Saturday 30 December 2017

PENGALAMAN JOUNALISTIK TV3 1996-2010

SINOPSIS
MUKADIMAH

1. SULTAN MUHAMMAD KELIMA
2. TAN SERI MOHAMED YAKOB
3. PM, PAK LAH
4. PM NAJIB
5. TPM MUHYIDDIN
6. NIK AZIZ
7. KU LI
8. DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
9. BEKAS KETUA POLIS NEGARA, TAN SRI RAHIM NOOR,
10. KETUA HAKIM NEGARA, TAN SERI ARIFFIN ZAKARIA
11. DATOK APANDI ALI, HAKIM MAHKAMAH RAYUAN
12. DATOK DR AHMAD ZAHID HAMIDI
13. DATOK ANIZAM ABDUL RAHMAN
14. MB DATUK MOHAMED YAKOB
15. PROF DATUK DR HASSAN HARUN/WADI SOFIA INTERNATIONAL COLLEGE

SINOPSIS
Berbicara tentang politik di negeri Kelantan, kita sering bertanya dan tertanya-tanya apakah sememangnya ada sebuah ketulusan, kejujuran dalam diri seseorang pemimpin? baik UMNO, PAS,BERSATU dan PKR dalam menyelusuri kehidupan dan dibumi yang semakin bertuah di negeri Kelantan ini. Apakah didalam rumah kaca ini sudah wujud “ruang kosong”yang semakin kosong yang dulunya dikatakan berdebu. Pada awal tahun 90an sudah berdebu dan kini sudah berdebu semula. Suatu pertanyaan tajam yang semakin mengangga dan akan terus mengangga ?
Kejam ibu tiri tapi lebih kejam kota Jakarta. Barangkali,juga suatu pernyataan dan kenyataan untuk lebih menggebu dan menggebu-gebu akan ketidak jujuran dan kelusuhan sebuah keremangan potret diri wajah dan sebuah harga diri kota Jakarta,yang barangkali sudah tidak semakin bersahabat dengan penghuni kota.
Tiba-tiba pertanyaan mendadak timbul, kenapa, kita harus ke Jakarta,tidak ke Kota Bharu ? Belum lama ini seluruh haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin,. Penggundi Kelantan, dikejutkan dengan “berita sensasi” bahawa dibumi Kelantan ini ada “minyak”. Minyak dibumi ini, sama dengan minyak yang berada di Texas, Amerika Syarikat. Apakah memang benar tuduhan dan dakwaan yang dilontarkan itu? Masih juga menjadi tanda samaada berita itu benar atau palsu. Persoalan itu hanya dapat dijawab oleh gergasi besi iaitu kuasa menggali minyak Negara, PETRONAS.
Exco Kanan Kerajaan negeri sebelum ini Datuk Husham Musa membuat kenyataan akhbar dan disiarkan berita dalam Utusan Malaysia antara lain menyatakan di negeri ini ada “minyak” dibawah perut bumi. Namun begitu, beliau tidak menyatakan lokasi dan tempat dimana berlian hitam itu bersembunyi.
Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang kini sudah berada dialam sana pernah suatu ketika memberitahu kepada pihak media di negeri ini bahawa Husham Musa adalah seorang ilmuwan, pemikir yang kuat membaca dan akan membuat kajian dengan lebih mendalam terhadap satu-satu isu sebelum mengeluarkan kenyataan .
Menurut versi cerita, samaada dongeng atau mitos, negeri Kelantan akan muncul sebagai pengeluar minyak terbesar dirantau Asia Tenggara.  Malah pengeluaran minyak di negeri ini akan mengalahkan kuantiti pengeluaran minyak di negara Brunei.             Tempoh masa pengeluaran minyak ini selama 120 tahun dan kualitinya jauh lebih hebat dan mampu mengatasi mutu minyak keluaran negara Brunei
Jika benar kisah ini, apakah Kota Bharu yang kini dikenali sebagai bandar tidur tidak akan bertukar wajah menjadi kota kejam Jakarta yang kedua dirantau asia tenggara ini bakal di banjiri dengan manusia-manusia yang tidak siap pakai  untuk berada disebuah kota kejam atau bagaimana ?
Apapun buku catatan journalistic mengenai Seks,TV3,sastera, politik dan Kelantan  sebuah koleksi  catatan musim panas, summers jokes,serpihan-serpihan mutiara retak, pengalaman journalistik, seorang manusia yang bernama wartawan yang sentiasa cuba berada di garis besar, digaris tengah yang berada dilorong sepi dan sunyi mencari erti dari sejumlah  makna, sebuah kebenaran yang semakin carik warnanya-dijangka dapat membuka wawasan,pola dan kerangka berfikir penikmat dan pencandu sastera dan politik  tanah air-titik
Lintasan-lintasan idea, peristiwa yang terpahat dan bersarang diminda terus dimuntah dan diekpressi  diatas kertas tanpa prejudice. Paparan peristiwa dalam buku itu hanyalah sebuah teater hidup,pelakon teater,pemain politik, yang hanya menunggu saat,detik dan ketika untuk berhenti bermain teater dan pergi tanpa kata, tanpa pesan, tanpa kata  untuk bertemu dengan Yang Khalik dan Maha Esa.
Soalnya, apakah manusia politik ini sudah bersedia untuk pergi kealam sana ? Satu soalan cepumas yang hanya biasa dijawab oleh mereka yang mempunyai “kartu politik”.
Dan pada waktu itulah, barangkali pemimpin politik yang menggunakan pelbagai cara dan kaedah sewaktu hidup untuk mencari kekayaan peribadi. Pengaruh politik akan mengetahui akan essensi sebuah pengertian sebenar. Apakah itu makna politik atau barangkali sudah terlalu lambat untuk mereka mengetahui dan memahami politik dalam sepotong kehidupan dan penghidupan yang semakin kelabu kebenarannya ini.
