Friday, 5 January 2018
CONFIRM PAS AKAN SERTAI B-N ?
Barangkali tidak ramai dikalangan generasi Y, berbangsa melayu memahami dan mengerti, apakah "signifikasi politiek", bila parti PAS, menyertai B-N dalam sedikit waktu lagi.Golongan ini berdasarkan kajian rambang yang dilalukan, berdasarkan "evaluasi politik" yang diperolehi melalui media sosial, termasuk whatsupp,instragram,twitter, "ramai yang marah dan marah-marah" kepada kerajaan yang "menyebabkan angka pengangguran" semakin membengkak dan membesar saban tahun
ada kalangan mereka yang sudah beberapa tahun,graduate,mempunyai ijazah yang masih menganggur,ada juga yang terpaksa bekerja dibidang berlainan secara part-time untuk meneruskan kelangsugnan hidup.
ada dikalangan mereka yang "duduk saja",ibu bapa berkerja,kehidupan rutin, makan, bangun, tidur,solat,,menonton tv sampai larut malam dan tidur dan tunggu ada kekosongan jawatan "baru siap resume", hantar resume dan menunggu,,menanti "maklum balas" dari syarikat yang dipohon kerja
itu skript hidup,secara ringkas,gambaran siswazah, berbangsa melayu,yang terpaksa, merintih, menderita, kerana tiidak mepunyai lowongan pekerjaan baru, bagi mreka, "go to the hell, with the politic", they never give a single damn, PAS akan menyertai B-N atau tidak, yang penting, pada masa ini, mereka perlu "pekerjaan"sesuai dengan bidang pengajian yang mereka belajar di pusat pengajian tinggi, belum lama ini
Bagi golongan ini "manifesto PRU 14" mesti menarik dan yang jelas "menjanjikan sejumlalh makna",untuk mereka mendapat pekerjaan, persoalan "melayu kuat,perpaduan melayu semakin mantap dan padu , dengan kemasukan PAS kedalam B-N"itu semua "retorika politik", yang menggebu-gebu", untuk memujuk dan "membujuk" rakyat memilih calon parti politik mereka yang bertanding dalam PRU 14 nanti
bagi golongan ini yang rata-rata baru tamat pelajar dan mempunyai diploma atau ijazah mereka mempunyai pola dan kerangka berfikir, frame of thought, yang berbeda dengan "ibu bapa" mereka.
They know what is good, what is best. Pemimpin parti politik tidak perlu memberitahu mereka parti politik yang mereka wakili, is the best among the best
ada juga dikalangan mereka mempunyai persepsi negative terhadap "manusia,haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, yang bekerja "sebagai ahli politik" yang menurut "pengamatan dalaman, pengamatan bathin, suara dalaman, inner voices---ahli politik dimalaysia----menggunakan pentas politik untuk meraih "kekayaan pribadi"
Lihat saja pemimpin UMNO, ahli exco PAS di kelantan, tidak terlalu salah untuk dikatakan "berduit lebih"kalau pun tidak kaya,
berbalik kepada judul diatas, samaada PAS akan menyerti B-N atau tidak itu "penting" bagi mereka yang melihat "makna politik" dalam skala yang lebih besar
dan bagi golongan yang kais pagi, makan pagi,golongan berbangsa melayu yang menoreh getah.khususnya yang tinggal dikawasan pedalaman,apalah erti "itu semua,",jika harga getah RM2.00 untuk satu kilogram dan yang lebih menyedih dan memilukan-tidak dapat menoreh kerana hujan lebat--
Kepada siapakah mereka akan melontarkan suara resah, kelukaan,kepapaan dan kemiskinan yang membalut "luka mereka ini" ?
atau kepada allah , yang telah lama meninggalkan bumi Indonesia ? maaf cakap,"kata kata ini diambil dari penyair Indonesia"----
Dan perlu dinyatakan,pandangan Editer, penulis buku,The Newspaper, "goverment is a good business, good goverment's is everybody's bussiness, menjadi guide-line, panduan memilih,golongan generasi Y dalam membuat pilihan calon, dalam PRU 14 nanti
sekian, Jabatku titiek
Thursday, 4 January 2018
THE TRUTH IS DATO SERI ANWAR IBRAHIM "TIDAK PERNAH MELAKUKANNPERBUATAN LIWAT ?
