Monday 18 April 2011

Politiek, Datok Seri Mohd Najib Razak-Datok NikAbdul Aziz Nik Mat : dimensi dan perspektif Islam berbeza berbeda ?

Agar moralitas para cendiakawan dapat mempengaruhi,bukannya dipengaruhi,oleh moralitas awam
-Julien Benda-La Trahison des cleres-Pengkhianatan Kaum Intelektual-

Barangkali, tidak pernah ada sebuah propinsi di asia tenggara,pemerintahnya mengamalkan syariat Islam(kecuali di Aceh,Indonesia,) berbanding negeri kelantan, yang menteri besarnya, seorang Islamic schooler,tidak mempraktekkan penguasaan syariat Islam secara "total" kerana "halangan tertentu dari segi perundangan dan perlembagaan negara", menjadikan Islam, sebagai "darah dan daging",perjuangan politik,the way of life dalam kehidupan beliau. Tokoh yang tidak ada duanya itu, Mursyidul Am Parti Islam Semalaya(PAS),Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat

Toh begitu, larangan "berjudi,minum arak depan publik, konsert rock-bercampur lelaki wanita-tetap diharamkan-

Beliau mula, menduduki "kerusi panas" menteri besar, pada malam Oktober23,1990,setelah "membumihanguskan pengaruh BN" dalam pilihanraya umum 22Oktober 1990. sebagai wartawan penyiaran TV 3 kelantan,yang kerap membuat liputan berita dan mewancara beliau, he is jest a simple old man. pernah berlaku suatu kejadian, dirumahnya, bersebelahan masjid miliknya,dikg pulau melaka, seorang wartawan dari BBC London, datang kerumahnya, ketika itu,pihak media kelantan, sedang mengerumuni,Datok Nik Aziz didalam rumahnya, beliau datang, barangkali tidak mengetahui ,atau tidak pernah "melihat photo" Datok Nik Aziz atau tidak mengenali Nik Aziz, berkarta, " I want to interview" Chief minister of kelantan, Nik Abdul Aziz,". "This is Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata seorang wartawan,sambil menunjukkan jari kepada wartawan jaringan BBC.

Tok guru ketika itu, berada diatas kerusi, memakai t-shirt Pagoda made in china, berketayap puteh hanya tersenyum kecil dengan peristiwa itu. wartawan itu tercengang dan kehairanan, barangkali dalam "otaknya",tidak menyangka s ama sekali seorang menteri besar, seperti orang tua kampung,Imej Orang kampung barangkali menyebabkan wartawan itu,tidak menyangka yang berada dihadapannya seorang menteri besar.

dikalangan ahli pas,pemimpin PAS Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz, adalah "sosok tubuh", manusia kerdil yang mengamalkan cara hidup Islam,cara hidup sunnah, junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.Falsafah hidup Islamnya "mudah dan simple"- kejayaan manusia Islam dalam dunia serba sementara ini, sejauh manakah mereka dapat mentaati perintah allah, mengamalkan cara hidup Islam(sunnah Nabi Muhamamd s.a.w), itulah "manusia Islam" yang berjaya.

amalan rutin, kerap melakukan solat berjemaah and never missed solat tahajud,sejak dari zaman belajar dipondok, di Doeban,India, Universiti Al-Azhar Mesir,sehingglah menjawat jawatan menteri besar.amalan solat tahajud, amalan ulama-ulama besar terdahulu,  Nabi Muhammad,s.a.w amat menitik beratkan amalan solat tahajud. kelebihannya, "amat banyak", yang jelas hamba yang melakukan solat ini, dalam isitlah modern mempunyai, high profile dan private-file, dengan Yang Maha Khalik

pernah  suatu ketika,pada sebelah petang bilik berita, menalipon aku supaya aku menginterview datok nik abdul aziz nik mat,sudah menjadi kebiasaan bilik berita, untuk call pada sebelah petang, membuat follow up story, setelah aku check dengan pemandunya, tok guru berada di rumahnya aku bersama jurukamera, zaki mahmood, kini berdomisil, di selatan thai,menemukan kedamain diwilayah bergolak itu,terus bergegas kerumahnnya kerana mengejar "dateline",berita itu akan disiarkan Buletin Utama,pada malam itu

pada waktu itu, tok guru memakai track suit,berserban, memegang senapang,bersiap sedia untuk menembak tupai dibelakang rumahnya.ternampak aku beliau selamba, justru beliau telah mengenali aku, aku memberi arahan supaya jurukamera merakam visual menarik itu, aku terus melanggkah kehadapan, seperti biasa bersalam dengan tuan guru, menyatakan hajat aku datang kerumahnya dan mengemukakan soalan yang aku harap beliau dapat memberikan reaksi spontan.