Yang jelas apabila tiba di alam sana iaitu alam barzakh, urusan solat yang pertama akan di pertanyakan. Apakah manusia-manusia politik yang berbangsa melayu, beragama Islam, tidak kira samaada mereka itu UMNO,PAS,PKR,PAN (Amanah)dan Parti Bersatu menjaga dan memelihara solat mereka? Apakah mereka solat sebagaimana yang diajarkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w? Solat berjemaah tempat dimana azan di laungkan atau bagaimana? Suatu pertanyaan yang hanya dapat dijawab oleh manusia yang bergelar “manusia politik”.

        DATUK DR HASSAN HARUN : BEST FRIEND TUN MAHATHIR MOHAMED
Nama Datuk Dr Hassan Harun  tiba-tiba menjadi sebuah nama besar dalam dunia korporat tanah air, apabila Perdana Menteri keempat iaitu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed melantiknya sebagai CEO bagi  menerajui KUB suatu ketika dulu.
Dimanakah sebenarnya terletak kehebatan dan keistimewaan manusia yang bernama Hassan Harun sehingga mendapat kepercayaan dari Tun Dr Mahathir Mohamed? Apa yang lebih menarik ialah kesanggupan Tun Dr Mahathir sewaktu melakukan lawatan kerja ke Kelantan. Beliau bermalam di rumah Datuk Dr Hassan Harun di Wadi Sofia.
Mengimbas kembali kenangan masa lampau, Datuk Dr Hassan Harun, merupakan seorang pengasas Kolej Adabi pada awal tahun 70an dahulu. Kolej Adabi merupakan satu-satunya kolej yang diasaskan oleh “pemikir berbangsa melayu”. Kolej ini dibina untuk memberi peluang kedua kepada pelajar melayu yang gagal dalam peperiksaan SPM dan STPM. Melalui kolej ini, mereka di masukkan ke bengkel pemulihan bagi menebus kegagalan mereka suatu ketika dulu dan seterusnya dapat melayakkan diri ke institusi pengajian tinggi.
Jika dibuat kajian, sebilangan besar dari kalangan pegawai kerajaan atau yang bekerja di sektor swasta pernah memasuki Kolej Adabi sebelum ke peringkat lebih tinggi.
“Hassan, aku tidak berduit. Aku pergi ke Amerika Syarikat dengan  menaiki kapal dan berjaya membawa pulang ijazah dari Universiti California Los Angeles,” kata bekas Setiausaha Agung UMNO, Datok Senu Abdul Rahman kepada beliau pada awal tahun 60an.
Kata-kata keramat itu masih kedengaran sehingga sekarang. Menurut Hassan Harun, kata-kata itu juga membakar jiwa, memberi motivasi kepada beliau untuk bergerak lebih jauh kehadapan dan seterusnya menjadikan impiannya satu kenyataan seperti mana yang beliau capai pada masa sekarang.
Menurut beliau, perdana menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak, mempunyai pandangan jauh kehadapan. Beliau telah mengenal pasti “kader-kader” pelapis UMNO pada masa hadapan. Dan beliau antara “anak-anak muda” Kelantan termasuk Datuk Pahamin Rejab (Air Asia) yang terpilih untuk memasuki lingkaran dalam (the inner circle). Tambahan beliau, sewaktu masih belajar di Universiti Malaya, beliau sudah aktif dan cergas dalam politik UMNO Negeri Kelantan.
Sebelum berlaku peristiwa 13 Mei 1969, beliau diarahkan oleh bekas setiausaha politik negara iaituTun Abdul Razak dan Tan Seri Dollah Ahmad untuk berucap bagi menggantikan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua didalam satu majlis ceramah umum di Kuala Lumpur. Hal ini kerana “untuk menjaga imej dan air muka Tun Razak” berikutan tidak ramai hadirin yang datang berbanding dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang.
Menurutnya, himpunan yang dianjurkan oleh UMNO pada ketika itu hanya dihadiri sekitar  20,000 hadirin sahaja berbanding perhimpunan yang telah dianjurkan oleh pihak parti pembangkang.
Beliau bersama Pahamin Rejab dan beberapa pemimpin lain naik kepentas untuk berucap dan membakar emosi rakyat agar tetap setia bersama UMNO. Ini kerana UMNO adalah satu-satu parti yang pernah ada dibumi Malaya yang berjuang untuk kepentingan dan kejayaan bangsa melayu.
Sewaktu bersama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie atau yang lebih di kenali dengan nama King Ghaz (sudah berada dialam sana), beliau di ajar tentang erti dan sejumlah makna  integrity. Katanya King Ghaz, pemimpin dimana-mana organisasi sama ada baik politik dan bukan politik, harus menjaga integrity. Pemimpin yang tidak berintegriti tidak dapat pergi jauh dan tidak dapat bertahan lama.
Itulah kata-kata keramat King Ghaz yang masih segar dan tergiang-giang ditelinga beliau. Pada tahun 1977, sewaktu insiden kebangkitan rakyat menentang kerajaan Pas, beliau pada waktu itu memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO di Kota Bharu turut sama dalam pakatan untuk terlibat secara senyap menggoncang stabilitas politik negeri Kelantan sehingga wujudnya kerajaan MAGERAN di negeri Kelantan.
Selepas pemerintahan Mageran di negeri Kelantan, pilihanraya dewan undangan negeri Kelantan diadakan dan sejarah mencatatkan  kerajaan Pas, kubu kuat PAS Kelantan dan sarang tebuan PAS Kelantan tidak lagi menyegat apabila BN dengan kerjasama parti Berjasa dari pimpinan bekas Menteri Besar, Datok Mohamed Nasir (sudah pergi kealam sana, dimakamkan di perkuburan Islam,Australia) berjaya menumbangkan dan membumi hanguska pengaruh politik PAS di Kelantan. Selepas itu, bermulalah kerajaan BN pimpinan Tan Seri Mohamed Yaacob (juga sudah pun berada di alam sana).
Pada usia 32 tahun beliau bertanding di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa. Namun, nasib masih belum menyebelahi beliau dan menyebabkan beliau kalah pada calon Pas.
