Tuesday, 10 May 2011

Happy Birth Day 65 tahun UMNO yang sepatutnya disebut AMNO

Sewaktu ngobrol dengan Jaafar Rawas, suatu waktu berjarak dulu, (kini allahyarham-Orang Kuat Pas Kelantan) Tok Guru, Datok Nik Abdul Aziz, knew him very well,UMNO disebut, AMNO, bukan UMNO, aku tanya kenapa, dia kata, um dalam bahasa inggeris disebut, am contoh, umbrella,- disebut "ambrella, bukan umbrella, lalu sebutan sebenar UMNO, bukan UMNO, semestinya AMNO.

apapun yang dibicarakan "tentang UMNO", what ever it is, ia merupakan sebuah parti politik yang dikatakan telah banyak berjuang, meningkat dan memertabatkan bangsa melayu dibumi, "tak kan meayu hilang didunia" kata Pahlawan Melayu, Hang Tuah

Fakta tidak dapat ditolak secara membabi buta, UMNO telah banyak berjuang memperjuangkan dan membantu agenda perjuangan bangsa melayu. Hari ini genaplah usia UMNO  65 tahun.Kalau ia seorang bayi, ia kini menjadi "bayi berukuran besar", masih di"consider" bayi meskipun berumur 65 kerana masih mengamalkan "aktivitas kebayiaan"- menyusu-,khusunya pada waktu malam, apabila hitam bertambah hitam, bila malam bertambah malam. titik

berbicara mengenai usia tua, aku teringat, pada penghujng tahun 1980an ada isu politik, yang dicetsukan pembangkang, mengatakan Perdana Menteri pada waktu, Tun Mahahtir Mohamed, berkahwin dua, praktis poligami, isteri muda dikatakan anak angkat Tan Seri Hussein Ahmad, pada waktu itu Ketua Penerangan UMNO Malaysia

Assgment pertama aku bekerja dengan akhbar Watan, dateline Rantau Panjang,aku baru tamat pelajar. selepas acara pertemuan dengan publik, tentunya penyokong UMNO, aku bertanya "benarkan dakwaan dan khabar angin Tun Mahahtir kahwi dua, dan isteri keduanya anak angkat beliau, Tan Seri Hussein Ahmad, menafikan dengan keras, dakwaan itu.

Berit itu aku tulis, keluar dalam akhbar Watan, back page, judul aku sudah lupa, tapi ada BY LINE, Marah Mahadi Hassan

berbalik kepada UMNO, parti bangsa melayu yang dikatakan PAS, perjuangan abbasiah, kebangsaan, tidak ada agenda perjuangan Islam, berbanding dengan PAS. Dalam Perlembagaan PAS, ISLAM diletakkan paling atas, asas perjuangan PAS, berdasarkan al-quran dan hadiths-, PAS meletakkan Islam diatas segala-galanya

jika kita melihat keduduan kerusi parlimen hari ini, UMNO-BN mempunyai 144 kerusi manakala PAS yang sudah lebih 65 tahun berjuang, cuma mampu mempunyai 24 kerusi parlimen, alasan georafi yang diberikan PAS cuma menang dikerusi kawasan penduduk melayu majoriti dan dibantu penggundi bukan melayu, khususnya parti pembangkang

dengan nada politiek, melihat kepada faktur dan masa perjuangan, PAS memerlukan bantuan politiek, bantuan parti politiek, bukan bangsa melayu, jika pemimpin mereka Datok Seri Haji Abdul Hadi Awang, ingin menduduki kerusi "panas" Perdana Menteri Malaysia ke tujuh, menggantikan, Datuk Seri Mohd Najib Razak (?)

UMNO telah banyak melahirkan bangsa melayu yang kaya wah aduhai. antara nama yang pantas disebut menjadi kaya kerana UMNO menerusi platform politiek ialah Tengku Razaleihg Hamzah, Tun Daim Zainuddin, Datok Zaid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim (?)--sekedar menyebut beberapa nama-(maaf jka tidak tepat)

Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, "tidak kaya", mereka mati  meninggalkan nama harum, mereka dikatakan pemimpin jujur dan jujur sejujurnya, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak menggunakan "kuasa politiek" untuk "membuat duit", untuk menjadi manusia kaya kerana mereka mereka ini yang sudah berada dialam barzakh, mempunyai jati diri, yang kuat, mereka tahu, "menjadi pemimpin besar" adalah satu amanah, amanah rakyat malaysia, mereka tidak boleh menggunakan kuasa politik untuk mengkayakan "anak atau menantu" kerana di padang masyar kelak--mereka akan disoal dan di pertanggungjawabkan-"kenapa mereka menjadi manusia "tidak amanah"--menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri dan anak beranak-

Bekas Menteri Kewangan pada masa Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Tan Siew Sing, dari MCA, mati meninggalkan "nama harum", meskipun berbangsa china. beliau dikenang sebagai Menteri Kewangan Malaysia, yang jujur dan amanah

dalam hubungan ini pendapat mengatakan menteri kewangan sekarang harus di beri kepada pemimpin-pemimpi MCA, soalnya dalam MCA sekarng, "sudah tidak ada lagi semangat, darah Tun Tan Siew Sing, MCA hari ini juga telah berubah,MCA hari ini sudah lupa amanat, Presiden mereka, untuk jujur dan terus jujur apabila bermain politik

berbalik kepada cerita UMNO hari ini, persoalan besar, UMNO hari ini sudah terpelanting, tersasar dan keluar jauh dari landasan perjuangan UMNO yang sebenar. Korupsi, kronisme, neoptisme,, menyalahgunakaan kuasa, menjadi menteri satu penggal, sudah punyai wang berjuta-juta ringgit--rakyat dapat menilai "gaya hidup, stail hidup", manusia manusia politik UMNO--menjadi kaya--dalam sekelip mata--dari mana sumber kekayaan yang di perolehi, dari tender, projek kerajaan itu bukan persoalan--yang penting "kenapa keadaan sedemikian boleh berlaku".

Persoalan ini, penyalahgunaan "kuasa politik"yang ditiup sengakala PAS, parti pembangkang, menyebabkan UMNO semakin jauh dan sukar di rangkul rakyat. Publik konfiden terhadap UMNO semakin merosot

faktur ini lah menyebkan UMNO cemas untuk berhadapan dengan rakyat dalam PRU ke 13 ini. Permasalahan ini harus dipikul oleh manusia bernama Presiden UMNO pada hari ini. Pelbagai usaha dilakukan Datuk Seri Mohd Najib Razak, untuk menagih simpati, menawan hati rakyat, bangsa melayu agar jangan lupa diri, jangan lupa tangan memberi, mengenang budi--pilihlaqh calon UMNO dan BN dalam PRU ke 13 ini

UMNO sebagai lelaki tua, berusia 65 tahun, harus bersiaga dan bersiap diri kerana PRU ke 13 akan meniadi tidak sama dengan PRU sebelumnya kerana "undi penentu" pada kali ini, datang dari penggundi baru, undi generasi kedua pasca kemerdekaan.
sekian.titik

Jabatku

Monday, 9 May 2011

Harga Gula Naik 20 sen satu kilogram-kerajaan jimat subsidi ?