Berbicara tentang "the truth", sebuah kebenaran, kebenaran di bahagikan kepada beberapa kategori oleh orang barat dan teriminalogynya sepert berikut, simple truth,absolute truth dan satu lagi truthh, aku sudah lupa
the truth is apakah "benar manusia yang bernama anwar Ibrahim", telah melakukan perbuatan "terkutuk" sehingga dijebeloskan beberapa tahun" didalam penjara" dan pada bulan Jun nanti akan keluar menjadi "manusia bebas, sebebas seperti burung yang bisa terbang "kesana kemari" dan barangkali dapat berbuat banyak-barangkali- mengubah lanskap politik tanah air atau macam mana ?
Bila kes anwar ibrahim, muncul di permukaan media tidak lama dulu dan beredarnya buku "beberapa sebab, aku sudah lupa berapa sebab anwar ibrahim tidak boleh menjadi perdana menteri" dan kes ini dibawa ke mahkamah-sehingga beliu divonis--convicted-bersalah--dan dijatuhkan hukuman penjara berapa tahun,pun aku sudah lupa---ramai member-member aku dikota bharu-- bertanya aku--betul ke anwar ibrahim, seorang 'HOMOSEXUAL', BETULKE ANWAR IBRAHIM melakukan perbuatan "liwat" atau ianya satu konspirasi politik, untuk "menjatuhkannya dari kerusi Timbalan Perdana Menteri",juga masih menjadi tanda tanya--yangnpenuh misteri--
Apa yang jelas, hasrat Mahathir ,Anwar Ibrahimtidak menjadi Perdana Menteri kelima tercapai dan "termakbul" , disisi lain, Anwar Ibrahim menegaskan itu "semua konspirasi politik",untuk "memilu dan memalukan" beliau serta menarik kerusi Timbalan Perdana Menteri,sehingga beliau "jatuh dan tersungkur"
dan yang anehnya, sampai kedetik ini, beliau enggan bersumpah dan tidak menyabut cabaran Datok Ibrahim Ali agar beliau "bersumpah" dengan menjunjung al-quran" menafikan dakwaan beliau melakukan perbuatan itu secara sengaja atau tidak sengaja
realitis ini menyebabkan masyarakat melayu dinegara ini "confused" dan "binggung" dengan "insiden politik ini"
dan melihat kepada video yang ditayangkan dan pendedahan yang dilakukan DSAI keenganan beliau mengeluarkan RM 2 Billion dari KWSP untuk membuat "bail out" syarikat anak Mahathir, Mizan Mahathir menyebabkan "api kemarahan Mahathir" kepada beliau semakin"memuncak"
faktur ini menyebabkab beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan landskap politik pembangkang tiba-tiba berubah dengan kehadiran Parti Keadilan Rakyat,PKR yang sehingga kini mempunyai 21 kerusi di parlimen
persoalan politik timbul,DSAI akan keluar dari penjara pada bulan Jun, pertengahan tahun ini dan PRU ke 14, akan diadakan sebelum Jun tahun, apakah relevansi PRU 14 dengan pembesasan DSAI, ianya "masih menjadi tanya''
yang jelas pengamat politik, pencandu dan penikmat "politiek tanah air", tertunggu dengan "debaran hati" dan denyut jantung yang semakin kencang,"bilakkah tarikh kerama PRU 14,akan diumumkan oleh "manusia bernama, Najib Razak, anak sulong, Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Razak Hussein,( yang telah pergi alam sana, semoga allah, mencucuri rahmat,keatas rohnya, semoga)
Sekian,Jabatku,titiek
PULIH UMNO, TUN MAHATHIR GUNA GHAFFAR BABA, NAJIB AKAN GUNA TENGKU RAZALEIGH ?
Ramai kalangan peminat, penikmat dan pencandu politiek negeri kelantan, khusunya "old-timer", tertanya tanya "kenapah karier politik Tengku Razaleigh Hamzah, tiba-tiba berada didalam ruang yang samar dan kelabu sedangkan pada realitinya di zaman Tun Razak, PM kedua berkuasa, bintang Ku li, bersinar terang benderang !
