Wednesday, 18 May 2011

Tan Seri Muhyidin Yassin lawat kelantan Mei 21,2011

Barangkali, ada pendapat mengatakan Tan Seri Muhyidin Yasin,"bernasib baik",apabila beliau berani menyatakan "sebuah kebenaran kepada PakLah", he is needed no more as a "negarawan",jika mahu melihat UMNO selamat,jika mahu melihat BN,kekal memerintah dalam PRU ke 13.dan ternyata, keberanian dan kejantanan beliau dibayar dengan harga mahal, apabila Pak Lah bersetuju untuk turun,Datok Seri Mohd Najib Razak "naik" dan beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri

tapi keadaan bersuara lain, dan nasib bersuara lain, apabila keberanian dan kejantanan Tan Seri Annuar Musa, menyatakan sebuah kebenaran kepada Tun Mahathir Mohamed, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, selepas Pru ke 10, selepas teriakan "reformasi",yang menyebabkan penggundi  bangsa melayu memilih parti pembangkang-menyebabkan undi umno semakin merosot,dikalangan penggundi berbangsa melayu--keberanian beliau menggucapkan kebenaran "tidak berbaloi"

disebabkan terlalu berani,berani mengambil risiko, Tan Seri Annuar Musa "tergelincir" dari thingking box tun mahathir mohamed

ketika bertanding merebut jawatan ketua pemuda UMNO, belau terpaksa berhadapan dengan Datok Dr Zahid Hamidi dan Rahim Thamby Chik, beliau juga tidak merujuk kepada Tun Mahathir. meskipun kalah, beliau kalah dengan "gagah"
menurut sumber, yang wajar dirahsiakan, dalam mesyuarat itu,Tan Sri Annuar Musa--menyatakan bangsa melayu bukan nya tidak menyukai UMNO, mereka sebenarnya "tidak menyukai Mahathir,tidak menyukai kepimpinan Mahathir" (mungkin mereka melihat tindakan tun mahathir memecat DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebagai suatu tindakan "sadist dan kejam",pada waktu itu)
selepas beliau berucap "keadaan dalam bilik mesyuarat menjadi hening, bening dan sunyi" seketika, ahli MKT sama sekali tidak menyangka, pemimpin berasal dari bukit marak, "berani dan sungguh berani" melakukan "kritikan terbuka kepada Tun Mahathir"yang dianggapnya sebagai bapa politik---kerana mahathir lah,meskipun kalah dalam pilihanraya--melantik beliau menjadi senator,kemudian dilantik menjadi Menteri--menteri belia dan sukan, menteri pembangunan luar bandar--

dan tun mahathir sama sekali, tidak menyangka "anak didik politiknya itu" berani,dan sanggup melakukan "kritikan terbuka" dalam mesyuarat MKT meskipun--beliau wajar dianggap "blue eyes boy" Tun Mahathir pada waktu itu

ternyata apa yang disuarakan Tan Seri Annuar Musa, ada "kebenarannya", tidak lama selepas itu Tun Mahathir menyatakan kesedian untuk berundur dan memberi "masa tepat" untuk berundur dari pentas teater politik UMNO

tapi harga sebuah kebenaran politik yang disuguhkan, Tan Seri Annuar Musa, berbeza dan bersuara lain dengan nasib Tan Seri Muhyiddin Yassain--,nasib tidak menyebelahi, Tan Seri Annuar Musa--beliau dikaitkan dengan pelbagai ...ah tidak wajar disebutkan disini--media pun menjatuhkan "hukuman",tukul diketuk,oleh hakim--ternyata--siasatan BPR--tidak mempunyai bukti kukuh--solid evidence- untuk mengheret beliau kemahkamah, "justru beliau bebas",bebas dan lepas. selamat dan titik

penulis buku faris noor, nama palsu, nama samaran dikatakan difinance "pihak tertentu"(barangkali) pembangkang sengaja untk "memalu dan memilukan" beliau


tapi karier politiknya tiba-tiba menurun,semasa zaman paklah, beliau dilantik semula Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, apabila Datok Seri Najib,menduduki kerusi Presiden UMNO, jawatan itu diserahkan semula kepada Tok Pa

moral of the story--sesiapa dikalangan ahli majlis tertinggi UMNO,ingin menjadi pahlawan disiang hari,menjadi hero, berani melakukan kritikan--mereka kena berani dan sanggup mengambil risiko--samada nasib mereka akan menjadi seperti tan sri muhyidin yassin atau tan seri annuar musa

mengambil risiko untuk menjadi manusia politik yang berani dan lantang bersuara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO--,mereka perlu bijak bersikap dan  perlu menyatakan kebenaran--

ternyata, keberanian dalam politik UMNO,perlu ada batasnya-jangan mengharung dipadang orang lain, baru selamat, jika tidak terpaksa menerima "padah" sebagaimana terjadi kepada manusia bernama Tan Seri Annuar Musa

lawatan TPM, Tan Seri Muhyidin Yasin ke kelantan bermula jam 2 petang,mei 21,2011 dan akan mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Agenda mesyuarat ? yang jelas, ia akan menjadi rahsia politik, hanya manusia-manusia politik, berjawatan Ketua Bahagian, saja yang dapat menghadiri mesyuarat itu. Apa yang akan dibincangkan "akan tetap menjadi rahsia seabad". cuma selepas itu, waktu sidang media,kemungkinan, "wartawan akan bertanya"-apa yang dibincangkan,"?

