Monday, 16 April 2012

LIMA SECRET SERVICE AGENT.CIA HAVING ILLICIT SEXUAL INTERCOURSE OUT-SIDE WEDLOCK ?

Dipagi yang cerah, dan hening semalam, aku tersenyum dan "batuk-batuk kecil"apabila membaca berita Allvoices,internet global news, yang ditulis wartawati tangguh, Veronica Robert,dari Amerika Syarikat "mendedahkan" lima secret services agent, pengawal keselamatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dihantar pulang setelah terbabit dalam skandal melanggan pelacur, sewaktu lawatan Obama ke sebuah negara di Amerika Selatan.

CNN turut memberikan liputan meluas terhadap berita sensasi dan sengaja disensasikan dan menjadi breaking news. Didalam komen aku terhadap berita Veronica Robert, aku menulis mereka, meskipun pengawal keselamatan Barrack Obama, mereka "tetap juga manusia", sebagai lelaki, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, mereka "perlu melempaskan tempias sex", temptation to have sexual intercourse is very great-justru menyebabkan "mereka tumbang",dan hilang pertimbangan rasional dan sanggup "menggunakan perkhidmatan wanita bermata remang",tanpa memperdulikan "status,pangkat" dan siapa diri mereka sebenar

Benar sebagaimana yang diunggapkan Imam Al-Ghazali, apabila alat kelamin lelaki sudah tegang (barangkali semakin tegang dan menegang) dia sudah hilang 2/3 pertimbangan rasional, dia cuma berfikir dengan 1/3 pemikiran rasional

itulah barangkali nasib yang menimpa lima pegawal keselamatan Presiden Barrack Obama, "ketika kejadian yang memalu dan memilukan itu berlaku", hanya berfikir dengan 1/3 otak, bukan sepenuhnya. titik

PRU KE 13 : B-N MENANG LAGI ?

Hari ini Pengarah Jabatan Hal ehwal Khas, Taharudin Yakob, membuat "daring statement" apabila mengatakan BN akan "menang lagi dan sekaligus memerintah negara untuk kesekian kali" selepas PRU ke13. alasan yang diberikan, "berdasarkan kajian" yang dilakukan "awak-awaknya". Bagaimana pula dengan 10 lagi agensi kerajaan yang membuat kajian-apakah hasil mereka "sama" dengan JASA.? Dengan lain perkataan, beliau cuba mengatakan "persepsi penggundi", sudah berjaya "dirubah dan diubah", ini bermakna "sebahagian besar persepsi 12 juta penggundi PRU ke 13, "sudah berjaya di"bius" , dicandu dan digula-gulakan. Ini bottom line of the story yang ingin di"unggapkan" beliau

Apapun yang diperkatakan tentang BN, rata-rata public opinion, mengatakan "untuk merobek-robek, menjatuh dan "meruntuhkan" kerajaan BN "bukan suatu kerja yang mudah dan tidak dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

alasan pembangkang, "rakyat mahukan perubahan politik".Perubahanah politik yang bagaimana yang diinginkan "rakyat negara ini"? Perubahaan "tidak ada lagi keistimewaan bangsa melayu" ? Perubahan bertambahnya "jumlah kerusi-kerusi" parlimen dari 222 kerusi parlimen kepada 322 kerusi Parlimen yang majoritasnya "terdiri" dari bukan orang-orang melayu ? atau bagaimana ?

sebenarnya, ada juga pendapat ektrem mengatakan, "malaysia tidak memerlukan perubahan politik yang drastik", apa yang ada dan seada adanya hari ini sudah cukup dan memadai.Pun begitu pihak pembangkang melihat di sisi yang lain dan sebaliknya.

Mereka mahukan perubahan politik dan "mahu menduduki" Putrajaya, mereka barangkali keliru apabila membandingkan sketsa politik negara ini dengan negara Indonesia, Thailand,Filipina, India justru di negara terbabit terdapat ramai golongan "miskin", below the par.