jawapan yang diberikan mudah dan sederhana saja,"pegawai ambo, tak royat(tidak beritahu),ambo tak tahu, ambo tok leh komen" katanya selamba

aku terus meminta diri,bersalaman dengannya,terus beredar dan memaklumkan kepada bilik berita,tok guru tidak mahu,memberi komen,sebab tidak di"briefing" pegawainya.

aku dimaklumkan, kes aku bersama kameraman zaki mahmood,kerumahnya untuk mendapatkan berita,dimaklumkan secara tidak resmi dalam mesyuarat exco kerajaan negeri, suatu waktu tidak berjarak dulu

suatu ketika,ketika aku sempat bersamanya, beliau mengatakan pada aku,"ambo tidak pernah tengok berita TV3,buletin utama,ambo tahu berita orang royak(beritahu ambo)" katanya

pada waktu itu,amalan rutin, beliau berada didalam masjid, solat maghrib berjemaah,kemudian wirid dan meneruskan solat isyak secara jemaah. sehabis selesai solat, Buletin Utama,melabuh tirai jam 9 malam

didalam mesyuarat Lujnah PAS, suaranya suara keramat.keputusannya keputusan muktamad, tidak dibantah.tidak ada pemimpin Pas yang berani, membantah. menurut sumber dalaman, kes datuk paduka Ibrahim Ali dibenarkan bertanding menggunakan lambang Pas, dan Pas memberikan laluan kepada Ibrahim Ali,bertanding satu lawan satu dengan calon B-N, dalam pilihanraya 2008 lalu adalah "keputusan itu datang dari tok guru, kalau pemimpin pas lain buat cadangan," sudah tentu di"bantah sengit",dari sumber dalaman Pas

Tapi kali ini Datok Paduka Ibrahim Ali, tidak lagi berada didalam lingkaran selamat PAS, beliau kemungkinan akan bertanding tiga penjuru, calon BN, dan Calon PAS.Dan peluang untuk menang, ada, jika beliau bertanding, dua penjuru, melawan calon PAS,dan BN tidak meletakkan calon.Pun begitu, ada juga pendapat mengatakan Ibrahim Ali, akan melalui perjalanan sulit dan berliku-liku kerana jikapun beliau bertanding dua penjuru, tidak semua "penggundi UMNO"akan memberikan undi kepada beliau,toh begitu sebagai Bekas Ketua Bahagian UMNO yang telah "banyak manabur jasa",beliau "mempunyai magic-touch dan personel touch" dengan penggundi di peringkat akar umbi

dan jika diberi kesempatan untuk bertanding dan menggunakan lambang BN, beliau tidak akan berbuat demkian kerana, penggundinya,khususnya penyokong Pas,yang "termakan budi"tidak akan memberikan undi mereka kepada Ibrahim Ali, alasannya, dalam sejarah kehidupan mereka, mereka tidak pernah menggundi "lambang dacing",tapi kalau menggundi,Ibrahim Ali,calon bebas, itu "cerita lain", kata mereka

sejauh mana benar dakwaan ini,itu semua masih samar. berbalik kepada pendirian politik, datok nik abdul aziz nik mat, kerap mengatakan, beliau bersedia "membubrkan PAS", jika UMNO sanggup "meminda perlembagaan negara,"meletakkan al-quran dan hadits: asas perlembagaan negara"

suatu permintaan yang barangkali berat untuk dilaksanakan Presiden UMNO, Datok Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin UMNO lain kerana mereka perlu "menjaga hati" pemimpin-pemimpin politik MCA,MIC, GERAKAN dan komponen parti lain, kerana UMNO "sudah sekian lama berkongsi kuasa politik" dengan mereka, jauh sebelum  selepas mencapai kemerdekaan dari British, belum lama ini