terserah TPM untuk menjawab atau tidak, jika ia "strategi politik", menawan kelantan, soalan itu tidak perlu jawab justru bukan semua soalan, perlu dijawab

sekian.titik
Jabatku

Tuesday, 17 May 2011

Tengku Mahkota,Tengku Muhammad Faiz Petra, Bola Sepak-Nik Aziz dan Annuar Musa

Red Worriors Gagal "memalu dan memilukan" Selangor, apabila tidak berjaya menewaskan Selangor dalam perlawanan sengit distadium Sultan Mohamed keempat meskipun berjaya memasuki Final Piala FA

apa yang menarik dalam perlawanan malam ini, selain Tengku Mahkota datang menyaksikan perlawanan ini, Menteri Besar, Datuk Nik bdul Aziz, meskipun datang agak lewat, justru menunaikan solat isyak berjemaah, turut mengheret diri memakai "vest berwarna merah, berserban puteh" sebagai tanda menyokong pasukan red worrior, pasukan kelantan, anak buahnya juga "meskipun" beliau tidak mengetahui "fahaman politik pemain bola sepak kelantan

apapun, kerajaan negeri baru-baru ini menyumbangkan RM200,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan, K-A-F-A diatas kejayaan menjadi juara pada liga musim lalu

Tengku Mahkota Kelantan, kelihatan gembira mengangkat tangan kepada penonton selepas di perkenalkan kepada pemain pasukan kelantan dan selangor, turut memberi tabik hormat kepada pengawal keselamatan sebelum menaiki pentas

Baginda juga sempat melambai tangan kepada penonton dan penonton memberi reaksi baik kepada baginda dan barangkali penonton berterima kasih kepada baginda kerana memberi sokongan moral, sebagai anak kelantan, kepada pasukan kelantan yang tiba-tiba bersuara lain, apabila pengurusan KAFA diambil alih,dan di kepalai  Presidennya Tan Seri Annuar Musa, yang pernah "menggelarkan dirinya" sebagai Tengku Razaleigh Muda" ketika berceramah politik, menentang Parti Melayu Semangat 46, disebuah kampung di kawasan bukit  marak, pada bulan ogos, 1988.

ramai kalangan penikmat dan pencandu bola sepak, memuji beliau kerana berjaya mengangkat martabat pasukan kelantan keperingkat yang tertinggi dan digeruni pasukan lawan

Sekian.titik
Jabatku

Sunday, 15 May 2011

Ladang Rakyat-Ombak, memorandum - setiausaha politik menteri besar- nostalga -Ibrahim Ali

sekumpulan anak muda, berdarah muda, memakai baju merah, mengikat kepala dengan kain merah, berhimpun di hadapan kota Darul naim, bermula jam 9 pagi menyerahkan memorandum, menggesa kerajaan negeri menyediakan laporan "Kertas Puteh"- mengenai isu Ladang Rakyat, yang dikatakan berlaku hanky panky dalam penyerahan kuasa kepada syarikat swasta, bukan bumiputra, bagi menggusahakan ladang itu

meskipun bertopengkan, OMBAK- Orang Muda Bersepada Anti Korupsi, Ketuanya, Anuar Sepian,yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, rakyat umum mengetahui, UMNO dibelakang tabir pergerakan itu

ini terbukti terdapat ramai ketua pemuda UMNO Negeri semua bahagian hadir dan turut memaskai baju merah, bersama ahli kumpulan itu, berarak menuju kepintu masuk kota darulnaim tapi dihalang pasukan keselamatan yang sejak dari pagi berkawal disitu

sebelum menyerahkan memorandum, terdapat beberapa ahli OMBAK, berpidato dan memaki hamun pimpinan kerajaan PAS yang dikatakan turut terbabit dan bertanggungjawab dalam penyalahgunaan kuasa dalam isu itu

selepas itu, mereka beramai-ramai berarak kedepan pintu  dan ada kalangan mereka berteriak supaya mereka dibenarkan masuk kekota darulnaim

disebabkan itu semua , orkestra politik UMNO dan telahpun dirancang dengan rapi, crowd itu, dapat dikawal tapi satu insiden yang tidak sepatut berlaku, berlaku, setiausaha dewan, speaker, ahli dewan undangan negeri ,ADUN kelaburan,Tumpat, bekas ketua pemuda PAS, yang menemani setiausaha politik MB, Wan Nik Wan Yussof, bagi menerima memorandum itu,di"tendang" tapi kejadian itu tidak sempat dirakam jurugamabar yang hadir, kerana ianya berlaku terlalu cepat

Bagaimanapun keadaan itu dapat dikawal apabila campurtangan pengawal keselamatan, yang sudah ditugaskan mengawal keamaan.

Demonstrasi aman berjalan dengan baik, cuma ada beberapa teriakan suara yang mahukan kerajaan negeri pimpinan PAS ditumbangkan dengan kadar segera

banyak banner yang dibawa mengutuk kerajaan PAS kerana bersikap zalim dan merampas tanah rakyat, khusunya dikawasan pedalaman untuk dijadikan Ladang Rakyat


dalam intervies dengan pihak media, Anuar Sepian, mahukan kerajaan negeri menyediakan kertas puteh manakala Ketua Pmedua PAS, Haji AbdulLatif Abdul Rahman, berpendapat itu tidak perlu dilakukan kerana semua soalan yang dikemukana wakil rakyat B-N telahpun dijawab dalam setiap kali persidandang dewan undanga negeri

perhimpunan itu bersurai kira-kira jam 11.30 pagi.

persoalan yang ditimbulkan, pengamat politik tempatan, perhimpunan itu akan menjadi grand, besar dan bertambah besar jika ianya dilakukan Datuk Paduka Ibrahim Ali, yang dikenali sebagai social-engineer

berdasarkan siasatan yang dilakukan, pemuda yang hadir dalam perhimpunan itu, mendapat "durian runtuh", sedikit habuan, kertas yang dapat digunakan untuk "membeli", tapi tidak dinyatakan jumlahnya

dalam konteks ini, Timbalan Menteri Besar, Datok Ahmad Yakob, telahpun memberi penjelasan dengan perinci mengenai isu Ladang Rakyat didalam akhbar Sinar Harian dibawah ADVERT kolom yang bermakna kerajaan negeri terpaksa membayar sejumlah wang bagi laporan itu

tindakan itu wajar kerana, media arus perdana dikatakan tidak memberi clear picture, gambaran sebenar mengenai isu Ladang Rakyat

katanya, kerajaan negeri tidak pernah merampas "tanah rakyat" sebaliknya membela rakyat dengan cara, menyertai skim Ladang Rakyat dimana mereka mendapat dividen rm200 - rm300 setiap bulan.

