Thursday 28 December 2017

PRU 14 : KEMENANGAN MASIH DITANGAN BARISAN NASIONAL ?



Barangkali tidak sedikit dikalangan penikmat dan pencandu sastera-politik,geo-politik dan bapak menteri politik,politikus, penyair,sasterawan, professor dan golongan proffesional dinegara kita hari ini ternanti, dan tertunggu, bilakah orang no satu negara, datok seri mohd najib razak,perdana menteri, akan membubarkan dewan negara dan mengumumkan tarikh pilihanraya umum ke 14

malah tidak sedikit khususnya penyokong parti pembangkang dan pemimpin parti pembangkang meramalkan pilihanraya kali ini  kali ke 14 ini, this is the end of Barisan Nasional, B-N, piliharaya kali ini, menurut mereka, BN akan menemukan batu nisan : berkubur dan terkuburnya BN dan pemerintahan negara akan diambil alih oleh pemimpin yang bukan dari parti komponen Barisan Nasional,B-N

APAKAH benar, mitos, dongeng dan "mimpi ngeri"pihak pembangkang itu? untuk lebih menjernihkan suasana, kita perlu menoleh ke belakang, melihat sejarah, dalam PRU 13, pembangkang melaungkan slogan,  berteriak, this time the end of BN tapi nasib tetap bersuara lain, keputusannya dari 222 kerusi parlimen di pertandingkan pihak pembangkang cuma mampu menang 90 kerusi manakaka BN menang 132 kerusi Parlimen

lalu dimanakah "letaknya kekuatan" pembangkang pada waktu itu ? Nah, dipojok ini, kita perlu melihat dan berfikir secara rasional dan matang,dalam PRU 14 nanti, pembangkang akan bertanding dengan kekuatan yang semakin lemah berbanding dengan PRU ke 13

Kali ini pihak pembangkang hanya mempnyai 64 kerusi parlimen, DAP (36) Parti Keadilan (28) manakala 21 kerusi Parlimen PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang

lalu dengan rasional ini, dengan hanya mempunyai 64 kerusi di parlimen, berbanding 222 kerusi parlimen yang ada, jelas melihatkan kepada kita "pihak pembangkang", jauh berada dibelakang BN dan menemukan perjalanan sulit untuk menewas dan "membumi hanguskan" kerajaan B-N

Jika pun isu 1MDBdikatakan  akan menjadi faktur utama kejatuhan kerajaan B-N, ini bermakna pihak pembangkang,selain mempunyai 64 kerusi parlimen yang sedia ada, mereka perlu menambah kerusi dan menang 64 lagi kerusi parlimen, menjadikan kerusi parlimen milik pembangkang 128 kerusi

secara faktanya, pembangkang cuma perlu menang 112 kerusi parlimen dan pemerintahan negara akan bertukar tangan,menjadi milik pembangkang

semudah dan segampang itukah akan berlaku peralihan kuasa politik diperingkat pemerintahan negara ?

Untuk menambah kerusi parlimen milik pembangkang bertambah ke 100 peratus,dlm PRU 14 suatu mimpi ngeri,suatu dongengan yang sulit untuk dilakukan


melihat kepada senario politik ini, anggapan yang mengatakan Najib Razak pada detik ini takut untuk mengadakan PRU ke 14 merupakan suatu anggapan yang keliru, suatu anggapan yang salah

Menangguh, melewat dan sengaja memperlambatkan mengumumkan tarikh PRU ke 14,menurut pengamat politik antarabangsa, sebenarnya "suatu strategi politik matang", milik Datok Seri Mohd Najib Razak dan pembantunyaDatuk Dr Zahid Hamidi untuk "melemah, meletih dan mengkecundangkan pemimpin parti pembangkang"

Disebabkan hidup ini indah, kata penyair terkemuka Indonesia, Sapardji Djoko Damono, "aku menangi sepuas-puasnya,"---"disebabkan politik malaysia ini, indah aku tersenyum, sesenyumnya,"
kata seekor nyamuk yang mengempas dirinya secara tidak sengaja,----sesungguhnya antara sengaja dan tidak sengaja tidak ada batasnya-, pada kristal kaca jendela "mata kita", sekian, Jabatku, titik.



No comments:

Post a Comment