Pada awal tahun 1990an, BN Kelantan kehilangan kuasa politik pada PAS dan PS46, kalah semua 36 kerusi DUN yang dipertandingkan. Dari kekalahan itu,Tun Dr Mahathir Mohamed melantik Datuk Seri Annuar Musa sebagai Menteri Belia dan Sukan, dan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubugan UMNO Kelantan manakala Datuk Hassan Harun dilantik memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO bagi membantu Datuk Seri Annuar Musa memulih dan mengguatkan UMNO.
Tapi disebabkan “masalah teknikal” dan berlaku perselisihan faham dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa meletak  jawatan secara sukarela. Meskipun tidak mempunyai jawatan dalam UMNO, beliau tetap bersama UMNO. Ini kerana darah UMNO sudah sekian lama mengalir dan berdenyut dalam dirinya. Pembuluh darah menjadi lebih tulin dari makna UMNO itu sendiri.
Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa pergerakan pemuda UMNO Malaysia kini mendapat dari Pimpinan UMNO, perlu lebih aggresif dan  memberi program kaderisasi, menyusun marketing  dan strategi untuk “menjual UMNO” kepada generasi baru sebagai persediaan awal untuk PRU ke 14. Pengundi baru dijangka berjumlah 6 juta menjelang empat tahun lagi.
paling puncak dan menarik sepanjang terbabit secara total dalam bidang broadcasting ialah menjadi wartawan jaringan, broadcast journalist untuk TV3 dan berpeluang bekerja dengan krew stesyen TV Al-Jazeera yang berpengkalan di Doha,Dubai.
Namun begitu, krew Al-Jazeera yang ditugaskan membuat laporan berita ekslusif di selatan Thai didatangkan dari base Al-Jazeera yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Operasi bagi liputan ini di ketuai oleh Asean Correspondent iaitu Tony Birtly manakala jurukamera yang terlibat ialah Tom Hawkin. Disamping itu, wartawan penyiaran dan sekali gus News Caster iaitu Davia Gopalan yang berasal dari Kashmir tapi bermaustatin di Kanada. Beliau pernah berkhidmat dengan British  Broadcasting Corp(BBC) di London sebelum berkhidmat dengan Al-Jazeera dan sehingga kini sering muncul didalam slot berita Al-Jazeera.
Selain itu, aku  juga berpeluang untuk mengetuai operasi berita sebagai fixtures dan penterjemah. Pada awal tahun 2005, apabila bekas bos aku di TV 3 iaitu Jasbant Singh abang kepada Karam Singh Walia yang berkhidmat dengan agensi berita asing (Reuter), dikeluarkan dari bilik Berita TV3 kerana dikatakan menjadi tali barut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru itu, beliau banyak (barangkali) menyiarkan berita mengenai DSAI berbanding dengan Tun Mahatahir Mohamed yang pada ketika itu masih menjadi Perdana Menteri Malaysia Keempat.
Lantaran dari itu, berlaku pelbagai kejadian seperti pemecatan DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri, orang-orang kuat DSAI di TV3 termasuk Pengarah Operasi Bilik Berita(Yunus Said), Wee Your Lee,dan Jasbant Singh diarahkan keluar dari Bilik Berita TV3 kerana pihak tertentu tidak mahu unsur-unsur dan pengaruh DSAI melekat pada imej TV3.
Sedangkan pada realitinya, Pengarah Operasi Yunus Said berkata, mereka yang lain hanya bertugas dan bekerja. Cuma apa yang memedihkan terlalu banyak penyiaran berita-berita DSAI sebagai TPM. Mereka ini dengan mudah memberi alasan ini dikatakan menjadi tali barut DSAI dan mereka sepatutnya meninggalkan tempat mereka mencari rezeki .
Meskipun sudah lagi tidak berkhidmat dibawah arahan Jasbant Singh, hubungan kami sebagai kawan masih lagi akrab  dan pernah suatu ketika beliau meminta pertolongan aku untuk mendapatkan visual diNarathiwa. Permintaan itu aku tunaikan kerana beliau adalah contoh bos yang baik. Walaupun sudah tidak mempunyai kuasa dan tidak berjawatan tinggi, sikap yang perlu ada pada seorang ketua iaitu yang mengenali diri sendiri dan tidak akan memandang rendah terhadap orang bawahan menyebabkan sahabat menghormati beliau.
Berbicara mengenai pengalaman sebagai journalis bersama dengan agensi berita antarabangsa Al-Jazeera dibawah pengawasan Tony Birtly, wartawan berbangsa Inggeris yang selalu berada kawasan berlainan, zon merah, kawasan bahaya, kawasan perang memang merupakan satu pengalaman yang manis yang sukar dilupakan.
Selama 2 minggu aku bersama krew Al-Jazeera mencari gali dan membuat berita tergempar di empat kawasan di Pattani, Yala,Weang dan Narathiwas yang teletak di selatan thai. Antara berita yang dibuat dan ditemu ramah ialah membuat tinjaun dijajahan patani serta mewawancara imam muda pattani dan masyarakat setempat. Antara soalan yang dikemukakan kepada imam muda pattani di perkarangan masjid pattani selepas solat jumaat ialah apakah penduduk pattani mahukan dari kerajaan Thailand?
Antara jawapan yang diberikan oleh penduduk pattani ialah mereka mahukan kehidupan yang selesa, mahukan kedamaian dan keamanan. Tambahan lagi, mereka juga mahukan kehidupan aman dan tenteram tanpa ada sebarang keganasan berlaku.
“Merka mahukan kehidupan yang harmoni tanpa ada pembunuhan’’kata aku kepada Tony Birtly sebaik sahaja selesai imam muda bercakap.
Selain itu, krew Al-Jazeera juga mewawancara isteri tentera Thai dan isteri penduduk kampung yang telah kematian suami.
Krew tv Al-Jazeera juga membuat liputan berita yang memaparkan tentera thai beramah mesra dengan penduduk kampung dan mengajar mereka membuat minyak urut dari bahan dan herba tempatan tradisional.
Pada sebelah malam diwaktu maghrib di sebuah  hotel, Tony Birtly dan Tom Hawkin berehat dalam kamar hotel sambil minum bir.