usaha itu, katanya, dilakukan untuk "membela rakyat" bukannya untuk "memeras dan menyiksa" rakyat sebagaimana yang didakwa pihak tertentu yang dipercayai mempunyai motif politik

katanya, sewaktu mengadakan perbincangan peringkat awal, semua peserta bersetuju dengan konsep ladang rakyat, mereka mendapat dividen rm 200-rm300 sebulan, dari syarikat yang menggusahakan ladang mereka

tapi pada saat akhir, ada satu kumpulan lain, yang mendakwa mereka juga mempunyai hak atas tanah ladang rakyat, dipercayai pihak tertentu yang membuat keadaan menjadi kelam kabut

katanya, kerajaan negeri dalam kes isu ladang rakyat, mempunyai "perjanjian" dan tidak pernah merampas tanah rakyat

persoalan syarikat swasta bukan yang mendapat kelulusan menggusahakan ladang itutidak  timbul kerana mereka telah berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri, sebelum diberi kebenaran menggusahakan ladang itu

dalam hal ini, menurut neutral man, OMBAK tidak perlu mensensasi dan "memanaskan isu  itu" kerana apa yang dilakukan kerajaan negeri mengikut prosedur undang-undang

Ianya sudah terjawab dalam laporan Sinar Harian, beberapa hari lepas

jika mempunyai bukti, berlaku penyelewengan, laporkan kepada SPRM dengan kadar segera dan SPRM tentu saja akan bertindak, dakwa neutral man itu

jika tidak bertindak, OMBAK perlu berhimpun beramai-ramai di pejabat SPRM Kota Bharu bukannya dihadapan kota darul naim, sebagaimana yang dilakukan "sebentar" tadi

menurut seorang vetern UMNO yang ennggan nama diquotekan berkata, jika Datuk Paduka Ibrahim Ali diberi kuasa dan tuga untuk "melakukan penyerahan memorandum", bukan satu ribu, yang keluar, malah akan berlaku "traffik jam" seluruh bandar kota bharu

silap-silap hari bulan, kemungkinan MAGERAN kali kedua akan berlaku di kelantan jika Adi Jagat, Datuk Paduka Ibrahim Ali, turun padang dan bermain silat politek untuk kesekian kali

tapi nasib sudah bersuara lain, Ibrahim Ali hari ini, bukan sosok tubuh Ibrahim Ali, 40 tahun lampau. Ibrahim Ali hari ini sudah terlalu"tua" untuk melakukan "aksi-aksi orang muda tapi meski pun tua, "semangatnya masih muda"

dimanakah rahsia dan kehebatan Datuk Paduka Ibrahim Ali dalam "kerja-kerja NGO seperti inii", tanyalah pada rumput yang bergoyang dan pada angin yang tidak pernah letih untuk mendesir dan pada langit yang tidak bertiang--anda akan menemukan jawapannya--

Ibrahim Ali adalah antara sekian banyak ribuan, pemuda yang turut bertanggungjawab, berhimpun, berpidato pada demostarasi 1977, sehingga menjuruskan wujudnya MAGERAN dan menghala kepada kejatuhan kerajaan PAS selepas itu

sekian.titik
Jabatku

Saturday, 14 May 2011

Mahathir-tun abdul razak-Tan Seri Hussein Ahmad-sakit-Datok Seri Mohd Najb Razak

Nama Tan Seri Hussein Ahmad, memang barangkali, sebuah nama yang besar, dalam peta dan politiek UMNO kerana "sosok tubuh ini", merupakan "orang kuat Mahathir" dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Penerangan UMNO yang paling lama dalam era pemerintahan yang parti pembangkang "mendakwa era diktator". Beliau telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan tidak sedikit "jasa yang telah disumbangkan"kepada UMNO" menanggani isu-isu semasa dan menyelesaikan masalah UMNO, luar dan dalam

'kenapa ayahanda berhenti sebagai Ketua Penerangan UMNO,?tanya aku padanya. "Dah lama berkhidmat, beri laluan kepada muka baru "untuk"menduduki kerusi Ketua Peneragan UMNO

sebelas itu, jawatan itu diisi beberapa pemimpin UMNO lain, termasuk Datuk Dr Yussof  Nor, Datuk Mustapha Mohamed, terbaru dan terkini, Datuk Maslan Ahmad.

yang memedih dan memilukan, ayahanda kini menjadi "sebuah gua yang sepi"-Tan Seri Hussein Ahmad" kini sebuah "kesepian", terlontar dan terlantar sakit, dikediamannya di Kg Lemal, Pasir Mas.

"Tidak ada rawatan "istimewa", tidak ada jururawat, yang merawat tokoh besar, pemimpin besar UMNO", inilah UMNO, Inilah budaya UMNO, "tidak mengenang budi" pemimpin besar UMNO. Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datok PA juga "tidak berbuat banyak" membantu bekas Ketua Penerangan UMNO ini

cuma menteri besar, Datok Nik Abdul Nik Mat, pernah melawat dan menziarah beliau dan berita dan gambar lawatan itu tersiar dalam akhbar Sinar Harian

anehnya, dimanakah "sifat ukhah islamiah" "manusia-manusia UMNO", pemimpin -pemimpin UMNO yang memegang jawatan menteri, yang datang kekelantan tetapi tidak "mengambil masa" menziarah beliau

menurut ahli keluarga terdekat, sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Kelantan, Tan Seri Muhyidin Yassin, dalam masa terdekat, "ada baiknya" beliau datang menjenguk dan menziarah Tan Seri Hussein Ahmad, yang hanya menunggu "detik-detik waktu tepat untuk menghembuskan nafas yang terakhir

