Sunday 24 April 2011

KES SPRAY TUN MAHATIR : DATOK NIK SAPIE DI "KAMBING HITAM"

Keadilan bukan saja mesti dilaksanakan, tapi ia mesti dilihat untuk dilaksanakan
-

Membaca dan membaca surat duka,luka, Datin Suriani Yahya,isteri Datok Nik Sapie kepada Mantan PM, Tun Mahathir Mohamed, mengheret saya berfikir lebih jauh, bertambah jauh : bagaimana "kiranya" jika apa yang dipaparkan itu,"sebuah kebenaran dari sekian banyak kebenaran", apakah majistret yang menjatuhkan hukuman itu, "akan menjawab soalan itu di padang masyar kelak", apakah "jawapan sederhana" yang bakal diutarakan kepada Yang Maha Khalik-: masih menjadi "trauma" yang saya sendiri sukar untuk menjelaskannya

berbicara mengenai Datok Nik Sapei Nik Yussof, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, the thinking animal, merupakan satu spesis "yang berjiwa besar". Aku mengenalinya secara personel,pada tahun 1997,sewaktu membuat skrip untuk program Majalah Tiga,TV3.

sebelum aku berjumpa dengannya dikediamannya di Pasir Hor, aku membuat liputan berita kedatangan Tun Mahathir Mohamed ke kelantan. Langit pada waktu itu, di Lapangan Terbang Sultan Ismail, cerah dan ceria menyambut kedatangan pemimpin besar UMNO kekelantan

dan sebagai wartawan TV3, memakai vest TV3, aku bebas bergerak diairport. apabila pesawat membawa PM dan rombongan tiba, semua orang-orang besar UMNO kelantan, beratur dalam dua barisan menyambut ketibaan Tun Mahathir Mohamed. Pada waktu itu, UMNO kelantan di kepalai Datuk Seri Annuar Musa(kini Tan Seri),

aku melihat Datok Nik Sapie, dia duduk dibarisan paling akhir, jauh dari tangga pesawat PM, dia memakai topi,apabila Tun Mahahtir turun dan mulakan acara bersalaman, beliau tiba-tiba terpandang Datuk Nik Sapie, dari jarak yang jauh,tanpa menghiraukan "orang dihadapannya" ,aku melihat dengan mata telanjang aku (naked eyes) Tun Mahathir mengangkat "tangan -tanda hormat" kepada Datok Nik Sapie, dan "detik itu dapat ditangkap mata aku, dan dari situ aku beranggapan, Datok Nik Sapie,mempunyai "sentimental dan magnificent touch" dengan Tun Mahathir Mohamed. Both of them are very close, I would rather say.

apabila aku berkesempatan, mewawan cara beliau, aku menceritakan, "detik-detik itu" kepada beliau, dia berkata, "aku bukan seperti wartawan lain, aku peka dengan keadaan". aku bertanya kepadanya off record, the begining of begining, beliau boleh rapat dan dekat dengan PM.

Beliau menceritakan sebuah kebenaran : dulu beliau ketua pemuda UMNO Kuala Krai, ada masalah, badan perhubungan UMNO Kelantan, merujuk kes itu kepada Presiden UMNO. beliau berjumpa dengan Tun Mahathir secara personel, beliau berkata kes dia , nasib politik dia, bergantung kepada Presiden UMNO, sama seperti kes dia dengan Presiden UMNOTuanku Abdulrahman-: jika Tun Mahathir tidak ada belas ihsan, beliau akan menemukan nasib seperti yang dialami Tun Mahathir, dipecat dari UMNO oleh Tuanku Abdul Rahman--

Dan ternyata, Tun Mahathir bersuara lain,bersikap lunak dan lembut.banyak membantu untuk urusan perniagaan.

cukup untuk sementara, berbalik kepada kes spray tun mahathir, secara logiknya, dimanakah terletak logiknya, Nik Sapie akan menggenakan "pepper spray" kepada orang yang banyak menolong dan membantunya dan dianggapnya  seperti ayah ?

jika kita melihat kepada "apa yang tulis" isteri beliau, ternyata banyak "kebocoran" dan banyak keraguan munasabah, yang me wajarkanya datok nik sapie dibebas dan dilepaskan, tapi nasib tetap bersuara lain, majistret tetap melihat disisi lain, disisi lain inilah yang menyebabkan "majistret", sudah 14 bulan tidak dapat menyiapkan "written judgement", sehingga memberi kesulitan kepada Datok Nik sapie untuk membuat rayuan ke mahkamah rayuan

disisi lain, pernah kejadian seorang pelajar berumur 15 tahun, lelaki, kematian bapa, ada lapan adik beradik, dikampung kemubu, gua musang,terpaksa berhenti sekolah,menoreh getah,menyara ibu dan lapan adek beradek, aku maklumkan kepada beliau, apakah beliau bersedia memberi bantuan kewangan, dia kata ok. aku talipon pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Ismail Mohd Nor(kini Datok) ,Drs MatYani,-keesokannya,kami konvoy berangkat kesana, perjalanan mengambil masa angtara 2 hingga 3 jam, sebaik sampai, kerumah pelajar itu, bertemu dengan ibunya, Datok Nik Sapie, menggeluarkan "wang tunai" dua ribu ringgit,diberi kepada ibu tunggal, manakala Pengarah Pendidikan, menguruskan semula pembelajaran pelajar berkenaan dan menempatkan pelajar di sebuah sekolah berasrama dan tugas aku "selesai" apabila "berita itu diletupkan dalam Buletin Tengah hari 1.30 keesokan harinya

aku sengaja mengheret Datok Nik Sapie kelokasi itu kerana aku mengetahui, "manusia miskin" maaf"tidak membutuhkan (perkataan indonesia-memerlukan) TV3 saat saat mereka "lapar", mereka memerlukan "nasi untuk makan, nasi untuk anak-anak mereka.

jika berita itu disiarkan jabatan kebajikan masyarakat mengambil masa "lama untuk memberi bantuan", jalan pintas dan cepat, Datok Nik Sapie,boleh menjadi "Jesus penyelamat",saat-saat "manusia miskin" memerlukan "nasi" kerana apabila perut lapar,manusia tidak akan tahan

pernah kejadian aku menerima talipon dari seorang ibu tunggal,40, beranak lima, miskin, tidak makan nasi selama dua hari, hanya makan biskut,anak perempuan kemalangan jalan raya, paralyse, memerlukan kain lampin,pampers, aku refer kepada Bilik Berita, Assignment Editers, Rosli, approved assgment, aku talipon En. Salim, dari Pasaraya Mydin,Kota Bharu, dia kata, Ok, dia hantar satu lori kecil pampers, dan beri wang tunai rm1,000 ribu ringgit kepada ibu tunggal

"En.  terima kasih banyak atas bantuan dan pertolongan, hanya allah mampu membalas jasa baik tuan," kata ibu tunggal kepada aku. "siapakah engkau aku,""aku sama sepeti anda, manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin

lates news mengenai pelajar di kemubu, sebentar tadi aku baru menghubungi Drs MatYani, pegawai hal ehwal pelajar JPN, bertanya khabar mengenai nasib pelajar berkenaan, beliau menjawab secara jujur tidak membuat follow up dan tidak mengetahui cerita lanjut mengenai pelajar itu

sekian.titik
Jabatku

No comments:

Post a Comment