“Nik, do you take beer” tanya Tony pada saya.
“No, I don’t take beer, I am a muslim, liberal muslim” kata aku padanya.
“Do you married,” tanya lagi.
“Yes, I am married with seven kids,” kata ku lagi.
“Ok, lets go for dinner” kata tony dan kami semua turun ke lobby hotel dan memesan makanan di restoren bersebelahan dengan hotel.
Setelah selesai 2 minggu bersama krew Al-Jazeera aku dibayar USD110 untuk satu hari manakala Wan Denial  yang kini wakil tv3 di selatan thai, dibayar USD100 untuk satu hari.

SULTAN MUHAMMAD KELIMA

Pertama kali aku menemuramah Sultan Muhammad kelima ketika berlangsung kejohanan kereta go cart di Litar, Gunung, Bachok. Ketika itu baginda berstatus Tengku Mahkota Kelantan. Pada mulanya, aku teragak-teragak dan susah untuk membuat keputusan, samaada untuk menemuramah baginda atau tidak kerana takut melanggar protokol dan adat istiadat Istana Kelantan.
Tapi berdasarkan pengalaman dan sumber yang aku dapat dari pegawai kerajaan negeri, baginda seorang Tengku Mahkota yang mudah untuk didekati, tidak cerewet and tidak terlalu protocol berbanding dengan ayahanda baginda
Sepanjang pengalaman dan ingatan aku semasa bekerja sebagai wartawan jaringan, wartawan penyiaran dan journalist TV3 sejak tahun 1996 tidak seorang pun wartawan di negeri Kelantan yang berkesempatan untuk menemuramah baginda.
Lalu aku berdialog dengan diri sendiri, kenapa aku tidak mencipta sejarah dan ini merupakan kesempatan terbaik untuk melakukan kerja besar, berat dan penuh berisiko itu.
Pada waktu itu awan hitam sudah menampakkan dirinya dan hari sudah semakin gelap, aku melihat jam tangan,waktu sekitar pukul 6.30 petang. Baginda pada waktu berada ditepi padang, bersama sepupunya, Tengku Ibrahim Tengku Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan KuYim. Baginda berdiri, melihat perlumbaan gold cart, aku lantas memberitahu jurukamera aku, Nik Zaidni Nik Abu Bakar untuk bersedia, bergerak dan menemuramah Tengku Mahkota Kelantan. Apabila sampai, aku memaklumkan kepada Ku Yim dan beliau lantas memaklumkan kepada Tengku Mahkota Kelantan. Baginda bersetuju lalu cepat-cepat aku mengajukan mikrofon mike-flag TV3. Baginda dengan serius memberi respon terhadap pertanyaan yang aku lontarkan. Baginda berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh peserta kejohanan go cart yang diadakan pada hari itu.
Dan berdasarkan sambutan yang diberikan, baginda berharap agar pada masa hadapan lebih ramai lagi peserta go cart menyertai kejohanan go cart yang diadakan di litar go cart,di Gunung Bachok.
Kali kedua aku menemuramah baginda, ketika sidang media di Hotel Grand River View. Kali ini mengenai kejohanan go cart pada tahun seterusnya. Selepas baginda selesai membuat sidang media mengenai kejohanan go cart dan menyatakan bentuk hadiah yang bakal diterima oleh peserta, aku lantas menuju kearah mikrofon yang disediakan untukpihak wartawan. Aku sengaja mengalih perhatian dengan bertanyakan soalan mengenai pembangunan bola sepak Kelantan dan peranan KAFA dalam pembangunan bola sepak dinegeri ini.
Soalan ini sengaja aku cipta memandang di negeri-negeri lain Tengku Mahkota sanggup turun padang seperti Tengku Abdullah dari Pahang yang terlibat secara aktif dalam Persatuan Bola Sepak Pahang.
“Dear highness, if you were given a chance to lead KAFA in order to upgrade the development of soccer in the states of Kelantan, would you accept  it?. Itu antara soalan yang aku kemukakan.
Baginda memberi perhatian serius terhadap soalan yang aku kemukakan. Selepas itu baginda berpaling kepada kawan disebelahnya lantas menggeleng kepala dan berkata “no” sambil ketawa kecil dan diikuti dengan gelak kecil dari VIP yang berada dibarisan depan bersama baginda.
Pengalaman berikutnya aku bersama jurukamera, Mohd Zaki Mahmood, kini  wakil untuk TV9, meminta komen baginda mengenai mutu permainan bola sepak di negeri ini
Ketika itu baginda baru selesai menyaksikan pertandingan bola sepak di Stadium Sultan Muhammad Keempat, selesai pertandingan baginda yang berada di grand stand,terus menuruni tangga dilaluan masuk ke grandstand, disebabkan baginda bergerak terlalu cepat, aku dan jurukamera tertinggal ke belakang.
Apabila sampai ditingkat bawah, baginda yang sedang berjalan menuju kearah kereta yang diletakkan di tempat kereta dibawah stadium. Aku pada waktu itu, masih berada diatas tangga tingkat satu. Dalam hati berkata aku harus berbuat sesuatu jika tidak aku akan ketinggalan dan tidak sempat mewawancara baginda.
Aku terus memberanikan diri dan memanggil baginda. Baginda terdengar suara aku terus berpaling kearah belakang dan melihat aku memegang mikrofon berserta jurukamera yang dah bersedia untuk merakam visual baginda. Aku bergerak pantas menuruni anak tangga dan dalam beberapa saat aku sudah berada di depan baginda terus mengajukan mikrofon dan mengemukakan soalan kepada baginda.
Cuma apa yang aku dengar, sebaik sahaja berada di hadapan baginda terkeluar dari mulut baginda ‘TV3 pulak doh”. Aku kemudiannya menjelaskan tujuan sebenar aku ingin mewawancara baginda dan hasil temuramah ini akan  disiarkan dalam slot Berita Sukan TV 3 Dimana bosnya adalah Abu Bakar Atan dan kini masih memegang jawatan Head of Sport Desk TV3 sehingga kini.