Dosa politik Ku Li yang paling besar, menubuhkan Parti Semangt 46,yang menjadi sebab kejatuhan Kerajaan BN Kelantan pada piliharaya umum 22 Oktober 1990
Bagaimanapun dosa politik itu terbayar apabila beliau bersetuju membubarkan parti Semangat 46 dan memasuki semula UMNO
sejak dari itu,Setiap kali berlaku rombakan kabinet, nama beliau disebut sebut,akan dilantik menjadi Menteri tapi pada akhirnya tidak ada apa-apa berlaku
sewaktu Tun Mahathir memerinta, selepas menghidupkan UMNO dan dikenali dengan nama UMNO baru, beliau telah melantik Tun Ghaffar Baba( kini telah berada dialam sana,semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya),
kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri berlakiu, apabila Man with the principle, with the great integrity, Datok Musa hitam, melepas geram dengan meletak jawatan kerana dikatakan "berselisih pendapat" dengan Tun Mahathir
dan bagi memulihkan imej UMNO dan ingin menunjukkan soliderity UMNO kepada rakyat,"situa ghaffar baba", dilantik menjadi timbalan perdana menteri, membantunya melakukan tugas-tugas sebagai orang nombor dua
dalam kes PM ke 6, Datok Seri Najib menghadapi "banyak masalah" termasuk kes 1MDB, ada pendapat berkata ada baiknya, banyak faedahnya jika Ku Li diberi jawatan Menteri Kewangan dan tugasnya- menyelesaikan masalah 1MDB
sebagai bekas menteri kewangan,yang mempunyai tidak sedikit pengalaman dalam bidang financing dan pernah menjadi Penasihat Ekonomi kerajaan Brunei, Ku Li dilihat :mampu berbuat banyak untuk "memulihkan pertumbuhan ekonomi negara"
dan yang lebih jauh dari itu, Ku Li, 80 tahun, peribahasa china said, Man Matured at the age of 80-merupakan pemegang rekod paling lama dalam Komonwealth,--menjadi ahli parlimen 10 penggal berturut-turut
dari segi kesihatan mental dan fizikal,Ku Li masih ok dan menghabiskan masa 30 minit setiap hari untuk melakukan swimming exercise
lalu kenapa kah orang lama,punya segudang pengalaman dalam politiek dan ekonomi, tidak digunakan untuk menyelamatkan "bangsa melayu" dan rakyat malaysia secara umumnya
pengasas Majalah TEMPO, essaist dan sekaligus penyair yang dua kali dijebeloskan kedalam penjara semasa era pemerintahan soeharto,Goenawan Mohamed,pernah berkata,Orang tua punya kelebihan, dia punuya kesalahan kita tak punya.
soalnya apakah Najib bersedia, bersetuju dan nekad untuk mengambil "pemimpin UMNO" yang pernah berkhidmat sebagai key person , pemimpin yang paling dipercayai dizaman bapanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri kedua negara, masih menjadi tanda tanya yang penuh misteri
yang jelas, pisau belati di tangan Najib,samaada ada beliau bersedia untuk "membelah timun" atau to repeat the history, berikan Datok Seri Najib waktu,dan waktu akan berbicara
sekian, jabatku,titiek
Wednesday, 3 January 2018
DOSA-DOSA POLITIEK MAHATHIR PADA TG RAZALEIGH, PADA USTAZ ASHAARI, PPAK LAH DAN NAJIB
Aku pada mulanya, enggan menulis tentang judul diatas, tapi melihat kepada "egoisme" Tun Mahathir,mengetuai pembangkang dan berambisi besar, menjadi PM semula, suara dalaman aku mendesak supaya aku menulis, apa yang aku tahu tentang Manusia bernama, Mahathir Mohamed
24 april 1987, perebutan kerusi Presiden UMNO, pada permulaan, menurut sumber dalaman UMNO,Ku li mendahului Mahathir Mohamed, menurut bekas Setiausaha Agung UMNO,Tan Seri Sanusi Junid,ketika bertemu Ku Li.mengakui Ku li menang, tapi disebabkan "semua jentera termasuk jawatankuasa pemilihan dan pengiraan UNDI" wajib "memenangkan Mahathir", Mahathir diistiharkan menang
Menang dengan kelebihan 43 undi, ini bermakna separuh dari perwakilan UMNO pada waktu itu mahu kerusi Presiden UMNO diganti dan Presiden baru dilantik
Dan pada bulan disember dua tahun lalu, setelah membuat appoinmetnt,harus menunggu seminggu baru dapat berjumpa Ku li diopisnya.