Pada awal tahun 1970an,apabila harga barang keperluan asas "naik secara mendadak" bukan pengguna, orang ramai yang "bising dan bising", tapi pelajar-pelajar di kampus, disetiap "speaker corner" kampus, akan ada, pelajar yang berpidato, dan dihadiri pelajar yangberminat ingin mengetahui, punca dan sebab kenapa keadaan sedemikian terjadi

maknanya mahasiswa yang berada di negara gading peka kepada keadaan politik semasa dan mereka akan menjadi "juara" masyarakat ramai, khususnya ibu bapa dikampung, kenapa "harga barang keperluan asas" tiba-tiba mendadak naik

Isu kemiskinan di Baling, pada tahun 1974, yang menyebabkan demonstrasi beramai-ramai pelajar kampus yang dikepalai Datok Paduka Ibrahim Ali, Datok Seri Anwar Ibrahim--sekedar menyebut-- beberapa nama--membuktikan "kepekaan" masyarakat kampus,terhadap masalah rakyat amat tinggi

hari ini, warga kampus, hanya "peka" terhadap masalah pembelajaran mereka, yang penting mereka harus mendapat "segulung kertas", apabila tamat belajar. Dengan segulung kertas itu, mereka mencari pekerjaan untuk meneruskan "survival" untuk hidup. itu saja dan titiek

Berbeda dengan warga kampus dulu,masalah rakyat masalah mereka, alasan kerana mereka juga rakyat, sebagai rakyat yang mempunyai "local standy", mereka perlu dan berhak "mengetahui" apa yang dibuat kerajaan

Itu nostalgia 40 tahun lampau,dunia kampus dan kehidupan kampus berbeda dengan penghidupan dan kehidupan kampus, hari ini.

Hari ini, mahasiswa kampus untuk berbicara mengenai isu semasa politik, takut-takut Akta Universiti dan Kolej,akan "memalap dan menggelapkan masa depan mereka" jika mere terbukti melanggar akta itu

Menerusi Akta itu, jika mereka terbukti "bersalah dan didapati bersalah" pihak instituisi pengajian tinggi ada kuasa, "memecat dan menendang mereka" keluar dari instituisi berkenaan

lalu, jalan pintas, soal perjuangan untuk "membela masyarakat" diserahkan kepada "manusia-manusia politik", dan manusia "jenis ini" bebas "melakukan apa saja termasuk mencari kepentingan diri lewat jalur politik" untuk "menjadi orang kaya baru secara senyap dan diam", diam-diam ubi berisi. justru itu ramai "manusia jenis ini" menjadi kaya secara "mendadak"

implikasi politiek, kepercayaan masyarakat, "public confident" kepada manusia "jenis ini"tiba menurun dan merosot

belum lama ini sebuah NGO membuat kajian dan mendapat maklum balas dari respondence,mengenai isu "integriti", kajian itu dilakukan di Lembah Klang. Hasilnya "sudah tidak mengkagetkan", integrity manusia jenis ini, terletak paling "bawah" berbanding dengan professional lain

Menteri Penerangan pada waktu itu, awang selamat, Datuk Zainuddin Maidin, menafikan kajian itu dengan alasan ianya hanya diadakan di Klang Valley. Aku percaya jika "kajian itu"diadakan diseluruh negara, "jawapannya mungkin saja sama", "integrity politikus" akan berada diceruk yang paling bawah berbanding proffesional lain

Kenapa keadaan sedemikian berlaku ? apakah "public "buta dan bisu" tidak dapat melihat, apa yang berlaku dibelakang pentas dan disebalik tabir, "permainan politik manusia-manusia UMNO" atau bagaimana ?

Hanya dengan menjadi "ahli keluarga" pemimpin tertentu, "pemimpin pelapis, dalam usia yang masih muda tiba-tiba menjadi manusia kaya" dan mempunyai wang berjuta-juta ringgit ?
tentu saja ini menimbulkan rasa cemburu kommuniti china, kerana datuk nenek moyang mereka terpaksa berniaga berpuluh-puluh tahun untuk menggumpul kekayaan dan "harta sebanyak itu", pemimpin pelapis itu hanya mempunyai "koneksi" kekeluargaan, dalam sekelip mata, tiba-tiba menjadi "manusia kaya yang wah aduhai"

menurut, Hassan Ahmad, 55, tahun, anak seorang guru, menetap di Rantau Panjang, yang membuat kursus Diploma in Forestry, ITM Shah Alam, graduate pada tahun 1976, kemudian melanjutkan pelajaran peringkat ijazah, di Universiti Lousiana, "student power", kuasa pelajar pada waktu itu "amat ditakuti dan digeruni" pemerintah di Asian Tenggara

malah, pergerakan dan pergolakan politik dinegara-negara rantau asia tenggara pada waktu itu turut dibayangi mahasiswa-mahasiswa. mahasiswa dengan "gerakan massa" yang ramai mampu--melumpuh ekonomi negara, mampu menggugat stabilitas, politik negara- malah menumbangkan kerajaan, s ebagai yang erlaku di thailand, apabila Perdana Menterinya, Tun Thanam Kittikachorn, dihalau keluar dari bumi Thailand kerana "mengarahkan tentera m enembak mahasiswa yang berdemonsrtrasi secara aman di Bangkok".