Setelah selesai menemuramah aku menggucapkan terima kasih kepada baginda dan baginda meneruskan pejalanan menuju ke kereta baginda. Dalam beberapa minit selepas itu, aku dihampiri oleh pengawai Istana En Halim atau kini dikenali Datok Halim meminta no telefon aku, kemudiannya aku menulis diatas buku nota,  kemudian mengoyakkannya dan memberikan kertas itu kepada beliau.
Beliau kemudian mengucapkan terima kasih dan kami bersalaman. Beliau terus menuju ke parking lot,tempat beliau memakir keretanya Pengalaman seterusnya, apabila aku membuat liputan terhadap lawatan Baginda menyusur sungai Kelantan di Kuala Krai.
Baginda bersama rombongan menaiki bot di Tangga Krai, dan diiiringi de Pengerusi KESEDAR dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dabong. Baginda menaiki bot, menuju ke Kampung Mahligai dan melepaskan “benih anak ikan” yang dibekalkan oleh Jabatan Perikanan Kelantan di sebuah pengkalan di kampung tersebut. Selepas itu meneruskan ekspedisi kep engkalan hadapan berikutnya.
Rakaman baginda melepaskan anak ikan itu dirakam oleh jurukamera aku sebagai back up visual untk disiarkan dalam racangan berita pada sebelah malam itu.
Motor bot yang aku naiki mengikuti rombongan motor bot baginda dari belakang dan apabila sampai di pengkalan seterusnya sudah tersedia sebuah kereta yang akan membawa baginda untuk pergi ke destinasi seterusnya.
Apabila sampai dipengkalan aku dan jurukamera tertinggal dibelakang kerana baginda berjalan terlalu cepat. Apabila aku sampai kedarat baginda sudah berada didalam kereta dan bersedia untuk memandu kereta.
Lantas aku menghampiri kereta baginda ketika itu baginda sudah mula menghidupkan enjin kereta. Aku memberitahu Cikgu Najib Badaruddin iaitu pegawai media istana(kini sudah berada dialam sana) mengenai rancangan aku untuk mewawancara baginda . Selepas membuka pintu kereta, Najib mengangkat sembah dan memaklumkan hasrat aku untuk menemuramah baginda.
Baginda bertitah kepada Najib he was very rushing lalu aku lantas berkata, “come on,it’s only take a few minutes,”.
Baginda lantas mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta berkenaan. Aku kemudiannya bergerak kehadapan dan menyatakan hasrat aku untuk meminta komen baginda mengenai mutu air sungai Kelantan. Apakah sepanjang perjalanan menyusur sungai Kelantan baginda mendapati adanya pencemaran air sungai?
Baginda bersetuju untuk memberi respon terhadap pertanyaan aku. Ketika beliau bersedia untuk diwawancara aku meminta jasa baik baginda untuk bergerak kearah sungai kerana aku mahukan latar belakang sungai sebagai “back up visual” untuk cerita aku nanti dan beliau bersetuju dengan cadangan aku.
Apabila lensa kamera sudah sedia dan aku mengajukan mikrofon with the mike-flag TV3  kepada baginda dan mulai bertanya soalan kepada baginda.Baginda dengan tenang dan bersahaja mulai berbicara “air sungai Kelantan bersih, berbanding dengan air sungai lain, tidak berlaku pencemaran air sungai” kata baginda. Aku kemudian mengucapkan terima kasih dan bersalam dengan baginda. Aku menggucapkan terima kasih kepada baginda,bagi pihak TV3  kerana baginda sudi meluangkan masa untuk diwawancara dan baginda menganggukkan kepala dan terus beredar.
Hasil komen baginda itu,aku   hantar ke Bilik Berita dan pada malam itu, dalam rancangan berita Buletin Utama terpapar visual baginda memberi komen terhadap air sungai Kelantan yang masih bersih.
Kali terakhir aku  berkesempatan untuk menemuramah TMK Kelantan ketika membuat liputan lawatan baginda ke Gua Musang. Pada hari jumaat di perkarangan masjid Gua Musang, TMK dijangka akan menyembelih dua ekor lembu dan dagingnya akan dibahagikan kepada orang-orang miskin yang berhampiran.
Aku dan krew sampai masjid kira-kira jam 9 pagi dan segala persiapan untuk acara penyembelihan itu sudah disiapkan.
Apabila lembu yang akan disembelihkan sudah direbahkan oleh beberapa AJK masjid, baginda sambil memegang pisau belati yang cukup tajam melakukan acara penyembelihan. Setelah baginda duduk dan meletakan pisau dileher lembu dan mengucapkan bismillahirahmanirahim, baginda terus melakukan acara penyembelihan. Jurukamera pada waktu itu sedang merakam aksi itu, tiba-tiba aku terdengar perkataan “tali” meloncat keluar dari mulut baginda dan baginda tetap meneruskan acara penyembelihan sehingga selesai.
Darah meluncur laju keluar dari leher lembu yang disembelih tadi. Setelah selesai, semua pekerja melepaskan pegangan dibahagian kaki dan badan lembu dan selang beberapa saat selepas itu, lembu berkenaan bangkit dan berdiri dengan keadaan darah mengalir di leher.
Baginda pada waktu itu, berdiri tegak dihadapan lembu dengan jarak lebih kurang 3 meter.  Aku pada waktu itu memberi arahan kepada jurukamera aku (Muhafandi) yang  kini menjadi wakil Astro di negeri ini agar merakam detik-detik cemas itu.
Aku menjangkakan jika lembu itu melangkah kehadapan dan menyondol TMK ia akan menjadi berita besar dan tergempar dalam Buletin Utama namun tetapi keadaan berlaku sebaliknya. Aku melihat TMK yang memegang pisau memandang tepat kearah mata lembu dan selang kira-kira 15 saat lembu itu jatuh terkulai dibumi.
Dan bagi acara sembelihan seterusnya, baginda yang memang pakar dan mahir dalam bidang itu melakukan tugas dengan baik. Lembu yang disembelih tidak bangun dan memudahkkan kerja-kerja pemotongan daging.
