Sunday, 9 June 2013

MENTERI BESAR,DATOK MOHD NASIR,AUSTRALIA DAN PAS



Diluar kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir,di Pasir Hor, kini allahyarham, bersemadi, dibumi Kanggroo,Australia-semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya-, langit masih seperti dulu, membakar dan terus, membakar kulit, mamat-mamat malaysia, petani,buruh,penoreh getah dan sebagainya termasuk buruh am

pertemuan berlangsung di atas bangku rumahnya, waktu itu aku bertugas sebagai PRO dan wartawan majalah PERISTIWA, terbitan, Dian SDn Bhd, dibawah kelolaan, allahyarham Datuk Yussof Zaki, pengasas majalah Dian, pada awal tahun 1960an, tidak lama dulu

sebagai menteri besar kelantan, Allahyarham,entah mengapa dan kenapa "tidak sehaluan" dengan pucuk pimpinan PAS, Datuk Haji Asri Muda. Beliau lebih rapat dan dekat dengan Tengku Razaleigh Hamzah, yang pada waktu itu Menteri Kewangan

dikatakan setiap kali Ku Li pulang ke Kota Bharu, beliau akan bertemu dengan Ku Li. Dan sebagai termaktub dalam sejarah., setelah di pecat dari jawatan Menteri Besar, Kelantan, menerusi dewan undangan negeri kelantan, rakyat kelantan bangun, menyokong Mohd Nasir, impak poilitiknya berlaku Mageran, pemerintahan Mageran dan pada pilihanraya 1978, UMNO dibantu oleh parti Berjasa, yang baru ditubuhkan Mohd Nasir, berjaya "menewas, menumbang" dan membumihaguskan pemerintah Islam Pas di negeri kelantan, sejak berdekad, sejak pilihanraya pertama diadakan di malaysia

ternyata kelantan yang dulunya menjadi kubu kuat Pas akhirnya tertewas dan tersungkur dikaki UMNO dalam pilihanraya 1978.

Apa pula komen Bekas Timbalan Menteri Besar kelantan pada waktu itu, Wan Ismail Wan Ahmad,. bekas peguam, suami kepada penceramah motivasi dr Fatima dalam krisis ini

"Rakyat kelantan tidak pernah redha BN memerintah kelantan," katanya

aku terkejut mendengar kata-kata itu. Dialog itu berlaku di rumahnya di Kubang Kerian tidak lama dulu

"Kenapa Datuk berkata demikian," kata aku kepadanya

"BN menang dengan taktik kotor, BN guna cara tidak demokratik, merampas kuasa politik dari PAS, buat Mageran dan kemudian buat Pilihanraya," katanya

sampai kedetik dan saat ini, benarkah rakyat kelantan tidak redha BN memerintah kelantan sejak tahun 1978 sehingga 22 oktober 1990, masih menjadi tanya tanya

yang jelas, sampai ke PRU 13, tahun 2013, 5 mei 2013, BN gagal untuk merampas kuasa politik dari PAS, lalu "apakah ini" ada kena mengena dengan katakata hikmat, "rakyat kelantan tidak pernah redha BN memerintah kelantan, masih menjadi pertanyaan misteri dan akan terus menjadi misteri sampai ke kiamat atau bagaimana ?

No comments:

Post a Comment