Beliau terpaksa, "lari dengan menggunakan "helikopter" tentera, meninggalkan negara Gajah Puteh, tempat tumpah, darah, beliau sendiri.

dalan konteks, ini, "kebebasan berfikir"mahasiswa dinegara kita dikatakan di belenggukan dengan Akta Universiti dan Kolej. mahasiswa tidak dibenarkan bergerak aktif dalam mana-mana parti politik, baik pembangkang maupun parti politik pro kerajaan. Tugas, mahasiswa, hanya belajar, dapatkan segulung kertas, yang dipanggil diploma atau ijazah, kemudian bekerja, kahwin, dapat anak, dan mati. urusan politiek, urusan mentadbir dan memerintah negara diserahkan kepada "manusia politik"-biar manusia politiek-yang uruskan urusan negara

biar manusia politik, yang "uruskan itu semua",biar manusia politiek yang uruskan "harga kenaikan gula", ini urusan manusia politiek, "what is 20 cents" ? betul ! apa "makna 20 sen" ? tapi bagi penarik beca disekitar kota bharu, untuk mendapatkan RM20 satu hari, mereka terpaksa menggacuh beca berkilometer, maaf, cakap, sorry to say--"sampai menggelupas "anunya" itu-, semata-mata untuk mendapatkan "kertas yang dapat digunakan untuk membeli"-untuk mencari sesuap nasi, membela keluarga, anak-anak- 20 sen satu angka yang besar, "bernilai" bagi penarik beca dan satu angka tidak besar bagi golongan yang tidak marhain

lalu, jika "harga gula naik", maknanya harga teh o, minuman "regular"penarik beca dan golongan marhain yang lain  akan  juga naik !

kenaikan harga gula dikaitkan dengan kenaikan harga minya di pasaran dunia, ini bermakna "harga minyak dipasaran antarabangsa yang tidak menentu", akan mengakibatkan kenaikan "barangan keperluan asas" yang lain

umum mengetahui, siapalah, malaysia untuk mengawal kenaikan harga minya diperingkat antarabangsa, meskipun PETRONAS, menghasilkan "berjuta-juta tong minyak" setiap tahun.

itu persoalan lain, persoalan yang ingin di ketahui, golongan marhain, bolehkah tidak "kerajaan BN" yang memerintah, menggunakan "apa cara" agar tidak membenarkan "kenaikan barangan keperluan asas" kerana yang "terasa sentuhan panas kenaikan harga barang ini" ialah golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

berbicara mengenai Akta Kolej, dari satu sisilain,ianya memberikan kesan positif kepada kerajaan. Kerajaan dapat mentadbir dan mengurus negara dengan baik tanpa "gangguan student power" warga kampus.

bayangkan apa akan terjadi, jika tidak ada Akta Kolej, selain harus berhadapan dengan pihak pembangkang, kerajaan juga harus berhadapan dengan"student power" apabila membabitkan isu-isu penting khususnya apabila membabitkan "penyelewengan kewangan negara" dengan jumlah besar

disebabkan "tamaddun negara kita masih awal" berbanding dengan tamaddun India, di lembah Ganges, hanya baru mempunyai enam Perdana Menteri, "bangsa kita, bangsa melayu", bukanlah bangsa "hebat" sebagaimana yang dimitos, didengung dan didongengkan"

aku masih ingat, ketika mula-mula menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed, pada awal tahun 80an, pernah memberi jaminan akan membentuk kabinet yang ABC-amanah, bersih dan Cekap-- dan akan mengarahkan semua Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, "mengistiharkan harta" bagi membuktikan "kerajaan beliau, kerajaan bersih".

tapi sehingga kini, hampir 30 tahun, bangsa melayu, rakyat negara ini, china, india dan kaum-kaum lain, masih menunggu--bila pengisitharan harta "asset" menteri-menteri kabinet akan di"dedahkan" kepada rakyart

30 tahun suatu jangka masa pemeritnahan yang agak "lama", sepatutnya "masalah pengistiharan harta menteri-menteri dilakukan jauh lama sebelum ini tapi ianya tidak dilakukan

apa masalahnya. Rakyat ingin mengetahui masalah sebenar atau sememangnya bapa-bapak menteri tidak sedang "memberitahu asset" mereka takut-takut "rakyat akan kehilangan konfiden" dan mulai bertanya, " lho ok banyak sekali "wang" Bapak menteri" atau bagaimana ?

apa pun,kenaikan 20 sen harga satu kilogram gula,(barangkali) tidak memberi sejumlah makna yang besar kepada pengidap penyakit gula(kencing manis) kerana golongan ini, "sudah lama ditarik kenikmatan "manisnya gula", sebaliknya mereka mulai belajar "kenikmatan pahitnya kopi dan peritnya batang rajawali"
Sekian.titik
Jabatku
.

Sunday, 8 May 2011

Zahari Awang, Datok Seri Mohd Najib-ahli parlimen termuda malaysia dan PAS

Barangkali tidak ramai dikalangan penikmat dan pencandu politik kelas berat, tanah air, mengetahui ahli Parlimen Malaysia, yang termuda, sejak kita mencapai kemerdekaan dari British, suatu waktu tidak berjarak dulu.

tokoh yang bukan,duanya, Zahari Awang, 65, asal,Kg Bukit Tiu,pernah bekerja sebagai kerani di Pejabat Tanah di Machang, kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Pulau Pinang, dan mendapat biasiswa Full Bright,USA. Beliau menjadi ahli parlimen, Kuala Krai, pada usia 24 tahun. anak didik, allahyarham, Datok Asri Haji Muda-melepaskan jawatan bersama 12 ahli parlimen Pas yang lain, dibangunan Parlimen,kecuali, ahli parlimen Bagan Datok, Hassan Adli, dari Perak-kini dialam barzakh-uncle kepada Menteri Pertahanan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi--,letak jawatan, apabila, perkahwinaan mutaah "PAS dan UMNO " retak, pecah, terurai dan terberai-"pada tahun 1977"

Kecemasan-kecemasan sejarah masa silam,"  historical worrieness" menyebabkan Pas sekarang, menyebabkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, "takut pisang berbuah dua kali dalam peribahasa Inggeris disebut "once bitten twice shy"--takut untuk kesekian kali--PAS di perlakukan "seperti kain buruk"-apabila "kegilaan politik" menguasai pemikiran pucuk pimpinan UMNO

kini ,berdasarkan suhu politiek negara yang semakin panas, membara dan bertambah panas, UMNO tidak dapat menolak fakta politeik, parti itu memerlukan PAS, dengan alasan perpaduan melayu, dengan alasan politik "kuasa politiek" bangsa melayu semakin "terancam dan tergugat" dalam PRU ke 13.