Barangkali boss, beliau yang kerap dipanggil, Doc, Tun Mahahtir Mohamed, juga tidak mengetahui Tan Seri Hussein Ahmad, sakit,sakitan dan gering

kali terakir aku melihat beliau bersalaman dengan Tun Mahahtir Mohamed, sewaktu beliau memberi ceramah diHotel Perdana, selepas insiden beliau disembur, pemedih mata, di airport Pengkalan Chepa, beberapa tahun lalu

Tapi kini,manusia yang pernah berada dizaman kegemilangan dan keemasan, "tidak lagi menjadi orang besar, kini beliau cuma menjadi manusia "kerdil"-manusia kecil, insan biasa, seperti manusia biasa, yang cuma menunggu masa untuk dijemput ke alam barzakh

ramai orang tidak mengetahui kehebatan Tan Seri Hussein Ahmad. kehebatan beliau, beliau "petah berpidato", seorang yang berani berhadapan dengan mahasiswa kampus, berdialog, bertemu dengan mahasiswa kampus, menjawab soalan yang dikemukakan masyarakat kampus

hari ini, ahli majlis tertinggi UMNO ramai, tapi berapa kerat yang berani masuk kampus, berdialog- denga golongan mahasiswa, yang kini dikatakan "ramai beraliran kiri"

menurut tan seri hussin ahmad, ramai golongan mahasiwa kini beraliran kiri kerana pensyarah mereka lebih kiri dari kiri dan mereka secara halus membuat pelajar mereka menjadi kiri

UMNO pula katanya, takut dan tidak berani mengambil tindakan terhadap pesyarah yang berfahaman kiri, menyokong pembangang

katanya, fenomena ini, tidak boleh dibiarkan kerana "sebagai pensyarah" mereka asset kerajaan, bekerja dengan kerajaan, makan gaji dengan kerajaan BN,sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan bukan bertindak sebaliknya

untuk itu, UMNO perlu melakukan sesuatu katanya untuk menjadikan mahasiswa golongan kanan bukan kiri dan ini dapat dilakukan menerusi kaedah mendekati pesyarah, tindakan ini penting kerana dalam PRU ke 13, golongan mahasiswa akan menjadi penggundi penentu-significant factor- kearah kemenangan mana-mana parti politik bertanding,khususnya di beberapa tempat

Beliau menyifatkan, pensyarah yang menyokong pembangkan "adalah manusia tidak sedar diri" dan manusia yang tidak berterima kasih kepada "rakyat malaysia, bangsa melayu" kerana sanggup membiarkan dijadikan alat dan "puppet parti pembangkang

Menteri Pengajian Tinggi, Datok Seri Khalid Nordin, perlu melakukan "operasi pemutihan" dalam kampus sebelum PRU ke 13 diadakan bagi memastikan pensyarah golongan kiri tidak lagi menjadi kiri. jika perlu gunakan kaedah komunis, the end justify the means-tujuan menghalalkan cara-gunakan kaedah ini asalkan UMNO tetap kuat dan BN masih mampu mengekal pemerintahan kerajaan B-N

kehebata tan seri hussein ahmad, ketika pilihanraya 1969, semua kawasan DUN kelantan di menangi calon PAS, kerusi dewan undangan negeri Gual Periuk, dan satu lagi kawasan aku lupa, dimenangi calon Perikatan

fenomen ini memberi laluan pintas kepada beliau utuk mendekati pucuk pimpinan tertinggi UMNO termasuk Perdana Menteri pertama, kedua, ketiga dan keempat

Jika Tan Seri Hussein Ahmad dikenali Tun Abdul Razak, dan berjaya membawa Perdana Menteri kedua, Tun Razak, datang ke Rantau Panjang, pada tahun 1972, merasmikan jambatan muhibbah Sungai Golok-Rantau Panjang, kenapa pula anak tun abdul razak, Mohd Najib Razak, perdana menteri keenam, "tidak dapat menjeguk dan menziarah "seketika" rakan bapanya, yang hanya menunggu masa untuk pergi dan tidak kembali !
Sekian.titik
Jabatku

kristian,hishamudin,injil,al-quran kita dan Firdaus-:PRU-:Utusan Malaysia

Barangkali, bukan barangkali dalam sejarah tamadun manusia modern hari ini, tidak ada mana-mana negara yang wujud didunia hari ini, mempunyai Raja yang ramai seperti negara malaysia justru kita semua, rakyat malaysia, berjumlah 30 juta dapat,menghirup udara segar, hidup aman dan damai. Malah, instituisi Raja tetap dan akan diteruskan di pertahan mana-mana kerajaan yang memerintah Malaysia justru ianya sudah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia

Justru itu, baik PAS, PKR maupun DAP tidak pernah pun menggeluarkan statement, yang bakal mengguncang dan menggugat instituisi Raja kerana, mereka pun bermain politik, aliran kiri, sebagaimana yang didakwa parti politik pemerintah, cuma Karpal Singh, mewakili suara DAP sempat, membuat kenyataan kontreversi belum lama ini yang didakwa mempunyai unsur-unsur fitnah

apapun, sudah termaktub dengan jelas dalam perlembagaan, soal "agama", Raja  disetiap negeri mempunyai "kuasa mutlak" dan bertangungjawab terhadap hal ehwal keagamaan. berbaik kepada "isu kristian" yang ingin dijadikan agama resmi negara ini oleh beberapa paderi yang bermesyuarat di Penang sebagaimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia, baru baru ini ternyata tidak benar

Jef Oi, mewakili DAP, menafikan dengan keras laporan berita yang dibuat Utusan Malaysia dan telah pun laporan polis berhubung kes itu

Dan Perdana Menteri, Datok Seri Mohd Najib, dengan jelas setelah bertemu dengan ulama dan intelektual Islam dan pihak pucuk pimpinan Gereja dan Paderi-meyatakan dengan jelas- Agama Islam tetap akan menjadi agama resmi negara sebagaimana termaktub didalam perlembagaan

Dan dalam laporan berita Utusan Malaysia hari ini, ada seorang "mamak" ahli DAP dijemput sebagai tamu dalam majlis itu membuat laporan polis dan Utusan Malaysia carry front-page story dengan headline-"Saya tahu apa sebenarnya berlaku".Beliau ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, dijemput sebagai "tamu' tentunya secara logik, tidak "memasuki bilik mesyuarat" paderi-paderi yang bermesyuarat pada waktu itu.

