Saturday, 3 February 2018

AL-ARQAM, SESAT, MAHATHIR,kita LANGKAWI


dUA HARI lalu, bekas editor Mingguan Islam, Syed Jaafar dan temannya, Ustaz Radhi, anak saudara bekas Perdana Menteri,Paklah, datang berziarah, selepas solat Jumaat. Mereka dijamu dengan "roti capati",di restoran separuh elite. Tidak ada apa yang menarik yang diobrolkan, cuma kami sepakat,bersetuju-sebulat suara-Tun Mahathir-perlu minta maaf kepada allahyarham abu ya Ustaz ashaari Muhammad dan seluruh "pengikut al-arqam" kerana "mengeluarkan fatwa politiek"- al-arqam sesat dan menyesatkan

dan seluruh media pada waktu yang berada dibawah regim pemerintahan diktator Tun Mahathir Mohamed, turut "berdosa", terlibat menyiarkan "berita" al-arqam sesat dan menyesatkan.sedang pada realitinya, mereka , pengikut al-arqam, mempunyai kalimat shadat yang sama, cuma mereka mengamalkan wirid aurad Muhammadiah, itu saja dan titiek

berbicara tentang al-arqam, teringat aku pada kenangan manis musim panas, september 1993, dimana akan diberi penghormatan puncak,oleh abuya ustaz ashaari,--kini telah berada dialam sana--semoga roh beliau di cucuri rahmat oleh yang mana esa---untuk mengikuti ekspedisi al-arqam di kota bersejarah, Turki

selepas pulang dari turki, setahun selepas itu aku menulis buku, SIAPA LEBIH TOKOH : USTAZ ASHAARI MUHAMMAD ATAU MAHATHIR--YANG menarik buku aku itu bertaburan di markas marqar al-arqam yang ada di pelusuk dunia--bermula dari Jakarta,Manila,Bangkok, Tokyo,Seoul,London, Paris,Cairo,Amman,Damsyik,Baghdad--sekadar menyebut beberapa nama--dan dalam bahasa Inggeris diberi judul, Who is more credible,Ustaz Ashaari Muhammad or Mahathir Mohamed--

dan antara isi yang aku masih ingat, aku menulis Mahathir Mohamed, kalau tidak lagi menjadi Perdana Menteri, kalau pergi ke station bus, publik tidak menghiraukan dia sama sekali, never give a damn about him--

dan ternyata apa yang aku tulis, 24 tahun lalu, ternyata benar hari ini

Hari ini,jika kita melihat dan memerhatikan telatah, manusia tua bernama Mahathir Mohamed, yang berusia 92 tahun, bercita cita untuk jadi ahli parlimen Pulau Langkawi selepas PRU 14 dan sekaligus menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk kedua kali

alasan yang diberikan beliau yakin penduduk langkawi akan menggundinya kerana langkawi membangun kerana beliau semasa menjadi Perdana Menteri bertanggungjawab memaju dan memodenkan pulau langkawi

Tapi tunggu dulu, itu cerita dulu, rakyat menyokong kerana beliau berada dalam UMNO tapi hari ini beliau berada dalam "perahu lain warnanya" sudah populeritinya turut merosot, apatah lagi berada di parti politik pembangkang

sekian, Jabatku, titiek

No comments:

Post a Comment