Monday, 16 April 2018
10 MEI 2018, NAJIB AKAN TETAP "DIBAPTISED" SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA UNTUK KESEKIAN KALI
Barangkali ramai dikalangan "pakar bahasa" marah, dan marah-marah kerana aku menggunakan "perkataan dibaptised"yang dalam konteks ini membawa pengertian, di"lantik",disahkan,di"legalised", sebagai Perdana Menteri, untuk kesekian kali. Tapi apa pun dalam "konteks", essaist, itu tidak penting
yang penting, lebih jauh dan lebih dalam dari itu,Najib Razak, perdana menteri, yang keenam-mampu menempuh gelombang,tsunami politik,1MDB,yang lebih besar dari akan "makna sebuah perkataan besar," dengan nada bersahaja dan berselamba, mampu "mengekalkan kuasa politiek" kerajaan Barisan Nasional, yang mempunyai tidak sedikit "jasa,budi dan "harga diri",kepada seluruh rakyat malaysia yang masih bernafas, dan mampu menghirup udara segar, di negara yang dulunya dikenal, dengan nama semenanjung Tanah Melayu, kini, bergelar Malaysia
sebuah negara yang menjadi I-CON dan model negara maju bagi negara negara Islam yang lain, yang ada dan seada adanya, dikalangan negara OIC, Organisation of Islamic Council
dan fakta ini, khususnya bagi pihak opposisi, tidak dapat ditolak dengan mudah. Persoalan samaada pemimpin kerajaan BN terlibat dengan korupsi, jentera pentadbiran, secara minority, terlibat dan terbabit dengan elemen rasuah, "itu urusan nanti", yang jelas SPRM saban hari mengheret dan mendakwa kakitangan kerajaan,yang terlibat dengan kegiatan rasuah kemahkamah
yang jelas, kerajaan BN,cuba menjadikan dan telah menjadikan kerajaan BN kelihatan bersih dan terbukti bersih, dikacamata politik, rakyat pada umumnya
soal sama ada ramai Menteri, Timbalan Menteri, ahli parlimen BN yang kaya raya, meraih kekayaan menerusi "plaform politiek", itu juga urusan lain, itu urusan nanti--yang jelas- mereka mampu memberi perkhidmatan terbaik, dan mereka di senangi, rakyat, penggundi dikawasan mereka
itu saja, dan inilah politik dalam konteks negara membangun, developing nation sebagaimana negara kita, Malaysia, yang ada dan seadanya, yang baru berusia 60 tahun, selepas meraih kemerdekaan dari Queen Elizabeth, belum lama ini
yang aneh dan mengkagetkan, menurut, ramalan anak murid syed kuning, bernasab kepada tokoh ulama terkenal, tokoh tarikat, dari Terengganu, Tok Ku Paloh, maramalkan kerajaan Barisan Nasional,BN, pimpinan Najib Razak, bukan saja mampu mengekalkan kuasa politik tapi kemenangan kerajaan BN, dalam PRU 14 jauh lebih besar dari PRU ke 13
alasan yang diberikan "beliau", amat mudah dan simple, majoriti rakyat ini "terkesan. tersentuh dengan budi dan jasa kerajaan BN" membina negara ini, sampai keperingkat, apa yang kita ada har ini
katanya sebagai umat Islam yang mempercayai qada dan qadar, umat Islam negara ini perlu menyikat dan bercemin diri, melihat akan "kedalaman diri sendiri", untuk mengenali diri sendiri, sebelum berbicara tentang dosa dosa politiek yang dilakukan "orang lain"--?--
mereka perlu akur dan sedar,"kuasa allah", tangan tangan ghaib yang maha besar dan maha mengetahui, akan nasib sebenar negara kita malaysia, telah memilih dan "melantik", manusia yang bernama Najib Razak, untuk menjadi pemimpin, dan Perdana Menteri sampai kedetik ini
Beliau menjangkakan BN mampu menang paling sedikit 150 kerusi parlimen dalam PRU ke 14 ini manakala bakinya milik PAS dan Pakatan Harapan
sejauh mana benar ramalan ini, tunggu tanggal mainnya, 9 Mei,2018, pasti hebat,dong
sekian, Jabatku, titiek
Tuesday, 10 April 2018
15 juta PENGGUNDI, AKAN TENTUKAN NASIB KERAJAAN BN ?
tANGGAL 9 MEI,2018, RABU KELIWON, merupakan tanggal keramat, dimana pada hari itu, penggundi,rakyat malaysia, yang berdaftar dengan SPR, akan keluar, menggundi, samaada mereka memilih kerajaan BN atau pakatan opposisi, itu urusan nanti
dan berdasarkan catatan SPR, sejak PRU pertama diadakan sehingga ke hari ini,jumlah penggundi,yang keluar membuang undi, tidak pernah mencecah angka 100 peratus, ianya berkisar antara 70 peratus sehingga 80 peratus. lalu "kemana" menghilangnya baki peratusnya itu ?