tujuan perjumpaan ingin wawancara pasal penulisan buku, judul dosa dosa che det diterbitkan Pak Habit,syed hussein al attas,pakai dua nama, Syed Hussein Al-Attas dan Nik Mahadi Nik Hassan
dijual dengnan harga $100 satu. aku kata pada Pak Habib, dikelantan buku itu tak laku dijual dikelantan, dia kata di Kuala Lumpur laku
"i bagi you 50 biji, you jual kat kelantan you will get rm5,000, aku kata OK dan menyerahkan skrip buku itu kepad beliau
buku itu kalau tak silap buku politik yang ke93 sepanjang karier beliau menulis buku politik dan menjadi sejarah besar kerana berganding dengan bekas wartawan penyiaran station tv swasta terbesar dinegara
menurut Tg Razaleigh pada waktu itu Mahathir less populer dikalangan ahli UMNO dan Ketua Bahagian UMNO berbanding dengan beliau yang sudah lama dalam kabinet
Mahathir juga dikatakan tidak ramai menggenali tokoh korporat berbanding dengan beliau
kesalahan kedua berdosa dengan ustaz ashaari muhammad, pengasas al-arqam(yang kini juga sudah berada dialam sana)yang mana sebagai Perdana Menteri mengguna all forces yang ada termasuk media mengatakan ashaari dan pengikutnya sesat dan mengharamkan pertubuhan al-arqam
ingin aku ceritakan pada anda semua,dakwaan itu benar, sewaktu mengikuti delegasi al-arqam selama tiga minggu diturki pada tahun 1993, ustaz ashaari tidak pernah missed solat tahajud, beliau bangun seawal pagi, jam 3 - 4 pagi beribadah sampai masuk waktu subuh
who the hell is Mahathir Mohamed mendakwa dan mengatakan beliau sesat ?
Dosa Mahathir pada Pak Lah kerana "keluar UMNO dan masuk semula UMNO, apabila Najib menduduki kerusi Presiden UMNO
dan Dosa Mahathir pada Najib kerana tidak berterima kasih kepada Najib memberi jawatan Menteri Besar secara percuma kepada anak Mahathir,Datuk Mukhriz
tapi disebabkan Mukhriz, "mematuk tangan" yang memberinya "makan", beliau di"nyahkan dari kerusi Menteri Besar dan kini berana ditebing sana bersama pembangkang
Najib masih dikatakan,PM yang baik kerana jika beliau ingin memalukan Mahathir, beliau boleh juga menggusik anak Mahathir, Mohzani Mahathir, yang merupakan antara orang yang berada dalam senarai yang terkaya di malaysia.
persoalannya,,dari mana "kekayaan" itu datang kalau bukan dari "kronisme"zaman Mahatir menjadi Perdana Menteri
akhir tapi tidak kalah penting, nasihat politiek kepada manusia tua,berusia 92 tahun, masanya sudah berlalu, ini masa dan zaman Datuk Seri Mohamed Najib Razak memerintah
Kuburkankah cita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke tujuh kerana "time is eating you away"
sekian untuk sementara, Jabatku Titiek
Tuesday, 2 January 2018
PAS BAKAL SERTAI BARISAN NASIONAL,B-N SEBELUM PRU 14 BERMULA ?