Kenapa "sekarang baru ditimbulkan " isu ini, ? kata seorang penyokong fanatik PAS. "Kenapa ketika menendang PAS keluar dari BN, pada tahun 1977 lalu, menjadikan PAS seperti Parti "kain buruk" , isu itu tidak difikirkan "secara mendalam dan lebih mendalam" ? katanya dengan nada marah dan marah-marah

soalan itu sebenarya dilontarkan pada "salah masa, salah tempat dan salah orang", orang-orang kuat UMNO yang terbabit dalam kes pemecatan itu, semuanya sudah "masuk kealam barzakh", kecuali Tun Mahahtir Mohamed, mantan Perdana Menteri, bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah--manakala yang lainnya semua "sudah padam" dari pentas dan teater politik tanahair dan (barangkali) sedang berhempas pulas "menjawab pertanyaan mungkar nangkir"(barangkali, ini cuma kebarangkalian) termasuk juga "terpaksa menjawab isu dan kes pemecatan PAS dari komponen B-N" suatu waktu tidak berjarak dulu

lalu, apabila Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menutup pintu, atas "alasan munasabah dan sederhana", takut diperlakukan seperti "kain buruk" untuk kesekian kali, "salahkah beliau mengambil sikap sebegitu ?

salah kah beliau mengambil sikap "price consiousness",berjimat cermat dalam "politiek",tidak mahu "pisang berbuah dua kali"menimpa "harga diri dan maruah PAS" atau bagaimana ?
hari ini, bak kata, seorang penyokong fanatik PAS, UMNO memerlukan "pertolongan politik PAS" untuk survive dalam PRU ke 13, apakah memang benar begitu ?

"UMNO tak ubah seperti peribahasa melayu, hidung tak manchung, pipi tersorong-sorong", katanya lagi.

soalnya, "apa pun alasan yang diberikan, dengan 24 kerusi parlimen,PAS miliki pada masa ini, secara politik ia dapat membantu dan meringankan beban, UMNO untuk menghadapi PRU ke 13 ini

paling minimal, jika apa-apa berlaku terhadap MCA, UMNO masih ada "tiub gantian" atau tukar tayar, "tukar tiub"untuk meneruskan roda-roda kekuasaan politiek UMNO," atau bagaimana?

atau pertanyaan politiek meruncing timbul, kenapa baru sekarang pemimpin UMNO "terfikir dan berfikir", kenapa PAS wajar dijadkan "tukar tiub"-sekarang- "tidak dulu"? atau bagaimana ?
keadaan akan lebih selesa, bagi UMNO, jika PAS, "bercerai talak empat" dengan PKR dan DAP" kerana secara poltiek, tindakan itu dapat "melemahkan urat-urat kelamin politik" selera dan nafsu seks PKR dan DAP.

apakah memang benar begitu realitas politieknya ? soalnya, kenapakah manusia, bergelar tok guru, Mursyidul Am PAS, enggan membuka pintu,meskipun di"ketuk beberapa kali", dan "membenarkan PAS berkahwin semula" dengan UMNO demi,demi apa jua alasan yang diberi dan direkaciptakan--itu pertanyaan tajam itu, perlu dijawab segera-

apakah datuk nik aziz nik mat, yang tidak pernah (barangkali) "ketinggalan sembahyang tahajud, sejak dari usia muda hingga kehari ini, dapat "menembusi penglihatan mata kasar" dan menerusi penglihatan mata hati, melihat pucuk pimpinan UMNO yang ada hari ini tidak jujur dengan diri sendiri, tidak jujur dengan Yang Maha Khalik, tidak jujur dengan perjuangan membela bangsa melayu dan meletakkan kepentingan politik dan pribadi mengatasi perjuangan agama, menyebabkan "beliau" mengadakan "jarak pemisah", mewujudkan boarder line, garis pemisah dengan pimpinan UMNO apabila ingin membicarakan "soal" perkahwinan semula UMNO dan PAS atau PAS dan UMNO

berbalik kepada "slug story" awal, rekod ahli parlimen Pas termuda Malaysia dipegang Zahari Awang, ketika beliau berusia 28 tahun, dan rekod itu dipecah oleh Perdana Menteri sekarang, Datok Seri Mohd Najib Razak,yang menjadi ahli parlimen ketika berusia 24 tahun

keadaan latarbelakang keluarga, zahari awang, anak golongan marhain, orang kampung, bapa petani, kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang. berbeda dengan Datok Seri Mohd Najib Razak, anak bekas Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak-meninggal dunia tanpa meninggalkan harta--yang tidak kais pagi,makan pagi,kain petang makan petang.

"Ketika kesemua 12 ahli parlimen Pas meletak jawatan beramai-ramai berikutan "perceraian politiek" UMNO dan PAS, wartawan dalam dan luar negeri "merakam gambar-gambar kami", itu merupakan detik-detik indah pilu bercampur pedih,kami meninggalkan parlimen, kerusi parlimen, tidak bersama dengan hali parlimen kerajaan, tetapi berada disebelah barisan kerusi pembangkang, didalam diri, kami puas hati, we are the man with dignity and great honour" katanya

ketika ditanya,apa akan jadi pada karier politiknya, jika beliau enggan mengikuti perjuangan rakan-rakan ahli parlimen lain, "melompat ke barisan nasional", menjadi  ahli parlimen BN

katanya, kalau beliau seorang materialistik, keadaan menjadi lain, banyak tawaran yang dikemukakan kerajaan pada waktu,tapi"" lets forget the past, what happende is happened, gone with the wind, anda tidak boleh merubah sejarah, tapi anda boleh membuat sejarah,"kata bekas pelajar Fakulti Sains Politik, USM, yang kini, menetap diLorong Guchill, Kuala Krai.

pada waktu itu, 1977, di"mana manusia bernama Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat", ? beliau seorang ahli pas biasa, status ustaz, mengajar agama dan sampai ke hari ini masih mengajar agama, agar manusia islam berbangsa melayu, menjadi insan yang baik, manusia beriman dan bertakwa- manusia yang dapat menggucap kalimat shahadat dengan jelas-apabila tamu tak diundang menjemput mereka--

tapi hari ini, manusia lepasan mandrasah Doeban,di India, fasih berbahasa Urdy, "umar kiya hey"--berapa umur sekarang--, bukan sosok tubuh, 30 tahun lampau, beliau adalah "Mursyidul Am PAS", Menteri Besar Kelantan, "punyai kuasa veto"--untuk membenarkan semula perkahwinan politiek antara PAS dan UMNO dan UMNO dan PAS--

lalu, "siapakah orang tengah, yang pantas menjadi perisik, membuat risikan", suatu pertanyaan "berbahaya dan merbahaya" dan (barangkali) sulit untuk dijawab segera

yang jelas PAS akan mendapat tiga jawatan menteri, 3 jawatan timbalan menteri dan tiga jawatan setiausaha parlimen--apakah tawaran itu "sudah lagi tidak menggebu" dan sudah lagi tidak menarik--juga menjadi pertanyaan yang masih kelabu warnanya itu. titiek

sekian.titik
jabatku

Kristian, Bible, kita,Utusan Malaysia-Indonesia dan Mat Rempit, Mat rock, Mat Blues

