan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Kelantan ke V.
Pada tahun 2008 6 November 2008, beliau
dinobatkan sebagai Tokok Usahawan Wanita Berjaya dan beliau mendapat anugerah
Siti Khadijah yang dianugerahkan Biro Wanita Perdasama Nasional
Pada 9 Januari 2009 Perdana Menteri
kelima,Datuk Seri Abdullah Badawi menyampaikan anugerah Usahawan Wanita Tunas
Mekar,anjuran Jabatan Perdana Meneri dengan kerjasama UITM
Pada 12 November 2011,beliau menerima Anugerah
Jaksa Pendamai Kelantan,JP dari Sultan Muhammad keV
Beliau yang berasal dari Kg Repek,Pasir
Mas,beranak lima,mendapat pendidikan agama yang cukup dibawah pengawasan
bapanya,Haji Mahmood,seorang imam yang disegani dikampung. Selepas menamatkan
pengajian disekolah agama Naim Libanat, Kota Bharu, beliau mulai bekerja di
sebuah Jabatan Kerajaan Negeri pada tahun 1968
Disebabkan beliau mempunyai visi dan misi yang
lebih jauh dalam bidang perniagaan,pada tahun 1986, meletakkan jawatan dan
terus terbabit dalam bidang perniagaan.
Sebagai Pengarah dalam Syarikat Yee Trading
sdn bhd yang menawarkan perkhidmatan perniagaan dan kontrak binaann
Dan pada tahun 2008 Beliau menjawat jawatan
Pengarah Eksekutif Transgreen Diversified Sdn Bhd dan terbabit secara total
dalam Industri Tanaman Nenas di negeri Cik Siti Wan Kembang ini
Kejayaan puncak yang menyebabkan beliau
disegani ahli perniagaan di negeri ini termasuk lelaki dan wanita, dibawah
Perdasama, NGO yang ditubuhkan 16 tahun lalu,membawa Datin Seri Rosmah Mansor,
isteri Perdana Menteri, Datok Seri Mohd Najib Razak, kemajlis High Tea di Hotel
Renaissance yang mana majlis itu mendapat sambutan hangat dikalangan usahawan
di negeri ini
Kejayaan beliau mencipta sejarah perniagaan
ini memberikan gambaran kepada umum bahawa beliau adalah usahawan wanta yang
mampu berbuat dan mampu mengukir sejarah dalam bidang perniagaan.
Sebagai usahawa wanita, yang mendapat
pendidikan agama yang cukup dari allahyarham Haji Mahmood,ayahanda beliau(yang
sudah berada dialam sana,semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya) Hajjah Aishah,kini,
berusia 67 tahun,kini menunggu dan menanti detik untuk kealam, sana telah
dengan sukarela mewakafkan tanahnya seluar 5 ekar untuk pembinaan Madrasah
Tahfiz Al-Mahmudiah, dikampung Paroh Pial, Bukit Tandak,Rantau Panjang
Kini kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan
termasuk fasal pertama membina masjid,fasal kedua kediaman mudir,asrama dan
dewan makan.Kos keseluruhan projek ini RM4 juta
Proje ini dijangka siap pada tahun 2019 dan
dijangka dapat mengambil pelajar tahfiz bagi peringkat pertama seramai 100
pelajar
Tahfiz ini mengamalakn konsep free education
dimana pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran
DATUK
WAN ROSDI MAT RASIK : RASUAH DAN KANSER POLITIK
Aku mengenali tokoh ini menerusi jurukameraman
aku, Raja Faizuddin Raja Sulaiman, yang mempunyai hubungan baik dengan beliau
Wan Rosdi yang cukup prihatin terhadap masalah
alam sekitar memang mudah didekati dan amat senang untuk diminta memberi reaksi
terhadap masalah berkaitan dengan isu-isu alam sekitar,khusunya yang
membabitkan isu-isu pencemaran sungai di negeri ini
Beliau telah beberapa kali keluar dalam slot
berita TV3 dan memberi reaksi dan komentar terhadap isu pencemaran alam sekitar
di negeri ini
Disebabkan minatnya yang amat mendalam dalam
bidang ini, beliau bersama kawankawannya telah menubuhkan NGO,sebuah badan
sukarela yang dikenali dengan nama Persatuan Alam Sekitar Negeri Kelantan
Dimana menerusi persatuan ini, beliau dilantik
menjadi Pengerusi dan mempunyai beberapa perancangan masa depan kearah
mewujudkan komuniti yang sihat,sayang dan mencintai alam sekitar
Dari segi penglibatan dan interkasi dengan
masyarakat,beliau kini dilantik Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia Negeri
Kelantan
Justru itu beliau amat dikenali dan mempunyai
net-working disegenap lapisan masyarakat di negeri
Katanya, apa jua masalah rakyat yang mempunyai
kaitan rapat dengan biro atau agensi kerajaan, yang dipercayai menyalahgunakan
kuasa,terbabi dalam kegiatan tidak puteh termasuk menerima rasuah akan diminta