Berdasarkan siasatan yang dilakukan, lembu pertama yang bangun kembali itu kerana pihak yang seharusnya membuang tali yang berada dileher lembu berkenaan tidak membuang dan apabila baginda menghiris leher lembu menyebabkan pisau terkena tali tersebut dan menyebabkan lembu itu mengambil masa yang agak lama untuk mati.
Selepas acara itu, baginda duduk semula dikerusi dan aku melihat wakil penduduk kampung sambil duduk menghadap baginda  menyerahkan memorandum mengenai masalah tanah milik mereka yang mereka dakwa diceroboh oleh pihak tertentu.
Selepas menerima aduan dan memorandum itu, baginda mulai bangun dari kerusi dan berjalan diatas permaidani kuning menuju kearah kereta yang berada diluar kawasan masjid
Aku sebelum itu telah memberi arahan kepada jurukamera aku agar bersiap sedia dibahagian jalan menuju kearah kereta yang sedang menunggu untuk membawa baginda pergi.
Setelah wayar mikrofon sudah dipasang di kamera dan baginda memulakan langkah untuk menuju kearah kereta aku terus masuk dan menghulurkan mikrofon,Mike-flag TV3  dan  mengajukan soalan kepada baginda. Apakah tindakan yang bakal dilakukan terhadap aduan dan memorandum penduduk kampung itu?
Baginda sempat  berkata, “Kita kira semula,” dan aku memberi laluan kepada baginda untuk meneruskan perjalanan menuju kearah kereta. Dan hasil komen beliau itu, tersiar dalam Buletin Utama TV3 pada malam itu juga.
Aku difahamkan setelah berita itu disiarkan, beberapa pegawai kerajaan negeri telah diambil tindakan. Mereka dimasukan ke bilik beku (bilik peti sejuk) dan tidak diberi sebarang tugas. Hnya ada meja dan kerusi dalam bilik tersebut. Lalu satu pertanyaan timbul, dimanakah silap dan siapakah yang wajar dikambing hitamkan atau di persalahkan dalam kes ini menjadi gua hitam yang penuh dengan misteri.

PERDANA MENTERI KEENAM ,DATUK SERI MOHD NAJIB RAZAK

Pengalaman aku sebagai wartawan membuat liputan berita Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak datang ke Kelantan sudah menjadi amalan biasa dan bukan suatu pekerjaan yang meletihkan dan melelahkan, Cuma jika program lawatan  itu berlarutan kemalam ianya agak meletihkan dan melesukan kerana terpaksa membuat banyak kerja termasuk menulis dan menaip  skrip berita kerana ada garisan masa yang perlu ditepati
Namun begitu, disebabkan sudah hampir 17 tahun terbabit dalam bidang penyiaran dan membuat liputan berita sesiapa saja pun pasti menjadi perkara biasa dan tidak menimbulkan apa-apa masalah. No problem kata kita dan juga kata orang putih.
Apa yang akan aku   paparkan disini dapat dijadikan teladan dan pengajaran kepada wartawan jaringan pinjam istilah dari  Indonesia manakala di Malaysia disebut wartawan penyiaran dan Bahasa Inggeris pula di sebut Broadcast Journalist yang bekerja dengan mana-mana televisyen samaada di swasta mahupun di kerajaan.
Peristiwa manis ini berlaku ketika aku bersama jurukamera TV3( Zaki Mahmood) yang kini wakil TV9 di Kelantan membuat liputan ketika Datuk Seri Mohd Najib Razak datang ke UMNO Bahagian Jeli. Pada waktu itu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Seperti biasa, selepas merasmikan majlis mesyuarat UMNO Bahagian Jeli beliau akan mengadakan sidang media dengan wartawan yang hadir.
Selepas mengambil tempat duduk dan pihak media sudah meletakan tape recorder masing-masing diatas meja, wartawan jaringan selesai meletakan mikrofon dan jurukamera sudah bersedia untuk membuat rakaman, beliau mula memaklumkan apa yang ingin beliau maklumkan mengenai majlis itu. Selepas itu wartawan akan mengemukakan soalan berkisarkan kepada isu-isu semasa dan isu-isu politik yang berkaitan dengan keadaan semasa.
Sebaik sahaja selesai sidang media, pihak media akan mengambil peralatan termasuk tape recorder dan mikrofon. Jurukamera akan meletakkan camera dan mengambil tripod sebelum membuat persedian untuk berangkat pulang ke pejabat atau melakukan liputan seterusnya.
Dan pada waktu itu, aku melihat Datuk Seri Mohd Najib Razak menuju kedewan sebelah untuk majlis minum tea. Aku didatangi jurukamera aku (Mohd Zaki) mengadu bahawa ada masalah kamera yang dibawanya.
Aku bertanya “what’s the problem” ?. Dia memberitahu semasa rakaman video berlaku, audio tak ada masalah dan semua berjalan lancar tetapi apabila tape itu dimainkan semula, visual Datok Seri Mohd Najib Razak wujud namun audio (suara) tidak ada. Setelah melakukan penyemakan berkali-kali, beliau pasti visual ada tapi audio(suara tak ada).
Aku berdialog dengan diri sendiri, “macam mana aku nak hantar cerita ke Bilik Berita di Sri Pentas”. Bilik Berita pasti bengang dan akan marah kerana aku tahu, bos di bilik berita mahukan berita bukannya mendengar masalah yang dihadapi pihak jurukamera.
Jika aku memaklumkan masalah itu, sudah tentu bos dibilik berita akan membuat pertanyaan kenapa aku tidak menyuruh jurukamera yang aku bawa itu membuat “audio checking” sebelum pergi ke suatu tempat untuk membuat rakaman, tambah-tambah lagi tugasan itu membuat liputan berita menteri
Walaubagaimanapun aku teringat kata-kata seorang penggembara dari Australia yang menumpang menginap dirumah aku di rantau panjang 30 tahun lalu.Beliau tidak dapat melintas sempadan kerana Kompleks Imigresen di tutup pada jam enam petang. Dia berkata “when you have problem, get closed to God and God will kill your problem”.