Hari ini kita, bangsa melayu, bangsa yang "semakin lesu" (?) "melayu" dibaca "me-layu", "me semakin "layu", me "semakin lesu" dari perspektif politik,"kuasa politik bangsa melayu dibumi" sendiri, semakin "layu", semakin lesu dan semakin "tidakbermaya"--apakah memang begitu" realiti pentas politk-bangsa melayu--yang suatu saat dulu ditulis penulis barat--saku etnik yang hanya hidup mudah, simple, sleep simple, eat simple dan die simple--mencari makan hanya dengan menggunakan perahu, menangkap ikan disungai, tinggal dirumah atap,bercucuk dan bertani secara kecil-kecilan dan mempunyai falsafah hidup mudah dan simple,"manusia yang "kaya" adalah manusia yang cukup dengan sedikit---apakah sememangnya "sebegitu"-gambaran dan sketsa kehidupan dan penghidupan bangsa melayu

Hari ini, politikus kita berkata, kita satu bangsa yang sudah "maju", kita satu bangsa yang sudah jauh kehadapan dan 9 tahun lagi, negara kita akan mencapai "status negara maju". Teman aku sempat berkata, negara kita akan "tidak" dan "tidak akan" menjadi negara mahu jika pemimpin-pemimpin kita masih "korup" dan mempraktiskan "rasuah secara senyap dan diam"

apakah "memang benar pemimpin-pemimpin kita" tidak terkena "tempias rasuah" ? jika tidak bagaimana pula cara dan kaedahnya "mereka mempunyai simpanan wang berjuta-juta dalam bank" meskipun menggunakan akaun proxy-proxy tertentu ?

atau itu hanya "tohmahan politik, fitnah politik" yang sengaja direka citpa pembangkang untuk mendiscredit dan "menjatuhluluhkan maruah" pemimpin-pemimpin kerajaan atau bagaimana ?

apapun aku kali ini, lebih cenderung untuk menulis fasal isu kristian, isu agama resmi negara kita, utusan malaysia dikatakan melaporkan ada cadangan pihak tertentu-mencadangkan-agama krisitian sesuai dijadkan agama resmi negara bukan lagi agama Islam

persoalannya, dari manakah "sumber berita itu: dipetik.aku baca dalam Utusan Malaysia hari, perjumpaan paderi-paderi itu perjumpaan "tertutup" dan pihaknya menafikan sama sekali berita ada cadangan agama resmi negara ini agama keristian,tidak lagi Islam

laporan berita utusan itu didakwa salahpetik, misquoted dan berunsur jahat-mempunyai niat lain- sedangkan jurucakap paderi itu berkata, perjumpaan itu perjumpaan biasa dan sama sekali tidak membincangkan "isu agama kristian patut dijadikan agama resmi negara !

aku kira jika hendak dibandingkan dengan editer-editer media arus perdana yang ada dan seadaanya hari ini, yang tolol dan tidak tahu membedakan "isu sensitif" atau tidak ,aku lebih layak dan lebih berhak untuk berbicara "mengenai Kristian, Bible dan Kita"

aku kuliah di universitas Darma Agung, Fakullti Sains Politik jurusan Mass Comunication,1985 - 1988,di medan, sumatera utara Indonesia. Universiti swasta terbesar dimedan,pemiliknya terkenal kaya "wah aduahai", Bapak Perdede,--kini telah dihantar alam barzakh--

aku merupakan pelajar malaysia yang pertama kuliah diuniversiti itu kerana ianya universiti swasta yang mana nilai nilai ijazah tidak diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam,-JPA-, Go to hell dengan JPA, aku tidak perlu pengiktirafan JPA untuk menjadi "wartawan"

Darma dalam bahasa Latin, membawa pengertian Agama, Agung maknanya besar--Darma Agung maknya "agama besar", agama besar dalam konteks ini,agama kristian

pelajar-pelajar indonesia kuliah diuniversitas itu, terdiri dari etnik "batak sumatera", penganut agama kristian, ada juga pelajar Islam tapi jumlah kecil. yang menarik, dosen-dosen yang menjadi tenaga pengajar terdiri dari dosen-dosen yang juga mengajar di Universiti Sumatera Utara, Medan. lalu apa bezanya, ilmu yang aku perolehi dengan pelajar malaysia yang kuliah di Universiti Sumatera Utara,?. Tidak ada bezanya.

"Nik, kamu free malam ini," tanya temanku, penganut kristian tulin, asal Pulau Nias,lelaki, "kenapa" aku menjawap pertanyaannya dengan pertanyaan."Malam ini, kami punya program malam santapan rohani, Jesus Sang Penyelamat," katanya.

"Aku lagi repot,ngak apa-apa kamu terusin saja, terima kasih," kata ku selamba

Dakwah kristian disana,khususnya dikampus universtias memang kuat dan bergerak aktif, toh begitu aku tidak sama sekali tertarik dan terpengaruh denga dakyah dan dakwah mereka

malah, jika anda berkesempatan kemedan, beli akhbar SIB, Sinar Indonesia Baru,pemilik orang batak, kristian tulin,isi didalamnya, selain "current neews" anda juga akan mendapati kolom, artikel, rencana,--tentang kebaikan agama kristian--dan macam-macam lagi

sewaktu job training, di harian waspada, berlaku satu kes, cerita benar-true story--sebelum itu semua edtier dimestikan mempraktis dan mengamalkan SARA-Suku Agama Ras--sebelum memutuskan untuk "melepaskan story untuk disiarkan". amalan ini wajib dan mesti dipatuhi, jika dilanggar "malapetaka besar" menunggu dan menanti mereka

berbalik kepada "true story"--satu kes seorang anggota polis yang juga menjadi "pastor", paderi digereja,meletakkan pistol, diatas bangku,dalam beg isterinya,sebelahnya ada anak kecil,umur kira-kira 6 atau tujuh tahun--, ketika Sang Bapa asyik membaca khutbah dimimbar, tiba-tiba kedengaran letupan pistol--anaknya memainkan trigger dan tertempak dagu--mati ditempat kejadian---dipapan tanda-notis board- kantor berita WASAPADA---aku membaca dengan mata telanjang bulat aku--notis dan peringatan penting dari pejabat ABRI--Angkatan Bersenjata Indonesia--pihak editer--diperingatkan--jangan "memain dan menyiarkan berita itu"--lalu--keesokan harinya, "semua surat khabar di medan"dan seluruh indonesia tidak melaporkan berita tragedi yang memedih dan memilukan itu

lalu, apakah arahan ABRI itu, menyekat kebebasan akhbar di nergara bangsa serumpun kita ? apa yang aku ingin katakan, disini, editer-editer, khususnya "editer media" arus perdana tidak "faham dan tidak akan faham" apa yang dimaksudkan dengan berita-berita sensitif dan berita "sensitiviti agama"

atau barangkali Jabatan Perdana Menteri, "tidak pernah mengeluarkan" arahan secara bertulis dan juga tidak dapat menjelaskan secara terperinci, apa yang dimaksudkan dengan "berita sensitif"

jika aku memegang jawantan editer, akan aku bangkulsampahkan "berita-berita" seumpama itu kerana ia banyak mendatangkan "kesan negatif"--tidak kah editer-editer tolol dan dunggu tahu--siapa di belakang "agam kristian--?  kalau amerika dapat "menukar peta negara-negara di asia barat"--apakah mereka juga tidak akan dapat "menukar peta-peta asia tenggara" atas alasan "mempertahankan agama krsitian danpenggnutnya di"cabuli" secara brutal" ?