menghubungi yayasannya
Katanya, sebaiksaja pihaknya menerima aduan publik, satu fail
akan dibuka.Pihaknya akan melakukan siasatan dan jika pihaknya mempunyai bukti
dan mempunyai solid evidence, bukti yang kukuh,pihaknya akan membuat aduan
kepada Suruhanjaya Badan Rasuah untuk mengambil tindakan susulan
Katanya, pengenalan diri pemberi maklumat akan
tetap dirahsiakan
Datok Rosdi berkata, disebabkan kegiatan
rasuah sudah menjadi satu budaya dan sudah mendarah daging dalammasyakat kita,
untuk menghapuskan kegiatan ini bukan mudah
Katanha, ianya sudah lama menjadi kanser dalam
masyakat kita dan untuk menghapuskan secara total perlu mengambil masa
Justru itu,Datok Rosdi berkata, kerjasama dari
masyarakat,segenap lapisan masyarakat amat diperlukan untuk menghapuskan amalan
yang tidak sihat
“Mereka tidak perlu takut dan cemas, laporkan
kepada pihak yayasan dan pihak kami akan men gambill tindakan selanjutnya,”
katanya serius
Beliau yang kini turut aktif dalam politik, memegang
jawatan Timbalan Yang di Pertua Parti Bersatu bagi kawasan Kota Bharu, melihat
akan berlaku perubahan dalam landskap politik tanah airpada PRU ke 14 nanti
Katanhya Ini adalah kerana rakyat,khususnya penggundi semakin
matangdalam politik dan sudah semakin tahu,parti mereka yang harus mereka
sokong
Katanya, soal menukar kerajaan, pilih parti
politik yang baru sudah sekian lama wujud dinegara negara dieropah Cuma
dimalaysia,dinegara kita, amalan ini masih belum berlaku
Katanya persoalan memilih kerajaan baru,
secara total terletak kepada generasi Y, penggundi baru, jika golongan ini
serius untuk menukar kerajaan pilih kerajaan baru,dalam PRU 14 nanti,bukan satu
hal mustahil BN akan kehilangan kuasa politik
Berdasarkan kajian rambang yang dilakukan,
golongan generasi Y dikawasan Kta Bharu, berminat kerah usaha untuk menolak
kerajaan BN dan memilih kerajaan baru
2 comments:
Berita baik!
Nama saya Mitu Maria, saya ingin menggunakan medium ini untuk memberikan nasihat yang konkrit kepada semua yang mencari pinjaman untuk berhati-hati kerana internet penuh dengan penipu, beberapa bulan yang lalu saya memerlukan pinjaman, kerana kewangan saya Keadaan ini tidak baik dan saya terdesak, saya jatuh ke tangan peminjam palsu, dari Arab Saudi dan Singapura. Saya hampir mati, sehingga seorang kawan saya memberitahu saya seorang pemberi pinjaman yang sangat dipercayai bernama Ibu. Ivana, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman sebanyak RM85,000 dalam tempoh 48 jam dengan kadar faedah 2% dan mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.
Saya menerima pinjaman saya dalam akaun bank saya selepas Puan Ivana Pedro memindahkan pinjaman saya, apabila saya menyemak baki akaun bank saya, saya mendapati jumlah yang saya memohon telah dikreditkan ke akaun bank saya
Oleh itu untuk kerja-kerja yang baik, Mrs.Ivana telah melakukan dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberitahu dan berkongsi kesaksian saya mengenai Puan Ivana, supaya rakyat Malaysia dan seluruh Asia boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, sila hubungi Puan Ivana Pedro melalui e-mel: (ivanapedro85@gmail.com)
Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya (mitumaria47@gmail.com) dan Puan Kim Wani yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Ivana, dia juga menerima pinjaman daripada Puan Ivana Pedro. Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: (kimwani305@gmail.com) Sekarang, saya adalah pemilik bangga perniagaan yang baik dan besar. Semoga ALLAH terus memberkati Ibu Ivana untuk kerja yang baik dalam hidup saya dan keluarga saya.
Saya tidak dapat cukup berterima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana telah membantu saya mengembalikan kegembiraan dan ketenangan dalam perkahwinan saya setelah banyak masalah yang hampir menyebabkan perceraian, alhamdulillah saya bermaksud Dr EKPEN TEMPLE pada waktu yang tepat. Hari ini saya dapat mengatakan kepada anda bahawa Dr EKPEN TEMPLE adalah jalan keluar untuk masalah itu dalam perkahwinan dan hubungan anda. Hubungi dia di (ekpentemple@gmail.com)
Post a Comment