Tuesday 19 April 2011

AL-ARQAM-BUAH KHULDI TERLARANG ?

Penulis bersama Abuya di Istanbul Turki

Note : caption photo ini, bukan dalam sebuah taman, ianya ditepi lorong,dicelah celah-celah kota Istanbul, selepas menunaikan solat subuh, delegasi berjalan bersama -sama Abu Ya dan dijemput seorang anggota masyarakat disitu untuk minum teh,penasyid asri dari kumpulan kumpulan Rababani,(semogga allah mencucuri rahmat keatas rohnyha) mendendangkan lagu arab, yang aku sudah lupa judulnya.Mereka adalah orang arab,Islam, sudah lama menetap di istanbul,tapi mengamalakan cara hidup barat,budaya barat dari segi pakaian, sempat mengkagumi pihak delegasi kerana masih mengamalkan cara berpakian Islam,sunnah Nabi Muhammad s.a.w.


Langit masih cerah dan awan tidak kelihatan, yang jelas langit masih biru. Ketika itu, aku bersama delegasi al-arqam, berada disebuah taman, di kota raya, Istanbul, Turki.

sambil minum "Chai", dalam bahasa Turki, bermakna teh,dan menghirup udara segar,Abu Ya,duduk diatas kerusi, bersebelahan dengan aku.aku tiba-tiba melontarkan pertanyaan yang sederhana dan barangkali mengandungi,unsur-unsur politik,menurut analisa pengamat politik yang mempunyai "daya hidu hidung", yang tinggi
"Kenapa Abu Ya,meninggalkan perjuangan PAS dan menubuhkan Al-Arqam,? tanya aku.
"ana meninggalkan PAS kerana anda mempunyai pandangan berbeda dengan pucuk pimpinan PAS pada waktu itu, Pas pada waktu itu,di kepalai Datuk Asri haji Muda.Beliau melihat Islam, negara Islam dapat ditegakkan, menerusi "kuasa politik", apabila mempunyai kuasa politik, Islam dapat ditegakkan, ana melihat di sisi yang lain, ana melihat, Islam, negara islam dapat ditegakkan, dari peringkat bawah,dari peringkat akar umbi,apabila masyarakat ditarbiyah dengan pendidikan Islam,bermula dari kecil, mengamalkan cara hidup junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,menjadikan Islam sebagai the way of life, masyarakat mahukan Islam dan pada detik itu syiar dan syariat Islam dapat ditegakkan," kata Abu Ya, yang juga telah dihantar kealam barzakh, belum lama ini. Semoga allah, mencucuri rahmat keatas rohnya.

Ya, Al-Arqam, sebuah pertubuhan Islam, NGO, yang sempat "menggegar dan mengguncangkan peta politik Islam, Malaysia kita, Malaysia boleh, kini sudah menjadi "suatu monument" sejarah,ia sudah termasuk dalam lipatan emas sejarah Islam justru al-arqam adalah sebuah pertubuhan Islam bumiputra, yang mulai menghasilkan produk makanan Islam termasuk kicap, sos tomota dan seribu macam produk makanan Islam, yang sebelum ini, umat Islam membeli produk-produk ini dari orang bukan Islam

Konsep halal dan bersih, menyebabkan produk ini, mendapat tempat dihati masyarakat Islam di negara ini.Kekuataan ekonomi, kumpulan ini merimas, merisau, memening dan memusingkan kepala "pihak tertentu",justru itu Al-Arqam, perlu dilumpuh dan "dibumihanguskan",langkah cepat dan mudah : kerajaan perlu mengharamkan Al-arqam, dengan pelbagai alasan yang barangkali "tidak sederhana", lebih menjurus kepada the ends justifies(barangkali),kerajaan mengisitiharkan ajaran al-arqam, sesat dan menyesatkan.

Aurad Muhamadiah, dikatakan tidak sejajar dan selari dengan syariat Islam,suatu fakta atau mitos yang masih samar, yang didengungkan Jakim,Pusat Islam,konsekuensinya, kumpulan Al-Arqam "terpaksa atau dipaksa", mengguburkan diri sendiri dan menemukan batu nisan tersendiri. berbicara tentang batu nisan, di Kelantan, bekas jurukamera wakil tv3kelantan, lulusan akedemi tv 3,Raja Faizuddin Raja Sulaiman, RADIN TRADING, kini menjadi mengedar terbesar batu nisan di pantai timur. Bagi anda yang ingin membuat tempahan,awal, boleh berbuat demikian,persiapan sebelum mati

persoalan timbul, apakah memang benar, al-arqam yang dikatakan "buah khuldi terlarang"sudah mati dan mati selama-lamanya? bagaimana dengan penyokong dan pengikutnya ? Jasad mereka masih, hidup, rohani mereka masih berdenyut, pemikiran mereka masih jelas, kebebasan berfikir mereka aktif.apakah hal yang ini ini sudah berjaya di"lesu dan dimatikan" ? Baru-baru ini, masyarakat dikejutkan dengan berita sensasi, ada gerakkan untuk menghidupkan a-arqam semula, yang dikatakan di Kepalai Umi Jah, isteri pertama Abu Ya, sejauh mana benar dakwaan ini, aku kurang tahu persis

yang aku, kau, mereka atau sidia yang tahu perkataan "kebenaran" kini menjadi "greys" kelabu dan semakin kelabu, bertambah kelabu kerana ada banyak sangat pengertian kebenaran(the truth), menurut perspekstif filsafat barat, simple truth, absolute truth, hard truth, naked truth, half true dan apalagi "truth", akan dicipta pada masa depan, kita masih samar

yang jelas, berdasarkan laporan media tempatan, menurut isteri kedua,sebelum abu Ya, take his last breath, menghembuskan nafars terakir,beliau sempat "memesan dan meninggalkan wasiat" kepada keempat-empat isterinya dan pengikutkanya, agar mengamalkan wirid, selawat kepada Junjungan besar kita Nabi Muhamad, 30 minit, sebelum melakukan solat fardu harian, setiap hari.

apakah "wasiat ini"tidak boleh "dipakai" atau macamana? masih menjadi pertanyaan tajam yang masih mengangga dan tergangga ?
apakah alarqam kini sudah menjadi buah khuldi terlarang ? juga masih menjadi tanda tanya.
Sekian,titik-titik yang luka ada dan seada adanya

.









caption photo ini, tidak ada kena mengena dengan story al-arqam buah khuldi terlarang ianya cuma sekedar ini memenungi ruang. berdirri dari kanan Nasir Hassan,Berita harian, Sunarti Kibat,Utusan Malaysia,Wan Zulkifli Wan Yakob,Veena Rusli,Berita Harian,Nick Leong, The Star,aku,Hanapi Mat, Zainol,Bernama. Bergambar beramai-ramai sewaktu tea break membuat liputan persidangan dewan undangan negeri kelantan. wartawan juga handshome,sama dengan wakil rakyat jika memakai kot dan bertali leher

No comments:

Post a Comment