disinilah barangkali "editer-editer tolol" media arus perdana, yang bergaji rm 20,000 -rm 30,000 "tidak dapat melihat kesan dan impak politik jangkamasa pnajng jika "mereka" terus--memainkan isu-isu dan sentiment agama, khususnya agama Islam

jika dilihat dari perspektif politik, pihak editer cuba memutarbelit dan memainkan isu ini demi kepentingan UMNO.UMNO kini dilihat terdesak untuk berbaik-baik dengan PAS--, mainkan isu ini-dan minta komen Musrsyidul Am PAS, Datok NikAbdul Aziz Nik Mat--nik aziz akan terjepit dan tersempit--kerana berbaik baik dengan DAP-Nik Aziz nak komen macamana--tujuannya untuk memberi tekanan kepada Nik Aziz--tiada pilihan dan berbaik dengan UMNO dan meninggalkan DAP dan PKR--"semudah itu perhitungan editer tolol itu--?

Yang aku kenali, Datok Nik Abdul Nik Mat, tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk "tekananan"--beliau sebenarnya amat mudah didekati, berbicang secara baik-baik dan meletakkan Islam sebagai asas perbincangan, itu saja.

Kenapa editer-editer tolol Utusan Malaysia, sanggup "memutar belitkan fakta", jika pihak paderi menafikan berita itu dan menjelaskan pertemuan itu, perjumpaan biasa, dikalangan paderi-paderi--apa salahnya jika padaeri-paderi itu melakukan "meeting biasa"

Jangan bermain api, nasihat aku kepada Orang Kuat Utusan Malaysia, aku kenal Zaini Hassan, sewaktu beliau bertugas di Kota Bharu pada tahun 1989, waktu itu aku sebagai stringer BN dan pada tahun 1997 aku bertugas sebagai wartawan jaringan--istilah indonesia--dalam bahasa inggeris disebut Broadcast Journalist--dalam bahasa melayu--wartawan penyiaran

aku kira Setiausaha Agung UMNO, Datok Tengku Adnan Tengku Mansor, perlu "membuat garispanduan" dan menghantar surat "larangan" kepada editer-editer media, jangan "memainkan berita-berita sensitif" termasuk berita karut "menjadikan kristian agama resmi negara"

UMNO tidak perlu memberi "momokan-momokan karut" kepada penggundi china kerana, penggundi-penggundi china, sudah ramai hilang kepercayaan kepada MCA, kenapa keadaan sedemikian terjadi ? Hanya bekas Presiden MCA Tun Lim  Liong Sik, Datok Seri Ong Ka Tim dan Datok Seri Chua Soi Lek, dapat menjawabnya dengan tepat.titik.

sekian.titik
jabatku

Friday, 6 May 2011

filem hindustan, thailand, kita, bola se dan matpoklong dari jertih,terengganu

Namanya MatPoklong,75 tahun, asal Jertih dan menetap di Jertih.Masa muda, pernah bermain bola sepak bersama Abdah Alif, Wan Zawawi, -Irfan Baki(semasa dalam berkhidmat dalam tentera)-,beliau mendakwa masa muda, beliau "Star" bola sepak jajahan Jertih.Tiga Piala Bola sepak dibawa pulang ke Jertih.Piala apa aku tidak tanya,alasan kesuntukan waktu

pagi tadi, semasa pulang dari pasar basah, machang, melewati kg padang selising,aku terlihat seorang lelaki, menunggu kereta, dia memberi signal untuk menaiki kereta aku, dia fikir(barangkali) kereta aku, kereta sapu,sebab keadaan dan bentuk kereta, aku macam kereta sapu

setelah menaiki kereta, aku bertanya kemana beliau hendak pergi, di kata nak pergi keuitm untuk sewa kereta, aku aku kebetulan,rumah aku dibelakang uitm.

masa muda, ketika berusia,18 tahun, beliau bekerja dengan pemilik panggung Rex di Jertih. Gaji pada waktu itu, RM2 satu hari.ketika itu awal tahun 60an

Pemilik panggung wayang pada waktu itu, membuat keuntungan besar dan lumayan,khususnya apabila "menayangkan filem-filem hindustan box-office".

katanya, filem-filem hindustan box office pada waktu itu dibawa masuk, diseludup dari Sungai Golok, menerusi pekan Rantau Panjang.

Filem yang ditayangkan dipanggung tempat beliau bekerja "tidak pernah di tayangkan di mana-mana pawagam termasuk pawagam di KL,Ipoh dan Penang"

kehebatan pemilik panggungwayang itu, beliau "network" dengan orang filem di Thailand dan di Singapura

Justru itu,subtitile dalam bahasa Thai, terpaksa dibuang bagi menunjukkan "keaslian filem itu"

Meskipun bergaji RM2 satu hari, tapi pada waktu itu pendapatan sebanyak itu sudah wajar dikatakan mewah.

katanya, apabila wayang menayangkan filem hindustanm tiga show secara berterusan, satu malam pemilik panggung memperoleh keuntungan rm2,000 - 3,000 pada satu malam. Jumlah itu,pada awal tahun 1960an amat besar

harga tiket, 50 sen hingga seringgit

selain di Panggung Rex Jertih, taukehnya juga menayangkan filem-filem hindustan di kuala besar, Besut. Pada waktu itu, penonton, golongan nelayan hanya duduk bersila atas pasir, menontan filem hindustan diatas layar besar

sambutan terhadap filem-filem hindustan pada waktu itu memberangsang dan menggalakkan.

