Thursday 28 April 2011

Goenawan Mohamed-:Mas Goon, Tiempo,Tempo,kita dan berita luar negara

Seks, Sastera dan Kita,buku yang digarap goenawan Mohamed,suatu waktu tidak berjarak dulu,merupakan sebuah buku sastera, yang dapat dijadikan latihan intelektual,untuk kita mengetahui "sastera" yang ada dan seada adanya. Barangkali, nama Goenawan Mohamed, memang barangkali bukan merupakan sebuah nama yang besar,dalam dunia kewartawanan Malaysia, tapi nama itu, dalam peta dan lanskap,penulisanIndonesia-,merupakan sebuah nama yang "gah", nama besar dan kolom cacatan pinggir,dalam setiap kali keluaran majalah Tempo,"akan menjadi santapan rohani", setiap pencandu dan penikmat kelas berat, "catatan pinggir"
saban minggu.

sewaktu kuliah di Indonesia, 26 tahun lampau, setiap kali membeli Tempo, "catatan pinggir" akan menjadi santapan rohani,catatan pinggir yang aku akan baca dulu. "dimanakah sebenarnya" terletak kehebatan Goenawan Mohamed ?

Beliau merupakan seorang penyair, sasterawan, essaist yang melihat "sisi-sisi kehidupan" tidak sebagaimana "kita melihat" dunia yang ada dan seadanya. Beliau melihat "haiwan berkaki dua" dan mempunyai satu alat kelamin,spesis manusia-yang sama,sama rata-sama rasa-,sebagai wartawan beliau melihat, wartawan mewakli suara resah masyarakat banyak, masalah rakyat, masalah "masalah kita-kita yang bergelar wartawan", aduan rakyat mesti ditanggani segera. lebih jauh dari itu, menerusi pengamatan aku, "kuasa wartawan" melebihi kuasa politik, melebihi kuasa sang menteri, menteri dilantik, menerusi "kuasa rakyat" manakala, wartawan,"tidak lantik",ia sudah direcogniton,"kuasa rakyat"

menteri saban waktu, bisa tersunggkur dan terlucut jawatan,jika kalah dalam pilihanraya,mereka dipilih menerujsi "suara ramai rakyat banyak".pernah suatu waktu, dalam catatan pinggir, Mas Goen, menulis kisah benar(true story) penarek beca yang "commit suicide", bunuh diri, dengan menggantung diri pada sebatang pohon,gara-gara becanya di"sita"pihak berkuasa. bagi "kita-kita yang bernama kita",kelompok middle class, who cares, mind your own damn business. tapi Mas Goen,melihat, meskipun sebuah "beca", ianya amat berharga bagi seorang penarik beca,justru disitulah "terletak, sumber rezeki,untuk penarek beca", memberi kehidupan dan penghidupan kepada keluarga-,memberi mereka sesuap nasi, menggenyangkan perut yang lapar-jalan pintas,"meragut nyawa sendiri"

Kehebatan Mas Goen, withour fear and favour,sewaktu beliau menulis dan melaporkan satu-satu berita, yang penting "keadilan" mesti ditegakkan,justru itu dalam era dan rejim Suharto, dua kali di jebeloskan kedalam sel,penjara-Surat izin beredar dari Pemerintah, untukm TEMPO, pernah dicabut izin beredar

lebih jauh dan lebih dalam dari itu, kehebatan sebenar Mas Goen, "kerana beliau mempunyai ideas" tapi tidak berduit untuk "mendirikan majalah TEMPO",dengan bantuan businessman,mengeluarkan modal, beliau "memulakan operasi penerbitan majalah berita bulanan,kini menjadi mingguan. Itu dilakukan pada 43 tahun lampau, TEMPO diterbitkan pada tahun 1968.

Kini TEMPO mempunyai jaringan berita diluar negara, ramai korrespondence TEMPO, membuat laporan berita ekslusif dari luar negara dan sekali waktu akan menghantar terus wartawan terjun kelapangan, terus ketempat lokasi, tanpa "mengambil berita" dari wire-wire agensi berita barat.

disinilah terletak kehebatan TEMPO, Tun Mahahtir, sebelum, turun dari kerusi Perdana Menteri, pernah berkata,"kita masih bergantung berita luar negara dari negara barat", dan sampai kini, amalan itu tetap dan masih dilakukan

baik dibilik berita stesyen TV RTM,TV3, amalan itu terus dilakukan dan ianya akan tetap dilakukan sehingga hari kiamat kerana "boss-boss diatas, yang bergaji berpuluh ribu ringgit" ", tidak pernah berfikir" untuk melakukan, apa yang pernah dilakukan Mas Goen,-menyediakan korrespondence, melaporkan berita dari luar negara

dengan cara ini, tidak timbul cerita lagi, kita masih bergantung berita luar negara dari agensi berita asing,tidak timbul lagi cerita, ada berita dimanupulasi,berita umat islam,diputarbelitkan agensi berita barat kerana "kita sendiri menghantar wartawan ketempat lokasi !

apa yang menarik mengenai TEMPO,sepertiyang ditulis, ketika ia menyambut ulang tahun ke 17,ruang pejabat amat sempit, duduk diatas lantai, ketika mengadakan majlis,satu sepeda(scooter),satu kamera, bergilir secara rutin dikalangan jurugambar dan wartawan-,itulah kedhaifan,keperitan, kepedihan, kepiluan, yang dialami staff TEMPO suatu waktu sudah berjarak dulu

tapi kita,media kita, baik perdana atau tidak, baik media milik kerajaan, masalah bergantung sumber berita asing akan terus berlaku sehingga kiamat,"jika tidak ada usaha untuk mencipta dan meletakkan korrespondence diluar nagara", selagi itulah kita akan menggunakan wire-wire agensi berita asing yang dilabelkan,"laporan berita tidak tepat apabila membabitkan berita umat islam diluar negara.
Sekian.
jabatku.titik

No comments:

Post a Comment