Sebaik sahaja teringat kata-kata itu, aku terus ke bilik dimana Datok Seri Mohd Najib dijangka akan minum dan pada waktu beliau baru saja ingin mengambil tempat duduk apa menganehkan beliau keseorangan dan tidak ada pemimpin-pemimpin UMNO lain yang berada bersama beliau.
Aku terus menuju kearah beliau dan beliau sedar akan kedatangan aku. Ketika itu aku memakai vest tv3 dan terpapar kad tv3 sambil memegang mikrofon erus memaklumkan kepada beliau  mengenai masalah teknikal kamera. Aku memaklumkan kepadanya bahawa masalah yang kami hadapi sebentar tadi dan meminta jasa baik beliau untuk membuat sidang akhbar sekali lagi khusus untuk TV3. Masih lagi tergiang-giang teringat beliau berkata,”Boleh tak saya cakap sama dengan apa yang saya cakapkan pada sidang media tadi,” katanya.
Aku menjawab “tak apa, what ever you said is a news”. Beliau terus memberi persetujuan lalu dengan segera aku meletakan mikrofon tv3 diatas meja dan jurukamera meletakkan kamera diatas tripod. Apabila jurukamera aku memberi tanda semua sudah bersiap sedia, aku memberi isyarat kepada Datuk Seri Mohd Najib untuk terus bercakap.
Setelah bercakap hampir 4 atau 5 minit dan sidang media untuk tv3 selesai, aku terus bergerak kehadapan mengucapkan terima kasih, bersalaman dengan beliau dan terus beredar dari dewan itu
Aku sebagai ketua operasi berita pada hari itu tidak memaklumkan masalah itu kepada bilik berita dan sampai ke hari ini. Persitiwa itu masih menjadi rahsia.Pada malam itu, Buletin Utama menyiarkan berita hasil menemuramah tanpa menyedari yang ada cuma mikrofon tv3.
Dan aku kurang tahu sama ada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Mohd Najib Razak masih mengingati peristiwa biasa itu tapi bagi aku sebagai “orang media” menganggap itu satu kenangan manis yang tidak dapat aku lupakan sepanjang menjadi orang media dibumi bertuah ini. Satu malaysia yang didakwa pihak pembangkang bukan satu Malaysia, cuma apa yang aku ingin katakan pada pihak pembangkang konsep 1 malaysia sudah lama diamalkan sejak Negara kita mencapai kemerdekaan dari British, dimana semua kaum hidup dalam keadaan aman dan damai Cuma sekarang konsep itu dieksistansikan semula dan dibangkitkan semula  oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan istilah konsep 1 Malaysia. Dimana menerusi konsep itu, seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa diberikan layanan yang  sama rata, sama rasa, sama kita. Kami berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Apa yang meyedihkan, ada dikalangan pemimpin berbangsa melayu, bekas menteri kabinet kerajaan Barisan Nasional(BN) kini jadi “ketua pembangkang” menaburkan benih-benih kebencian dikalangan masyarakat melayu dan bukan melayu kepada kerajaan Barisan Nasional, UMNO khususnya secara disedari atau tidak cuba memainkan api perkauman dan dengan lain perkataan beliau inginkan peristiwa pedih 13 Mei berulang untuk kesekian kali atau bagaimana ?
Perlu dinyatakan,menurut pengamal politik muslim Thai dari Negara jiran, enggan namanya disiarkan, PM yang keenam ini seorang yang soft-spoken, mild person dan dikatakan banyak berlunak,lemah lembut,bertoleransi dan banyak bersabar dengan kaum-kaum lain tapi perlu diingat, sebagai manusia yang bernama Najib ini juga mempunyai perasaan, emosi dan jangan biarkan tahap kesabaran beliau melepasi garis kerana “he is the man with principle  and would take stern action” bila keadaan memerlukan tetapi kenyataannya beliau seorang alcoholic kerja,ikhlas, jujur dan benar-benar berjuang untuk menaikkan taraf hidup, kualiti hidup rakyat 1malaysia setaraf,berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan warga eropah, yang sudah lama menikmati erti status Negara maju.
Cuma kritikan tulus, yang dikutip dari pemimpin akar umbi dari parti disebelah sana,yang kononnya memperjuangkan Islam, PM kita yang satu ini,dari perspektif Islam dakwanya banyak berjasa membangunkan syiar Islam dinegara ini. Cuma maaf cakap katanya, dari segi “ibadah khususiah”, ibadah khusus,sebagai bekalan untuk hari esok, di alam seberang sana, barangkali tidak cukup banyak kerana pengurusan masa PM untuk aktiviti itu dakwanya masih berada ditahap “minimal”, hanya dengan melakukan solat lima kali sehari, tanpa aktiviti zikir dan baca al-quran masih belum cukup untuk memasuki firdaus kerana pemeriksaan akaun pemeriksaan yang diberi priority,pemeriksaan utama ialah solat.
Apabila urusan solat beres,selesai dan memuaskan barulah “pemeriksaan ibadah-ibadah lain” akan diambil kira, persoalannya apakah PM 1Malaysia sudah melepasi tahap itu? katanya, masih menjadi tanda tanya. Yang jelas katanya,PM 1 malaysia akan dikafankan dan dimasukkan kedalam kubur, sama dengan manusia-manusia Islam yang lain, apabila sampai masa untuk “mati”, untuk berangkat kealam sana beliau harus pergi. Dan ketika itu “tidak ada apa lagi”yang PM 1 Malaysia ini miliki pada hari ini, tidak ada lagi pengawal ,tidak ada orang ramai, tidak ada lagi jurukamera, jurugambar dan pihak media yang sentiasa menanti benda-benda baru nak diumumkan setiap kali sidang media diadakan.
Sejauh mana benar teguran itu, kita semua kurang jelas dan samar kerana “masalah ibadah khususiah itu urusan pribadi. Kita tidak mengetahui ketika semua manusia dibuai mimpi,indah atau tidak itu urusan nanti.Mungkin PM kita bangun senyap-senyap,diam-diam,pada waktu malam hening, melakukan solat tahajud, memanjatkan kesyukuran, memohon keamanan,keselamatan dan kesejahteraan seluruh rakyat seramai 30 jutadibumi Malaysia.