Ini berdasarkan penafian Jef Oi,mesyuarat itu sama sekali tidak membincangkan isu, menjadikan kristian sebagai agama resmi negara. Lalu apa yang sebenarnya, diketahui "mamat" ini, kita masih samar dan masih kelabu

"saya tahu apa yang sebenarnya berlaku", membuatkan kita semakin kelabu dan bertambah kelabu. siapakah yang bercakap "benar" Jef Oi atau mamat ini yang bercakap benar. Jika dilihat kepada "integriti dan kredibiliti", siapa yang bercakap "benar", masing-masing individu boleh membuat penilain  dan penafsiran dan pentafsiran tersendiri

justru kita, manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, di anugerahkan "otak untuk berfikir"- bebas berfikir sebebas mungkin--cuma untuk menentukan "siapakah" yang bercakap benar, barangkali, menimbulkan kesulitan

Menteri Dalam Negeri, Datok Seri Hishamudin dipetik sebagai berkata, ada "asas" laporan berita Utusan Malaysia mengenai isu itu dan Utusan Malaysia tidak patut dipersalahkan, beliau secara sederhana membela laporan berita utusan Malaysia

persoalan sammada ada ada asas atau tidak, berita seumpama itu, tidak patut disiarkan tanpa "menyatakan sumber berita", jika pun tidak mahu disebut, sumber berita, demi menjaga privacy dan keselamatan sumber..

yang penting, dalam mana-mana laporan berita,"laporan berita yang dilaporkan" mesti "mempunyai nilai-nilai kebenaran", jika tidak pengamal media terdedah kepada tindakan undang-undang dibawah Defamation Act".

Jika dibawa ke mahkamah, akan terbongkar dan terurai kebenaran justru "mahkamah memerlukan solid evidence", bukti yang kukuh sebelum mensabit dan menjatuhkan "hukuman"

dalam soal ini, public opinio berpendapat, Utusan Malaysia sengaja "menganeh anehkan berita" yang tidak tidak aneh. Tanpa mengambil kira "sensitiviti agama dan kaum"-Ketua Pengarang- terus melepaskan "berita sensasi dan sensitif itu" tanpa perlu berfikir panjang

dalam soal ini,. apakah niat sebenar Ketua Pengarang Utusan Malaysia--melepaskan berita yang panas, pedih dan "sama sekali" dipertikai kebenarannya ini

Bila Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek,membuat kenyataan untuk mmboikot akhbar Utusan Malaysia, ramai intelektual melayu melenting dan marah-marah pada Chua Soi Lek

Untuk membeli atau tidak membeli akhbar, itu pilihan pengguna kerana sebagai pngguna mereka mempunyai kebebasan untuk memilih, membeli akhbar yang mereka gemari

dalam hubungan ini, Chua Soi Lek, tidak perlu mengatakan "ganyang" Utusan Malaysa kerana kommuniti china tidak membeli Utusan malaysia-Komuniti china di negara ini, lebih cenderung membeli akhbar The Star dan akhbar berbahasa china, seperti Sin Jew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, China Press

malah peniaga china, usahawan china lebih selesa "mengiklan produk perniagaan" mereka dalam akhbar-akhbar selain akbar utusa malaysia

Justru itu, Jabatan Pengiklanan akhbar-akhbar ini, mendapat iklan yang tinggi, dalam industri media pendapatan utama diperolehi dari Jabatan Pengiklanan bukan dari Sales dan Marketing Dept, jabatan ini menyumbangkan 90 peratus revenue berbanding dengan Sales Dept

dipersimpangan ini, aku melihat akhbar Utusan Malaysia "telah over-play atau over-run" dalam melaporkan berita sensitif ini

PM telah mengeluarkan kenyataan agama resmi negara ini, tetap agama Islam dan meminta semua pihak tidak mempertikai  dan memainkan isu sensitif ini kerana jika dibiarkan berlarutan isu ini akan menjadi panas dan bertambah panas

apakah Ketua Pengarang akhbar berkenaan "tidak dapat" membaca fikiran PM dalam menanggani isu atau beliau pura-pura tidak faham atau sengaja tidak mahu faham-faham atau bagaimana ?

dalam konteks ini, beliau perlu faham konsekuensi dan politcal impact jika terus menerus memainkan "isu sensitif" ini" kerana secara tidak sedar, secara halus, "turut membakar" sentiment perkauman dan yang jelas tidak mengguntungkan mana-mana pihak

apakah beliau tidak faham dan tidak tahu, White House, indonesia bilang Gedung Puteh, malaysia sebut Rumah Puteh-memerhatikan dengan teliti dan pengamatan tajam, apa saja isu politik, isu sosial, isu ekonomi- yang membabitkan negara-negara dirantau asean,khususnya negara Islam seperti malaysia

Tidakkah beliau tahu, Petronas akan membangunkanProjek pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia-RAPID bernilai USD 20 Billion di Pangerang, Johor -amat menggebu dan menggebu- dan dapat membuatkan Polis Antarabangsa- tertarik dan terpancing untuk -mencari kepentingan minyak di rantau asia tenggara

jika USA dapat melakukan invasi ke  negara-negar asia barat kerana "minyak", kerana kepentingan minyak, apakah USA tidak dapat melakukan "hal yang sama " dengan alasan "kecil"--agama kristian--dan alasan-alasan munsabah boleh direkacipta untuk tujuan itu

justru dalam konteks ini , Utusan Malaysia jangan bermain api adan menyimbah minyak kedalam api kerana api apabila besar ianya akan menjadi lawan, dapat membakar dan "membumihanguskan" "apa saja" yang ada dan berdekatan

ada pendapat umum berpendapat, Pengarang Akhbar Utusan Malaysia, "perlu dicabut titlenya" atau dipecat terus dengan istilah yang lebih kejam "kerana tidak tahu dan tidak pandai membaca pemikiran Perdana Menteri, datok Seri Mohd Najib Razak dalam menanggani isu-isu sensitif seperti ini

lagipun, masih ramai editer-editer senior, dalam Utusan Malaysia, yang layak untuk menduduki "kerusi panas dan semakin panas" itu kerana meskipun "panas", ianya "tidak sepanas api" tetapi "panas_-semanisnya kurma atau bagaimana ?