justru itu beliau bekerja hampir 11 tahun, sebelum menyertai anggkatan tentera darat, kini sudah pencen dan masih sihat tubuh badan, beliau mempunyai kenalan ramai "tokseh-tok seh" di pekan sungai golok

jika filem hindustan ditayangkan dikuala besar, nelayan akan turun menangkap ikan setelah ketiga-tiga show itu jam 11.30 malam

seleepas itu, mereka turun ke laut, menangkap ikan beramai-ramai

antara nama yang disebut Jamal (bekas pemain bolasepak terkemuka di pekan sg golok), Abdul Razak Abbas-pemilik panggung rex di rantau panjang dan pernah didakwa menyelak kain kepada Puteri UMNO sewaktu pilihanraya kecil di Lunas dan di dakwa dimahkamah,kemudian dibebaskan "kerana" pendakwara gagal membuktikan "wujudnya kes prima facie", kini masih menetap dirantau panjang

bagi masyarakat India, filem hindustan, yang ditayangkan dipawagam di negara nmereka bukan sekadar filem,ia merupakan "cermin diri", refelseksi kehidupan masyaakat sana

filem-filem yang dihasilkanm bertemakan nilai-nilai sosial sedia ada, memaparkan kemiskinan golongan marhain, anak lelaki bercinta dengan perempuan , anak orang kaya, tak dapat restu, nekad "kahwin lari", dan bla..bla...bla..

bagaimana dengan filem-filem tempatan kita hari ini, apakah ia sudah "terpesong dan terpelanting jauh"
dan gagal,"menyentuh sanubari" masyarakat banyak atau bagaimana

Orang Filem,seorang pensyarah universiti tempatan, sempat "menggegar" dan mengegerkan dunia perfilem kita, suatu waktu tidak berjarak dulu, apabila mengatakan filem-filem yang dihasilkan pada waktu itu "stupid filem"

apakah kini, filem-filem kita yang dihasilkan "sudah tidak lagi mempunyai elemen dan nilai-nilai "stupidity" masih menjadi tanda tanya besar

sekian.titik
jabatku

George Bush,Thaksin-: aku dan asia tenggara

Kita, bersyukur, setiap kita harus bersyukur kepada Yang Maha Khalik, berada dalam negara yang aman dan damai, tidak ethnic cleansing, ethnic clash, tidak ada letupan bom, bunyi tembakam M-16, semua berada dalam keadaan aman dan damai.Kommuniti china, India-dapat menjalankan perniagaan dengan baik, malah dapat mengautkan "keuntungan" berjua-juta ringgit, hasil kekayaan negara bertuah, malaysia kita, satu malaysia, malaysia serba boleh

suatu waktu tidak berjarak dulu, sekitar tahun 2004, selepas peristiwa berdarah Takbai,aku berkesempatan mewawancara Perdana Menteri, Thaksin Sinawatra, disebuah hotel, Hotel Genting, Sungai Golok.

rakan media yang turut bersama aku, Nor Jaafar RTM Kota Bharu, azman Mahmmod Berita Harian Kota Bharu. Ang dari Kuang Ming--sekedar menyebut beberapa nama--

pada hari itu, Presiden Amerika Syarikat, George Bush, mengeluarkan kenyataan dari Gedung Puteh, Amerika Syarikat, bersedia melepas dan menghantar "marine soldier", untuk memburu, menangkap, menembak "terrorist" yang dikatakan "bersarang" di empat propinsi berdarah, diselatan thai

terkejut dengan berita itu, aku berkesempatan bertemu perdana menteri Thailand, dan menanyakan soalan, apakah kerajaan thai bersedia membenarkan "us marine soldier", menjejak kaki kebumi Thailand bagi membantu kerajaan thailand, menghapuskan "gologan terorist" yang dikaitkan dengan "puak pemisah",yang didakwa "bersarang dan beranak" dikawasan itu.


Thaksin dengan jelas menjelaskan, beliau tidak pernah meminta bantuan Amerika Syarikat membantu kerajaan Thai memburu pengganas di kawasan selatan.

sebelum itu, menurut wartawan tempatan, Thaksin dilaporkan berkata kepada agensi berita asing di Bangkok dan berita itu dilepaskan menerusi wire berita antarabangsa dan ianya ditangkap Gedung Puteh dan White House, memberi response segera terhadap berita itu

"It was misquoted, we don't need foreign military assistace, we can handle internal problems our self, thai goverment can still manage to settle southern thailand choas through our ways," katanya

soalan kedua, aku tanya beliau, hasil pertemuan beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak, di Bangkok, belum lama ini

Beliau berkata, pertemuan itu memberangsangkan dan kerajaan malaysia memberi jaminan akan turut membantu kerajaan Thai, membangun dan memajukan, kawasan selatan thai bagi mengatasi masaalah kemiskinan, umat Islam di wilayah bergolak itu

dsan timbul berita, kerajaan malaysia akan menghantar pendakwah, berdakakwah dikawasan selatan thai untuk memberi kefahaman Islam supaya mereka hidup aman dan damai dan tidak menentang kerajaan thai yang sedia ada


soalan ketika, apakah insentif yang bakal diberikan kepada pelabur-pelabur asing yang ingin melabur di selatan thailand

katanya, kerajaan thai menyediakan banyak insentif kepada pelabur yang berminat melabur dikawasan bergolak itu termasuk penggurangan cukai,cukai korporat da banyak lagi kemudahan yang ditawarkan

malah beliau menggalu-alukan pelabur malaysia yang berminat melabur dikawasan bergolak dan bergelora itu . untuk soalan itu, setiauusaha akhbarnya, lepasan salah satu univerisi diamerika syarikat, gembira, dengan cara memberi signal, setuju apabila aku menanyakan soalan itu kepada perdana menterinya

selepas aku bersama kameraman, bergegas, pulang ke pekan rantau panjang, kerana pintu masuk, jambatan muhibbah, rantau panjang sg golok, ditutup jam 10.00 malam waktu tempatan. Kami sampai jam 9.50 malam, sempat keluar dari pekan sungai golok

mesej dan moral of the story, amerika syarikat sentiasa mengintai, mencari celah dan alasan munasabah untuk memasuki "mana-mana negara" diasia tenggara, jika mereka mempunyai "kepentingan tertentu".

jika mereka mampu, mengubah peta asia barat, mereka juga akan mampu "menggubah peta asia tenggara" jika amerika mempunyai kepentingan tertentu
dalam hubungan ini, bagaimana keadaannya, jika kerajaan thai membenarkan, US Marine, mencari dan "membakar terrorist net" di selatan Thai, apakah negara kita juga tidak terkena tempias ?

bagaimana keadaannya, jika "mereka" mengatakan "terrorist dikawasan itu" telah bolos dan dikatakan "memasuki negara kita", "apa yang akan kita katakan kepada "mereka"

untuk itu, meskipun suhu politik negara kita semakin panas , bertambah panas berikutan hawa, demam PRU ke 13, bakal menjelma tidak lama lagi,rakyat di negara kita 'tidak pernah disibukkan" dengan letupan bom, bunyi tembakan dan keadaan yang tidak selesa sebagaimana yang dialami 6 juta umat Islam di selatan Thai.

nasihat politik kepada pemimpin politik, baik kerajaan maupun pembangkang, jangan "over-played" jangan "over run" bila bermain politik, kerana gelagat, aksi anda diatas pentas politik tanah air sentiasa di beri perhatian dan diperhatikan oleh "mereka-mereka" bermata remang dan "biru" yang hanya menunggu peluang "untuk berbuat" sesuatu yang (barangkali) kita semua tidak setuju.