Seorang petapa,lelaki tua,berusia,85 tahun,yang pernah bertapa,didalam gua dijajahan gua musang, lokasi tempat pertemuan tiga muara sungai, sungai Kelantan,Sungai Terengganu Sungai Pahang, yang tidak makan dan tidak "minum" selama dua tahun,hanya berzikir allah,allah,allah,dan hanya minum,titisan air gua dan mempunyai "mata tembus pandang" dan yang melihat dengan "mata hati" melihat perspektif kehidupan dan penghidupan politiek dari perspektif yang berbeda
Beliau yang hanya hidup dan menyara kehidupan keluarga dengan hanya memberikan perubatan dan rawatan Islam kepada "pesakit"yang tidak dapat diubati doktor modern
selain itu, beliau juga menjual "batu permata" dan rumahnya saban waktu didatangi penggunjung yang ingin mendapatkan rawatan mistik
anehnya, berdsarkan soal jawab dengan mereka yang datang kerumahnya,majoriti pesakit "sembuh" setelah mendapat rawatan
beliau tidak menetapkan "bayaran perubatan", terserah kepada pesakit untuk "memberi" asalkan ikhlas
perhubungan aku dengan beliau baik baik saja kerana aku adalah wartawan jaringan yang pertama dalam hidupnya datang kerumahnya, berbual dan bertanyakan sejarah, asal usul, beliau terbabit dalam perubatan Islam
ketika ditanya, ayat al-quran yang manakah yang paling mujarab dan menyembuh segala penyakit beliau berkata al-fatihah
bagi siapa saja yang terkena penyakit apa jua jenis penyakit,amalkan al-fatihah dan jadikan wirid harian, baca sebanyak mungkin inshaallah dengan izin allah akan sembuh
bedasarkan perbualan politiek,PRU ke 14, aku dapat tarik benang kesimpulan, keputusan PRU ke 14 dan kedudukan kerusi parlimen yang bakal dimenangi calon B-N dan calon Pembangkang
BN 143 kerusi Pakatan Harapan DAP,PKR,AMANAH dan BERSATU 79 kerusi
apakah betul ramalan itu, kita sama sama lihat dan tunggu
sekian untuk sementara,Jabatku dan titiek
DATOK ISMAIL HASSAN,REDLAND "TELAH DIKAMBINGHITAMKAN" ?
Barangkali,ahli UMNO Kelantan telah lupa atau sengaja melupakan tokoh korporat, Datok Ismail,Redlland abang kepada Bekas Ahli Parlimen, Tanah Merah,Datok Shaari Hassan yang telah dikenakan tinda.kan disiplin oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana "kesalahan yang tidak dapat dibuktikan dengan jelas", yang pada waktu itu, pengerusi Lembaga Disiplin,bekas Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudeen
Berita tindakan Lembaga Disiplin itu keluar muka depan akhbar Utusan Malaysia yang membabitkan kesalahan Datuk Ismail. aku selepas membaca berita itu terus menalipon Datok Ismai bertanya kan sebab dan musabat beliau dikenakan tindakan sekejam itu
aku memulakan pertanyaan, apa sudah jadi dan terjadi pada UMNO kerana memecat manusia bernama,Datok IsmailRedland yang tidak kurang banyak berjasa kepada penduduk dikawasan parlimen Tanah Merah
Beliau lantas menceritakan keadaan sebenar bahawa beliau telah difitnah gara-gara permainan politik individu tertentu yang tidak senang keberadaan beliau bermain politik di kawasan parlimen Tanah Merah
Justru itu, beliau yang tidak senang dengan permainan politik yang tidak puteh, menggundur diri dan tidak ingin lagi bermain politik dan menumpukan perhatian terhadap businessnya
Kini setelah lama meninggalkan dunia politik dan memberi tumpuan terhadap perniagaannya beliau telah berjaya muncul sebagai usahawan melayu yang sukses dalam bidang aviation
Kini beliau mempunyai beberapa pesawat yang menawarkan perkhidmatan ekslusif kepada pelanggan yang mempunyai kantong yang tebal
Dan dikalangan golongan korporat di ibu negara,nama Datok Ismail bukan sekadar sebuah nama, tapi itu "sudah sinonim" dengan "budaya korporat"- yang meletakkan wang -sebagai ultimate goal dalam pencarian kehidupan mereka
Bagi golongan ini, maaf cakap, bagi mereka yang mempunyai fahaman extreme terhadap dunia materialistik, money is everything
apa pun yang dibicarakan, wang itu tidak dapat dibawa mati,tidak dibawa masuk kedalam kubur,yang dibawa amal soleh dan kebajikan yang dillakukan sewaktu tubuh masih bernyawa alam maya ini
sebagai kawan,aku sekadar ingin memberi peringatan kepada diri, diri terperi diri sendiri, dalam sepotong kehidupan yang serba sementara ini, kita adalah debu yang bersembunyi dicelah celah gerimis hujan,