Sekian.titik
Jabatku

Thursday, 12 May 2011

Nuclear Plant, kita-: Pakistan and China

Belum lama ini, masyarakat dunia, dikaget dan dikejutkan dengan berita "panas", Osama Laden, "mati seketika" akibat terkena peluru, skuad khas,USA. Kejayaan puncak,Amerika,yang mendakwa menjadi polis antarabangsa menentang "pengganas",anehnya ia mengambil masa bertahun-tahun, meskipun mempunyai pelbagai peralatan changih,pancaran sateline tapi gagal mengesan Osama Laden.

"Mati seketika" Osama Laden, akan muncul lagi lebih "banyak dan lebih ramai" lagi, Osama Laden, yang disengaja rekacipta, pihak media barat, untuk menghalalkan cara, the end justifies the means,-Amerika Syarikat "memasuki sesebuah negara Islam " tanpa batasan, dakwa seorang pakistani yang enggan pengenalan diri di dedahkan

Beliau mendakwa Osama sama sekali tidak terbabit dengan kegiatan "pengebom berani mati"-suicide bombers", yang meletupkan diri ditempat-tempat awam, pejabat polis, barrack tentera pakistan

alasan yang diberikan, Taliban tidak bermusuh dengan kerajaan Pakistan tetapi ada agenda "pihak tertentu" untuk melemahkan kerajaan Pakistan :-menggunakan nama Taliban bagi tujuan tidak puteh dan mewujudkan "keadaan semberawut" di beberapa bandar di pakistan
dan wartawan serta mengamal media  kitaberbangsa melayu pun menulis menurut perspektif masing masing mengenai "kematian tidak sengaja manusia Islam bernama Osama Laden". Osama Laden, berbeda dengan "orang kaya Islam yang pernah wujud dan ada didunia hari ini". Dia, bukan jutawan,tapi beliau Billionaire, tapi melihat kepada cara hidupnya, beliau seorang Islam yang simple, eat simple, sleep simple and die simple

Apa yang ditulis di sedut dan diulas berdasarkan laporan wire agensi berita asing, editer kita, yang mengamalkan budaya membodek :- tidak pernah mempunyai perancangan rapi, menghantar wartawan media cetak, media elektronik dan krew kesana, melihat dengan lebih dekat keadaan sebenar berlaku disana dan melaporkan berita menurut perspektif "mereka"bukan perspektif barat

apa yang ditulis, pengamal media melayu, menurut perspektif "bangsa melayu" tapi yang akan dipaparkan ini datang dari perspektif masyarakat pakistan.

 Rata-rata di pakistan hari ini, rakyat mempersoalkan "kenapakah unit risikan pakistan" tidak mengacuhkan skuad elite amerika,"membunuh secara kejam" Osama Laden. ada pendapat mengatakan unit risikan pakistan, tidak mengetahui mengenai missi itu, tapi ada pula pendapat mengatakan unit risikan tahu, tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana pucuk pimpinan negara, yang tahu mengenai missi itu, tutup mulut dan pejam mata

Amerika Syarikat menyalahkan unit risikan pakistan kerana gagal memburu Osama Laden, selama lebih lapan tahun,Pakistan dikatakan "membisu enggan memberi response" dan tidak menjawab tohmahan itu kerana mereka merasakan Amerika Syarikat juga tidak berlaku adil "kerana tidak menjawab, siapakah bertanggungjawab terhadap insiden September 11, belum lama ini.

dalam konteks ini, negara Pakistan, dikatakan "cekap dan mahir" bermain "kad porker politiek" dengan Amerika Syarikat kerana ia mempunyai hubungan diplomatik dan ketenteraan dengan China.Malah kedua negara itu, telah mengadakan "military treaty" dalam usaha membina,membuat jet pejuang JF 17 Thunder.

In 1995 Memorandum of Understanding-MOU- was signed between Pakistan and China for joint design and development of a new jet fighter-JF 17 Thunder.

Belum pernah ada mana-mana negara Islam,OIC, ahli Organisation Islamic Council, OIC, nama sinisnya, Oh...i..see..mampu membuat jet pejuang sebagaimana yang dilakukan kerajaan Pakistan. lebih jauh dan lebih dalam dari itu, Pakistan dikatakan mempunyai "nuclear plant", yang mampu melancarkan "missiles" ke Tel Aviv, dalam masa 30 minit, jika berlaku "kejadian yang tidak diingini", sejauh mana benar, dakwaan ini, kita semua, samar dan kelabu

Pakistan juga mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi, yang juga mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Ini yang menyebabkan US, merasa serba salah, "terjepit dam tersempit" untuk bersikap keras dengan  Pakistan

Ketika Iraq menyerang kuwait, pakistan menghantar tenteranya kesempadan Arab Saudi-Kuwait bagi mempertahankan Arab Saudi dari serangan tentera Iraq. Hubungan baik itu,berkekalan sampai ke hari ini

Jika sebelum ini banyak negara negara Islam "telah diceroboh" akibat gara-gara permainan dan campurtangan amerika, termasuk Iraq, Aghanistan,Libya tapi dengan Pakistan, Amerika sedang bermain tarik tali

pengamat politik antarabangsa meramalkan Amerika Syarikat tidak akan menyerang dan menceroboh Pakistan kerana ia takut untuk berhadapan dengan tentera China, Jika paksitan diserang, tentera China
akan berbaris, membantu Pakistan kerana hubungan akrab Pakistan dan China tidak memungkina hal itu terjadi dalam tempoh terdekat.

