Saturday 30 December 2017

SEKS,POLITIEK DAN SASTERA : MIMPI BARBITURATE



Mukadimah : cerpen yang bakal anda baca,sebentar lagi, adalah sebuah cerpen,aliran absurdisme,yang dinegara kita,dunia sastera negara kita, sasterawan kita tidak dapat menerima 'Kegilaan imajinasi liar,kreativiti seseorang yang menganut aliran dan fahaman falsafah 'ABSURDISME'. KEADAAN seperti ini berlaku kerana ada pengarang, Donarto dari Indonesia, menerusi cerpen,AdamMakrifat, melahir, melukis dan mewarnakan watak Malikulmaut dalam cerpennya itu. keadaan ini yang jelasnya menurut perspektif Islam "sama sekali melanggar syariat Islam" dan jika perkembangan sastera seperti ini dibiarkan suatu masa nanti, akan ada seorang pengarang,yang tahap kegilaan kreativitasnya terlalu tinggi dan  menghasilkan "watak allah", lewat cerpen cerpen mereka.

apapun bagi penyair dari Riau,Dasri, yang ditemui di taman Ismail Marzuki, Jakarta, sewaktu Forum Penyair Muda Indonesia 1988, berpendapat aliran absurdisme, bisa saja dibiarkan masuk dalam sastera masyarakat lokal.

Menurutnya, saat manusia Islam yang telah menolak agama, melanggar syariat Islam tiba tiba muncul seorang pengarang aliran absurdisme, menggunakan pendekatan seperti itu, menghasilkan karya yang mempunyai nilai-nilai edukatif, untuk mengajak dan mengheret manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar, karya seperti itu sihat dan patut diterima oleh masyarakat Islam----bersanbung----


note ; CERPEN ini aku garap,dan jadikan "manusia politik sebagai watak dalam cerpen ini, aku secara psikologis telah "MEMPOLITIK -SASTERA" manusia politik, lewat karya sastera'
HARAP MAKLUM

judul cerpen : gurauan musim panas

bab 1

Tokoh kita pada hariitu ,seperti biasa, bangun seawal pagi setelah mendengar azan subuh yang dilaungkan mohd fuad,tok siak, masjid berhampiran.setelah selesai membersihkan diri, mengambil wuduk, keluar dari kamar mandi, dan memakai baju melayu dan kain sarong, menghampar sejadah.anehnya tokoh ingin melakukan solat subuh,seperti biasa, solat bersendirian, tidak solat subuh berjemaah seperti yang dianjurkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Islam agama mudah, tidak menyusahkan umatnya, bisik hati kecilnya justru itulah beliau nekad solat subuh bersendirian dirumahnya bukan di masjid.lagipun diwaktu mudanya, amalan solat subuh bersendirian sudah lama diamallkan


bab 2

Langit pada hari itu, seperti biasa, cerah, berwarna biru dan hembusan bayu juga seperti biasa berhempus seadanya cuma Dibawah pohon kembaja ada satu jenazan yang baru disemadikan.,
Ketka teman-temanya berjalan pulang kerumah masing-masing, dibawah sana, dialam barzakh, terdengar suara seperti hala lintir memecah kesunyian tempat tokoh kita ditelentangkan

"Ma Robbuka," siapa nama kamu,"?

"Rahsia," jawab tokoh kita selamba

"Berapa umur kamu sewaktu nyawamu diragut," malaikat malikulmaut,"?

"92 tahun," kata tokoh kita selama.

bab 3

"sewaktu menjadi perdana menteri,di negara antah beratah dan memerintah selama 22 tahun, apakah dosa politik yang telah engkau lakukan,"tanya mungkar nangkir

"Tidak ada, cuma yang aku ingat, operasi lalang tahun 1988, menutup penerbitan beberapa akhbar dan yang paling menyentuh perasaan aku, memecat Timbalan Perdana Menteri, yang nama enggan aku sebut kerana kesalahan  mengamalkan kegiatan seks luar tabie" kata tokoh kita selamba

menurut kanun keseksaan jenayah 377,sabit  kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan di denda dengan jumlah wang yang aku sudah lupa jumlahnya


bab 4

"bagaimana dengan kesalahan menipu, pencabar politiek kamu yang ingin menduduki kerusi presiden parti dan dengan kuasa sebagai presiden parti kamu menggunakan teknik tidak puteh, memanipulasikan undi dan pada akhirnya kamu diistiharkan menang dengan majoriti 43 undi," tokoh kita hanya terdiam,membeku, lesu dan kaku.

Lantas,secara tergesa-gesa tokoh kita, berkata, "Biasalah, dalam dunia politiek, permainan politik,soal twist-the fact, make it half-turn, itu biasa," tegas tokoh kita

bab 5

"Tahukah kamu kerusi presiden yang engakau duduki sebenarnya milik pencabar kamu, tapi kamu gunakan helah kotor untuk memenangi pertandingan perebutan jawatan presiden itu dan akibatnya jawatan perdana menteri seharusnya di pegang oleh pencabar kamu,dipegang oleh kamu, "tanya malaikat munkar nangkir

bab 6

"Biasalah dalam dunia politik, soal tipu,menipu dan ditipu, amalan biasa," jawab tokoh kita.
"Tahukah kamu gaji yang kamu perolehi sebagai perdana menteri selama 22 tahun itu, wang haram ," tanya malaikat mungkar nangkir

"Biasalah, i never give a damn about it" kata tokoh kita

bab 6

"aduh, tolong, tolong", mamat terjatuh dari katil double decker.

'Mat apa yang engkau mimpikan sehingga terjatuh dari katil,' tanya che abdullah, teman sebiliknya.

"Oh," sambil mengesat mata-nya mamat berkata, beliau bermimpi, bekas perdana menteri yang enggan namanya didedahkan  meninggal dunia malam tadi dan disoal siasat mungkar nangkir didalam kubur.

"keadaan dalam mimpi sungguh ngeri, back ground mimpi, latar belakang, ruang tempat tokoh kita berada sungguh gelap,hitam dan pekat, lebih hitam dari hitam, berasap, lebih asap dari asap dan berbau,hanyir, busuk dan lebih busuk dari makna sejumlah perkataan busuk," kata mamat pada temannya,

"ciklah, sungguh aku takut untuk mati, aku mahu hidup seribu tahun lagi," kata mamat dengan nada separuh bergurau.

ends

No comments:

Post a Comment