sekian untuk sementara, jabatku, titiek
Berita tindakan Lembaga Disiplin itu keluar muka depan akhbar Utusan Malaysia yang membabitkan kesalahan Datuk Ismail. aku selepas membaca berita itu terus menalipon Datok Ismai bertanya kan sebab dan musabat beliau dikenakan tindakan sekejam itu
aku memulakan pertanyaan, apa sudah jadi dan terjadi pada UMNO kerana memecat manusia bernama,Datok IsmailRedland yang tidak kurang banyak berjasa kepada penduduk dikawasan parlimen Tanah Merah
Beliau lantas menceritakan keadaan sebenar bahawa beliau telah difitnah gara-gara permainan politik individu tertentu yang tidak senang keberadaan beliau bermain politik di kawasan parlimen Tanah Merah
Justru itu, beliau yang tidak senang dengan permainan politik yang tidak puteh, menggundur diri dan tidak ingin lagi bermain politik dan menumpukan perhatian terhadap businessnya
Kini setelah lama meninggalkan dunia politik dan memberi tumpuan terhadap perniagaannya beliau telah berjaya muncul sebagai usahawan melayu yang sukses dalam bidang aviation
Kini beliau mempunyai beberapa pesawat yang menawarkan perkhidmatan ekslusif kepada pelanggan yang mempunyai kantong yang tebal
Dan dikalangan golongan korporat di ibu negara,nama Datok Ismail bukan sekadar sebuah nama, tapi itu "sudah sinonim" dengan "budaya korporat"- yang meletakkan wang -sebagai ultimate goal dalam pencarian kehidupan mereka
Bagi golongan ini, maaf cakap, bagi mereka yang mempunyai fahaman extreme terhadap dunia materialistik, money is everything
apa pun yang dibicarakan, wang itu tidak dapat dibawa mati,tidak dibawa masuk kedalam kubur,yang dibawa amal soleh dan kebajikan yang dillakukan sewaktu tubuh masih bernyawa alam maya ini
sebagai kawan,aku sekadar ingin memberi peringatan kepada diri, diri terperi diri sendiri, dalam sepotong kehidupan yang serba sementara ini, kita adalah debu yang bersembunyi dicelah celah gerimis hujan,
sekian untuk sementara, jabatku, titiek
Monday, 1 January 2018
DATIN SER ROSMAH MANSOR : P.MAS,KELAS PERTAMA PERMATA
Barangkali tidak ramai dikalangan kita yang mengingati tarikh,tempat dan bila majlis pelancaran PERMATA dilakukan.
Kelas tadika di taman Perumahan Kubang Panjang, pasir mas, merupakan tempat bersejarah apabila Permata diumumkan keberadaan dan fungsinya untuk mencerdaskan pemikiran pelajar di peringkat pra sekolah
Ianya dilancarkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri,Datok Sei Mohd Najib Razak, dan disaksikan oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datok Abd Rahim Rahman
setelah mendapat arahan dari news room KL, untuk membuat coverage aku bersama kameraman bergegas kelokasi
apabila sampai ke Tadika tersebut, aku meliat tidak ada persiapan untuk menyambut kedatangan Datin Rosmah Mansor
aku terus berjumpa Guru Besar, perempuan, separuh umur da bertanya dimana tempat yang akan diadakan sidang media
Beliau lantas berkata, beliau tidak tahu Rosmah Mansor akan datang melawat cuma baru sebentar tadi beliau dimaklumkan kedatangan Datin Rosmah Mansor
diluar biliknya ada bilik darjah dan beberapa meja dua kaki tinggi, aku memberitahunya macam mana Datin Rosmah Mansor akan duduk bersila untuk membuat sidang media
Beliau berkata tidak tahu apa yang harus dibuat
aku lantas mengarahkannya membawa keluar meja guru dan kerusi set dan membuat persiapan pra sarana untuk memudahan Datin Rosmah Mansor membuat sidang media
sejam kemudian, Datin Rosmah Mansor datang dan melawat kelas tadika dan terus membuat sidang media
aku tidak tahu persis samaada Datin Rosmah Mansor, masih menggingati peristiwa melawat tadika dan membuat sidang media, pertama kali mengenai perancangan beliau untuk mengembangkan programkelas pertama keseluruh negara
aku kira bekas ketua UMNOBahagian Pasir Mas,Datok Abdul Rahim Rahman masih menggingati peristiwa itu
yang menggembirakan Datin Rosmah Mansor, apabila kerajaan memperuntukan RM800 Juta bagi menjayakan projek PERMATA
sekian untuk sementara, jabatku ,titiek
Subscribe to:
Posts (Atom)