anehnya, pakistan tidak mengenakan apa-apa tindakan kepada masyarakat Taliban kerana sempadan sepanjang 2,500 kilometer, bergunung ganang, barangkali memberi kesulitan kepada kerajaan pakistan mengawal lalu kemasukan Taliban ke Pakistan.

menurut sumber, Taliban dan juga rakyat Afganistan, bebas keluar masuk kenegara pakistan, mereka bebas untuk tinggal seberapa lama yang mereka mahu, tidak ada "boarder line" dan dateline. dianggarkan empat juta taliban, kini berada di pakistan, hubungan sejarah masa lampau, kekeluargaan sesama mereka, menyebabkan kerajaan pakistan memejamkan "mata" malah ianya bukan "isu politieks" yang besar

Pakistan, sebelum ini,dikatakan menerima pinjaman kewangan IBF, USD 20 Billion, tapi kemana "wang itu" disalurkan atau dilesapkan, rakyat tidak tahu dan tidak mahu tahu(barangkali) kerana pemimpin politiek mereka terkenal dengan label "corruption leader", sejauh mana benar dakwaan itu, kita semua pun masih samar kerana "tidak mempunyai solid evidence" untuk tidak menggeleng kepala mengenai dakwaan itu

untuk mengetahui lebih dekat dan lebih mendalam mengenai pakistan, anda perlu membaca buku, Pakistan : Islamic State.

Thum Kus Nahi Hey, May Kush nahi Hey, Allah bot Bara
terjemahan : awak tidak mempunyai apa-apa, saya juga tidak mempunyai apa-apa
Allah Maha Besar

sekian,titiek
jabatku

Wednesday, 11 May 2011

PRU ke 13 : PAS kelantan calonkan "muka baru:?

Meskipun tarikh sebenar PRU ke 13, masih samar dan kelabu namun semua parti politik, baik pembangkang dan tidak pembangkang, sudah "siap pakai" dan "siap saga" untuk melakukan "pertempuran politik" termasuk menjadi pengemis undi, beggar voters-:. tidak salah menjadi pengemis, kerana sudah "menjadi aturan main" sistem demokrasi, memang "memerlukan undi" untuk menentukan "menang kalah", sesebuah parti politik yang bertanding dalam mana-mana pilihanraya.

"Sometime majority means all the fool on the same side", kata penulis barat, yang aku sudah lupa namanya tapi aku kira beliau aliran kiri dan juga mempunyai fahaman dan ideologi politiknya, tentu bukan demokrasi malah mengecam demokrasi

sebagai rakyat yang suudah lama berada dibawah pemerintahan demokrasi berparlimen dan mengamalkan sistem ekonomi  kapitalist, free enterprise, free for all untuk berniaga dan berniaga dan berniaga, dan
rakyat at menerima majority means all the excellent on the same side-kita akur-sistem pemerintahan yang ada dan seadanya memang terbaik, dijagat raya ini

menurut sumber dalaman, PAS hari ini,PAS Kelantan hari ini, bukan Pas berwajah tahun 90an dahulu, PAS hari ini sudah bertukar "wajah". Dulu tidak ramai aktivitas PAS yang enggan namanya dicalon untuk bertanding dalam pilihanraya, tidak mahu dan menolak "untuk menjadi rakyat"-alasan mereka takut diadili dipadang masyar-, takut-takut mereka tidak akan jujur dengan diri sendiri dan akan bertambah menjadi "tidak jujur apabila menjadi wakil rakyat, memegang amanah rakyat dan "takut terbabit dengan penyalahgunaan kuasa" dan tiba-tiba menjadi "manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin"-manusia kaya "secara mendadak"

cuma yang aku ketahui, dari 44 wakil rakyat pas yang ada hari ini, cuma seorang saja yang menolak tidak mahu namanya dicalonkan menjadi wakil rakyat, namanya Wan Ahmad Lofti Wan Sulaiman, ADUN PAS Kemuning, Machang, lepasan Pondol Sg Durian, Haji Draman, Kuala Krai, kemudian menadah kitab di Mekah, menjadi Imam masjid Baka, enggan menjadi wakil rakyat

kes ini sampai kepengetahuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau menghantar wakil memujuk beliau agar bersetuju, beliau dikatakan menagis terisak-isak tidak mahu, tapi akur kepada tuan guru, beliau menerima dengan satu syarat. syaratnya beliau ingin menjadi rakyat untuk satu penggal saja

lawannya dalam PRU ke 12, Ketua Bahagian UMNO Machang, Datok Jazlan Yakob, beliau menang dengan majoriti 500 undi lebih, kalau aku tidak silap

menurut penyokong pas, kalau diletakkan calon selain, beliau :kerusi itu akan menjadi milik UMNO

soalnyaberapa ramai kah dikalangan pemimpin pas kelantan yang ada hari ini, berprerangai seperti beliau

beliau kini, meskipun menjadi wakil rakyat, tetap mengajar agama di madrasah-madrasah kawasan Machang

pendapat yang lebih ektreme, mengatakan, sifat yang ada pada Tok Guru, ada pada beliau. Bapanya dulu, ulama besar di Jajahan Machang dan beliau "calon yang paling sesuai" untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, menggantikan Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana "beliau memang tidak mahu jawatan itu berbanding exco -exco lain, mendakwa memperjuangkan Islam tapi tidak pun berceramah Islam seperti Tuan Guru"

hari ini, baik dikedai kopi, penyokong pas sendiri, mendedahkan ada kalangan exco pas kelantan hari ini, yang disebut PAS golongan proffesional,tiba-tiba menjadi "manusia kaya secara mendadak"malah ada digelarkan dengan panggilan 10 million dollar man