Sekian.titik
Jabatku

27 mei - 11 June 2011 atau 19 Nov -31 Disember tarikh PRU ke 13 ?

PRU ke 13, kali ini merupakan pilihanraya umum, yang dinanti-nanti dan ditunggu team Barisan Alternatif,B-A,alasan politik yang digembar gemburkan, "ini merupakan pilihanraya kali terakhir bagi pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, yang bernasib baik terpileh  menjadi menteri atau timbalan menteri" kerana selepas itu, "kerusi-kerusi panas" itu, akan diduduki oleh pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif,B-A, yang terdiri dari mereka yang kerap "mengkritik kerajaan" dan kali ini mereka ini diberi "amanah dan tanggungjawab penting"-memerintah negara malaysia, negara malaysia boleh, negara serba boleh

ada mengatakan, bolehkah "mereka-mereka" ini mentadbir dan mengurus negara lebih baik berbanding kerajaan B-N ?

teringat cerita lama, apabila Pas bersama s46,membentuk kerajaan, ada pendapat yang prejudis terhadap keupayaan Tuan Guru, Datok Nik Abdul Aziz, memerintah kerajaan. ada yang mengatakan pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz tidak dapat bertahan lama

"Tok guru orang politik, macam mana nak urus ekonomi negeri kelantan," ada suara liar, menyanyikan lagu UMNO, mengeluarkan pertanyaan "tajam" itu.

kerajaan negeri yang baru dibentuk ini, tidaka dapat bertahan lama,kerana akan menghadapi masalah kewangan  - tapi teryata -kecemasan-kecemasan itu tidak terjadi dan sehingga ke hari ini, kerajaan negeri pimpinan mursyidul Am,Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, masih gagah dan kuat untuk memerintah kelantan sehingga detik ini

apa tidaknya, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negara, kerajaan persekutuan, "wajib memberi peruntukan kewangan kepada setiap kerajaan negeri dibawah federation of malaysia" mengikut klausa dan peruntukan tertentu",koma dan titik,itu saja

persoalan samaada layak atau tidak, itu urusan lain, itu urusan nanti, itu urusan boleh dibereskan dengan "sekelip mata"

pilihanraya kali ini, menjadi cabaran berat,bagi setiap pucuk pimpinan parti komponen B-N. Piluhanraya kali ini,membuatka pucuk pimpinan BN berhati-hati untuk membuat keputusan. selain mempunyai "tugas berat" untuk merampas semula negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, B-N juga perlu yakin, telah dapat memberi public confident kepada penggundi,bahawa B-N kali, sudah berubah wajah, BN kali ini telah melakukan "penjenamaan semula", B-N kali ini bukan BN yang penggundi "kenal" beberapa dekad dulu

menteri-menteri kabinet hari ini, bukan terdiri dari "mereka-mereka" yang selfish, berjuang untuk menjadi menteri,jadi  menteri "guna peluang ada", "mencari kepentingan diri", titik akhir menjadi "manusia kaya secara mendadak" seperti mana yang berlaku terhadap beberapa menteri BN sebelum ini, yang nama-nama mereka tak pantas disebut disini "kerana boleh menimbulkan "aib" dan "malu" mereka, "apakah memang benar sedemikian cerita ini" atau ianya merupakan "polical assumption" yang jauh dan teramat jauh dari kebenaran

Bagaimana pula keadaan dan ceritanya, jika penggundi-penggundi PRU ke 13, "masih belum dapat menerima konsep dan penjenamaan semula B-N ini?

mereka masih "belum dapat menerima" realiti ini dan masih beranggapan, "masih ramai menteri-menteri BN" yang didakwa "tidak puteh" tapi masih menduduki barisan menteri-menteri kabinet BN atau bagaimana?

difahamkan jentera BN sudah lama bekerja keras, untuk menawan kembali negeri kedah dan selangor manakala negeri kelantan dan pulau pinang, diberi fokus kedua. menang pun tak apa, tak menang pun tak apa, kerana dua negeri ini, memang sukar untuk "dibolosi pertahanan politieknya" itu"

apakah memang "benar teori itu", rakyat masih samar dan kelabu.

pun begitu, menurut pengamat politiek veteran, berusia 75 tahun, untuk mengambil hati, penggundi saluran dua dan saluran tiga, penggundi baru, pelajar IPTA dan IPTS kerajaan "hapuskan saja" pinjaman" PPTN dan semua mereka diberikan "pendidikan percuma",diberikan biasiswa sebagaimana yang dilakukan kerajaan B-N belum lama ini

cadangan itu mustahil dilakukan kerajaan BN yang ada hari ini kerana ia membabitkan "jumlah dan peruntukan kewangan yang besar".

dalam konteks ini,aku bertemu kawan lama, berkahwin dengan meksalleh,warga negara new zealand,mempunyai permanent residence sana. Beliau hairan, jika dibandingkan dengan kerajaan new zealand, negara yang lebih ramai biri-biri dari penduduk, kerajaan disana mampu "melakukan itu semua", membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat. disana katanya, rasuah kosong, nihil dan sifar

jika dibandingkan dengan negara malaysia, kita katanya mempunyai banyak sumber hasil bumi, termasuk minyak, kelapa sawit,getah,bijih timah,emas,--tapi kita gagal melakukan seperti mana yang dilakukan kerajaan new zealand

salah pengurusan kewangan negara atau bagaimana ? sulit untuk dijawab segera

berbalik kepada tarikh pilihanraya, dua tarikh pilihanraya diatas dikatakan "masa sesuai" untuk PRU ke 13 !

apakah memangnya "benar" atau ianya cuma spekulalsi politik ? masih juga menjadi tanda tanya, yang jelas, masing-mamsing pihak, baik parti pembangkang dan kerajaan bekerja keras untuk memenangi PRU ke 13 yang ditunggu dan dinanti dengan penuh "debaran itu", anda pula bagaimana ?
Sekian.titik
jabatku