Thursday 2 June 2011

Islam, Bermuda Triangle, misteri dan Wakaf Che Yeh dan Tok Kenali

Misteri Bermuda Triangle, hari ini persis seperti sebuah gua hitam,pinjam isitilah penyair, Pyanhabib,seperti puisi juga,sulit dan sukar untuk diterjemahkan maknanya itu,--aku kira pyan masih ingat, pertemuan aku dengannya di Universitas Bung Hatta, Padang, Sumatera Barat, dan dinner dirumah Gobenor, Sumatera Barat--yang tepat memang, misteri itu, masih menjadi histeri, meskipun mempunyai peralatan teknologi canggih, saintis amerika, tidak dapat "membongkar rahsia seabad manusia tidak bertuhan"

meskipun menmpunyai pemancar satelit, yang canggih, imej-imej yang diterima, masih kelabu, tidak jelas, tidak dapat dijadikan petunjuk, petunjuk arah, untuk mencapai, dan mendapat kebenaran realitas ini

penulis amerika, manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, yang tidak sengaja ditelontar dan ditelantarkan dibumi ini,bernama Vincent Judith, mulai menulis mengenai Segi Tiga Bermuda. Tempat ini katanya merbahaya dan berbahaya kepada semua "kenderaan udara dan kenderaan laut",lokasinya--hujung tenggara puerto rico,hujung baratnya kawasan diMiami, Florida, ia meliputi keluasan 770 kilometer persegi

sepanjang kajiannya,sejak tahun 1780 sehingga 2002, sebanyak 293 "kapal laut telah "ghaib,"--tidak dapat dikesan kerangka-kerangka kapal--dan 142 kapal pesawat pejuang amerika ghaib dengan tiba-tiba, dan sehingga kini--tidak ada jawapan tepat--mengenai segi tiga ini--
dan ianya masih menjadi "sebuah misteri".

Meskipun menggunakan peralatan canggih satelite,"kerangka-kerangka kapal terbang, jet pejuang" tidak ditemui di dasar laut,pun begitu juga dengan kapal-kapal dagang yang "tiba-tiba ghaib" juga tidak ada kerangkanya didasar laut"

keadaan ini, memening dan memusingkan kepala para saintis yang tidak bertuhan itu dan yang hanya bertuhankan akal "rasional" mereka, selain dari itu, akan ditolak total, oleh mereka


Puerto Rico,istilah bahasa Kuno, bermakna "Pantai Cahaya,",lalu kalau kita kaitkan dengan Islam,asal usul kejadian jin, misteri itu lagi, menjadi misteri, tapi dari perspektif, ahli sains barat, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, "yang menolak eksistansi Yang Maha Esa" dalam kehidupan mereka, alam ghaib, alam yang satu lagi, alam jin--tidak dapat diterima "akal mereka"--

bagi mereka sebarang ilmu atau teori yang ingin dbuktikan kebenarannya, mestilah melepasi tahap tahap penyelidikan,dan hasil penyelidikan mestilah mestilah mempunyai empat ciri--sistematis,universal,metode(kaedah) dan objektif--

dalam hubungan misteri Bermuda Triangle ini, sudah tentu--kajian dan penyelidikan yang dilakukan secara metafizik ini tidak dapat memberi jawapan--justru--"misteri objek tiba-tiba ghaib--itu perlu dikaji menerusi "ilmu islam dan kaeadah-kaedah" alam satu lagi

Menurut, Datok Haji Ismail Kamus dalam kitab,Jin ,Hakikat dan pengubatan--wujud satu kerajaan jin bawah air dikawasan seluas 350 kilometer persegi-dilokasi itu--

Kerajaan Jin ini katakan mampu melumpuhkan sistem satelit changgih Amerika Syarikat, yang menyebabkan saintis amerika pusing kepala dan gagal memberikan jawapan terhadap misteri ini

menurut teman aku, yang enggan namanya disiarkan,misteri itu akan dapat diselesaikan jika beliau turun tangan. jawapannya mudah dan simple saja, mat salleh yang ingin membongkar misteri bermuda triangle itu mestilah seorang pakar "satelite,saintis, ", mesti memeluk agama Islam dan yang paling "mengeri dan menakutkan" mesti "bersunat", datang ke kelantan dibawa berjumpa dengan "pakar jin" dan mesti berjiwa kental, semangat juang tinggi,tahan mental untuk melakukan "latihan rohani", latihan berzikir, paling tidak dalam tempoh 24 jam, perlu berzikir, paling minimal 10,000 sehingga 20,000 kali setiapang  hari, perlu ber"suluk"--(jika perlu, bergantung kepada keadaan), dan berpuasa untuk satu jangka masa yang bakal ditentukan nanti---tujuan untuk menembusi alam ghaib dan sekaligus "memasuki alam jin".

aku hanya, tersenyum dan batuk-batuk kecil mendengar penjelasannya. soalnya, adakah ada kalangan saintis barat, sanggup memenuhi "syarat yang ketat" dan "sadistik itu", ia masih menjadi tanda tanya yang panjang, berliku-berliku dan mengangga.titik

Sekian. titik.

Jabatku

No comments:

Post a Comment