tentu saja sulit dan sukar bagi SPRM untukmenyiasat kebenaran dakwaan itu, kerana golongan ini pandai dan lick, menggunakan nama kroni-kroni tertentu untuk "menjaga harta karun" mereka. Keadaan akan menjadi lain, jika SPRM, menahan proxy, mendapatkan maklumat dari mereka-:

jika proxy enggan "membuka mulut", tahan mereka lebih lama atau minta mahkamah membenarkan "tahanan remand", yang pasti, "mereka akan membuka mulut", apabila meluncur keluar perkataan dari mulut mereka, nama-nama "haiwan berkaki dan mempunyai satu alat kelamin yang bertopengkan Islam atau PAS", akan "terkeluar" dan apabila "terkeluar", siasatan lanjut diteruskan, menyoal siasat "manusia hipokrit ini"--dari mana sumber kekayaan "harta karun itu" diperolehi--sammada melalui "minta sedekah, komisyen, projek atau konsesi kawasan balak atau bagaimana

dalam kes ini, Menteri Besar, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang marah dan marah marah "anakbuah terbabit dengan "money laundry", rasuah , wang haram atau duit kopi--kerana ianya bercanggah dengan syariat Islam

Malah beliau pernah mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti, anak buahnya terbabit dengan kegiatan rasuah, agar tampil kehadapan-,berikan bukti, "mereka boleh diseret dan diheret kemahkamah" kerana sebagai Menteri Besar, beliau akan memberi kerjasama, bagi memudahkan SPRM melakukan siasatan

soalnya, SPRM Cawangan Kelantan, dikatakan pihak tertentu "terlalu lena tidur", terlalu banyak "tidur" malah menurut seorang ahli UMNO yang enggan nama disebut, mendakwa orang kuat SPRM kelantan penykong kuat parti pembangkang

apakah memang benar dakwaan itu, kita masih samar, kelabu-?-

yang jelas sepanjang ingatan aku, 21 tahun PAS, memerintah "tidak ada seorang pun ahli dewan undangan negeri PAS" diseret dan diheret kemahkamah kerana terlibat dan terbabit dengan "kegiataan rasuah", itu saja dan titiek

berbalik kepada "muka-muka baru, calon PAS dalam PRU ke 13 dibumi kelantan, golongan muda, golongan pelapis, juga manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin,punya nafsu dan berambisi menjadi wakil rakyat, sudah dua puluh tahunberjuang dalam PAS, asyik-asyik bilan tiba tarikh pilihanraya, muka-muka itu, muka-muka lama, calon-calon itu juga menjadi "waki rakyat"

malah ada dikalangan wakil rakyat PAS sudah ada sampai empat dan tiga penggal menjadi wakil rakyat, tidak mahu turun-turun, ingin mati "diatas kerusi wakil rakyat". golongan pelapis, tidak punya pilihan banyak,harus bersabar dan akur kepada "keputusan parti", malah terpaksa menunggu sampai 30 tahun atau 40 tahun, baru namadicalonkan menjadiwakil rakyat


Untuk bersuara mereka takut, takut dikatakan "derhaka dan menderhaka" kepada Mursyidul Am PAS, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak ada pilihan, mereka harus akur.

Itu senario dulu, itu senario 20 tahun dulu,tapi hari ini keadaan sudah berubah, sudah ada suara serak basah, agar pemimpin-pemimpin PAS yang sudah lama duduk dikerusi wakil rakyat, turun dan memberi laluan kepada muka-muka baru kerana golongan pelapis ini juga "ingin merasai kenikmatan" menjadi wakil rakyat

sebenarnya, perjuangan PAS hari ini,khususnya dikelantan sudah "bertukar menjadi perjuangan "mengisi perut" kerana "masing-masing pihak" khususnya wakil rakyat sudah ada agenda "tersendiri" tidak selesa dengan "kereta buruk" , tidak mahu pakai lagi kereta Datsun Buah Hulu, mereka "sudah modern", tidak seperti allahyarham Jaafar Rawas, meskipun mampu "membeli kereta baru" tapi menggunakan kereta Ford Prefect, sampai mati

Dan bagi yang muda, berkesempatan menjadi exco, praktis poligami, tidak cukup dengan satu, "selera seks tiba-tiba berubah kerana sudah ada "wang berjuta-juta dalam bank"(maaf kalau yang makan lada akan terasa pedas), yang jelas malaikat Jibrail "tahu samaada" anda jujur atau tidak, samaada ada anda menyimpan wang berjuta-juta ringgit menerusi proxy dalam bank atau tidak

malah ada pendapat yang dikutip diperingkat akar umbi, dikalangan golongan tua PAS, berkata, ada seorang ahli exco PAS, "air mukanya keruh" tidak jernih, tidak ada nur, cahaya Islam", malah yang ada "nur, cahaya dulu, kini sudah "hilang sinarnya" kerana "dibayangi dosa-dosa "rasuah"

berbalik kepada cerita rasuah wakil rakyat PAS, ada seorang ahli Exco PAS, kawasan PAS Bachok, yang tidak wajar disebut nama kerana "mengaibkan" nama, "dicepat secara mendadak dan tiba-tiba", jawatan exco dilucut secara serta merta kerana dikatakan terbabit dengan rasuah

anehnya SPRM Kelantan, tidak pun menyiasat kenapa beliau dipecat "serta merta"

apa yang aku tahu dan dinarativekan, apabila berita itu diketahui Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan dikemukana dengan "bukti kukuh", didalam mesyuarat , Tuan Guru Abdul  Nik Aziz Nik Mat, dengan nada marah dan marah-marah dikatakan sebagai berkata, "Mu........(nama wakil rakyat itu) berhenti, beri ke orang lain pulak", katanya serius

sejauh mana benar "cerita politik ini" ianya sulit untuk disahkan kebenarannya, yang jelas, dikalangan pimpinan PAS kelantan, isu ini memang wujud dan pernah berlaku

Sekian.titik
Jabatku