Perbezaan "main point" ini menyebabkan wujudnya "garis hitam", memisah dan menemukan UMNO dan PAS dalam senario politik negara pada hari ini

berbicara mengenai kekuatan politik bangsa melayu semakin tergugat dan digugat, jauh dalam hati kecil kedua pemimpin ini, UMNO dan PAS, PAS dan UMNO- perlu bersatu- tetapi disisi lain- mereka juga tidak ada pilihan-masing kuat dan kental, dengan pegangan prinsip fundemental mengenai "dasar perjuangan parti masing-masing" menyebabkan "keadaan ini" ada dan seada-adanya

bab kata, peribahasa melayu original, bukan pribahasa spicy ciptaan wartawan penyiaran terkemuka TV3 Karam Singh Walia, berat lagi mata memandang, berat bahu memikul

Toh begitu, sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datok Seri Najib Razak, dilihat sentiasa mengambil jalan tengah apabila membabitkan isu-isu yang berkaitan dengan agama malah peruntukan kerajaan pusat untuk sekolah-sekolah agama, pembinaan masjid tetap diteruskan di negeri-negeri pembangkang

terbaru isu kitab bible,keputusan diambil kerajaan memuaskan hati semua pihak

cuma untuk memenuhi permintaan Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat itu, barangkali "berat" dan lebih berat dari "makna perkataan berat itu sendiri" kerana dasar dan Perlembagaan Persekutuan digarap Mat Salleh,warga Brirish,Lord Reid, yang tentunya tidak "circumstised",dan tidak tahu banyak "tentang Islam", yang cuma mencatat agama resmi negara ini adalah agama Islam, mana-mana agama boleh diamalkan.itu saja dan titik

cuma kalau dibedah dari segi pengalamalann dan mempraktekkan Islam, sorry to say, disinilah barangkali terletak "kelebihan dan advantage" Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat berbanding dengan (maaf) Perdana Menteri yang keenam ini.

apapun kedua-dua mereka adalah manusia biasa,menggucap dua kalimat syahadat yang sama, duduk sama rendah, sama-sama makhluk allah, sama-sama hamba allah, yang datang dari allah dan akan juga kembali kealam barzakh, bertemu dengan allah di padang masyar

yang membeda dan mengguntungkan kita, manusia biasa, dengan mereka berdua, mereka akan ditanya tentang "amanah rakyat, kejujuran, keadilan" dan sebagai "pemerintah baik negeri atau negara"- banyak soalan-soalan yang barangkali "aneh-aneh" akan di persoalkan pada hari yang tidak ada sesiapan pun dapat menolong mereka dan juga kita, pada hari yang (barangkali) tidak ada siang, dan tidak ada malam itu

hanya "amalan baik" dimasa hidup,didalam secarik sepotong kehidupan ini, adakah kita "benar mengamalkan cara hidup hidup yang telah digaris kasarkan, junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w dan mengamalkan sunnah junjungan besar kita Nabi Muhmmad s.a.w-merupakan suatu-pertanyaan "ngeri dan merbahaya" yang hanya "mulut" kita sendiri bisa menjawabnya

didalam sebuah kitab, Nabi Muhammad s.a.w hanya menggunakan "mulut"untuk tiga perkara, berdakwah, berzikir dan senyum

lalu bagaimana dengan kita, manusia Islam akhir zaman ini ? apakah tidak termasuk dalam "lingkaran peribahasa melayu, yang tentunya bukan dicipta Karam Singh Walia,"sebab mulut santan binasa", masih merupakan suatu pertanyaan mengangga,yang anda sendiri bisa menjawabnya

lebih jauh dan lebih dalam dari itu, apakah kita dan "manusia-manusia politik UMNO" dan manusia-manusia politiek Pas, turut melakukan amalan sama yang dilakukan "manusia bernama nik abdul aziz nik mat" secara rutin, "tepuk daya tanya selera". Jika tidak, kenapa jawapan harus tidak,"juga hanya bisa dijawab diri sendiri"

kata seorang teman, jasmani sakit manusia akan mendapat rawatan di hospital, tapi kalau "rohani sakit", ubatnya tersimpan dirumah Allah(diMasjid)
Jabat ku.titiktitik yang sendu

No comments:

Post a Comment