 Yang jelas, kita sebagai umat Islam,perlu menjenguk kedalam diri sendiri. Melihat Kristal diri,apakah kita sebagai sebagai umat Islam yang hidup dalam keadaan aman dan damai, berbanding dengan negara-negara Islam yang lain yang sudah menjadi “manusia beriman dan bertawakal” dan sudah bersiap sedia untuk berangkat kealam baru dan sempat mengucap kalimah syahadah dan apabila waktu menempuh proses estatika kehidupan kematian menjelang tiba, hanya kita yang bisa menjawabnya.
Sebelum bab ini,ditutup aku kutip satu quotation  dari mat salleh “tell me who is your friend and I will tell you,who you are”.

WAWANCARA EKSLUSIF DENGAN MANOHARA : DON’T YOU EVER,EVER TOUCH ME
Aku berpeluang mewawancara Manohara,isteri kepada Tengku Temenggong, ketika beliau membuat demonstrasi membuat pan cake di Gelanggang KesSEni, Jalan Mahmood anjuran Persatuan Wanita Majlis Perbandaran Kota Bharu.
Yamg di Pertua MPKB,pada waktu itu Datok Fauzi,yang kini menjawat jawatan State Secretary Kerajaan Kelantan
Sebelum itu,aku menerima panggilan talefon dari Wan Sab (Produser TV9) atau  nama sebenar Wan Sabariah Sheikh Ali yang memaklumkan akan menghantar wartawan penyiaran TV9 untuk mewawancara Manohara dan meminta aku bersiap sedia menyediakan jurukamera untuk merakam acara interview itu.
Aku kemudiannya mencadangkan kepada beliau agar tidak perlu bersusah payah untuk menghantar wartawan dari Kuala Lumpur bagi menjimatkan bajet kerana aku sebagai wartawan senior mampu melakukan kerja itu“Ye ke, boleh awak buat? ” tanyanya lalu aku menjawab “ini adalah kerja yang sangat mudah dan aku menyuruh beliau menghantar soalan. Beliau berjanji akan faks soalan tersebut.
Setelah membaca soalan itu, aku menghubungi rakan yang ketika itu bekerja di Muzium Negeri iaitu Tengku Azman (kini sudah menjadi almarhum) dan beliau memaklumkan kepadaaku , soalan itu perlu dihantar ke istana negeri sebelum penggambaran dilakukan.
Antara soalan itu, apakah pandangan Manohara terhadap masyarakat wanita di negeri ini dan apakah beliau dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat wanita dinegeri dan soalan paling akhir adalah apakah makanan kegemaran beliau.
Keesokan harinya aku berjumpa dengan Tengku Azman dan aku dimaklumkan bahawa pihak istana telah meneliti soalan-soalan yang bakal dikemukan. Namun begitu, hanya satu soalan sahaja yang dibenarkan untuk ditanya kepada Manohara iaitu apakah makanan kegemaran beliau.
Aku berkata tidak ada masalah dan bersetuju denga terma dan syarat yang diberikan oleh pihak istana.
Setelah mendapat tarikh dan tempat penggambaran aku memaklumkan kepada jurukamera tentang kerja mustahak itu kepadanya.
Pada hari yang ditetapkan, Monahara akan membuat demonstrasi membuat kek kepada isteri kakitangan Majlis Perbandaran Kota Bharu di Pusat Kegiatan Seni,Dewan Gelanggang Seni.Ketika VIP dan pegawai tinggi kerajaan negeri duduk dibarisan hadapan termasuk beberapa pegawai jajahan, aku duduk satu meja dengan bekas pengurus Pusat Penerangan Pelancongan, (TIC) iaitu En Fauzi Mamat yang kini bergelar Datuk dan memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Aku mengenali beliau pada tahun 1989 ketika berkhidmat dengan akhbar Berita Harian di Kota Bharu dan beliau pada ketika itu sudah menjadi Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan.
Aku berbisik kepada beliau, “kek yang dibuat oleh Manohara sepatutnya diedar dan diagih-agihkan kepada kita”. Beliau hanya tersenyum dan ketawa kecil tanda bersetuju dengan pandangan itu.
Setelah 30 minit berlalu, kerja-kerja membuat kek itu pun selesai. Jurukamera aku= sudah bersiap sedia dan aku terus bangun dari tempat duduk, sambil memegang mikrofon TV9 masuk kehadapan dan menuju kearah Manohara.
Aku sudah dimaklumkan Manohara sudah pun diberi taklimat dan beliau cuma perlu menjawab apa yang akan aku kemukakan pada sesi temubual nanti.
Aku pada mulanya ingin “ngomong Indonesia” memandangkan Manohara datang dari Indonesia tetapi keadaan berlaku sebaliknya, beliau lebih senang berbicara dalam Bahasa Inggeris dan aku mengemukakan pertanyaan dalam bahasa Inggeris.
Beliau menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan tenang. Hasil wawacara ini dimuat dalam rancangan Kopi O TV9 dan TV3 menerusi program WANITA HARI INI.
Selepas itu aku bertemu dengan Tengku Azman dan beliau memberitahu pihak Istana Kelantan amat gembira dengan penyiaran berita itu dan mengucapkan terima kasih kepada TV3 dan TV9.
Aku dimaklumkan oelh pihak istana tidak marah aku melanggar terma perjanjian yang membenarkan aku menanyakan hanya satu soalan dan bukannya tiga soalan sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini.
Berdasarkan maklumat balas dari pihak istana, aku merupakan satu-satunya wartawan jaringan, wartawan penyiaran dari stesen TV dan  media cetak di negara ini yang diberi penghormatan untuk mewawancara Manohara dan adegan ini sampai kedetik ini masih boleh ditonton di youtube.
Selang beberapa hari selepas Manohara diwawancara menerusi media cetak, aku mendapat tahu beliau meninggalkan “istana Kelantan” dan bade good bye untuk selama-lamanya dan terbang semula ke kota kejam Jakarta,Indonesia

No comments:

Post a Comment