Monday 16 April 2012

PRU KE 13 : B-N MENANG LAGI ?

Hari ini Pengarah Jabatan Hal ehwal Khas, Taharudin Yakob, membuat "daring statement" apabila mengatakan BN akan "menang lagi dan sekaligus memerintah negara untuk kesekian kali" selepas PRU ke13. alasan yang diberikan, "berdasarkan kajian" yang dilakukan "awak-awaknya". Bagaimana pula dengan 10 lagi agensi kerajaan yang membuat kajian-apakah hasil mereka "sama" dengan JASA.? Dengan lain perkataan, beliau cuba mengatakan "persepsi penggundi", sudah berjaya "dirubah dan diubah", ini bermakna "sebahagian besar persepsi 12 juta penggundi PRU ke 13, "sudah berjaya di"bius" , dicandu dan digula-gulakan. Ini bottom line of the story yang ingin di"unggapkan" beliau

Apapun yang diperkatakan tentang BN, rata-rata public opinion, mengatakan "untuk merobek-robek, menjatuh dan "meruntuhkan" kerajaan BN "bukan suatu kerja yang mudah dan tidak dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

alasan pembangkang, "rakyat mahukan perubahan politik".Perubahanah politik yang bagaimana yang diinginkan "rakyat negara ini"? Perubahaan "tidak ada lagi keistimewaan bangsa melayu" ? Perubahan bertambahnya "jumlah kerusi-kerusi" parlimen dari 222 kerusi parlimen kepada 322 kerusi Parlimen yang majoritasnya "terdiri" dari bukan orang-orang melayu ? atau bagaimana ?

sebenarnya, ada juga pendapat ektrem mengatakan, "malaysia tidak memerlukan perubahan politik yang drastik", apa yang ada dan seada adanya hari ini sudah cukup dan memadai.Pun begitu pihak pembangkang melihat di sisi yang lain dan sebaliknya.

Mereka mahukan perubahan politik dan "mahu menduduki" Putrajaya, mereka barangkali keliru apabila membandingkan sketsa politik negara ini dengan negara Indonesia, Thailand,Filipina, India justru di negara terbabit terdapat ramai golongan "miskin", below the par.

Manakala di negara ini banyak golongan "middle class society", yang mempunyai pekerjaan,dapat mencari rezeki malah mampu "menabung" dan perut "mereka sentiasa kenyang" dan saban hari semakin buncit dan membuncit. Anak-anak mereka dapat meneruskan pengajian keperingkat tertinggi dan apabila "tamat pengajian" dapat bekerja, makan gaji, kahwin,apabila tua-: mati dengan sederhana:

cuma satu kesilapan kerajaan BN hari, begitu ramai graduate melayu yang keluar dari IPTA dan IPTS-semuanya mahu :kerja makan gaji, keadaan ini tidak sama dengan mahasiswa-mahasiwa kaum China.

Tidak ramai kalangan mereka yang keluar, kerja "makan gaji" atau berkhidmat dengan kerajaan. Jika keadaan ini berlarutan selama 100 tahun lagi, barangkali kerajaan B-N "tidak ada duit untuk membayar gaji" atau bagaimana ?

Dan pada waktu itu slogan "rakyat mahukan perubahan politik" sesuai dan relevant. Dan pada waktu itu sosok tubuh bernama Najib, Muhyiddin,Haji Hadi Awang Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Guan Eng sudah "tidak ada lagi". Mereka sudah berada di"alam lain"

Harimau Mati meninggalkan belang, Gajah Mati meninggalkan Gading dan "manusia mati meninggalkan nama". soalnya "nama" yang bagaimana ?

Barangkali "persepsi penggundi 100 tahun lagi" dapat memberikankan jawapan yang tepat terhadap soalan cynical dan sederhana tajam itu,barangkali.



 Eng, Ha

1 comment:

admiral said...

bila nak tulis lagi.....???

Post a Comment