Manakala di negara ini banyak golongan "middle class society", yang mempunyai pekerjaan,dapat mencari rezeki malah mampu "menabung" dan perut "mereka sentiasa kenyang" dan saban hari semakin buncit dan membuncit. Anak-anak mereka dapat meneruskan pengajian keperingkat tertinggi dan apabila "tamat pengajian" dapat bekerja, makan gaji, kahwin,apabila tua-: mati dengan sederhana:

cuma satu kesilapan kerajaan BN hari, begitu ramai graduate melayu yang keluar dari IPTA dan IPTS-semuanya mahu :kerja makan gaji, keadaan ini tidak sama dengan mahasiswa-mahasiwa kaum China.

Tidak ramai kalangan mereka yang keluar, kerja "makan gaji" atau berkhidmat dengan kerajaan. Jika keadaan ini berlarutan selama 100 tahun lagi, barangkali kerajaan B-N "tidak ada duit untuk membayar gaji" atau bagaimana ?

Dan pada waktu itu slogan "rakyat mahukan perubahan politik" sesuai dan relevant. Dan pada waktu itu sosok tubuh bernama Najib, Muhyiddin,Haji Hadi Awang Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Guan Eng sudah "tidak ada lagi". Mereka sudah berada di"alam lain"

Harimau Mati meninggalkan belang, Gajah Mati meninggalkan Gading dan "manusia mati meninggalkan nama". soalnya "nama" yang bagaimana ?

Barangkali "persepsi penggundi 100 tahun lagi" dapat memberikankan jawapan yang tepat terhadap soalan cynical dan sederhana tajam itu,barangkali.



 Eng, Ha

Sunday, 1 April 2012

DATOK NIK AZIZ, TOK BALI DAN 21 TAHUN

"Saya gembira sangatlah, bila kerajaan pusat nak jadikan tok bali sebagai pelabuhan antara bangssa, dulu dikelantan banyak pengkalan, pengkalan datu, pengkalan chepa, banyak kapal-kapal besar masuk," kata Menteri Besar, Datok Nik Aziz Nik Mat, ketika aku wawancaranya di pejabatnya, jam 11.30 pagi tadi

"Syukurlah, alhamduilillah,allah makbulkan kota kita, 21 tahun, tunggu, baru makbul," katanya

Datok Nik Abdul Aziz berkata, baguslah pelabuhan Tok Bali dibesarkan, pertingkatkan pertumbuhan ekonomi, perdagangan, banyak peluag pekerjaan.

Yang penting, beliau berkata, rakyat kelantan perlu mengkeskport budi pekerti, akhlak yang baik apabila berurusan dengan pelabur luar, tunjukkan kepada mereka akhlak,moral Islam, jujur, amanah dan tahu tujuan kehidupan sebenar untuk beribadah kepada Yang Maha Khalik

bottom lane of the story, umat Islam perlu meningkatkan, amalan, ibadah, sebelum "pergi selama-lamanya", mati seketika dan hidup semula, menempuh hari Pengadilan,  Wama Adra Qama hiah, Tahukah kamu apa itu hawiah, Nar Rung Ha wiah, api yang sangat panas

TINGGAL PAS, MASUK UMNO, LEPAS ITU MASUK "APA" ?

"KEDUDUKAN ORANG PAS, JAUH MENYELWENG DARI PAS DULU," Itulah suara resah, gelisah, ketua cawangan PAS,Kg Lakloh, Macang, Daud Merah, 68, beranak berapa, tidak tahu persis, yang secara jantan, telah mengeluarkan kenyataan, berani, keluar dari PAS dan menyertai UMNO

Kenyataan itu dikeluarkan dalam Majlis PAS Masuk UMNO, dikampung Pangkal Durian, Machang, turut hadir dalam majlis itu, Ketua UMNO Bahagian Machang, Datok Jazlan Yakob, Datok Ismail Mamat

majlis bermula jam 9 malam berakhir jam 12 mala, dipenuhi dengan "pelbagai certia salah laku"pemimpin PAS termasuk salah laku seks, pemimpin PAS dikawasan Pasir Puteh, yang kini masih bergelar ADUN

soalnya, kalau keluar agama dikatakan "murtad", tapi kalau keluar parti dikatakan "murtad politik", soalnya, apakah menjadi satu dosa atau "dosa politik", jika orang UMNO keluar UMNO dan masuk Pas, dan orang PAS keluar Pas dan masuk UMNO, lalu, istilah "murtad politik", patut digunakan oleh edite-editer stereotaip kita, atau bagaimana ?