Negara kita sudah mencapai kemerdekaan hampir 60 tahun, sudah 13 kali PRU diadakan,namun setiap kali PRU diadakan,jumlah penggundi keluar menggundi, masih tidak sampai100 peratus ?
lalu bagaimana dengan 60 tahun lagi, masih "ada peratus" yang tidak keluar menggundi ? untuk menjawab pertanyaan itu, mudah dan simple saja, dari segi psikologis, kita perlu membedah, membelah, pola berfikir,kerangka berfikir secara keseluruhan rakyat malaysia
jika tahap pemikiran rakyat malaysia,penggundi malaysia masih berada di tahap hari ini, maka fenomen penggundi tidak keluar menggundi, akan menjadi masalah biasa,bukan masalah besar
lalu dengan 15 juta jumlah penggundi yg bakal keluar menggundi ini, kerajaan BN akan tumbang dengan sekelip mata sebagaimana "dakwaan" pembangkang
untuk membuat simple calculation, jika 50 peratus dari jumlah penggundi itu, memberikan undi kepada kerajaan BN, bukankah kerajaan BN akan mampu menggekalkan "kuasa politiek" dan memerntah semula negara ini atau bagaimana
apapun yang diperkatakan tentang PRU ke 14, ini adalah ramalan keputusan PRU 14,sebagaimana dilapurkan, diramalkan, seorang ahli makrifat, berusian 80 tahun, yang enggan identitinya didedahkan.
Barisan Nasional 160 kerusi manakalan Pakatan Harapan 50 kerusi dan PAS 12 kerusi
apakah benar ramalan itu, sama samalah kita lihat nanti
sekian, Jabatku, titiek
Friday, 6 April 2018
RAMALAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA PRU KE 14,SUATU UTOPIA ?
The God has died, Tuhan telah mati, kata ahli falsafah terkemuka Jerman, Niesze,suatu waktu tidak berjarak dulu, dalam tulisan "Nothingness"- dan kini (barangkali) demokrasi, telah mati, di mana mana negara, di rantau asia tenggara, atau bagaimana ?
atau slogan itu sengaja direka cipta,untuk "menampakkan kelemahan, kelesuan dan kelemahan "urat-urat kelamin politike parti pembangkang atau "bagaimana" ?
Rakyat malaysia secara umumnya bergembira, khusunya penyokong "opposisi",apabila PM Malaysia Datok Seri Mohd Najib Razak, PM ke 6, yang menggemari no 11,sebagaimana yang dilaporkan akhbar the star hari ini, mengumumkan, pembubaran parlimen, bermula semalam.
Dan bertolak dari detik itu, kedengaran suara, "tukar kerajaan", change the goverment, dan pilihlah "kerajaan baru," ganti kerajaan Barisan Nasional, pilih kerajaan baru, "semudah dan semurah" itukah untuk "menukar kerajaan yang sedia ada ?
berbalik kepada nombor 11, yang dikatakan nombor kegemaran Najib Razak, dari segi Numberlogy, ilmu number, 11 membawa pengertian 1 dicambur dengan nombor 1, menjadikan nombor 2, dan jika diterjemahkan dalam konteks politik malaysia,PRU ke 13,Najib menanng untuk pertama kali dan dalam PRU ke 14, Najib akan menang untuk "ke 2 kali", sejauh mana benar ilmu numberlogy ini, sama sama lah kita lihat nanti
sebuah pertubuhan bukan kerajaan, yang berpengkalan di stockholme, membuat gall up poll,ramaln keputusan pilihanraya PRU ke 14, BN akan menang 160 kerusi parlimen manakala gabungan parti pembangkang cuma "mampu menang 62 kerusi parlimen"---alasan yang diberikan, mudah dan sederhana sahaja : Isu IMDB bukan menjadi faktor pemangkin untuk majoriti rakyat malaysia, penggundi yang berjumlah 18 juta---,untuk menolak kerajaan, kerajaan BN dan memilih parti pembangkang, yang masih huru hara dan tidak jelas hala tuju, perjuangan--
kalau hendak dikatakan rakyat malaysia tidak pernah menukar kerajaan,itu kenyataan tidak benar kerana semenjak mendapat kemerdekaan dari british dan memerintah sendiri negara, rakyat di negara ini sudah 19 kali menukar kerajaan, khususnya di peringkat negeri bermula di kelantan 1973,1977, 1990,,Terengganu 1959,1961,1999,2004, diPulau Pinang 1969,1972,2008. di sabah 1990, 1994, selangor 2008,kedah 2008,2013 dan di Perak 2008, cuma diperingkat persekutuan, belum berlaku lagi peristiwa "tukar kerajaan"secara menyeluruh.
kenapa keadaan sedemikian belum berlaku ? kerana rakyat malaysia, penggundi di malaysia : matang bermain politik, mereka dapat menilai yang mana intan, yang mana permata
semua kaum di negara ini mahukan kerajaan yang stabil, mereka dapat hidup dalam suasana aman dan damai, tidak seperti penduduk di negara negara lain yang mempunyai banyak masalah
perjuangan menukar kerajaan di negara kita, munkin saja boleh berlaku, apabila kita kita semua, sudah dimamah dan dimakan cacing tanah--dan 100 tahun--lagi rakat malaysia, we are malaysian berkesempatan untuk berfikir, dan memikirkan--konsep perjuangan menukar kerajaan---tapi jika DAP masih sentiment dengan dasar perjuangan, lebih china dari china, --konsep menukar kerajaan itu, perlu ditambah 200 tahun lagi---kerana bangsa melayu akan kuat dengan perjuangan dan sentiment--takkan melayu hilang didunia meskipun bangsa melayu "mudah lupa"----atau bagaimana ?
Sekian untuk sementara, Jabatku titiek, titiek titiek yang luka.
Subscribe to:
Posts (Atom)