Friday, 29 December 2017
IDEA ; KENAPA BLOGG INI BERNAMA SEBELUM AKU MATI ?
Sebenarnya idea ini aku,aku perolehi dan ambil nama, sebelum aku mati ini dari sebuah antologi penyair turki, yang bernama Hussein,aku temuinya di Pasar Barzeit,di Kota Istanbul, pada tahun 1993, sewaktu aku "berkunjung dan melancong" kesana
Puisi yang ditulis dalam bahasa turki itu aku difahankan sudah diterjemahkan kedalam banyak bahasa asing dan yang jelas,tidak dalam bahasa Melayu
Sebelum aku mati, sebelum kita mati,sebelum pembaca blogg ini mati, pernah tak "anda semua" berfikir, bagaimana dengan tiba-tiba, tanpa disengaja--sesungguhnya antara sengaja dan tidak sengaja tidak ada batasnya----catatan pinggir goenawan mohamed---jantung kita tiba-tiba terhenti dan berhenti--bagaimana dengan "kita dan kekitaan kita "---bagaimanakah kehidupan kita selepas itu-- ? apakah "kalian semua tidak pernah berfikir" ?, kalau tidak anda semua "harus mulai belajar untuk berfikir !
kalau anda tidak berfikir kearah itu, itu bermakna "hati" anda telah mati. Tanda seseorang itu, mempunyai "hati yang telah mati", seseorang itu tidak menggingati mati, sedangkan sebagai umat Islam,kita disarankan Nabi Muhammad s.a.w agar sentiasa menggigati mati, dari 7 billion penduduk dunia hari ini, 2 billion adalah mereka yang beragama Islam, persoalan global sekarang, apakah mereka ini juga seperti anda, tidak menggigati mati, atau bagaimana ?
sebagai umat Islam, apakah kita semua, sudah mengamalkan amalan sunnah, setiap hari ? amalan itu termasuk solat tahajud, membaca al-quran, solat berjemaah dimasjid,solat dhuha,bersedekah setiap hari,jaga wudhuk terus menerus dan amalkan istighfar setiap saat dan jika belum "amalkan", kapan akan diamalkan ? tunggu sehingga "jantung anda tiba-tiba terhenti", atau bagaimana
Napoleone Hill, penulis buku, Think and Grow Rich pernah berkata, our mind is everything, what we think we become, soalnya are we going to the heaven or to hell, itu soalan hanya anda "bisa menjawabnya" kerana "diri terperi,diri sendiri, anda sendiri", akan memasuki alam baru, alam barzakh, selepas anda mati
Dan pada waktu itu, duit berjuta, berbillion,entah dari mana wang itu datang, dari usaha perniagaan, dari bank negara,dari hasil pelaburan Forex, Foreign Exchange atau dari 1MDB, "semuanya" pada waktu tidak bermakna dan tidak ada makna", yang bermakna pada waktu itu, amal soleh,pahala zikrullah,sedekah,zakat dan amal kebaikan yang dia anjurkan agama
lalu bagaimana dengan anda ? sudahkah anda berzikir,berwirid dan membaca selawat 1,000 kali sehari ? jika belum, patut anda lakukan segera kerana "time is eating us away", setiap saat dan setiap detik
sekian,Jabatku, titiek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment