Saturday 23 April 2011

mulut, lidah dan zikir dan anak perempuan dibawa lari ke lobok,bali

Yang menyedihkan ialah bahawa tak selamanya terbukti dasar agama bisa menggerakan hati orang untuk tidak menyiksa,tidak menahan orang yang belum tentu bersalah selama sepuluh tahun, tidak membungkam suara yang pantas mengeluh.Prinsip yang mulia ternyata tiba-tiba menghilang begitu pintu tahanan ditutupkan dan kenikmatan menindas orang lain menggejolak.Bahkan prinsip itu sering membikin kita merasa paling benar dan paling suci-Dan seperti mendapatkan lisensi untuk melikuidasikan pendapat dan kehadiran orang lain
-Catatan Pinggir, Disember 1977

didalam sepotong kehidupan yang serba sementara ini,ada pihak yang merasakan dirinya ditindas,tidak dipedulikan dan tidak dihiraukan, kerana faktor kemiskinan. malah ada yang merasakan dirinya kecil, semakin kecil, bertambah kecil, apabila anak,perempuanya, di"pukau" dan dibawa lari, ke pulau Lobok, Bali, oleh lelaki Indonesia.

Telah berkahwin,dan mempunyai seorang anak.tragedi hitam itu berlaku, tiga tahun lalu. semalam, anak perempuan menalipon bapa, pemandu lori, pekerja kilang papan, juga menoreh, getah memaklumkan kepada bapa, kehidupan disana amat memedih dan memilukan. tinggal dalam ladang kebung agung, di balik papan,Indonesia. suami bekerja buruh kontrak, gaji rp15,000 satu hari. tidak cukup makan, anak kecil,usia satu tahun.

suami indonesia, ada empat beradik, satu kristian, satu buddha,dua Islam. ibu dan bapa dah meninggalk.Azlina Azmi,23, bekas pelajar sekolah menengah hamzah, machang, bekerja diKuala Lipis, Kilang Papan, "sebelum"-matanya bertentang mata" dengan lelaki indonesia, yang kemudian dipendekkan cerita "membawanya lari" ke pulau Lobok, Indonesia, terbaru berada di balik papan.

Bapanya, azmi, 58,manusia biasa,kampungan, bermisai lebat, ular sawa,telah datang kerumah saya memaklumkan,"berita sedih,pilu dan memilukan".dalam akhbar sinar harian telah tersiar berita itu, tapi tidak ada apa-apa "tindakan"

katanya dah berjumpa dengan "ketua bahagian, ketua pemuda", parti yang mana, biru atau hijau,rahsia,katanya,yang penting "anak perempuany" perlu dibawa pulang ke malaysia. hati isterinya dirumah, semakin parah dan semakin resah, media visual :pengubah resah. appointment telah dibuat, krew visual media memberi jaminan, dalam masa terdekat, untuk datang kerumahnya, merakam visual, memberita berita dan "meletupkan berita" dalam media arus perdana prime time. "baru puas hati,bila keluar akan ada tindakan sususlan dari datok aziz briged putera, saya minat,dia, dia banyak selesai, kes seumpama ini," katanya

"Kita orang tak ada,kais pagi makan pagi," "nak "hulur" tak boleh, bukan macam orang kaya" katanya

aku kata padanya, "wartawan, pengamal media, hak milik masyarakat banyak, mereka mewakili suara resah masyarakat banyak, masalah rakyat, masalah mereka,"

"A good journalist never take side," kata Chandra Sakar,75, from hindustan times,aku temui, 25 tahun lalu ketika dia datang kepejabat The News Straits Times, Jln Zainal Abdidin Kota Bharu,--kini sudah dihantar ke alam barzakh--.Beliau datang all the way dari bombay, minta tolong staff NST KB, Shaiful Azhar Abdullah, tapi syaiful minta tolong saya "entertain",saya kata,"no problem".Dia nak pergi buat story nelayan di bachok, saya sewa teksi, kami kesana.


Azmi berkata, belia tidak mempunyai "sejumlah wang lima ribu ringgit". "kalau saya ada wang sejumlah itu, saya akan pergi ke balik papan, mencari dan membawa balik anak perempuan, dan cucu saya berusian satu tahun dan suaminya akan saya maafkan, membawa mereka satu keluarga pulang ke kampung halaman saya  dibukit tiu.

"Saya tidak mempunyai segala sesuatu, hanya cukup untuk makan,tidak ada simpanan,saya pasrah pada allah,"katanya,

tiba-tiba, matanya, meneteskan air berwarna hening dan bening,sebelum bersalam, azmi memeluk aku,sambil berbisek,beliau tiada tempat untuk mengadu hal, hanya wartawan boleh selesaikan masalah beliau

aku tenangkan dia dan berkata, akan berbuat sesuatu untuk membantu.

aku nasihatkan dia banyak bersabar,zikir,mohon pada Yang Maha Khalik,agar permintaannya terkabul, sedikit waktu lagi
sekian.titik
Jabatku

No comments:

Post a Comment